Monday, September 19, 2016

Dr Mahathir-Anwar Senada Tolak MKN Demi Menyelama Hak, Kebebasan Rakyat


Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengancam sistem demokrasi dalam negara ini.

“Kita perhatikan hampir semua institusi utama negara seperti polis, SPRM, Peguam Negara dan Bank Negara telah pun dikuasai sepenuhnya oleh beliau,” kata kedua-dua tokoh yang pernah mengetuai pentadbiran kerajaan pada 1990-an itu.

"Oleh kerana krisis negara, kami bersama dengan rakyat menentang akta ini serta membawa perubahan dan reformasi demi menyelamatkan hak dan kebebasan rakyat bagi memajukan negara tercinta kita ini," kata mereka menerusi kenyataan itu hari ini (19 September 2016).

Ia merupakan kenyataan pertama mereka susulan pertemuan di Mahkamah Tinggi pada 5 September, 18 tahun selepas Anwar dipecat Dr Mahathir sehingga mencetuskan demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir berkata beliau hadir memberikan sokongan kepada Anwar, yang mahu mencabar pelaksanaan Akta MKN yang dikritik hebat kerana memberikan kuasa luas kepada perdana menteri.

Dalam kenyataan mereka hari ini, Dr Mahathir dan Anwar berkata Akta MKN menidakkan hak sesiapa yang terbunuh “sama ada pegawai atau orang awam diperiksa (post-mortem) untuk menentukan sebab-sebab kematian berlaku” walaupun terjadi salah-laku.


“Oleh kerana krisis negara inilah kami bersama dengan rakyat menentang akta ini dan membawa perubahan dan reformasi demi menyelamatkan hak dan kebebasan rakyat dan memajukan semula negara tercinta kita ini,” kata mereka.

Menerusi kenyataan bersama itu, dijelaskan juga bahawa akta berkenaan telah mengenepikan secara langsung kuasa serta peranan Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu dalam isu kepentingan keselamatan dan kebebasan rakyat negara ini.

Selain daripada itu, kenyataan berkenaan juga menyebut akta itu turut menidakkan hak sesiapa yang terbunuh, sama ada pegawai atau orang awam diperiksa (post-mortem) untuk menentukan sebab-sebab kematian dan ia besar kemungkinan akan menyebabkan berlakunya salah laku.

Oleh kerana krisis negara yang berlaku tersebut, Dr Mahathir dan Anwar bersama dengan rakyat akan menentang akta berkenaan bagi membawa perubahan serta reformasi demi menyelamatkan hak kebebasan rakyat disamping memajukan semula negara ini.


Dr Mahathir sebelum ini menyatakan sokongan kepada Anwar berhubung petisyen dibawa bekas timbalannya itu untuk mencabar akta MKN yang diluluskan tanpa perkenan Raja-Raja Melayu.

Kedua-dua mereka bersalaman buat kali pertama dalam tempoh 18 tahun selepas Dr Mahathir memecat Anwar pada 1998 sebagai timbalan perdana menteri.

Bagaimanapun, adakah Anwar sudah memaafkan musuh politik 18 tahunnya itu yang 'mencantas' masa depan politiknya hampir dua dekad lalu?

Tambahan lagi ketika berdepan gesaan mohon maaf terbuka anak perempuannya Nurul Nuha.

Berdepan soalan itu Anwar kelihatan keberatan mengeluarkan kenyataan pasti bahawa beliau telah memaafkan bekas mentor yang membawa beliau menyertai politik pada era 70-an itu.

Pemberita: Susulan anak perempuan kamu buat kenyataan, kamu masih mahu beliau minta maaf?

Anwar: Saya sudah jelaskan. Masalahnya ia terjadi tiba-tiba; saya tiada peluang bercakap dengan anak-anak saya sebelum ini, tetapi sekarang oleh kerana saya sudah jelaskan keadaan pada mereka, cukuplah.
“Sudah tentu kami menderita...”

