Apa jadi
dengan Pakatan Harapan (HARAPAN) Terengganu kini?
Apakah ia
memerlukan ’udara dan tenaga baharu’ sebagai persediaan untuk menghadapi
pilihan raya umum ke-14 akan datang?
Kepimpinan
HARAPAN jelas masih di takuk lama dan hasil kepimpinan lemah dan longlai Datuk
Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad?
Apa perancangan dan
langkah-langkah memulih dan
memperkukuhkan sokongan rakyat Terengganu kepada HARAPAN? Jawapannya TIADA!
Amat nyata Raja Bahrin masih
tidak berjaya menyediakan suatu arah tuju dan pelan tindakan untuk menggerakkan
HARAPAN ke tahap lebih aktif dan berkesan selepas pilihan raya umum Mei lalu.
Malah dalam isu pelantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPPK) pun beliau jelas gagal merunding, mencari penyelesaikan dan menyediakan cadangan kepada Putrajaya melalui mesyuarat HARAPAN.
Momentum gerakan
meramaikan ahli, sama ada melalui Parti Keadilan Rakyat (PKR) BERSATU atau juga
AMANAH nampaknya semakin lemah dan ternampak ciri-ciri ‘keletihan’.
Sewajarnya, Raja Bahrin
menumpukan usaha memajukan HARAPAN sama ada melalui gerakan atau aktiviti
bersama, mencari peruntukan atau juga mengemaskan saf barisan kepimpinan
daripada melaga-lagakan kepimpinan dalam
BERSATU dan PKR.
Yang dapat dilihat dengan
jelas , selain gagal untuk memajukan
partinya apabila gagal menarik penmyokong PAS, beliau berusaha pula melemahkan
kegairahan parti lain untuk berkembang.
Kebimbangan beliau
terhadap kemampuan Pengerusi MPN PKR Terengganu Azan Ismail (kiri) menjadi buah mulut
ramai apabila ada usaha beliau membantu penentang Azan untuk kalahkan bekas
ADUN Bandar itu pada pertandingan Ketua
Cabang Kuala Terengganu, Oktober lalu.
Namun hasratnya gagal apabila Azan bukan sahaja
menang Ketua Cabang tetapi penyokongnya menang di tujuh (7) daripada 8 Cabang.
Dengan kata lain, kekuatan
Azan amat terserlah dan ini membimbangkan Raka Bahrin, apa lagi sekiranya Datuk
Seri Anwar Ibrahim menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
Dengan pelantikan semula
Azan sebagai Pengerusi MPN Terengganu 2019-2022 akan semakin meresahkan Raja
Bahrin.
Mimpi buruk buatnya.
Sokongannya kepada
kumpulan penentang Azan dalam PKR mengecewakan beliau walaupun menganggap dirinya
kini popular selepas dilantik sebagai Senator dan Timbalan Menteri Perumahan
dan Kerajaan Tempatan.
Ternyata HARAPAN Terenganu
kini berpecah-belah gara-gara kelemahan dan campur tangan Raja Bahrin dalam PKR
dan BERSATU.
Selain menganggu-gugat
PKR, Raja Bahrin juga bimbang dengan perkembangan dalam BERSATU Terengganu,
apalagi dengan kemasukan bekas pemimpin UMNO, termasuk bekas Ketua Bahagian
UMNO ke parti yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad itu.
Malang jika Pengerusi
HARAPAN mengekalkan Raja Bahrin sebagai Pengerusi HARAPAN Terengganu kerana
beliau melakukan ‘sabotaj dari dalam’.
Majlis Presiden perlu
melihat gelagatnya yang bukan untuk
menguatkan HARAPAN tetapi semakin melemah dan menghancurkan HARAPAN Terengganu.
Jika dalam PKR beliau
menggunakan penentang Azan dan mereka yang kalah dalam pertandingan Ketua
Cabang Oktober lalu, dalam BERSATU pula, bagi menganggu-gugat Ketua Pimpinan
BERSATU Negeri Terengganu Senator Datuk Razali Idris (kanan) beliau menggunakan dua
tiga Ketua Bahagian BERSATU untuk ‘menyerang dan memperlekehkan Razali’.
Buka rahsia lagi sejak
sebelum pilihan raya umum lalu, Ketua Bahagian BERSATU Datuk Zulkifli Mohamdd
digunakan oleh Raja Bahrin untuk mengkritik dan merendah-rendahkan kemampuan
Razali secara terbuka.
Kritikan Zulkifli tanpa
berlapik, khususnya dalam Bahagian BERSATU Kuala Terengganu tidak memberikan
apa-apa untung kepada BERSATU mahupun HARAPAN.
Menggunakan kata-kata
kononnya beliau (Zulkifli) sebagai ‘bekas pegawai tinggi TCS (Pegawai Tadbir
Terengganu) lebih ‘cerdik dan mampu’ mentadbir BERSATU daripada Razali, Raja
Bahrin menggunakan sebagai ‘panglimanya untuk berperang dari dalam HARAPAN’.
Apakah cara ini wajar
diamalkan oleh Raja Bahrin dan Zulkifli?
Bagi melindungi kelemahan
kepimpinan dan tidak mampu merancang langkah strategik melawan PAS dan UMNO
Terengganu, Raja Bahrin dan Zulkifli mewujudkan suasana kononnya dalam parti
komponen HARAPAN Terengganu dilanda masalah.
Barah perlu diubati segera
dalam HARAPAN Terengganu.
Membiarkannya akan
menyebabkan merebaknya kemusnahan HARAPAN daripada dalam.
Majlis Presiden HARAPAN
perlu menangani segera kelemahan ini jika mempunyai HARAPAN untuk tawan
Terengganu.
Jika tidak, lupakan
sahaja. Teruskan dengan kepimpinan ‘cara Raja Bahrin’ yang dibantu oleh
panglimanya, Zulkifli yang kini sudah dilantik Pengerusi Lembaga Kemajuan
Terengganu Tengah (KETENGAH).