Showing posts with label Kaum India. Show all posts
Showing posts with label Kaum India. Show all posts

Friday, August 5, 2011

PENGGANAS, PEMISAH INDIA BERLELUASA DI MALAYSIA?

Chotta Rajan yang dikatakan bersembunyi di Malaysia. Siapa melindunginya?

http://hambali1.blogspot.com/

Terkejut membaca berita bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menghantar pulang dua individu, yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas, Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE), ke Sri Lanka baru-baru ini .

Dua orang yang mempunyai kaitan dengan LTTE dan ditahan di bawah ISA dan diusir balik ke Sri Lanka. Butiran lanjut tentang pengusiran dua yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa itu akan didedahkan hari ini.

Berapa ramai lagi pengganas LTTE masih bersembunyi di Malaysia? Apakah Malaysia menjadi tempat persembunyian mereka?

Bagaimana mereka boleh lolos? Apakah ada bantuan pihak-pihak tertentu di Malaysia melindungi pengganas dari India ini? Bagaimana mereka boleh berleluasa di Malaysia?

Pada 3 Mei lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Malaysia tidak pernah menjadi sasaran oleh mana-mana pergerakan pengganas.

Menurut beliau, dakwaan negara ini menjadi sarang rangkaian pengganas untuk merekrut pengikut terutama di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) adalah tidak benar.

"Sehingga hari ini tiada yang perlu dibimbangkan bahawa Malaysia menjadi sasaran pengganas. Bagaimanapun untuk menghadapi ancaman pada masa depan adalah amat penting untuk kita memahami minda dan rancangan penjenayah. Mereka bukanlah terdiri daripada rangkaian militan Islam semata-mata malah melibatkan kumpulan lain," katanya.

Anehnya pada 6 Julai lalu, India Today, dalam edisi terbarunya melaporkan dari New Delhi bahawa penjenayah kedua paling dikehendaki di India mungkin berada di Malaysia.

Pengganas berkenaan mengarahkan pembunuh upahan membunuh wartawan kanan Mumbai yang menulis mengenai aktiviti jenayah antarabangsa yang dilakukan oleh ketua penjenayah itu.

Chhota Rajan, didakwa bersembunyi di Malaysia, dipercayai menghubungi konco-konconya untuk membunuh editor meja jenayah Jyotirmoy Dey dari tabloid MidDay pada 11 Jun lepas.

Rajan, penjenayah kedua paling dikehendaki selepas pengganas Dawood Ibrahim — telah hidup dalam buangan selama beberapa dekad dan mungkin telah menggunakan Malaysia sebagai pangkalannya apabila mengarahkan pembunuhan itu, yang menyebabkan dua orang penerbit rakyat India terkorban.

Pada ketika pegawai kanan polis dilaporkan mengaku mereka tahu Rajan kini berada di Malaysia, Kementerian Dalam Negeri ‘berusaha menafikan’ beriata berkenaan.

Namun, pertanyaan tetap ada. Bagaimana dan kenapa penjenayah dan pengganas India boleh berada di negara ini.

Siapa yang ada kaitan dengan mereka dan apakah mereka ini pelindung pengganas berkenaan?

Tuesday, September 21, 2010

PDRM, BERTINDAKLAH TERHADAP GANSTERISME KAUM INDIA

Penulis menyokong penuh apa yang ditimbulkan oleh bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Mohd. Zaman Khan mengenai kumpulan gangsterisme melibatkan kaum India.

Apa yang dikatakan Zaman Khan benar.

Malah ada seorang pegawai polis berpangkat tinggi turut mengakui kepada penulis beberapa hari lalu bahawa gangsterime kaum India kini melampaui segala-galanya.

Mereka ini jenis melakukan jenayah dalam keadaan ‘mabuk’, hilang pertimbangan dan sesetengahnya memang dirasuk hantu dan iblis.

Mereka kejam dan mempunyai rangkaian bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di India dan Sri Lanka.

Seharusnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak segera bagi mengekang gejala gengsterisme ini.

Menurut beliau, ini kerana kumpulan gengster itu mampu bertindak ganas dan kejam berdasarkan beberapa kes yang berlaku sekitar 1980-an.

Jelasnya, berbanding gengster kaum lain, kumpulan samseng daripada kaum India sering bertindak kejam terhadap mangsa mereka.

