Monday, March 27, 2017

Altantuya - Bila Lagi Kerajaan Mahu Bawa Balik Sirul Azhar???


Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 20 Mac lalu,  sekali lagi menegaskan proses ekstradisi Sirul Azhar Umar rumit kerana ia melibatkan undang-undang dan dasar negara lain.

Seperti sebelum ini, kerajaan masih mengkaji cara membawa Sirul Azhar yang disabitkan kesalahan membunuh model Mongolia 11 tahun lalu, pulang ke negara ini.

Peguam Ramkarpal Singh yang mewakili keluarga Altantuya sebelum ini berkata, alasan proses ekstradisi adalah rumit menunjukkan ketidakcekapan Jabatan Peguam Negara.

“Sudah tentu tidak perlu mengambil hampir dua tahun untuk tahu cara mengekstradisi seseorang.” katanya.

Kementerian Dalam Negeri dalam jawapan bertulis kepada soalan Ramkarpal (DAP-Bukit Gelugor) di Dewan Rakyat itu, memetik, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, proses ekstradisi Sirul Azhar rumit.

Ini  kerana ia melibatkan undang-undang dan dasar negara lain.

Ramkarpal ingin tahu kenapa kerajaan menghentikan proses mengekstradisi Sirul Azhar dari Australia.

Sudah 10 tahun sejak Altantuya dibunuh dan hampir dua tahun dua penjawat awam didapati bersalah membunuh model Mongolia itu dan mereka dijatuhkan hukuman mati, pada 13 Januari 2015.

Sirul Azhar melarikan diri ke Australia sebelum Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari 2015 itu menjatuhkan hukuman mati ke atasnya dan seorang lagi bekas komando polis, Azilah Hadri kerana bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Pada 20 Oktober 2016 lalu. salinan pindaan terhadap penyata tuntutan dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu berjaya diserahkan kepada pembunuh model Mongolia itu yang kini berada di pusat tahanan Australia, kata peguam Ramkarpal Singh.

Ramkarpal berkata, proses penyerahan itu akhirnya dapat dilakukan selepas penghantar saman menyerahkan salinan penyata tuntutan kepada Sirul Azhar Umar di Pusat tahanan Imigresen Villawood di Sydney, tahun lalu.

Altantuya, 28, seorang penterjemah yang mempunyai dua  anak lelaki, dibunuh pada Oktober 2006.

Beliau dikatakan ditembak dua kali di kepala, sebelum dibalut dengan bahan letupan gred tentera yang menyebabkan tubuhnya berkecai dalam hutan di pinggir Kuala Lumpur. Motif pembunuhannya masih tidak diketahui.

Pada  jawapan bertulis itu Dr Ahmad Zahud menjelaskan kerajaan masih mengkaji cara membawa Sirul Azhar yang disabitkan kesalahan membunuh model Mongolia 11 tahun lalu, pulang ke negara ini.

Selain itu, mengikut triti ekstradisi, dokumen permohonan ekstradisi perlu dinyatakan hukuman yang akan dikenakan ke atas penjenayah tersebut.

Dalam kes Sirul Azhar, Mahkamah Persekutuan mendapati dia dan seorang lagi bekas komando polis, Azilah Hadri bersalah membunuh Altantuya pada 2006 dan dua  lelaki itu dijatuhi hukuman mati.


Sirul kemudian melarikan diri ke Australia sebelum Mahkamah Persekutuan membuat keputusan itu.

Menurut Dr Ahmad Zahid, Australia salah satu negara yang tidak menyokong pelaksanaan hukuman mati dan tidak diterima masyarakat di sana.

“Atas dasar itu, kerajaan masih mengkaji kaedah terbaik untuk menangani isu tersebut.”

Sirul Azhar yang disabitkan kesalahan membunuh model Mongolia 11 tahun lalu, pulang ke negara ini, kata Kementerian Dalam Negeri.

Pada 21 Oktober 2016 Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu pernah menggesa Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan jika kerajaan bercadang mengekstradisi Sirul Azhar.

“Perkara ini sudah tentu menjadi kepentingan awam dan memerlukan perhatian segera kerana sudah hampir dua  tahun sejak Sirul didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan,” katanya dalam kenyataan pada hari berkenaan.

Jawapan tidak konsisten kerajaan berhubung isu itu menambahkan lagi kesangsian yang ia tidak berminat mengekstradisi Sirul Azhar atau sekurang-kurangnya berunding untuk membawanya pulang ke Malaysia.

Wakil rakyat DAP itu berkata, sudah berkali-kali beliau bertanya menteri dalam negeri dan perdana menteri status prosiding ekstradisi itu dan lima dakwaan dilemparkan Sirul Azhar sejak tahun lalu hingga tahun ini, tetapi gagal.

Ramkarpal berkata, setiap kali, kerajaan memberi jawapan standard, iatu kerajaan dalam proses berunding dengan kerajaan Australia dan perkara itu adalah rumit.


No comments: