Sunday, October 18, 2009

CONTOHI SIKAP MOHD. ISA DAN JENTERANYA

Forum Utusan Malaysia

Sesuatu yang boleh dipelajari daripada PRK DUN Bagan Pinang ini ialah sikap yang ditunjukkan oleh calonnya iaitu Tan Sri Mohd. Isa Samad dan keseluruhan AJK dan ahli Bahagian UMNO Teluk Kemang.
Mohd. Isa ternyata seorang yang ikhlas berpolitik apabila beliau bersikap berlapang dada dalam menempuhi segala cabaran dalam kerjaya politiknya.

Ternyata Mohd. Isa tidak ‘melatah’ sewaktu beliau dikenakan hukuman oleh Lembaga Disiplin UMNO bersabit politik wang.

Malahan beliau ‘berlapang dada’ dengan ketentuan Allah SWT terhadap kerjaya politik beliau. Beliau terus berbakti dengan ikhlas terhadap UMNO dan rakyat. Hasilnya beliau kembali mendapat kepercayaan rakyat di DUN Bagan Pinang dengan majoriti yang lebih besar!


Sikap berlapang dada diberi penjelasan oleh Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna iaitu serendah-rendah martabat ukhuwah ialah apabila kamu berlapang dada terhadap saudaramu dan setinggi-tinggi martabat ukhuwah ialah apabila kamu meletakkan saudaramu lebih utama daripada dirimu sendiri.

Kepada seluruh ahli UMNO, jadikanlah sikap terpuji Mohd. Isa sebagai contoh yang perlu ada dalam diri setiap orang. Jadikanlah semangat muafakat UMNO Bahagian Teluk Kemang sebagai teladan yang berharga untuk dipraktikkan di setiap UMNO bahagian.

Untuk meraih kejayaan dalam Pilihan Raya Umum (PRK) Ke-13 nanti ketepikan jauh-jauh penyakit dalaman seperti sikap bersangka buruk sesama ahli, cantas mencantas sesama sendiri dan hasad dengki sesama bangsa Melayu.

No comments: