Thursday, February 23, 2012

Skandal Pasir: Mohd Zin Akan Dipanggil Beri Keterangan

Penyelaras Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin untuk akan dipanggil untuk memberi keterangan pada sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) berhubung isu penyelewengan pasir melibatkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

“Sekiranya beliau mahu memperjuangkan hak dan kebenaran, beliau perlu hadir pada sesi pendengaran Selcat. Kemudian beliau boleh mengesahkan dakwaan tersebut dengan bertindak sebagai pemberi maklumat sekiranya KSSB telah memecat kakitangan mereka tanpa sebab,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Shah Alam, semalam.

Difahamkan terdapat sembilan kakitangan KSSB dipecat atau diberhentikan kerana melaporkan tidak puas hati terhadap pentadbiran syarikat bagaimanapun KSSB menafikan perkara tersebut dengan mengesahkan hanya empat daripada mereka diberhentikan kerana isu salah laku.

Khalid berkata beliau akan menyerahkan urusan tersebut kepada syarikat tersebut untuk menyelesaikannya kerana mereka mempunyai lembaga pengurusan masing-masing.

Pada masa yang sama, Khalid berkata di Malaysia terdapat Akta Pekerjaan yang melindungi hak pekerja.

"Mereka dilindungi oleh Akta ini dan jika mereka dianiaya mereka boleh membuat rayuan di bawah akta tersebut,” katanya.

Dalam perkembangan lain, berhubung ramapasa tanah seluas 234 hektar milik SAP Holdings Bhd di Gombak, Khalid berkata tanah tersebut kini dimiliki oleh kerajaan negeri.

SAP Holdings merupakan syarikat subsidiari yang dimiliki oleh Kumpulan Hartanah Sdn Bhd yang menjadikan pelaburan hartanah tersebut milik kerajaan negeri.

“Tanah yang dimaksudkan itu terletak di Lot 20034, Mukim Batu, Daerah Gombak. Ia telah disalah gunakan oleh SAP.

“Justeru, kerajaan negeri mempunyai hak untuk menarik balik kebenaran yang diberikan ke atas tanah tersebut.

"Biarkan KHSB atau kumpulannya (syarikat-syarikat) menjelaskan (berhubung kehilangan tanah) tersebut kepada pemegang saham mereka," katanya.

Khalid turut mengumumkan penubuhan jawatankuasa bebas untuk menyiasat salah guna tanah kurnia di Kampung Perepat di Kapar.

“Kami ada bukti prima facie berhubung salah guna tanah dalam pemberian tanah kepada bukan peneroka asal di Kampung Perepat di bawah Program Tanah Revolusi,” katanya.

Terdapat lebih kurang 300 peneroka dikurniakan tanah di kampung tersebut, bagaimanapun 40 lot tanah sedang dikenalpasti pemilik asalnya.

Khalid berkata jawatankuasa bebas tersebut telah menghantar surat kepada 40 peneroka terbabit dan mereka mempunyai pilihan sama ada memulangkan semula tanah tersebut atau mahu siasatan terus dijalankan.

"jawatankuasa ini akan bertindak sebagai moderator yang menilai siapa pemilik sebenar tanah berkenaan. Pemilik asal akan diberi keutamaan kerana 40 peneroka tersebut didapati bukan peneroka asal.

“Revolusi Tanah Hijau Kampung Perepat merupakan satu bukti kukuh wujudnya salah guna pemberian tanah oleh kerajaan negeri terdahulu (Barisan Nasional),” katanya.

No comments: