Wednesday, October 28, 2009

ELAUN WAKIL RAKYAT NAIK, KHIDMAT BAGAIMANA?

Tahniahlah…wang saku semakin banyak.

Wakil Rakyat Kelantan yang kebanyakannya dari PAS akan bertambah duit dalam poket.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam meluluskan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tambahan bagi membolehkan elaun wakil rakyat, termasuk Menteri Besar dan Exco, dinaikkan selepas kali terakhir dinaikkan pada 2004.

Rang Undang-undang itu meminda Enakmen Saraan anggota pentadbiran kerajaan negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri 1980.

Ia dicadangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa dan disokong oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Perpaduan Masyarakat, Datuk Anuar Tan Abdullah.

Yang ada dua tiga bini akan bertambah legalah sedikit, biarpun kenaikan rata-ratanya RM1,000 sebulan.

Rang undang-undang itu kemudiannya diluluskan sebulat suara oleh semua 45 ahli dewan, termasuk enam pembangkang dalam persidangan DUN yang masuk hari ketujuh, semalam.
Persoalan yang wujud kini ialah sejauh mana wakil rakyat PAS Kelantan berkhidmat untuk rakyat.

Apa yang berlaku sejauh ini ialah mereka ternyata mengharapkan bantuan kerajaan Pusat untuk membantu rakyat.

Dengan kata lain, Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) menjadi ‘penyelamat’ mereka kerana jabatan inilah yang menjadi ‘tali hayat kepada mereka’.

Diharapkan dengan kenaikan elaun, khidmat wakil rakyat akan bertambah baik dan tidak lagi mengatakan ‘mereka wakil rakyat miskin’.

Dengan kelulusan enakmen itu, elaun bulanan Menteri Besar dinaikkan daripada RM10,200 kepada RM12,800, Timbalan Menteri Besar (RM6,600 kepada RM8,800), Speaker (RM5,400 kepada RM5,600) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) (RM3,600 kepada RM4,600).

Ketika membentangkan rang undang-undang itu, Husam berkata kadar elaun wakil rakyat itu sememangnya wajar dinaikkan kerana ia sudah lama tidak dipinda.

"Kenaikan itu juga bersesuaian dengan tugas dan peranan yang dimainkan oleh wakil rakyat yang semakin luas serta kos sara hidup yang semakin tinggi," katanya.
Husam berkata kenaikan itu masih kecil jika dibandingkan dengan wakil rakyat negeri lain yang sudah lama menikmatinya.

"Langkah kerajaan negeri menaikkan elaun itu juga bukan berasaskan kepada desakan atau permintaan mana-mana pihak, tetapi ia suatu keperluan," katanya.

No comments: