Saturday, August 29, 2009

RM300,000 BANTU RAKYAT MISKIN DI KELANTAN

Hmmm…mana wakil rakyat PAS?

Apa yang boleh mereka lakukan untuk membantu rakyat miskin?

Timbalan Menteri Kewangan II, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata sebanyak RM300,000 diperuntukkan kepada 4,000 rakyat miskin termasuk ibu tunggal dan anak yatim di Kelantan akan menerima bantuan kewangan bagi meringankan beban mereka menyambut Ramadan dan hari raya Aidilfitri.

Menurut Ketua UMNO Bachok itu, bantuan wang kewangan itu hasil dari sumbangan beberapa badan syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat swasta.

Katanya, beliau berharap sumbangan itu dapat meringankan beban yang terpaksa ditanggung keluarga terbabit.

Di pihak PAS, khususnya Ahli Parlimen Bachok, apa yang mereka lakukan?

Dulu sebelum menang janji macam-macam, mahu membela rakyat dan sebagainya. Selepas menang, wakil rakyat PAS menyepi seribu bahasa.

Apakah dengan memberikan kemenangan kepada PAS bermakna ada perubahan di Bachok? Akhirnya, Awang Adek juga yang menjadi ‘penyelamat’.

Kini ternyata Awang Adek bukan sahaja berkhidmat untuk rakyat Bachok tetapi juga seluruh Kelantan.

Menurut Awang Sdek, insya-Allah program ini sedikit sebanyak dapat ringankan beban hidup golongan yang perlu bantuan dalam bulan Ramadan ini da semoga dapat menyambut hari raya dalam keadaan ceria dan ada sikit wang belanja, untuk beli pakaian untuk anak-anak.”

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Wang Zakat di kediamannya di Kampung Perupuk dekat sini, semalam.

Beliau berkata, daripada jumlah sumbangan terkumpul, sebanyak RM150,000 turut disumbangkan oleh Uda Holding Berhad.

Menurut Awang Adek, wang berkenaan akan diagihkan melalui 14 kawasan Parlimen dan akan disampaikan kepada golongan sasar berkenaan sebelum Aidilfitri depan.

Setiap daripada mereka akan menerima sumbangan RM50 sehingga RM100 setiap seorang manakala 2,000 penduduk Bachok antara penerima terbesar yang dikenal pasti paling daif di Kelantan.

No comments: