"MCA sepatutnya meminta beliau meletakkan jawatan sebagai PM dan membiarkan SPRM, Bank Negara dan pihak polis untuk menjalankan tugas mereka secara bebas dan tanpa gangguan."
- Perwakilan Cheras, Heng Sinn Yee
Bekas presiden MCA Tan Sri Ong Tee Keat melahirkan rasa
kesalnya atas keputusan MCA yang teguh berdiri di belakang Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak.
Ong berkata jelas terdapat perasaan tidak puas hati akar
umbi MCA dan masyarakat Cina terhadap keadaan negara sekarang ini.
Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama
pengkritik utama Najib, Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya semalam. Beliau
bagaimanapun berkata tidak mewakili MCA dalam sidang media itu.
Turut hadir dalam sidang media itu veteran Umno Tengku
Razaleigh Hamzah, timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas
menteri Datuk Seri Shafie Apdal.
Mengejutkan, selepas mesyuarat agung
tahunan (AGM) Pemuda MCA, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan
skandal RM2.6 bilion sekali lagi menjadi isu panas di AGM MCA.
Seorang perwakilan menggesa kepimpinan MCA untuk secara
terbuka menggesa peletakan jawatan Najib, manakala seorang lagi bertanya sama
ada MCA mendapat bahagiannya dari "dana politik" RM2.6 bilion itu.
Perwakilan Cheras, Heng Sinn Yee berhujah bahawa MCA
perlu mengambil tindakan untuk mengetahui sama ada Jabatan Peguam Negara dan
Jabatan Perdana Menteri menutup isu 1MDB dan skandal RM2.6 bilion skandal.
"(Najib) telah menerima berbilion-bilion ringgit,
tetapi tidak mengisytiharkan, dan malah beliau memindahkan dana itu ke dalam
akaun bank peribadinya," katanya.
Selain itu, dakwanya, berlaku salah guna kuasa satu lepas
satu; penggantian timbalan perdana menteri dan peguam negara; rombakan kabinet
dan melumpuhkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Menurutnya, sesiapa sahaja akan percaya bahawa terdapat
perkara-perkara yang mencurigakan berlaku.
Menurut Heng lagi, bekas presiden MCA Datuk Seri Dr LingLiong Sik berdepan dengan kemungkinan disaman selepas selepas secara terbuka
menuntut peletakan jawatan Najib, tetapi Ling telah mencabar Najib berjumpanya
di mahkamah.
Bagaimanapun, MCA berkata ia adalah "kenyataan peribadi"
Ling dan menjauhkan diri dari bekas presiden MCA itu.
Pendirian itu, tegas Heng, telah mengecewakan rakyat.
Oleh itu, beliau menggesa MCA supaya mengikut tuntutan
rakyat dan secara terbuka menuntut penjelasan Najib mengenai 1MDB dan skandal
RM2.6 bilion skandal.
MCA, tambahnya, perlu menjadi parti politik yang
bertanggungjawab dan meminta Najib menjelaskan isu 1MDB dan dana yang tidak
diketahui yang dipindahkan ke dalam akaun peribadinya.
Menurutnya lagi, MCA sepatutnya meminta beliau meletakkan
jawatan sebagai PM dan membiarkan SPRM, Bank Negara dan pihak polis untuk
menjalankan tugas mereka secara bebas dan tanpa gangguan.
Sementara semua perwakilan mensasarkan Najib dan skandal
RM2.6 bilion, perwakilan Pulai, Tan Man Lee mengemukakan satu soalan yang
menarik kepada kepimpinan MCA.
Najib, katanya, telah mendakwa bahawa RM2.6 bilion itu
adalah "sumbangan politik" untuk pilihan raya umum ke-13.
"Saya ingin mengemukakan satu soalan kepada pemimpin
di atas pentas, yang juga merupakan soalan yang membingungkan satu juta ahli
MCA.
"PM pernah berkata RM2.6 bilion itu adalah sumbangan
politik dan sumbangan ini telah dibelanjakan untuk PRU13.
"Menurut PM, RM2.6 bilion telah diperuntukkan kepada
ahli parti masing-masing. Oleh itu, saya ingin bertanya kepada kepimpinan kita?
Berapa banyak yang anda dapat," tanya Tan.
No comments:
Post a Comment