Ti...pendirian MCA kekal seperti dulu iaitu menentang sebarang pindaan yang dibuat tidak mengikut perlembagaan. |
Pemimpin
UMNO, termasuk Presiden dan Ketua Penerangannya sering menyebut pembangkang
sebagai ‘pro-DAP’ atau pembangkang diketuai oleh DAP.
Sebut
DAP bermakna kepentingan Cina, anti Islam dan anti Melayu. Mereka cuba memesongkaan pendapat umum bahawa pembangkang menyokong 'Cina DAP'.
Sebaliknya, apabila MCA dan sekutu lain dalam Barisan Nasional (BN) bertindak menentang pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RU355), kenapa pula pemimpin UMNO dan BN tidak menganggapnya sebagai anti-Islam seperti DAP?
Begitu
juga dengan PAS, ia menganggap mereka yang menentang untuk meminda RUU 355 sebagai ‘tidak Islamik’ dan sering
menjadikan syarat penting jika mahu bekerjasama dengan mereka.
Ini
termasuk dalam konteks kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)
serta PKR.
Sebelum
ini parti komponen BN - termasuk MCA, MIC dan parti dari Sarawak - menyatakan
secara terbuka untuk menolak cadangan berkenaan.
Dianggap
sebagai permulaan kepada pelaksanaan hudud oleh sesetengah pihak, PAS bertegas
mendakwa cadangan berkenaan adalah untuk meningkatkan hukuman maksimum bagi
orang Islam yang melakukan kesalahan syariah.
Cadangan
meminda undang-undang yang turut dikenali sebagai Akta 355 itu dimulakan oleh
PAS melalui usul persendirian presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku
anggota parlimen Marang.
Bagaimanapun
pada 17 Mac lalu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
mengesahkan kerajaan akan membentangkan sendiri usul pindaan Akta 355 dalam
sidang parlimen kali ini.
Ahmad
Zahid menjelaskan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak komited untuk
menterjemahkan hasrat tersebut tanpa mengganggu gugat kepentingan agama serta
kaum lain di negara ini
Amat
jelas bagi UMNO dan PAS, RUU 355 adalah senjata ampuh yang kedua-duanya gunakan
untuk menjamin mereka rapat dan bersefahaman.
Tujuannya
apa? Apakah benar ia demi menegakkan syiar Islam melebii kepentingan politik?
Kenyataan
amaran oleh MCA semalam bahawa sebarang tindakan sepihak oleh Umno berhubung
cadangan meminda RUU 355 itu akan mengundang padah.
Ketua
biro keharmonian agama MCA, Ti Lian Ker, yang seolah-oleh diberikan hak untuk
bercakap mengenai perkara itu berkata pihaknya memang tidak akan membuat
sebarang spekulasi terhadap usul berkenaan.
"Kami
akan menunggu maklumat lanjut sebelum memberikan komen," katanya.
Namun
amat nyata bagi TI, sebarang perbezaan
pandangan mesti ditangani mengikut semangat kesepakata BN, kecuali ada pihak
atau Umno tidak berpegang kepadannya lagi.
"Jika
begitu keadaannnya, ia akan mengundang bencana kepada keharmonian masa depan
negara," katanya dalam kenyataan media.
Menurut
Ti, pendirian MCA kekal seperti dulu iaitu menentang sebarang pindaan yang dibuat
tidak mengikut perlembagaan.
"Pada
pandangan peribadi saya, sebaiknya jika ada perlakuan jenayah yang melibatkan
atau memberi kesan kepada orang bukan Islam, hukum yang perlu digunakan ialah
undang-undang sivil, bukan syariah.
"Keadaan
itu lebih perlu terutama apabila peratuan pembuktian jenayah membezakan orang
bukan Islam dan wanita tanpa mengira kepercayaan agamanya," kata Ti yang
juga seorang peguam.
No comments:
Post a Comment