Dakwaan Ahli Parlimen Pandan bahawa FELDA terpaksa
berhutang untuk membayar bonus adalah sesuatu yang perlu dipadang berat oleh
pengurusan FELDA.
Apakah ia benar dan jika tidak, apakah langkah wajar
untuk menangkis serangan Rafizi Ramli kali ini?
Mengheret Rafizi ke mahkamah kerana membuat fitnah terhadap FELDA?
Naib Presiden PKR itu dalam kenyataannya seperti dipetik
beberapa portal online menyebut FELDA membuat pinjaman dalam usaha untuk
membiayai bonus sejumlah RM66.7 juta yang dijanjikan kepada para peneroka.
Rafizi mempersoalkan tindakan itu kerana FELDA tidak mempunyai tunai yang
mencukupi untuk membayar bonus ini, ulang Rafizi pada sidang akhbar di Kuala
Lumpur semalam.
Kata Rafizi, pada 2014,
kerugian operasi FELDA ialah RM968 juta dan diperingkat kumpulan (termasuk
kerugian anak-anak syarikat), FELDA mencatatkan kerugian operasi sehingga RM1.4
bilion.
Ini bermakna pada 2014, FELDA tidak berjaya menjana wang dari
operasi kelapa sawit dan perniagaannya kerana mengalami kerugian.
Beliau yakin prestasi kewangan FELDA tidak banyak berubah dalam tahun 2015 dan 2016, oleh itu unjurannya FELDA dan anak-anak syarikatnya akan terus menunjukkan kerugian operasi.
Beliau yakin prestasi kewangan FELDA tidak banyak berubah dalam tahun 2015 dan 2016, oleh itu unjurannya FELDA dan anak-anak syarikatnya akan terus menunjukkan kerugian operasi.
Ini bermakna, jika ada sebarang
bonus yang dibayar, ternyata adalah
dengan menggunakan wang hutang kerana operasinya tidak berjaya menjana
keuntungan.
Lebih teruk dari itu, iaitu dengan keputusan FELDA untuk
membeli 37% pegangan saham Eagle High Plantations berjumlah RM2.26 bilion.
“Ini menyebabkan hutang FELDA dan anak-anak syarikatnya
akan melonjak naik kerana pembelian itu akan dibiayai melalui hutang.” katanya.
Pada 30 Disember 2016 lalu, Pengerusi FELDA Tan Sri Isa
Samad seperti dilaporkan media mengumumkan pemberian bonus Insentif
Produktiviti Peneroka hasil berjumlah RM66.7 juta yang akan diagihkan kepada
95,683 peneroka di seluruh negara.
Daripada jumlah 95,683 peneroka ini, mereka akan menerima
insentif yang berbeza-beza di antara RM300 hingga RM800 bergantung kepada
hasil. “Secara purata, setiap peneroka akan menerima RM697 bonus setiap seorang
berdasarkan jumlah RM66.7 juta yang dibahagikan kepada 95,683 peneroka,” dakwa
Rafizi.
Isa juga dipetik bahawa FELDA masih mampu membayar bonus walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.
Apa yang tidak disebut oleh Isa ialah bonus itu (berdasarkan unjuran penyata kewangan tahun 2014 dan kedudukan kewangan FELDA sejak dari itu) dibayar dengan menggunakan wang pusingan hutang kerana prestasi kewangan FELDA setakat ini (setakat yang terkini iaitu 2014) menunjukkan FELDA mencatatkan kerugian dari operasinya (iaitu operasi bersabit kelapa sawit dan perniagaan sebelum ditolak bayaran faedah hutang, cukai dan lain-lain).
Berdasarkan laporan The Star bertarikh 28 Disember 2016 yang memetik sumber yang rapat dengan urusniaga itu mengesahkan bahawa pembelian saham berjumlah RM2.26 bilion dalam Eagle High itu akan dibiayai melalui 2 pinjaman:
i. Terbitan hutang sukuk (kertas hutang mematuhi shariah) berjumlah RM1.13 bilion iaitu 50% dari pembiayaan tersebut
ii. Baki pembelian RM1.13 bilion akan dibiayai oleh satu hutang dari kumpulan bank Eropah
Rafizi menegaskan hasil semakannya, kadar purata faedah (kupon) yang perlu dibayar oleh hutang-hutang yang diterbitkan oleh Kerajaan Malaysia seperti yang dilaporkan oleh Bank Negara, seperti berikut:

a) Berdasarkan kadar di pasaran yang terkini bertarikh 4 Januari 2017, kadar bayaran faedah bagi hutang yang diterbitkan oleh Kerajaan Malaysia mencecah 5% bagi hutang-hutang yang perlu dilangsaikan dalam tempoh 20 tahun.
b) Hutang yang akan diterbitkan oleh FELDA dan dijamin oleh Kerajaan Malaysia juga akan dikenakan kadar faedah yang sama dengan hutang-hutang yang diterbitkan oleh Kerajaan Malaysia, iaitu sekitar 5%.
c) Bagi hutang yang
diambil dari kumpulan bank Eropah, kadar pinjaman dari bank perdagangan
selalunya beberapa % lebih tinggi dari kadar hutang yang diterbitkan oleh
sesebuah kerajaan.
Jadi, jika kadar hutang bagi hutang-hutang yang
diterbitkan oleh Kerajaan Malaysia adalah 5%, beliau mengunjurkan (dengan
mengambil kira risiko kewangan akibat kedudukan kewangan FELDA yang lemah) FELDA
terpaksa membayar kadar faedah sekurang-kurangnya 7% (iaitu 2% lebih tinggi
dari kadar hutang Kerajaan Malaysia atau MGS) ke atas RM1.13 bilion yang
diambil dari bank Eropah itu.
“Berdasarkan angka-angka ini, saya sertakan satu perkiraan jumlah hutang yang terpaksa ditanggung oleh FELDA dan anak syarikatnya setelah pengambil alihan 37% pegangan di dalam Eagle High Plantations, seperti yang ditunjukkan di bawah:

Kedudukan hutang FELDA, jumlah kos membayar faedah hutang dan purata kos faedah hutang tahunan yang ditanggung oleh seorang peneroka FELDA selepas pembelian saham-saham itu adalah seperti berikut:
i. Jumlah kos membayar hutang FELDA dan anak syarikatnya – RM485 juta setahun
ii. Purata bayaran faedah hutang FELDA dan anak syarikatnya bagi setiap peneroka – RM5,065 setahun
Berikutan itu, beliau minta Isa meletakkan jawatan kerana
bukan sahaja prestasi kewangan FELDA jatuh merudum semasa beliau memimpin FELDA,
beliau juga mengumumkan bonus purata RM697 seorang peneroka yang akan dibayar
dari hutang.
“Sedangkan beliau menyembunyikan bahawa setiap peneroka
itu pula akan menanggung bayaran faedah hutang FELDA dan anak syarikatnya
sebanyak RM5,065 setahun,” tegas Rafizi.
Benarkah
dapat bonus RM697 tetapi tanggung hutang RM5,065?
No comments:
Post a Comment