Apa untungnya Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk
Seri Jamal Md Yunos mahu mengadakan demonstrasi bantahan terhadap peguam Datuk
Seri Anwar Ibrahim?
Untuk apa pemimpin kontroversi akar umbi UMNO itu membuat
ancaman sedemikian?
Apakah ancaman Jamal terhadap peguam Anwar dari Amerika
Syarikat, Kimberley Motley akan memberi kesan tidak baik kepada UMNO?
Peguam Latheefa Koya yang turut menganggotai pasukan
peguam Anwar mengulas ancaman Jamal, berkata tindakan itu telah 'menghanyutkan' UMNO
sehingga karam.
Latheefa berkata demikian mengulas ancaman Jamal untuk
mengadakan demonstrasi bantahan terhadap Motley semalam.
Kelmarin (15 September 2016), Jamal menyatakan bantahan
terhadap kenyataan Motley yang menurutnya menghasut orang ramai berkumpul di
mahkamah Persekutuan, Putrajaya, bagi menyokong anak guamnya pada 12 Oktober
ini dalam permohonan semakan kehakiman terhadap sabitan kesalahannya.
Motley kelmarin mengundang siapa sahaya yang percaya pada “kebenaran dan keadilan” hadir ke mahkamah pada bulan depan.
Motley kelmarin mengundang siapa sahaya yang percaya pada “kebenaran dan keadilan” hadir ke mahkamah pada bulan depan.
Latheefa...UMNO akan karam |
Anwar sedang menjalani hukuman lima tahun penjara atas
kesalahan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.Sebagai reaksi, Jamal
menyeru sebuah perhimpunan balas diadakan bagi “menghalau” Motley pulang
ke negara asalnya.
“Sebagai seorang peguam, beliau sewajarnya menghormati undang-undang di negara ini dan tidak bertindak kurang ajar seperti peguam gila seolah-olah beliau mempunyai kuasa menghasut rakyat,” tegas Jamal.

"Ini adalah satu percubaan yang secara
terang-terangan bertujuan menakut-nakutkan dan menghalang Motley daripada
menjalankan tugasnya sebagai penasihat undang-undang antarabangsa.
"Dengan mengancam untuk mengadakan bantahan di
Mahkamah Persekutuan pada 12 Oktober 2016, Jamal dan UMNO telah melemahkan
sistem perundangan dan campur tangan dalam proses kehakiman," kata
Latheefa dalam kenyataan, kelmarin.
Motley...peguam gila kata Jamal |
Tambah beliau, ini adalah satu lagi bukti konspirasi
politik terhadap Anwar. Motley dilantik oleh Anwar untuk membantu beberapa kes
yang sedang berlangsung, termasuk kajian semula sabitan liwatnya pada bulan
Februari 2015.
Motley, graduan Sekolah Undang-undang Marquette pada
tahun 2003, berkhidmat di Amerika Syarikat dan Afghanistan.
Beliau telah menjalankan penyelidikan dalam bidang kehakiman juvana yang mendapat laporan di peringkat antarabangsa dan membantu terlibat melatih ratusan peguam Afghanistan.
Beliau telah menjalankan penyelidikan dalam bidang kehakiman juvana yang mendapat laporan di peringkat antarabangsa dan membantu terlibat melatih ratusan peguam Afghanistan.
Kelmarin Jamal menegaskan mahu mengadakan perhimpunan di
luar Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.
No comments:
Post a Comment