Tuesday, August 4, 2009

NIK AZIZ : KEPIMPINAN GAYA NABI?

Oleh Kembara Di Perjalanan Ini

Melihat tajuk dari buku Penerbitan PTS ini membuatkan saya tersenyum dalam duka. Mengenangkan betapa mudahnya satu figur yang begitu kontroversi ini di TAKSUBI dan di samakan dengan kepimpinan nabi amatlah menyedihkan. Pathetic. Betapa rupanya kita semua ini sudah tidak kenal dengan kemuliaan akhlak RSAW san perjuangan RSAW sehinggakan satu figur yang amat jauh dengan keperibadian SRAW disamakan dengannya. Sungguh malang sekali, dan percayalah RSAW juga sedang menangisi kecelaruan iman dan taqwa kita semua di hari ini.

Betapa perlunya kita sebenarnya melatakkan RSAW selalu dihati dan merinduinya saban ketika, kerana kita sudah terlalu jauh dari mengenali baginda yang sangat mulia ini. Apa yang berlaku di dalam masyarakat kita hari ini, segala perpecahan di kalangan umat Islam, kehinaan dan penindasan adalah kerana kesalahan diri kita sendiri. Kita sudah terlalu jauh dengan Allah dan rasulNya..kita sudah kehilangan roh Islam itu di dalam diri sendiri..hanya sekadar ilmu yang mati dan tidak mampu menghidupkan jiwa dan roh iman dan taqwa dalam diri.

Ulamak di akhir zaman ini lebih ramai ulamak yang suk dari ulamak sejati. Ulamak suk ini hanya mendendangkan kepada kita perkara yang meragukan, memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian, mengajak untuk berdakwah dengan keras, tunduk dan takut kepada orang kafir dan tidak berani berkata benar apabila ia tidak memberi keuntungan kepada dirinya, keluarganya, kaum atau puaknya. Perbezaan mereka ini dengan RSAW adalah ibarat langit dan bumi tetapi mengapa masih ada yang keliru dan tidak kenal siapa dan ciri ulamak suk ini? menyedihkan sekali..

Marilah kita sama-sama berdoa agar kita semua diberi oleh Allah SWT hidayah dan petunjuknya dan didatangkan kepada kita ulamak sejati yang keperibadiannya benar-benar menyerupai RSAW, mereka inilah sebenarnya ulamak pewaris nabi. Mereka bukanlah ulamak politik atau parti, tetapi mereka adalah ulamak yang memperjuangkan jemaah islam dan daulah islam dengan menurut seratus peratus perjuangan RSAW.

Catatan :

Gaya Kepimpinan Nik Aziz ulamak Melayu Islam Demokrat.

1. Pergi Jahanam dengan UMNO
- RSAW tidak mengajar bercakap kasar, kesat, dan mendoakan kejahanaman orang lain hatta kepada bukan sebangsa dan seagamapun, RSAW doakan.


2. Undi PAS dapat pahala.
- RSAW tidak mengajar bahwa manusia boleh mendahului Allah di dalam mengistiharkan sebarang kebajikan yang mendapat pahala, dan RSAW juga tidak mengajar bahawa mengundi menggunakan demokrasi ciptaan yahudi itu satu jihad.

3. Orang melayu selain dari PAS, yang tidak menyokong PAS itu sesat.
- Apakah PAS itu satu perwakilan Allah di dunia ini, sehinggakan jika tidak menyokongnya menjadi satu kesesatan? Pendapat dari mazhab manakah yang DIPLAGIAT oleh Nik Aziz untuk memenangkan calon partinya ini? Apakah keimanan dan akidah sudah ada aliran baru iatu PASYARIAH?

No comments: