Mudah saja.
Sendiri gagal membawa pembangunan. Takut rakyat tuduh macam-macam, putar belit sikit, kata Barisan Nasional dan UMNO rasuah.
Itu saja….menolak tuduhan kepada orang lain. Inilah sikap PAS.
Tak percaya? Baca ulasan berikut:
Gagal bawa pembangunan, Pas tuduh UMNO rasuah
NASIR SUKIMAN
(Malaysia Aktif)
SETELAH empat penggal memerintah Kelantan, jelas tidak banyak pembangunan berlaku dengan kebanyakan kawasan undi kekal di takuk lama – kemudahan penduduk tidak ditambah bermakna yang tidak mempunyai prasarana asas tidak mendapatnya sedang yang sudah ada menjadi buruk dan ada yang hampir menyembah bumi.
Inilah dia realiti keadaan di Kelantan – negeri Che Siti Wan Kembang – yang diperintah oleh Pas yang mendakwa sebagai sebuah parti Islam tetapi jelas tidak ada perancangan dan agenda pembangunan memajukan negeri.
Yang dikehendaki oleh Pas hanyalah pengundi perlu memangkah parti bersimbol bulan pada hari membuang undi, manakala projek pembangunan pula adalah tanggungjawab Kerajaan Pusat.
Inilah sikap dan dasar Pas yang ditegaskan oleh Naib Presiden Mahfuz Omar pada kemuncak kempen dalam pilihan raya kecil N.41 Manek Urai.
Kasihan penduduk Kelantan, rupa-rupanya sikap Pas terhadap pembangunan banyak dikaitkan dengan nilai dan ciri negatif di sebalik desakan agar pengundi menolak projek kemajuan yang diuar-uarkan Kerajaan Pusat atau lebih khususnya Umno-Barisan Nasional.
Pemimpin Pas dikatakan akan menabur fitnah kononnya betapa setiap projek yang diumumkan sentiasa membawa ‘dosa’ terutama rasuah.
Penduduk ditanam dengan kebencian kepada setiap projek kerana ia biasanya sudah diperuntukkan kepada konco Umno-BN yang sudah pun mendapat komisyen mereka dalam bentuk rasuah lantas ia harus ditolak.
Pas memberi gambaran kononnya ia tidak membawa kemajuan dan projek pembangunan kerana menolak rasuah.
Hakikatnya adalah Pas tidak ada strategi perancangan pembangunan bagi Kelantan atau khususnya Manek Urai.
Malah apa salahnya jika projek bernilai berjuta ringgit dikaitkan dengan kontraktor Melayu Kelantan yang mampu memiliki Mercedes Benz? Jika mereka tidak diberikan projek siapa pula harus mengaut keuntungan?
Kegagalan Pas menjana ekonomi penduduk hingga ramai yang masih berada di bawah paras kemiskinan atau dalam golongan miskin tegar juga dipendamkan.
Nik Aziz dalam ceramah dan poster dipasang di kebanyakan kampung menggesa penduduk terus berdoa saja dan mengawasi diri mereka agar tidak menerima habuan dan pemberian yang kononnya meragukan dan mungkin berdosa.
Mujur ramai pengundi di Manek Urai yang kekal sebagai pekebun kecil getah yang masih hidup sempit dan sesetengahnya tinggal di rumah yang semakin usang sudah bosan dan muak dengan desakan Pas itu.
Keprihatinan dan pendekatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamad yang turun padang akhirnya berjaya membela nasib 750 keluarga peneroka yang kekal miskin walaupun sudah meneroka Manek Urai sejak 1970-an lagi.
Kain rentang ‘Manek Urai Anak Emas BN’ dan cogan kata ‘Manek Urai model pembangunan Kelantan’ mungkin boleh menumbangkan Pas pada pilihan raya umum akan datang. - malaysiaaktif.com
No comments:
Post a Comment