“Sekitar 1990-an terdapat gengster India seperti Bentong Kali yang melakukan rompakan serta membunuh mangsa kononnya untuk membantu golongan miskin.

“Selain itu, terdapat juga satu lagi kumpulan remaja kaum India yang menggelarkan diri mereka Geng Satu Hati.

“Walaupun hanya kumpulan kecil yang terdiri daripada anak kakitangan Hospital Kuala Lumpur namun mereka mampu bertindak ganas ketika melakukan jenayah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas permintaan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah di dalam Mingguan Malaysia Ahad (kelmarin) supaya polis memberi perhatian terhadap gejala gengsterisme di kalangan kaum India yang semakin memuncak.

Kenyataan beliau dikeluarkan berasaskan laporan Ketua Pemuda MIC Selangor, M. Shaker Raj Ayenger yang mendakwa 300 belia India di Selangor ditahan di bawah Akta Kediaman Terhad dalam tempoh empat bulan tahun ini.

Mohd. Zaman memberitahu, selain kedua-dua kumpulan terbabit terdapat juga pembunuhan kejam lain yang dilakukan gengster India ketika itu.

Antaranya, jelas beliau, satu kes pembunuhan kejam yang berlaku ladang kelapa sawit di Gopeng, Perak.

Katanya, kejadian itu berpunca apabila pemilik ladang kelapa sawit berkenaan mencederakan sekumpulan lembu milik gengster berkenaan.

“Bagi membalas dendam, kumpulan samseng itu menetak pemilik ladang itu dengan kejam sehingga mati
.
“Selain itu, di Kuala Kubu Bharu, gengster India di situ yang berang terhadap kesilapan dilakukan seorang lelaki di kuil mereka mencincang mangsa sehingga mayatnya tidak dapat dikenali,” ujarnya.

Beliau berkata, berdasarkan kejadian-kejadian itu termasuk insiden pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga yang lain, polis kini perlu bertindak pantas menghapuskan kumpulan tersebut.

Menurutnya, jika dibiarkan, perkara itu dikhuatiri akan terus berlaku pada masa depan dengan kejadian lebih menyayat hati dan melibatkan lebih ramai mangsa.

Mohd. Zaman menambah, kumpulan samseng itu perlu dibendung pada peringkat awal termasuk usaha pihak berkuasa untuk melakukan sekatan terhadap aksi ganas dalam filem Tamil.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong turut meminta PDRM bertindak terhadap gengster India kerana beliau turut menerima aduan berhubung keganasan kumpulan samseng berkenaan.

Menurutnya, biro itu sentiasa menerima aduan mengenai tindakan samseng dari gengster India terutamanya melibatkan penarik kereta.

Beliau berkata, bagi bulan ini sahaja pihaknya telah menerima dua aduan berhubung masalah tersebut.

“Masalah itu tidak boleh dipandang mudah oleh mana-mana pihak kerana ia mampu menggugat keselamatan negara.

“Malah kita bimbang gejala gengsterisme itu akan menjadi lebih mudarat dan sukar dikawal selepas ini,” katanya.

Kerana itu, PDRM janganlah hendak mengambil hati dengan mengatakan polis mempunyai strategi yang dirangka dalam membendung gejala gengsterisme tanpa mengkhususkan kepada kaum tertentu bagi memastikan keselamatan rakyat terus terjamin.

Kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar semalam nampak seperti ‘bermain politik’ apabila mengatakan gejala gengsterisme dilakukan pada satu kaum sahaja, malah kaum lain juga terlibat dalam kumpulan gengster.

"Tidak adil jika saya katakan kaum India kini mendominasi gejala gengsterisme di negara ini walaupun terdapat pelbagai spekulasi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Beliau mengulas permintaan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah di dalam Mingguan Malaysia Ahad lalu supaya polis memberi perhatian terhadap gejala gengsterisme di kalangan kaum India yang semakin memuncak.

Ismail menambah, gejala gengsterisme bukan masalah perkauman kerana dalam sesuatu kumpulan gengster terdapat juga kaum lain.

Apapun, katanya, pihaknya akan memberi perhatian serius bagi menangani gejala itu selepas ini bagi memastikan ia tidak menjejaskan keselamatan negara.

Rasanya Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) di bawah Jabatan Siasatan Jenayah perlu diperbesarkan dengan kedudukan kumpulan gangster kini merentasi sempadan dan keganasan melampau yang dilakukan mereka.