Sunday, August 8, 2010

MPM ANGGAP SELANGOR 'KERAJAAN DERHAKA'

Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dianggap sebagai sebuah ‘kerajaan derhaka’ ekoran kejadian memalukan pada satu majlis yang dirasmikan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah bulan lalu.

Setiausaha Agung Majlis Permuafakatan Melayu (MPM), Dr. Hasan Mad berkata, kejadian yang menyaksikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak menghadiri majlis bertaraf nasional itu ekoran kegagalan Khalid memaklumkannya kepada baginda juga ibarat tindakan membelakangi institusi raja-raja Melayu.

Hasan berkata, Khalid selain itu perlu menasihati dan mengarahkan para pegawai kerajaan negeri supaya memastikan majlis itu didatangi lebih ramai hadirin untuk bersama-sama meraikannya dengan Tuanku Nur Zahirah.

“Kesudian Raja Permaisuri Agong untuk mencemar duli hadir merasmikan majlis itu menandakan ia satu acara nasional yang layak dihadiri baginda.

“Adalah satu tindakan derhaka oleh kerajaan negeri Selangor dengan membelakangi institusi diraja negara apabila tidak menasihati baginda Sultan Selangor sehingga menyebabkan baginda tidak hadir,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Hasan mengulas tindakan kerajaan Selangor yang memohon mengadap Raja Permaisuri Agong bagi meminta maaf ekoran insiden memalukan ketika baginda berkenan menyempurnakan majlis perasmian Festival Lagu-Lagu Islam Antarabangsa di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam.

Pada kejadian 4 Julai lalu, Sultan Sharafuddin tidak hadir kerana gagal dimaklumkan mengenai kehadiran Tuanku Zahirah sementara hanya kira-kira 200 pengunjung mengisi stadium berkapasiti 5,000 orang itu.

Selain itu, Khalid sendiri serta ahli exco kerajaan negeri juga tidak hadir pada majlis tersebut.

Justeru, kata Hasan, Khalid perlu menyerahkan semua gelaran yang diperolehinya seperti ‘Tan Sri’ kerana ia dikurniakan oleh institusi raja-raja Melayu di negara ini.

“Khalid telah dengan sengaja mengajar rakyat Selangor untuk biadab terhadap institusi tertinggi negara dan beliau harus ingat bahawa tanpa campur tangan institusi diraja, beliau tidak terpilih sebagai menteri besar,” tegasnya.

MAJLIS MARI MASUK KRISTIAN DI SHAH ALAM DIRESTUI PAS?

"Dulu semasa zaman Shah Alam di bawah BN-UMNO 'yang jahat', Shah Alam ini ditubuhkan oleh Kerajaan BN sebagai bandar Melayu-Islam, untuk dihuni oleh orang-orang Islam dan mengenakan berbagai-bagai sekatan terhadap aktiviti-aktiviti maksiat dan aktiviti sebegini."

Apa kata penyokong PAS bila Shah Alam, bandar yang dulunya majoriti besar Islam-Melayu semasa zaman BN-UMNO, kini akan menganjurkan Majlis Mari Masuk Kristian pada 4 September nanti iaitu di minggu terakhir Ramadhan yang mulia?

Yang sedihnya, ia bukan akan dianjurkan di kawasan terpencil atau di gereja kecil, tapi nah, di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Majlis ini mengajak semua untuk sama-sama mengalami dan menyertai Kristian. ("come experience and join us", kata posternya.

Tapi siapa yang diajaknya?? Berapa ramai orang Kristian di Shah Alam?

Setahu saya, dulu semasa zaman Shah Alam di bawah BN-UMNO 'yang jahat', Shah Alam ini ditubuhkan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebagai bandar Melayu-Islam, untuk dihuni oleh orang-orang Islam dan mengenakan berbagai-bagai sekatan terhadap aktiviti-aktiviti maksiat dan aktiviti sebegini.

Tapi sekarang di bawah Kerajaan yang mana PAS menjadi sekutu, begini ceritanya.

Pulak lagi Ahli Parlimennya ialah orang PAS juga, Khalid Samad. Apakah PAS tak kesah yang mungkin ada anak-anak muda dari UITM Shah Alam atau UniSel Shah Alam atau PTPl dan sebagainya yang mungkin murtad akibat pembenaran aktiviti dakyah Kristian ini?

Bangsat sangatkah orang Islam Shah Alam sekarang sampai redha dengan benda-benda begini. Atau adakah undi lebih penting dari segalanya?

Atau mungkin akan ada yang kata "Lebih baik masuk Kristian dari masuk UMNO!".

malaysiaheaven.blogspot.com