Jangan haraplah.
Juga mengharapkan media prokerajaan dan proUMNO mengulas
pertemuan itu sebagai yang akan membawa kebaikan kepada politik dan pentadbiran negara?
Jauh sekali.
Akhirnya pertemuan itu dianggap sebagai tidak akan menyumbang apa-apa makna kepada politik dan pentadbiran negara.
Hakikat sebenar disembunyikan tetapi yang ditonjolkan melalui
kenyataan-kenyataan membidas Dr Mahathir ke pertemuan itu ialah Datuk Seri Mohd Najib Razak dan
timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak disisihkan ke luar
gelanggang kuasa di negara ini.
Kerana itu dipusing-dipusingkan cerita kepada berbagai perkara, sedangkan pertemuan itu bagi Dr Mahathir bertujuan menunjukkan sokongan
kepada bantahan Anwar dalam perkara membabitkan Akta Majlis Keselamatan Negara
(MKN) 2016.
Ditanya wartawan tujuan beliau berjumpa Anwar, Dr
Mahathir berkata: “Saya berminat dengan kes ini kerana seperti yang kamu tahu
ia berkaitan MKN. Saya telah tulis blog dan beliau juga buat perkara sama.
Beliau akan hentikan (akta itu).
Jadi saya datang jumpa beliau dan berbual panjang berkaitan apa yang beliau sedang buat.”
Jadi saya datang jumpa beliau dan berbual panjang berkaitan apa yang beliau sedang buat.”
Anwar, 68, yang kini menjalani hukuman penjara kedua
selama 5 tahun, mendakwa Akta MKN 2016 tidak berperlembagaan dan tidak sah
kerana ia dikuatkuasakan menurut Fasal 66 (4A) Perlembagaan Persekutuan.
Beliau menuntut deklarasi Akta MKN tidak berperlembagaan
dan terbatal serta perintah injunksi menghalang penguatkuasaan MKN.
Akta MKN yang berkuat kuasa pada 1 Ogos lalu antara lain
memberikan kuasa kepada perdana menteri menetapkan sesuatu kawasan sebagai
“kawasan keselamatan” di mana beliau boleh membenarkan pasukan keselamatan
memeriksa mana-mana individu, kenderaan atau bangunan tanpa memerlukan waran.
Akta itu diluluskan tanpa mendapat perkenan Yang
DiPertuan Agong, walaupun istana pernah mencadangkan beberapa perubahan.
Mengenai pertemuan itu, Dr Mahathir apabila disasak wartawan sama ada pertemuan dengan bekas timbalannya bermakna kedua-dua mereka sudah bermaafan dan “berkawan semula”.turut menjelaskan
bahawa ‘kisah lama’ tidak dibincang.
Itulah hakikat sebenar kenapa Dr Mahathir hadir ke Mahkamah Tinggi semata-mata bagi
menyatakan sokongan terhadap permohonan Anwar bagi mencabar Akta MKN.
Langkah itu dilihat sebagai sokongan moral terhadap Anwar
kerana kedua-dua pemimpin itu kini senada menentang akta itu dan menolak kepimpinan
Najib Razak.
Anwar, yang juga bekas ketua pembangkang, memohon
pengisytiharan bahawa Akta MKN bertentangan dengan perlembagaan.
Pertemuan yang dianggap mesra itu dapat dilihat apabila tangan kiri Anwar juga kelihatan menggenggam tangan kiri Mahathir. Sementara Mahathir pula kelihatan menepuk bahu Anwar.
Kedua-duanya dilihat bersalaman dan beramah mesra sambil
disaksikan sejumlah pemimpin pembangkang seperti Presiden PKR Datuk Seri Wan
Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dan juga bekas
naib ketua cawangan Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Pertemuan kedua-dua tokoh selepas 18 tahun itu pada
tengah hari adalah ketika perbicaraan kes saman Anwar terhadap pelaksanaan Akta
MKN.
Akibat daripada kedatangan Dr Mahathir bertemu Anwar itu
maka terkeluarlah pelbagai kenyataan bersifat bimbang dan ‘dendam’ apabila ada
pendapat mengatakan pertemuan iyu tidak bermakna
selagi bekas perdana menteri itu tidak memohon maaf kepada Anwar dan rakyat
Malaysia.
Menteri Multimedia dan Komunikasi, Datuk Seri Salleh Said
Keruak yang memang kental menyokong Najib mengingkatkan bekas ketua pembangkang
itu supaya tidak lupa berhubung apa yang
berlaku pada tahun 1998.
Katanya, tidak lama selepas bekas mentornya Dr Mahathir
bersalaman dengan Anwar, bekas perdana menteri itu bertindak nekad
menghancurkan kerjaya politik Anwar.
Menurut Salleh, Dr Mahathir bersalaman dengan Anwar hari
ini adalah seperti apa yang berlaku pada tahun 1998 sehari sebelum Dr Mahathir
memusnahkan Anwar. "Ciuman Mahathir
adalah ciuman maut," katanya dalam blognya.
Bagi Salleh, tindakan itu satu kompromi politik yang agak
biasa, yang membuktikan bahawa Dr Mahathir sudah sampai ke penghujungnya.
Hujah Salleh selanjutnya, Dr Mahathir menyedari parti baru
yang dinaunginya, Parti Pribumi Bersatu tidak mendapat sambutan dan perlu
suntikan semangat daripada Anwar.
Kerana itu, Dr Mahathir cuba membina jambatan dengan
Anwar - supaya melamar Pakatan Harapan Mahathir akhirnya mengakui beliau tidak
lagi mempunyai kekuatan untuk kejayaan partinya.
"Beliau terpaksa menumpang daripada Anwar dan
Harapan (Pakatan)," tegasnya.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron pula
berpendapat, sekiranya bekas Perdana Menteri dan anak didiknya itu bergabung
tenaga sekali lagi, mereka akan saling ‘berbunuh’ akhirnya seperti dulu.
Bagi Idris, pertemuan itu hanya mendedahkan betapa
terdesaknya Mahathir sekarang ini. “Mahathir sangat terdesak. Anwar tidak akan
lupa perbuatan Mahathir pada 1998.”
Idris, yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata
sekiranya kedua bekas pemimpin Umno itu kembali bersatu, luka lama akan
berdarah kembali.
Sementara
dua bekas aktivis reformasi menyifatkan pertemuan kedua-dua mereka membuktikan
bekas perdana menteri itu sudah terdesak.
Mereka berkata Dr Mahathir kehilangan punca dalam
usahanya menentang Perdana Menteri menyebabkan beliau
mengambil tindakan bertemu Anwar.
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia Badrul Hisham
Shaharin berkata pertemuan itu tidak akan membawa apa-apa makna selagi Dr
Mahathir tidak memohon maaf kepada Anwar dan rakyat Malaysia.
Bekas setiausaha Pemuda PKR yang menjadi panel pemikir
Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr
Mahathir terlalu terdesak, dan kehabisan idea untuk menjatuhkan Najib kecuali
dengan bersama orang yang pernah dipecat dan hina.
“Jika Anwar sanggup memaafkan dan bersatu dengan Dr
Mahathir sekalipun, pembangkang tetap tidak akan mempunyai satu suara untuk
berdepan BN dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang,” katanya
Mahathir setakat ini enggan mengulas kehadirannya di
mahkamah itu.
Berbeza dengan pandangan penyokong Najib, Datuk Husam
Musa melalui blognya menganggap pertemuan itu sebagai ‘Sinergi Dua Gergasi.,
Kata Husam, ‘Demi Malaysia’: pertautan dua tiang seri politik Malaysia sangat
dialukan.
“Saya sudah impikan dua tokoh yang bersalingan selama 19
tahun untuk kembali duduk sebaris.
Saya nyatakan 'mimpi' saya itu dalam ucapan saya di depan
Tun dalam majlis ceramah Tun yang pertama di atas pentas Pakatan di Pandan,
awal Mac tahun ini,” tegas Husam.
Kata Husam, itulah yang beliau mampu lakukan untuk melihat dua elemen yang
dulunya sangat serasi tetapi kemudian bertentangan atas pengaruh keadaan, untuk
kembali mencari 'sinergi ying dan yang' politik Malaysia.
Tegasnya, keadaan negara masa kini sangat memerlukan
sinergi itu.
Bagi Husam, Anwar adalah 'natural succesor' yang masih
aktif. Ku Li (Tengku razaleigh Hamzah) dan Tun Musa (Musa Hitam) telah berada
di tepi gelanggang atas sebab tersendiri. Keguguran mereka antara lain telah
mencipta 'vacuum' kepimpinan. Tun Ghafar (Baba) pula telah pergi.
Walaupun diperlekehkan dan dikatakan sebagai tindakan
terdesak ‘oleh penyokong Najib, Anwar sangat menghargai kehadiran bekas bosnya itu.
Beliau berterima kasih kerana kesudian Dr Mahathir datang
untuk memberi sokongan kepada usaha beliau sambil mengatakan terharu dengan
sikap bekas Perdana Menteri itu.
“Kita bincang masalah MKN, dan hal-hal lain juga. Beliau
berbaik hati hadir,” kata Anwar ketika dibawa warden Penjara Sungai Buloh
keluar daripada perkarangan mahkamah.
Dr Wan Azizah Ismail yang juga presiden PKR mengelak
soalan sama ada beliau kini memberikan kepercayaan kepada Dr Mahathir.
“Beliau hadir memberikan kata-kata semangat, kita bertolak
dari situ,” katanya ringkas.
Semalam genap 18
tahun dan 3 hari Anwar dipecat Dr Mahathir, selepas dituduh menyalah guna kuasa
dan salah laku seks.
Anwar kemudian ditangkap di bawah Akta Keselamatan Negara
pada 20 September, sebelum dibicarakan dan dipenjarakan 6 tahun atas kesalahan
salah guna kuasa.
No comments:
Post a Comment