Jadi kamu sudah maafkan beliau?

Anwar: […] sangat hargai, sudah tentu saya terima kasih pada beliau dan beliau beri sokongan bukan saja pada (isu) MKN tetapi juga reformasi. Ini yang penting.

Boleh kami kata kamu sudah maafkan beliau?

Anwar:  “Saya sudah banyak kali maafkan banyak orang, tetapi yang saya bimbangkan adalah keadaan sekarang ini, kerana masyarakat pada masa ini harus hentikan gangguan dan ketidakadilan.”

Anwar berkata demikian ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.


Beliau memberi keterangan dalam saman melawan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Saturday, September 17, 2016

Halau Peguam ‘Gila’ AS - Jamal Rosakkan Imej UMNO?.


Apa untungnya Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mahu mengadakan demonstrasi bantahan terhadap peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Untuk apa pemimpin kontroversi akar umbi UMNO itu membuat ancaman sedemikian?

Apakah ancaman Jamal terhadap peguam Anwar dari Amerika Syarikat, Kimberley Motley akan memberi kesan tidak baik kepada UMNO?

Peguam Latheefa Koya yang turut menganggotai pasukan peguam Anwar mengulas ancaman Jamal,  berkata tindakan itu telah 'menghanyutkan' UMNO sehingga karam.

Latheefa berkata demikian mengulas ancaman Jamal untuk mengadakan demonstrasi bantahan terhadap Motley semalam.

Kelmarin (15 September 2016), Jamal menyatakan bantahan terhadap kenyataan Motley yang menurutnya menghasut orang ramai berkumpul di mahkamah Persekutuan, Putrajaya, bagi menyokong anak guamnya pada 12 Oktober ini dalam permohonan semakan kehakiman terhadap sabitan kesalahannya.

Motley kelmarin mengundang siapa sahaya yang percaya pada “kebenaran dan keadilan” hadir ke mahkamah pada bulan depan.

Latheefa...UMNO akan karam
 Dalam kenyataannya Jamal berkata Anwar bukan tahanan politik dan “peguam gila dari Amerika Syarikat itu tidak berhak mencemari sistem kehakiman dan perundangan di negara ini dengan menghasut rakyat.”

Anwar sedang menjalani hukuman lima tahun penjara atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.Sebagai reaksi, Jamal menyeru sebuah perhimpunan balas diadakan  bagi “menghalau” Motley pulang ke negara asalnya.

“Sebagai seorang peguam, beliau sewajarnya menghormati undang-undang di negara ini dan tidak bertindak kurang ajar seperti peguam gila seolah-olah beliau mempunyai kuasa menghasut rakyat,” tegas Jamal.

"Ini adalah satu percubaan yang secara terang-terangan bertujuan menakut-nakutkan dan menghalang Motley daripada menjalankan tugasnya sebagai penasihat undang-undang antarabangsa.

"Dengan mengancam untuk mengadakan bantahan di Mahkamah Persekutuan pada 12 Oktober 2016, Jamal dan UMNO telah melemahkan sistem perundangan dan campur tangan dalam proses kehakiman," kata Latheefa dalam kenyataan, kelmarin.

Motley...peguam gila kata Jamal
Tambah beliau, ini adalah satu lagi bukti konspirasi politik terhadap Anwar. Motley dilantik oleh Anwar untuk membantu beberapa kes yang sedang berlangsung, termasuk kajian semula sabitan liwatnya pada bulan Februari 2015.

Motley, graduan Sekolah Undang-undang Marquette pada tahun 2003, berkhidmat di Amerika Syarikat dan Afghanistan.

Beliau telah menjalankan penyelidikan dalam bidang kehakiman juvana yang mendapat laporan di peringkat antarabangsa dan membantu terlibat melatih ratusan peguam Afghanistan.

Kelmarin Jamal menegaskan mahu mengadakan perhimpunan di luar Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.