Monday, August 8, 2011

Selepas Isu Gereja, Di Mana Dr Hassan Ali?

Sebelum ini pun Dr Hasan tidak bersetuju dengan dasar-dasar liberal kerajaan negeri Selangor, yang paling ketara adalah larangan penjualan arak di negeri maju itu awal tahun ini. Kini Dr Hasan telah kehilangan jawatan utama pada pemilihan PAS...

Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau sanggup dipecat. Dipecat daripada jawatan Exco dan PAS?

Beliau ternyata sudah tidak kisah. Yang penting baginya ialah memperjuangkan apa yang beliau yakin dapat membantu umat Islam, khususnya di negeri Selangor.

Dalam kedudukan penjelasan dan cajap-cakapnya tidak diendahkan oleh PAS Pusat yang mahu berjumpa sendiri sendiri denganJAS dan pihak gereja, ini benar-benar menguji kewibawaan dan ketokohan beliau. ( lihat Laporan Dr Hassan Hampeh, Hadi Anggap 'Second-Hand')

Tindakan tokoh kontroversi ini mempertahankan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) walapun Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim melahirkan rasa kesal tentang insiden JAIS menyerbu sebuah gereja di Petaling Jaya Rabu lalu., mengundang ‘serangan pelbagai pihak’ termasuk daripada PAS Selangor.

Malah sebelum ini pun Dr Hasan tidak bersetuju dengan dasar-dasar liberal kerajaan negeri Selangor, yang paling ketara adalah larangan penjualan arak di negeri maju itu awal tahun ini.

Kini Dr Hasan telah kehilangan jawatan utama pada pemilihan PAS, yang dilihat memilih pemimpin lebih progresif dan inklusif.

Selepas digugurkan sebagai pemimpin nombor satu Selangor, tindakan Hasan dikatakan cenderung kepada pemikian UMNO.

Apakah Dr Hassan akan menyertai UMNO? Rasanya tidak sama sekali tetapi beliau dijangka akan terus membuat kejutan-kejutan yang akan menyebabkan PAS Selangor keluh-kesah dengan tindakan-tindakannya selepas ini.

Dr Hassan sudah menegaskan dengan nyata bahawa beliau kini bersedia meelakukan apa sahaja termasuk menerima kenyataan jika diminta melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri dan apa-apa jawatan sekali pun.

“Saya sanggup melakukan apa sahaja termasuk menerima kenyataan jika saya diminta melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri dan apa-apa jawatan sekali pun demi memperjuangkan apa yang saya yakin dapat membantu umat Islam, khususnya di negeri Selangor,” kata Dr Hasan.

Namun, beliau tetap mempertahankan tindakan dan sokongannya kepada JAIS dengan menafikan pihak berkuasa telah melakukan “serbuan” ke atas gereja itu sebaliknya mengatakan ia adalah satu pemeriksaan yang dibuat berdasarkan satu laporan bahawa orang Islam menghadiri acara “berbuka puasa” di gereja itu,

“Dalam program itu, pihak penguatkuasaan dan polis telah melakukan pemeriksaan dan mendapati ada usaha untuk menghalang serta mengelak bahan bukti,” kata wakil rakyat PAS ini.

Malah pihak berkuasa telah menemui bahan bukti yang mengaitkan dengan usaha untuk memurtadkan umat Islam tapi tidak mendedahkannya.

Dr Hasan menambah beberapa orang Islam telah cuba melarikan diri melalui pintu belakang tetapi berjaya ditangkap pegawai Jais.

“Jika sesiapa pun yang percayakan kepada soal keharmonian beragama, maka soal kesucian agama Islam tidak boleh diganggu gugat sama sekali dan itulah yang saya perjuangkan, adakah itu salah?” tambah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor ini.

Keyakinannya ditunjukkan apabila demi mempertahankan Islam, beliau sanggup sebelum berdepan dengan jawatankuasa kerja PAS pusat untuk menjelaskan tindakan serbuan ke atas sebuah gereja berkenaan.

Bagi Dr Hassan, beliau tidak akan berkompromi kerana pihaknya telah dimaklumkan perkataan “al-Quran” dan “doa” diselitkan, mendakwa ada bukti mahu memurtadkan umat Islam.

Yang jelas, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam), yang menggariskan tindakan-tindakan memurtadkan dilakukan oleh bukan Islam ke atas Muslim, membolehkan pihak berkuasa agama untuk melancarkan siasatan dan menahan mana-mana individual tanpa waran.

No comments: