Showing posts with label DAP. Show all posts
Showing posts with label DAP. Show all posts

Friday, September 9, 2016

Khalid Dedahkan Kenapa DAP Akrab Dengan AMANAH, Tidak PAS...


Oleh KHALID SAMAD
(Ahli Parlimen Shah Alam)

Saya begitu tersentuh dengan tulisan YB Liew Chin Tong yang telah disiarkan di akhbar Amanah keluaran ke 12 iaitu untuk tempoh 14 – 20 Ogos 2016.

Dalam penulisan beliau amat jelas bahawa antara sebab utama DAP begitu selesa dalam berkerjasama dengan Amanah adalah kemampuan berkomunikasi dan kejujuran dalam berpakat.

Sebenarnya kedua-dua sifat ini sepatutnya merupakan sifat semulajadi bagi mana-mana organisasi, lebih-lebih lagi yang memperjuangkan Islam.

Tetapi malangnya cara ia dinyatakan oleh Liew seolah-olah ia merupakan sesuatu yang amat sukar dijumpai di kalangan organisasi politik dewasa ini.

Sememangnya persoalan komunikasi adalah penting bagi sebuah organisasi yang ingin membawa aspirasi Islam.

Dalam suasana Islam diberikan imej yang ganas dan buruk, kemampuan kita menjelaskan prinsip Islam dalam bahasa yang mudah dan meyakinkan adalah antara cabaran terbesar mana-mana jemaah Islam.

Kecenderungan untuk merempuh, mengugut, memaksa dan sebagainya, sepertimana yang ditunjukkan oleh sebahagian ‘gerakan Islam’ hanya berlaku apabila kurangnya kemampuan untuk memberi penjelasan dan pencerahan yang meyakinkan.

Akal dan komunikasi

Rasulullah (SAW) pernah berpesan, “bercakap dengan manusia mengikut kemampuan akal dan kefahaman mereka”.

Ini merupakan hadis masyur yang sering diguna-pakai dalam sesi tarbiah untuk membentuk para duat atau pendakwah.

Apabila dibicarakan maksud hadis ini, sering ditekankan bahawa tiada satu corak penjelasan yang sama untuk semua golongan manusia.

Tetapi kadang-kadang dilupai bahawa turut terkandung dan sama penting dalam hadis tersebut adalah bahawa tujuan penerangan ialah untuk memberikan kefahaman melalui akal orang yang mendengar.

Ini adalah kerana mengikut tanpa kefahaman atau ‘taqlid’ secara membabi buta bukan kehendak dakwah Islam. Oleh itu, kemampuan berkomunikasi, dalam bahasa yang difahami, melalui kaedah yang diyakini, secara logikal dan rasional yang boleh diikuti minda pendengar adalah sesuatu yang penting bagi semua pendakwah dan pejuang Islam.

Malangnya ramai yang terlibat dalam gerakan Islam diasuh dengan budaya “dengar dan patuh”.

Dan atas sebab kononnya usaha mereka berpaksikan ‘keimanan’ maka kefahaman melalui akal seolah-olah tidak diutamakan.

Malahan ada yang menganggap penggunaan akal sebagai sesuatu yang hina dan bercanggah dengan keimanan! Kerana iman adalah kepercayaan tanpa adanya bukti mahupun logik yang membawa kepada kefahaman.

Dan apabila sesebuah gerakan Islam diasuh dengan kefahaman sebegitu rupa, bagaimana ahli-ahlinya akan mampu berkomunikasi?

Selama ini ianya sekadar dilatih untuk “dengar dan taat”, “mereka ulama kamu jahil, maka ikut sahaja” dan “jangan banyak tanya, beriman sahaja”.


Maka tidak hairan bagi saya apabila Liew menyebut keselesaannya apabila berbincang dengan pimpinan Amanah, walaupun Amanah sebuah parti Islam.

Akal bukan musuh keimanan

Bagi Amanah, akal adalah antara pemberian Allah yang paling berharga. Pegangan ini terbukti benar apabila ‘Hifzul aqal’ atau ‘penjagaan akal’ disenaraikan sebagai salah satu dari lima perkara utama yang ingin dijaga syariah dalam ilmu Maqasid Syariah.

Akal yang dibebaskan dari pengaruh hawa nafsu mampu membawa manusia kepada kefahaman yang menghasil dan menambahkan keimanan. Akal bukan musuh keimanan. Akal sendiri boleh mengakui kewujudan yang ghaib yang diimani orang-orang yang beriman.

Melalui akal ini dapat juga dihasilkan perbahasan dan komunikasi yang baik samada dengan orang beriman mahupun yang tidak beriman akan sesuatu persoalan.

Oleh kerana ia berpaksikan logik dan rasional tanpa bergantung kepada keimanan, maka komunikasi yang logikal dan rasional seperti yang dinyatakankan di atas mudah difahami semua.

Oleh itu ia menjadi alat perhubungan, dakwah dan penerangan yang paling berkesan samada terhadap yang beriman atau yang sebaliknya.

Oleh itu, antara sebab mengapa pimpinan Amanah mampu berkomunikasi dengan baik dengan pimpinan DAP dan juga parti lain kerana Amanah tidak menuntut supaya ‘diimani’ apa sahaja yang di katakan.

Sebaliknya apa yang dikatakan dikupas dan dibentang secara logikal dan rasional sehingga yang baik terserlah kebaikannya dan begitu juga yang buruk untuk semua yang mendengar menilai.

Kata-kata atau hujjah yang dikemukakan tidak perlu ‘diimani’ walaupun diyakini ianya pandangan yang mantap dan tepat. Kerana ia tetap sekadar pandangan.

Dan sekiranya sebaliknya, iaitu sekiranya dibuktikan bahawa pandangan Liew atau sesiapa sahaja, secara logikal dan rasional, adalah lebih tepat, maka Amanah akan tetap sanggup juga menimbangkannya.

Pemimpin bukan qat’iyah

Perlu difahami bahawa yang sering dibahas adalah bukan persoalan aqeedah atau kepercayaan tetapi pendekatan untuk menyelesaikan masalah khusus yang dihadapi rakyat, iaitu persoalan muamalah dan siasah.

Banyak darinya merupakan persoalan ijtihadiyah atau pandangan. Namun semestinya ijtihad itu dipandu dan selari dengan kehendak dan matlamat syariah.

Dan di sini terletaknya kelemahan sebahagian gerakan Islam! Bagi mereka, semua pandangan pimpinan mereka adalah qat’iyah semuanya di mana ia tidak boleh dipertikai atau disoal oleh yang lain. Kerana apa? Kerana ia ‘pandangan ulama’.

Maka dengar dan patuh kerana “ulama adalah pewaris nabi”. Begitulah dilatihnya ahli-ahli mereka dan begitulah dikehendakinya dari pihak lain.

Kalau pandangan ahli sendiri tidak dihormati, apakah mungkin dihormati pandangan pihak lain?

Sedangkan Nabi sendiri membezakan antara pandangan peribadi Baginda (SAW) dan wahyu. Tetapi bagi sebahagian, pandangan ulama dianggap bagaikan wahyu yang wajib diimani!

Kejujuran dalam berpakat


Kejujuran berpakat juga dinyatakan oleh YB Chin Tong sebagai antara sebab utama mengapa DAP selesa berkerjasama dengan Amanah. Amanah dilihat berpegang kepada janji kerana dahulu, apabila pemimpin PAS melanggar janji, mereka yang sekarang ini berada dalam Amanah telah menegur pemimpin tersebut.

Apabila berlakunya peristiwa Kota Damansara, sebagai contoh, setelah bersetuju di semua peringkat ia ditandingi Keadilan, yang berada dengan Amanah sekarang ini telah menegurnya.

Dan begitu juga dalam begitu banyak keadaan dan situasi, apabila PAS melanggar janji, maka yang sekarang berada dengan Amanah jugalah yang telah menegurnya.

Maka bagi Liew, ini adalah bukti kejujuran dalam berpakat. Sedangkan yang lain sekadar berdiam diri dan mengikut sahaja.

Sehinggakan ada seorang Pesuruhjaya Negeri yang ditukarnya selepas muktamar 2013 kerana disyaki atas sebab beliau bersama dalam sidang akhbar menyokong Dr Nasir sebagai calon rasmi Pakatan Rakyat di Kota Damansara!

Rasulullah (SAW) pernah berpesan, “Orang mukmin berada atas (berpegang pada) janjinya”.

Samada berjanji dengan orang Islam atau yang bukan Islam, janji dipegang dengan tepat. Dan apabila janji dilanggar, maka orang beriman mesti bersuara membantah sambil menjauhkan diri mereka dari pihak yang melanggar janji dan mengutuk tindakan melanggar janji itu.

Ada yang menganggap janji kepada yang bukan Islam boleh dilanggar begitu sahaja kerana mereka bukan Islam. Sikap sebegini bukan dari Islam.

Mungkin ia dari ajaran Yahudi yang menganggap selain berbangsa dan beragama Yahudi adalah manusia yang tidak berhak dan boleh dizalimi mereka?

Kalau dilihat dari sudut ajaran Islam, bertindak khianat terhadap rakan yang bukan Islam adalah dikutuk dan diancam Allah dengan azab seksaan yang amat pedih!

Ini adalah kerana tindakan sebegitu menyebabkan yang bukan Islam terhalang dari melihat kebenaran Islam. Akhlak yang hodoh dan rosak di kalangan orang Islam menjadikan yang bukan Islam lari dari Islam.

Kesimpulan

Sebenarnya apa yang dijelaskan oleh YB Chin Tong bukanlah sesuatu yang pelik. Komunikasi adalah penting dalam semua jenis hubungan, dari hubungan antara dua sahabat sehingga ke hubungan antara organisasi.

Dengan adanya komunikasi yang jelas dan baik maka akan terjalin hubungan yang mantap. Komunikasi antara rakan merupakan bukti saling menghormati kerana yang diinginkan adalah keadaan saling memahami dan bukan dominasi satu pihak atas satu pihak yang lain.

Kedua-dua sifat yang diutamakan YB Chin Tong merupakan aspek yang pernah dipesan Nabi.

Sebagai sebuah parti Islam tiada panduan yang lebih utama selain Al-Quran dan Sunnah Nabi.


Saya yakin sekiranya dua sumber ini terus dipegang sebagai panduan Amanah, maka sokongan terhadapnya akan terus bertambah dan YB Chin Tong sebagai bukti akan kebenaran dakwaan ini.

Saturday, May 14, 2016

Wakil Rakyat DAP Bangkit Kelemahan Pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang


Slogan 'Pulau Pinang Bersih, Hijau dan Selamat' serta 'Cekap, Amanah, Telus' yang sering dilaungkan kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini dipersoalkan oleh anggota Dewan Undangan Negeri daripada DAP.

Ong Kok Fooi (DAP-Bukit Berapit) mempersoalkan adakah Pulau Pinang mencapai apa yang dilaungkan dalam dasar itu sedangkan dakwanya pelbagai kemudahan dan infrastruktur antara pulau dan seberang tidak serata.

"Soalan saya adakah Pulau Pinang mencapai polisi CAT (Cekap, Amanah, Telus) kerana jika dibandingkan antara pulau dan Seberang Perai, ternyata kerajaan tempatan di Seberang Perai tidak berprestasi seperti yang diharapkan.

"Penduduk banyak (buat) aduan kepada saya ... saya perlu perjelaskan isu ini kepada rakyat di kawasan (Dewan Undangan Negeri) saya," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Georgetown semalam.

Ong yang jelas kelihatan tidak berpuas hati dengan prestasi penjawat awam di kawasan Seberang Perai, berkata agensi kerajaan negeri seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tidak menunjukkan prestasi seperti yang diharapkan rakyat.

"Kebersihan di kawasan itu juga tidak dijaga," katanya.

Menjawab persoalan yang ditimbulkan itu, Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohd Rashid Hasnon hanya berkata kerajaan negeri akan mengambil maklum mengenai perkara itu dan penambahbaikan akan dibuat di Bukit Berapit.


Sementara itu, Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid menyarankan kerajaan DAP Pulau Pinang mewujudkan satu dasar bagi memastikan kampung tradisi yang mempunyai sejarah di negeri ini tidak boleh dibangunkan.

Beliau berkata kampung-kampung tradisi itu perlu dikekalkan untuk generasi akan datang, selain dapat mengekalkan identiti Pulau Pinang yang sebenar.

Katanya, daripada keseluruhan 662 buah kampung yang terdapat di negeri ini, hanya 48 kampung disenaraikan dalam Rancangan Struktur Negeri (RSN) Pulau Pinang.

"Kumpulan kampung-kampung ini perlu kita kategorikan, ada kampung-kampung merupakan kampung tradisional yang mempunyai sejarah yang perlu dikekalkan dan ditambah baik dengan kemudahan infrastruktur.

"Hanya 48 kampung yang disenaraikan, bagaimana dengan kampung-kampung yang lain. Perkara ini harus dipertimbangkan. Kita bimbang jika tidak dipelihara akan menghapuskan kampung-kampung itu semua," katanya ketika membahaskan usul terima kasih ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas pada persidangan DUN, di sini hari ini.

Jahara yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Air Tawar berkata pembangunan yang dilaksanakan juga tidak seharusnya bersifat 'eurocentric' sehingga menenggelamkan warisan negeri ini.

"Kita nak asaskan nama-nama jalan, kampung, bangunan mesti ada asal usul, tak boleh ambil sahaja dan bubuh ... ambil kira persekitaran. Seperti Seberang Perai, ambil nama-nama ikan begitu juga dengan Bukit Mertajam menggunakan nama buah-buahan," katanya.

Dalam pada itu, persidangan DUN kecoh apabila Datuk Roslan Saidin (BN-Pinang Tunggal) membangkitkan isu tindakan yang diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan terhadap penjaja kecil kaum tertentu yang berniaga di tepi jalan termasuk di kawasan diwakilinya.

Kenyataan itu menimbulkan rasa kurang senang RSN Rayer (DAP-Seri Delima) yang tidak bersetuju bahawa tindakan hanya dikenakan terhadap kaum tertentu.

"Saya rasa kenyataan tidak tepat (tindakan) hanya kepada kaum tertentu... tak adil membuat kenyataan sebegitu," katanya.

Speaker Datuk Law Choo Kiang kemudiannya mengarahkan kedua-dua wakil rakyat itu duduk.

Wednesday, November 25, 2015

ADUN DAP Sokong Usul UMNO Letak Jawatan Dalam Parti…

Kontroversi dalam politik Pulau Pinang belum berkesudahan.
Hari ini parti pemerintah negeri itu, DAP dikejutkan dengan perletakan jawatan sebagai setiausaha organisasi DAP Pulau Pinang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah, Pulau Pinang Teh Yee Cheu.

Letak jawatan secara sukarela atau dipaksa?

DAP Pulau Pinang yang dipimpin Lim Guan Eng, dikritik kerana tidak membenarkan ADUN mereka membuat undi berdasarkan pandangan peribadi dan kepentingan rakyat.
Dia berbuat demikian  selepas menyokong usul yang dibawa Barisan Nasional (BN) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Teh sebelum ini memohon maaf kerana mengundi menyokong usul itu pada sidang media selepas persidangan DUN.

Dalam surat peletakan jawatannya, Teh  memaklumkan dia memutuskan untuk meletak jawatan ekoran sokongan beliau kepada usul UMNO tentang penambakan laut dalam sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang 20 November lalu.

Teh juga berkata beliau bersedia menerima tindakan disiplin partinya.

Usul yang disokong Teh asalnya dibawa Adun BN, Muhamad Farid Saad yang meminta kerajaan negeri membuat pendengaran awam terhadap projek penambakan laut.

Farid juga menuntut projek baharu penambakan laut digantung sehingga kajian lanjut dijalankan bagi memastikan tiada kesan buruk ke atas alam sekitar disebabkan projek tersebut, serta membatalkan projek yang membawa kesan negatif kepada alam sekitar.

Usul ini ditolak selepas gagal mendapat sokongan majoriti. Hanya 10 Adun menyokongnya – 9 daripada BN dan seorang daripada DAP, manakala 23 dari Pakatan Harapan menentangnya.

Namun 5 ADUN daripada PKR tidak mengundi, tindakan yang menyebabkan kontroversi dalam kerajaan negeri dan menjejaskan hubungan DAP dan PKR dalam Pakatan Harapan.

Lima Adun PKR yang tidak mengundi adalah Ong Chin Wen (Bukit Tengah), Cheah Kah Peng (Kebun Bunga), Lee Khai Loon (Machang Bubuk), Dr T Jayabalan (Batu Uban) dan Dr Norlela Ariffin (Penanti).

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil semalam menjelaskan, partinya berpuas hati dengan penjelasan 5 ADUN  tersebut.

Fahmi berkata, undi berdasarkan pandangan peribadi adalah biasa dalam dunia demokrasi dan sepatutnya digalakkan.

Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow juga mempertikaikan kenapa mereka tidak membahaskan usul itu jika mereka mahu menyampaikan pandangan mereka.

Semalam Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo menuntut Teh memohon maaf dan mengatakan ia boleh dijadikan faktor rayuan dalam hukuman terhadapnya.

Beliau bagaimanapun berkata, Pulau Pinang membenarkan ADUN memberikan pandangan mereka dan tidak akan menghalang mereka daripada memberikan pendapat, namun berbeza apabila mengundi dalam hal pentadbiran.

"Apabila datang pengundian dalam isu pentadbiran, mereka patut bersama kerajaan negeri," katanya.

Peletakan jawatan Teh daripada jawatan itu berkuatkuasa 23 November.

Semalam, Lim berkata lima ADUN PKR yang berkecuali sewaktu undian terhadap usul wakil rakyat BN dalam isu tebus guna tanah pada persidangan DUN Jumaat lepas tetap kekal sebagai ADUN kerajaan Pakatan Harapan.

Beliau berkata walaupun tindakan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan terjejasnya keyakinan kerajaan negeri terhadap lima ADUN berkenaan dan seorang wakil rakyat DAP Teh Yee Cheu yang menyokong usul itu, namun tugas mereka sebagai ADUN Pakatan Harapan berjalan seperti biasa bersama dengan peruntukan kerajaan di kawasan masing-masing.

"Kerajaan negeri akan menilai peranan dan prestasi mereka dalam tugas-tugas yang melibatkan tugasan pentadbiran kerajaan," katanya dalam kenyataan semalam.

Lim semalam ketika mengulas usul Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) yang mencadangkan semua projek penambakan tanah di laut bagi pembangunan tertakluk kepada perdebatan umum, semasa persidangan itu, menegaskan  perkara itu memang sudah menjadi kewajipan undang-undang yang tercatat dalam undang-undang kerajaan persekutuan.

"Jika gagal melaksanakannya, ia bererti tebus guna tanah tidak boleh dilakukan. Kerajaan negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang tidak pernah lari daripada tanggungjawab untuk mengadakan rundingan awam atau pertemuan dewan orang ramai. Jadi memang tidak ada isu berbangkit dalam hal ini," katanya.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata tindakan menyokong atau mengambil sikap berkecuali terhadap usul yang dibentangkan itu akan menyebabkan kerajaan DAP Pulau Pinang terpaksa membayar pampasan terhadap penangguhan tebus guna tanah yang boleh membawa kepada bankrap.

"Walaupun BN telah meluluskan 3,241 ekar (1311.59 hektar) tanah untuk tebus guna tanah, hanya 744 ekar (301.895 hektar) telah ditebus guna. Menangguhkan yang selebihnya itu, terutama projek tebus guna tanah Tanjung Pinang oleh E&O, boleh menyebabkan kerajaan negeri Pulau Pinang terpaksa membayar pampasan sehingga RM1 bilion. Ini boleh menyebabkan Pulau Pinang menjadi bankrap.

"Dengan itu, mengapa perlu kerajaan negeri sekarang dipaksa membayar pampasan untuk tebus guna tanah yang bukan kami yang meluluskannya?," katanya.

Tuesday, November 10, 2015

Lapan Kerusi PAS Di Selangor – DAP Pun Tidak Yakin Kepada AMANAH


Apa mainan Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP dalam isu lapan kerusi PAS di Selangor?

Amanah yang mendakwa ia parti progresif Islam kini menggunakan DAP untuk menyerang PAS. Perbuatan seperti ini tidak wajar sama sekali.

Sanggup AMANAH melakukan kerja yang tidak sewajarnya dibuat,  jika benar ia sebuah parti Islam seperti PAS.

Malah dengan menjadi jurucakap dan menyokong tindakan DAP, pemimpin AMANAH Selangor ‘bermain api’ untuk membakar bukan sahaja PAS tetapi dirinya sendiri.

Memang tidak salah untuk ‘mengajar PAS’ supaya sedar diri tentang kedudukannya di Selangor, namun bersubahat dengan DAP adalah ‘game’ yang sangat berbahaya kepada orang Islam.

Benar apa yang dikatakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Dr Wan Nik Wan Yusoff pada Sabtu (7 November 2015) bahawa kenyataan DAP yang bercadang untuk bertanding lapan kerusi PAS di Selangor disifatkan sebagai taktik untuk memecah undi PAS di kawasan tersebut.

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kelantan itu mengulas mengenai tindakan DAP yang bercadang bertanding di lapan kerusi PAS di Dun Selangor pada PRU14.


Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua didakwa sebagai berkata, keputusan akan dimaklumkan kemudian selePAS perbincangan mesyuarat Pakatan Harapan Selangor diadakan, sama ada DAP akan bertanding untuk semua kawasan tersebut ataupun beberapa daripadanya.

Lapan Dun tersebut ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Sri Serdang, Meru, Chempaka, Dusun Tua dan Tanjung Sepat.
                                                         
“Ia sangat difahami kerana PAS menang pada PRU13 lalu adalah sumbangan pengundi bukan Melayu. Jika DAP bertanding di kawasan itu, bagi DAP, mereka akan dapat undi itu dan pengundi tidak akan mengundi BN, maka PAS akan peroleh undi Melayu sahaja. Itu yang tersirat,” katanya.


Beliau mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara Khalid Samad yang menafikan tindakan DAP untuk bertanding di lapan kawasan di Selangor disebabkan oleh kurang keyakinan kepada rakan baru mereka iaitu Amanah, tetapi sebaliknya tidak yakin langsung dengan PAS.

“Bagi berdepan taktik DAP ini, PAS Selangor seharusnya menggunakan pendekatan yang mesra dan berkebajikan kepada pengundi tanpa batasan kaum.

“Malah peranan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) juga perlu lebih aktif bagi menawan hati budi pengundi bukan Melayu,” katanya.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh NikAbdul Aziz, menganggap kenyataan Khalid itu sebagai  “Tiada apa yang menarik,”.

Menurutnya, jika Khalid mengatakan DAP bertanding disebabkan oleh kurang keyakinan dengan PAS, maka PAS juga bertindak dengan alasan yang sama.

“PAS pun akan bertanding di kawasan DAP dengan alasan sama. DAP bukan lagi rakan tahaluf PAS. Bahkan bagi PAS, DAP terbukti sebuah parti yang panas, yang bersifat memaksa.

“Halau hudud masuk parlimen. Halau PAS dari Pakatan Rakyat (PR). Sekarang halau PAS dari kerajaan Selangor. Politik ‘big bos style Amerika’ ini orang tidak boleh pakai di Malaysia,”katanya pada Sabtu (7 November 2015).

Apakah PAS bimbang dan gentar dengan taktik yang dimainkan oleh dua sahabat dalam Pakatan Harapn ini?

Bagi Nik Abduh, PAS tidak gentar dengan apa sahaja halangan yang sedang didepani kini malah PAS sentiasa positif dengan polisi perjuangan sedia ada.

“Semakin hari PAS semakin positif di mata rakyat. Ini adalah hasil polisi sederhana yg dipraktikkan oleh PAS yang mengelak kepanasan politik yang tidak terkawal,”katanya.

Dalam isu ini, persoalan menarik yang dikemukakan  oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar NikAbdullah kelmarin (8 November 2015)  ialah kenapa  AMANAH tidak mahu bertanding di lapan kerusi di Selangor itu?

Kenapa biarkan DAP akan bertanding di kerusi berkenaan?

"Jika benar hilang keyakinan terhadap PAS, maka DAP sepatutnya membuat keputusan sebaliknya dan bekerjasama dengan rakan komponennya dalam Pakatan Harapan itu. Kalau hilang keyakinan, dia (DAP) patut bagi laluan kepada Amanah".

Bagi PAS, ia yakin dapat mempertahankan lapan kerusi DUN Selangor miliknya walaupun bakal ditandingi DAP pada pilihan raya umum akan datang.


Sebelum ini PAS telah berulang kali menyatakan tidak pernah berganjak daripada perjuangan mengekalkan kerusi milik parti itu termasuklah pada PRU14.

Wednesday, January 15, 2014

Pusat Giat MARA - Pemimpin Melayu Dalam PKR Selangor 'Musam Berbulu Ayam'?


Kesal sungguh dengan pemimpin Melayu dalam PKR Selangor.

Demi menjaga periuk nasi dan berkedudukan,  mereka sanggup mengatakan Giat MARA ditutup tiada kaitan dengan Melayu.

Sebaliknya mereka menyokong DAP yang menganggap pembinaan pusat itu di atas ‘tanah haram’.

Sedarlah orang Melayu dan Bumiputera Selangor mengenai cara DAP merampas tanah Bumiputera dan menutup peluang belajar untuk anak Melayu dan Bumiputera.

Sepatutnya pemimpin Melayu Selangor dalam PKR ini memperjuangkan hak pusat ini selain menjamin tanah itu untuk tujuan pendidikan.

Lagipun ia didirikan sebelum Pakatan Rakyat (PR) merampas Selangor pada pilihan raya umum 2008.

Sebaliknya mereka tunduk kepada cara DAP merampas tanah dan menutup Pusat Giat MARA ini.

Cara pertama mereka lalukan ialah membekukan semua permohonan TOL untuk tanah yang diduduki. Manakala geran yang dikeluarkan pula, diperam sehinggalah kepimpinan PR berasakan peluang untuk mereka mencari publisiti sudah tersedia.

Apabila peluang itu sudah tiba, mereka pun mengadakan majlis publisiti media kononnya PR prihatin memberikan geran kepada penduduk TOL walaupun sebenarnya telah diluluskan pada zaman pentadbiran Barisan Nasional.

“Kini, setelah semua status TOL ditarik balik, premis yang berada di atas tanah kerajaan negeri Selangor automatiknya berstatus haram.

Merbahaya jika semakin ramai pemimpin Melayu di Selangor bersikap sebegini dan tunduk kepada kehendak DAP yang ‘menyumpit dengan sebutir peluru beracun untuk dua ekor burung’.

Memburukkan keadaan, pemimpin Melayu dalam PKR bagaikan 'musang berbulu ayam' apabila bersekongkol dengan DAP merampas tanah kerajaan dan menutup pusat Giat MARA itu.

Harapkan pemimpin PAS bersuara? Mereka pun sama - 5 kali 2 sahaja!

Maknanya di sini, DAP berniat menghapuskan Puast Giat MARA untuk pelajar Bumiputera dan pada masa yang sama 'merampas' tanah itu untuk dimajukan oleh ahli perniagaan Cina.

Kenyataan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor Dr Halimah Ali (kiri) bahawa rampasan tanah Pusat Giat MARA Selayang seperti mana yang dilaporkan media baru-baru ini tiada kaitan dengan hal ehwal pendidikan anak Melayu sangat mengecewakan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor menegaskan apa yang dilakukan DAP menerusi kerajaan negeri sebaliknya adalah berkaitan dengan hak pemilikan tanah yang masih belum selesai.

“Bukan pasal DAP yang tutup Giat MARA. Itu masalah tanah yang mungkin Giat Mara belum selesaikan setelah mendirikan Giat Mara. Itu prosedur biasa. Ini bukannya pasal Melayu. Ini pasal tanah.

Kami akan bincangkan esok (hari ini) dalam mesyuarat exco. Kami nak dapatkan maklumat status tanah setelah bertahun-tahun (ia didirikan). Kita nak tahu cerita sebenarnya,” katanya kepada The Malaysian Insider. 

Nak cerita apa Wahai Dr Halimah yang tergolong dalam cerdik pandai Melayu di Selangor.

emalam, The Selangor Chronicle melaporkan DAP menerusi kerajaan negeri Selangor merampas tanah Pusat Giat MARA  Selayang atas alasan ia dibina secara haram di atas tanah kerajaan maka tindakan meroboh perlu dilaksanakan.

Menurut laporan itu, exco Selangor Ean Yong Hian Wah dan wakil dari Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor bersama-sama kontraktor telah datang ke Pusat Giat MARA  itu bagi mengeluarkan arahan agar pusat itu ditutup serta-merta.

Lihat tu yang datang bersama Exco ialah wakil Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur lagi.

Untuk apa diperkatakan mengenai tanah berkenaan kalau bukan untuk dimajukan dan terhapuskan pusat berkenaan.

Sebelum ini, Pusat Giat MARA Sabak Bernam sudah ditutup atas arahan sama manakala Pusat Giat Mara Kapar sedang menunggu hari, menurut laporan berkenaan.

Benar Pusat Giat MARA  telah dibangunkan di atas tanah Kerajaan Negeri Selangor dan berstatus Lesen Menduduki Sementara (TOL) tetapi jangan apabila berkuasa Melayu Selangor lupa diri.


Kita amat menaruh harapan agar Badan Perhubungan UMNO Selangor mempertahankan kawasan tanah yang diduduki Pusat Giat MARA Selayang walaupun sudah diarah berpindah oleh kerajaan negeri Selangor bermula hujung tahun lalu.

Pengerusi badan perhubungan itu, Datuk Seri Noh Omar wajar mencari jalan mengatasi masalah ini kerana  pusat latihan kemahiran itu sebenarnya sudah menduduki tanah kerajaan negeri selama 20 tahun.

Institusi ini penting untuk golongan remaja yang tercicir dalam akademik.

"Kita akan berusaha menggunakan apa saja yang perlu untuk mempertahankan hak kita dan berharap dapat membuat permohonan atas tanah yang diduduki oleh pusat Giatmara ini," katanya selepas menghadiri sambutan Maulidur Rasul peringkat Tanjong Karang semalam.

 Pejabat Tanah dan Daerah Gombak dikatakan sudah menghantar surat kepada pengurus Pusat Giat MARA Selayang pada 2 Disember tahun lalu yang menyatakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memutuskan memberikan tempoh 12 bulan bermula 9 Disember 2013 hingga 10 Disember 2014 kepada pusat itu untuk berpindah tanpa sebarang ganti rugi dan pampasan.

Ia kerana pusat berkenaan yang menduduki tanah seluas 11,396 kaki persegi itu sejak 20 tahun lalu tidak mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, arahan terbaru itu adalah kes kedua pihak kerajaan negeri ingin memusnahkan impian pelajar Giat MARA selepas pusat Giat MARA di Merbau Berdarah, Sabak Bernam diarahkan tutup pada pertengahan 2012.

Saturday, December 15, 2012

PM - DAP, PKR TETAP BERBEZA PENDAPAT DENGAN PAS


Biarlah pakatan pembangang dengan cerita mereka – siapa akan jadi Perdana Menteri.

Rakyat akan menilai kerana Barisan Nasional (BN) tidak menonjolkan isu itu tetapi BN lebih utamakan apa yang dapat diberikan kepada rakyat.

Nyata sekali perbezaan terus wujud antara DAP, PKR dan PAS.

PKR sudah menentukan siapa Perdana Menteri yang tidak akan lain selain Datuk Seri Anwar Ibrahim, sementara Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini mengulangi sokongannya kepada ketua pembangkang itu untuk menjadi perdana menteri jika pembangkang menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13.


Nampaknya PAS terkontang-kanting masih mahukan Presidennya menjadi Perdana Menteri namun DAP dan PKR tidak ada keyakinan kepada Presiden PAS itu untuk menjadi Perdana Menteri.


Rekod Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Terengganu selama lima tahun menjadi Menteri Besar tidak menyerlah langsung.

"Apabila kami menang dan tawan Putrajaya, kami dalam DAP akan memberi kerjasama untuk tentukan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri," kata Karpal pada ucapan perasmian Kongres Kebangsaan DAP kali ke-16, di Penang International Sport Arena (PISA) di Pulau Pinang hari ini.

Pendirian beliau itu nyata bertentangan dengan resolusi Pas baru-baru ini yang memilih presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai perdana menteri jika pakatan pembangkang dipilih menjadi kerajaan baharu Malaysia.

Kemelut calon PM juga menjadi perkara utama yang dibincangkan pada Muktamar PAS baru-baru ini apabila delegasi parti Islam tersebut mencadangkan supaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengisi jawatan penting itu.

Namun Karpal dalam ucapannya tidak mengulas lanjut terhadap permintaan oleh rakan mereka, PAS tersebut tetapi berkata parti tersebut sebagai rakan paling utuh yang banyak memainkan peranan penting dalam PR.

Walaubagaimanapun, Hadi pula berkata rela menjadi khadam demi rakyat daripada menggalas tanggungjawab sebagai PM yang disifatkannya sebagai “amanah berat” meskipun Dewan Ulama Pas menegaskan presidennya itu lebih layak.

“Apa yang penting kepada kami, kita ke Putrajaya.

“Siapa yang jadi PM, yang diterima oleh rakyat, yang dapat menyatukan rakyat, dapat menegakkan keadilan untuk rakyat,” kata beliau November lalu.

Selain Karpal, penasihat parti Lim Kit Siang sebelum ini juga secara secara terbuka berkata bahawa PR mahukan Anwar memegang tampuk pemerintahan negara itu, dan pendapat itu turut dikongsi oleh setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng awal tahun ini.

Bagaimanapun, bagi Karpal, Pas akan menjadi sekutu penting dalam pakatan pembangkang, meskipun mereka (Pas) mungkin mempunyai prinsip yang berbeza.


Setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang hadir sebagai pemerhati pada Kongres Kebangsaan DAP ke-16 hari ini bijak menyimpan perasaan PAS

Baginya, DAP berhak menyatakan calon perdana menteri mereka sekiranya berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

“Itu adalah hak DAP untuk nyatakan secara terbuka calon pilihan perdana menteri mereka,” kata Mustafa. Memang wajar sekiranya beliau mengatakan PAS masih belum memutuskan tentang siapa pilihan mereka untuk mengisi jawatan penting tersebut.

“Berbeza dengan DAP, kami (PAS) tidak memutuskan siapa lagi calon dan tidak menyatakan secara terbuka mengenai perkara itu.

Lagipun pilihan raya belum mula lagi, malahan kita belum tahu lagi calon itu (Anwar) akan menang atau tidak,” jelas beliau.

Mustafa berkata keputusan muktamad hanya boleh diputuskan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia.

Saturday, November 6, 2010

PAS MAHU ANWAR LETAK JAWATAN !!

Daripada gelombangrakyat

Inilah yang berlaku apabila Pakatan Rapuh ini kalah dalam pilihan raya. Masing2 menuding jari. PAS salahkan PKR, DAP salahkan PAS. Apakah penyokong pembangkang tidak nampak lagi percaturan politik kotor mereka? Sejauh mana kedudukan Pakatan Rapuh ini di masa hadapan?

Di manakah rasionalnya penubuhan Gabungan Parti ini? Sebab itu mereka memilih untuk tidak mendaftar parti komponen mereka walaupun telah diberi 'lampu hijau' oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Masing2 ada agenda tersembunyi. Apabila menang, dikata mereka satu keluarga, bila kalah dianggap musuh. Sebenarnya ketiga2 ini musuh dalam selimut.

Anwar Ibrahim pastinya tertekan dengan situasi ini. Agaknya call Lim Kit Siang tak angkat. Call Hadi Awang pun tak angkat. Siapa nak angkat phone Anwar waktu ini. Masing2 sudah bengang dengan Anwar.

Tambahan pula terkantoi pula gambar Nik Aziz sedang sogok duit. Mestilah DAP bengang. Tok Guru perangai macam penyamun. Habislah undi Melayu. Jangan kata undi Melayu. Undi Cina pun habis rata kasi free kat BN. PAS kalah teruk di 4 Peti Undi yang majoritinya Cina.

DAP bengang, PAS jaja nama Islam sana sini, tapi rupa2nya, penyamun. DAP habis duit kat Galas. Upah Gangster lagi. DAP Cameron Highland siap buat muka tebal kempen dekat Loging, perkampungan Orang Asli. Kena maki lagi. Tiba2 pula Nik Aziz buat hal.

Inilah realiti Gabungan Parti secara haram yang diberi nama Pakatan Rakyat. Ini semua bukan lagi untuk rakyat. Untuk kepentingan masing2. Sebab mereka takkan dapat kuasai Kerajaan jika tidak bergabung. Bila menang, cium mulut masing2. Tapi apabila tewas, masing2 sepak terajang.

Inilah sebenarnya kuasa Tuhan. Tapi BN jangan lupa diri. Jadikan kemenangan PRK DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi sebagai semangat untuk kita lebih bekerja keras demi Allah, untuk rakyat. Kami blogger2 sedia membantu dan turut berjuang.

Post by... Melayu CinDia

Thursday, October 28, 2010

KARPAL, DAP MEMANG SUDAH LAMA ANTI ISLAM

Menyebut pemimpin DAP, Karpal Singh sebagai ‘antiIslam, anti mewujudkan negara Islam serta Hudud’ seseorang boleh ditakrifkan sebagai rasis dan tidak demokratik?

Jadi bila merujuk Karpal Singh kita kena sebut dia pemimpin DAP yang menerima Hudud dan menyokong ke arah mewujudkan negara Islam?

Karpal juga membela orang Melayu dan Islam secara percuma di mahkamah apabila menjadi peguam mereka. Ini kena sebut ni!

Kalau sebut lain walaupun kita orang Islam akan berdosa besar, rasis dan tidak demokratik.

Sedangkan hakikatnya Karpal Singh konsisten menentang Hudud, negara Islam dan sikap antiMelayu dan antiIslamnya.

Sila tunjukkan bukti dia sokong pembentukan negara Islam dan pelaksanaan Hukum Hudud.

Mentang-mentang semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein memberikan amaran supaya semua pihak tidak menggunakan isu agama dan kaum dalam kempen mereka, PAS dan DAP menganggap kenyataan di atas sebagai perkauman.

Yang tidak perkaumannya bagaimana?

Lihat kenyataan Karpal ini ini, apakah kenyataan ini tidak antiIslam dan Hudud?

Riuh rendah Malaysiakini memaparkan berita mengenai sehelai kain rentang dijumpai pagi isemalam tergantung di kawasan pekan Gua Musang dengan ayat berbunyi: “Kenapa PAS masih menyokong DAP (harbi)?”

Lapor Malaysiakini, Harbi merujuk kepada penduduk bukan Islam dan kafir yang berperang menentang Islam. Bukankah Karpal Singh dan beberapa pemimpin DAP boleh dikategorikan sedemikian? Pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh sebagai pemimpin yang didakwa 'hina perjuangan Islam'.

Kain rentang ini merujuk kepada laporan akhbar yang dibuat oleh Karpal lebih 10 tahun lalu yang bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu - Karpal Singh".

Sudah pasti rakyat mempertikaikan PAS yang masih dan terus menyokong DAP yang memang anti Islam.

Kerana kepentingan kuasa, penasihat jentera pilihan raya Galas, PAS, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah sanggup bersekongkol dengan setiausaha publisiti DAP, Tony Pua membidas tindakan itu yang dianggap rasis dan tidak demokratik.

Menurut Rahim, mesej kain rentang itu juga bertentangan dengan Islam.

“Adalah perkauman bagi menuduh seseorang itu sebagai 'harbi', kerana 'harbi' melambangkan perang terbuka dengan Islam,” katanya yang juga ahli parlimen Kota Baru. Menurutnya tindakan itu cuba membuat orang Islam marah.

"Sebagai penasihat jentera pilihan raya PAS, saya ingin jelaskan di sini: ini adalah PAS lawan UMNO. Bukan DAP yang bertanding di Galas.

Habis yang Tony Pua datang Galas tu buat apa? Memanglah DAP tiudak bertanding tetapi kehadirannya untuk apa?

Apa makna perang yang Rahim faham? Perang senjata sahaja?

Rahim pun tidak tahu erti perang. Zaman sekarang bukan macam Perang Uhud pakai senjata lembing dan panah, gajah dan sebagainya.

Perang politik dan maklumat sekarang lagi bahaya dan jika DAP berkuasa, bukankah umat Islam akan tertindas?

Rahim tidak nampak apa yang berlaku di seberang Tambak Johor dan Pulau Pinang?

Kenapa butakan mata hanya kerana bercita-cta memang di Galas untuk membuka jalan ke Putrajaya?

Saturday, August 28, 2010

INILAH WAYANG DAP YANG SEBENAR!

Oleh Zulkifli Nordin

Teman dah banyak tulis pasal DAP dan sandiwara mereka. Dah berkati dan berguni. Pada teman DAP ni parti yang patut dinyahkan daripada peta politik Malaysia.

Tengah teman dok belek-belek laman web, terbaca artikel terbaru mengenai sandiwara DAP ni oleh YB Wee Choo Keong. Satu pendedahan yang sangat relevan dan "eye opener".

Perlu diingat YB Wee Choo Keong adalah bekas pemimpin kanan DAP. Semasa zaman kehebatan beliau, ramai pemimpin DAP masakini masih budak-budak ingusan dok bawah ketiak pak depa lagi.

Tapi pada tahun 1995, YB Wee Choo Keong, semasa itu Ahli Parlimen Bukit Bintang dan Ketua Penerangan DAP telah dipecat dari DAP. Teman dimaklumkan alasannya, "for not showing enough affection to party leadership"!! Lawak 'Senario' pun tak kelakar macam tu!

Baru-baru ini, YB Wee menulis mengenai sandiwara terkini DAP, parti yang dia kenali luar dalam. Dan teman perturunkan analisa beliau disini untuk renungan dan pengajaran bagi mereka yang dok syok tidoq sebantal dengan parti cauvinis ini.

Semoga kupasan YB Wee menjadi "eye opener" untuk mereka yang masih berfikir menggunakan akal, bukan kepala lutut!

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
17 Ramadhan 1431
27 Ogos 2010

#############################

WAYANG DAP

By YB Wee Choo Keong
Kuala Lumpur 26 August 2010
www.weechookeong.wordpress.com

Make no mistake. DAP is equal to its supreme leaders, and vice versa. The rest of the minions are merely expendable party slaves tied constantly to a short, snug leash to cow them into absolute obedience. No matter what, the dynasty is to be served and its survival is all that matters. It can do no wrong. ‘Do what I say and not do what I do’ is law. The slightest hint of not showing “enough affection” to one or two supreme leaders can and will cost you your political career in the party. I was such a victim of this whimsical aberrance when I was sacked in 1998, a ludicrous ‘first’ in the world. No regrets though or I would be caught between the devil and the deep blue sea; between hyprocrisy and being a dynastic slave. Neither will serve integrity nor self-respect.

The recent sacking of Mr Tee Boon Hock, the ex-DAP councilor, who was alleged to have embroiled in the “letterhead scandal” is a clear example of blatant victimisation for the sake of protecting the cronies – for the sake of the endearing dynasty.

But it’s this question of integrity that DAP falls way short on. The supreme leaders know it and for the purpose of the party’s political relevance and survival they will draw on their mastership of the art of political expediency to pull them through. It will save the day, no doubt, once more. PAS with its recent talk and posturing for an Islamic state will be muted and neutralized, yet again. PAS will withdraw into the background, re-group and wait to pursue its agenda another day. Why PAS will always do this like a gentleman beats me and this strategic behavior alone warrants a posting all its own on another day.

DAP should know better. When it decided to go into a marriage-of-convenience in the 1990 General Elections with Semangat 46 under the flagship of Gagasan Rakyat and Semangat 46 in turn had a coalition with PAS under the flagship of Angaktan Perpaduan Umrah (APU), the DAP knew what PAS stood for and the party will live by its constitution to propagate Islamic states whenever and wherever it comes into power. All went well for the 1990 General Elections but the coalition failed to take over power in the federal government.

After the 1990 General Elections, in 1992 the DAP’s supreme leaders decided to pull out from Gagasan Rakyat under the pretext that Semangat 46 was indirectly associated with PAS through APU and that PAS was serious in promoting and setting up an Islamic state.

n the 1999 General Elections, the DAP went into a loose coalition with PAS despite the fact that PAS never abandoned their objective of setting up an Islamic state when it comes into power. The DAP supreme leaders went campaigning to assure Malaysians not to be worried about the said PAS stand on Islamic State as the DAP will ensure that it will not materialise. In 2001 the DAP supreme leaders were again playing with their politics of expediency by disassociating itself with PAS over the issue of Islamic State.

t must be noted that PAS has and will continue to be candid about this objective but why do the supreme leaders of DAP behave like a disobedient, unsupportive and combative “wife” every time the subject crops up? Political expediency at play, is it? But to me it’s more a question of integrity with DAP’s supreme leaders. They should look themselves in the mirror and come clean. Hypocrisy is sinful, hateful damning. PAS has integrity. Their leaders are honest, trustworthy and faithful to their party’s constitution. From day one the party did not hide its desire to form Islamic states and it will not go back on its promise for any form of political expediency no matter what.

PAS has better watch it lest DAP’s supreme leaders seemingly skilful art of political expediency cows the party into singing and dancing to its tune. Which, by my analysis, is most unlikely to happen. Which also brings into question the validity of this marriage-of-convenience in the eyes of PAS.

Moreover, for DAP’s supreme leaders to fan out enmass throughout the country in 1990 and again in 1999 General Elections to convince its supporters that going into a marriage with PAS (for votes fishing of course) will not affect their interests is akin to pulling a fast one and lying through their teeth. The art of political expediency is anything but scheming, any which way one looks at it.

DAP’s supreme leaders short-coming goes even further. The supreme leaders can ride on the moral high horse and say one thing and do another. They will shout and scream themselves hoarse for freedom of the press and freedom of speech in public. The next moment, at the snap of the fingers, they will also invoke a ‘gag order’ when it suits them and get all and sundry to toe the party line or else …

Chairman of the party Karpal Singh has always been the instrument for such incongruences. The recent ‘gag order’ on all talk of the “letterhead scandals” in Selangor is not the first, and it will not be the last. Remember also when he was reportedly quoted to have said the equivalent of “Islamic state over my dead body”? Why are other supreme leaders so mumed with statements of this nature and why is Karpal Singh singled out to do this kind of dirty work all the time? Preservation of the dynasty, remember? It should be above the supreme leaders demeanor to display such outward hypocrisy but there will always be hangeron-s to carry out the unspeakable.

DAP’s supreme leaders way of keeping the party’s minion in check is also hypocritical and seemingly subtle. But if one has been tracking their traits it’s always the repeated reminders that the General Elections are just round the corner when there’s a hint of it by the ruling government. The reminders will get so loud that the hopefuls will realize it’s a signal not to get too smart to buck the trend and show disaffection lest one is put out to pasture without a constituency to stand in, or, be placed in a hopeless constituency. Never mind one can lose the party’s election at the party’s stronghold in Malacca but if the condition is right the loser can be jettisoned to becoming the DAP Secretary-General and then a Chief Minister in another state!

DAP should stop riding the moral high horse. It’s a joke to say one thing and do another. It’s even more damning when you carry up the cudgel to fight against corruption but look the other way when the same loathsome transgression stares you in the face in your own backyard in the form of the recent Selangor illegal sand mining scandal and letterhead scandals. Mr Tee Boon Hock is expendable but the newly converted blue-eyed-one, even though had been labeled ‘he is trouble,’ will be protected because of vested dynastic interest.

The art of political expediency riding on the moral high horse is diametrically opposed and has no place under the sun. It is contradictory. It is all hypocrisy. It is scheming to blur the blatant acts of preserving the dynasty, practising cronyism and indulging in malpractices under cover. What is the difference then between what the government of the day is doing and what the hopeful government in waiting (and it’s a long shot okay) is hiding behind? You be the judge! IN

Wednesday, August 25, 2010

MESYUARAT JAWATANKUASA EKSEKUTIF PUSAT DAP ESOK PANAS...

Oleh Alan Ting (Bernama)

Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang akan diadakan esok dijangka panas.

Cakap-cakap pada masa ini adalah beberapa anggota CEC dikatakan berkeras mahu tindakan lebih tegas dikenakan terhadap Exco Selangor Ronnie Liu berhubung isu surat sokongan yang menjadi kontroversi.

Sumber-sumber parti menyatakan bahawa isu Liu tidak diselesaikan pada mesyuarat CEC yang diadakan dua minggu lepas, dan kini wujud keresahan di kalangan anggota parti yang mahukan perkara itu dibincangkan sekali lagi.

"Saya fikir sebab itulah CEC bermesyuarat lagi. Agak luar biasa untuk bermesyuarat lagi dalam tempoh dua minggu. Saya terkejut mereka tidak menyatakan sebagai mesyuarat luar biasa. Saya fikir mereka mahu tindakan diambil," satu sumber parti memberitahu Bernama di sini pada Rabu.

Parti ini kini berhadapan dengan kontroversi yang mencalarkan imej parti apabila ahli Majlis Perbandaran Klang dan bekas pembantu Liu, Tee Boon Hock dipecat daripada parti berhubung salah guna kepala surat DAP milik Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan.

Jawatankuasa Disiplin parti turut menegur dengan keras Liu kerana tidak menguruskan pejabatnya sebagaimana diharapkan orang ramai.

Mesyuarat CEC lazimnya diadakan sekali sebulan.

Namun, beberapa anggota CEC menganggap mesyuarat pada Khamis adalah satu mesyuarat biasa yang perlu diadakan, khususnya bagi membincangkan situasi politik negara.

"Ia hanya satu mesyuarat biasa, tiada apa yang istimewa. Jangan spekulasi, anda mungkin salah," kata Bendahari DAP Fung Kui Lung ketika dihubungi.

Ketua Publisiti parti, Tony Pua, berkata notis mengenai mesyuarat esok telah dikeluarkan minggu lepas. Beliau berkata ia mungkin berkaitan dengan situasi politik semasa.

"Saya tidak sedar jika ada sebarang isu khusus tetapi biasanya, pada mesyuarat seumpamanya, anggota bebas untuk membangkitkan apa jua isu," katanya.

Naib Pengerusi DAP dan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Tan Kok Wai mengesahkan mesyuarat itu dan kes Tee kemungkinan besar dibincangkan.

"Ia adalah suatu yang biasa bagi kami bertemu lagi kerana tempoh 14 hari rayuan Tee terhadap pemecatannya akan tamat pada masa itu," katanya.

Namun, beberapa anggota CEC berkata mereka menjangkakan akan berhadapan dengan kritikan tajam daripada rakan-rakan mereka semasa mesyuarat itu kerana membincangkan isu Liu secara terbuka di media dan apa yang berlaku semasa mesyuarat CEC lepas.

"Saya fikir kami akan berhadapan dengan kritikan pada mesyuarat ini. Namun, kami bersedia dan terbuka untuk kritikan dan pandangan mereka," kata anggota CEC Jeff Ooi.

Anggota Parlimen Jelutung itu bersama penasihat parti Chen Man Hin dan Speaker Selangor Teng Chang Khim telah membincangkan isu itu di media, menyebabkan keresahan di kalangan beberapa pemimpin.

Pengerusi DAP Karpal Singh telah mengeluarkan arahan menyekat semua anggota parti daripada mengulas isu itu kerana ia adalah hal dalaman parti dan perlu diselesaikan dalam parti.

Sunday, August 15, 2010

ISU KEPALA SURAT JEJASKAN SOKONGAN TERHADAP DAP?

Oleh Alan Ting (Bernama, 14 Ogos 2010)

Para penganalisis politik berbeza pendapat tentang sama ada kekecohan berhubung isu penyalahgunaan kepala surat DAP di Selangor baru-baru ini akan menjejaskan sokongan orang ramai terhadap parti yang mengganggotai Pakatan Rakyat itu.

Dr Sivamurugan Pandian percaya isu itu boleh menjejaskan imej DAP, tetapi James Chin pula berpendapat sebaliknya.

Kekecohan itu tercetus selepas anggota Majlis Perbandaran Klang Tee Boon Hock (gambar kanan) didapati menggunakan kepala surat DAP kepunyaan anggota exco Selangor Ronnie Liu (gambar kiri) untuk menulis surat sokongannya. Akibat perbuatan itu, Tee dipecat daripada jawatannya.

Berikutan isu itu, DAP turut memecat Tee daripada parti itu, manakala Liu pula diberi amaran keras oleh jawatankuasa disiplin parti kerana gagal mengurus pejabatnya seperti yang diharapkan oleh orang ramai.

Jawatankuasa itu juga meminta speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Teng Chang Khim supaya lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan atau berkomunikasi melalui "tweeter" setelah beliau didapati menyebarkan maklumat melalui perkhidmatan itu, dengan menulis "OMG, the real culprit freed", berikutan pemecatan Tee.

Ada pihak berpendapat keputusan yang diambil jawatankuasa itu adalah tepat untuk mengelak daripada tercetusnya perbalahan berikutan isu penyalahgunaan kepala surat berkenaan.

Sesetengah pihak pula berpendapat kini, DAP perlu menangani masalah berkaitan integriti dalam pentadbirannya untuk memenuhi harapan para penyokongnya.

Dr Sivamurugan berkata sebelum 2008, orang ramai tidak begitu peduli tentang apa yang berlaku dalam DAP.

"Ketika itu, mereka tidak begitu mengambil kesah, tapi kini mereka mengikuti dengan cukup teliti kerana ingin berhati-hati dengan undi yang akan mereka berikan pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Beliau berkata selama ini, DAP meuwar-uarkan bahawa kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan (CAT) menjadi dasarnya dalam mentadbir kerajaan, seperti yang dilakukannya di Pulau Pinang selepas pilihan raya umum 2008.

Tetapi, kata Dr Sivamurugan, DAP tidak boleh menafikan bahawa wujud "keretakan, penjahat atau puak" dalam parti itu.

"Perkara yang akan menjadi isu ialah bagaimana DAP boleh membiarkan perkara itu berlaku, sedangkan ia memperjuangkan CAT," kata beliau.

Bagaimanapun, Chin pula yakin bahawa kes Tee tidak memberi kesan langsung terhadap para penyokong tegar parti itu.

Beberapa anggota parti itu mendedahkan bahawa perkara tersebut telah dibincangkan dengan panjang lebar dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP pada Khamis malam, yang dihadiri semua anggota CEC, kecuali Teng.

Malah, Liu diminta meninggalkan mesyuarat itu apabila perkara berkenaan dibincangkan, kata seorang pemimpin DAP.

Ada pihak berpendapat bahawa keputusan yang diambil jawatankuasa disiplin DAP itu samalah seperti memberi kad kuning kepada Liu dan amaran lisan kepada Teng dalam satu perlawanan bola sepak.

Pada waktu yang sama, ada pula pihak yang bertanya sama ada keputusan yang diambil jawatankuasa disipilin itu adalah memadai untuk memperbaiki kerosakan yang mereka rasa telah berlaku terhadap imej parti berkenaan.

Satu sumber berkata pengerusi jawatankuasa disiplin, yang juga anggota Perlimen Cheras, Tan Kok Wai menjelaskan bahawa jawatankuasa itu hanya boleh memberi amaran keras kepada Liu kerana tidak terdapat bukti yang boleh menyokong dakwaan Tee bahawa Liu memang tahu tentang surat sokongan yang telah dikeluarkannya.

Ini mendorong beberapa pemimpin kanan DAP meminta jawatankuasa disiplin menambahkan hukuman memandangkan keseluruhan episod itu menimbulkan keraguan orang ramai terhadap parti berkenaan dan parti itu tidak perlu "memperbaiki imejnya".

"Banyak orang bercakap tentang isu ini, malah ada yang mencadangkan agar Liu berundur secara sukarela sebagai anggota exco, tetapi perkara ini ditentang oleh beberapa pemimpin dengan alasan hukuman itu tidak boleh ditambah kerana tiada peruntukan mengenainya," kata sumber berkenaan.

CEC menangguhkan keputusannya berhubung rayuan Tee agar keputusan jawatankuasa disiplin memecatnya, dibatalkan.

Setiausaha agung parti, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata CEC perlu berbincang dengan kerajaan Selangor sebelum membuat keputusan berhubung perkara itu.

"Nampaknya, Tee dipecat oleh kerajaan negeri kerana sebab lain. Oleh itu, kami perlu mendapatkan penjelasan mereka terlebih dulu," katanya.

Ketika mengumumkan keputusan jawatankuasa itu pada Rabu, pengerusinya berkata "episod ini telah merosakkan imej parti".

Tetapi, soalan seterusnya ialah adakah episod berkenaan menjejaskan sokongan orang ramai terhadap DAP? Yang pasti, jawapan bagi soalan ini akan diketahui apabila tiba masanya kelak.

Saturday, August 14, 2010

POLITIK MIDDLE MALAYSIA ATAU ZHONGGU'O

Sedikit masa dulu Lim Guan Eng mengumumkan pendekatan Middle Malaysia. Secara literal ia semacam mengambil jalan tengah dalam semua hal yang melibatkan rakyat. Realitinya tidak lain pendekatan tersebut merupakan jalan pintas untuk melaksanakan gagasan-gagasan yang diketengahkan oleh mentornya. Apakah akar, ranting dan dahan DAP itu bukan berasal daripada speses pokok yang sama, iaitu PAP?


Oleh MALIM GHOZALI PK
(Utusan Malaysia 14 Ogos 2010)

SUATU masa dulu masyarakat kita heboh dengan Malaysian Malaysia dan meritokrasi. Gagasan-gagasan tersebut dianjurkan oleh pemimpin Singapura yang menuntut kesamarataan di kalangan semua kaum di negara ini. Banyaklah hiruk-pikuk yang dilaporkan tentangnya, dan orang Melayu menolaknya dengan keras. Perkara itu kemudian dilupakan.

Hakikatnya secara senyap-senyap segmen-segmen tertentu dalam gagasan-gagasan tersebut sedang merubah kedudukan ekonomi dan sosio-politik orang Melayu di negara ini.

Tidak ada lagi layanan istimewa bagi mendapatkan biasiswa lulusan-lulusan Sijil Pelajaran Malaysia dari kalangan Bumiputera, misalnya. Dan mutakhir, wakil DAP di Selangor mencadangkan supaya diskaun pembelian rumah bagi pembeli-pembeli bumiputera dihapuskan. Desakan-desakan sebegini mendedahkan wajah sebenar politik sempit DAP.

Sedikit masa dulu Lim Guan Eng mengumumkan pendekatan Middle Malaysia. Secara literal ia semacam mengambil jalan tengah dalam semua hal yang melibatkan rakyat. Realitinya tidak lain pendekatan tersebut merupakan jalan pintas untuk melaksanakan gagasan-gagasan yang diketengahkan oleh mentornya. Apakah akar, ranting dan dahan DAP itu bukan berasal daripada speses pokok yang sama, iaitu PAP?

Sekali lagi timbul heboh-heboh tentangnya, terutama di kalangan orang Melayu Pulau Pinang, yang rata-rata ekonomi mereka masih merangkak. Isu tersebut cepat-cepat juga dilupakan.

Hakikatnya, prinsip-prinsip teras di dalam gagasan-gagasan Malaysian Malaysia dan "meritokrasi" sedang berkembang biak di pulau itu. Pendekatan Middle Malaysia hanyalah salinan kulit, ularnya tetap sama.

Tahun lalu perarakan Maulidur Rasul dibatalkan, walaupun Guan Eng tahu ia merupakan upacara yang sangat dekat di hati orang Islam. Kemudian diseliginya pula peniaga-peniaga gerai dan pengusaha kedai makan, terutamanya peniaga-peniaga Melayu.

Terbaru, bazar Ramadan di bangunan KOMTAR diarah tutup. Mujurlah larangan tersebut ditarik balik di saat-saat akhir apabila peniaga-peniaga naik berang dengan sikap melampau kerajaan Pulau Pinang.

Tindakan-tindakan Guan Eng dilihat tergesa-gesa -- roboh, roboh dan roboh. Jadi, mana jalan tengahnya? Kita tidak perlu pergi jauh untuk mencari siapakah yang melatih beliau taktik sedemikian.

Ternyata penduduk Melayu sudah ramai yang meninggalkan pulau dan berpindah ke tanah daratan. Kampung-kampung mula hilang, dan digantikan dengan rumah kedai dan apartmen mewah. Hartanah Melayu semakin mengecut, dan tidak hairan dalam tempoh 20 -30 tahun dari sekarang, tidak ada lagi hartanah orang Melayu di Pulau Pinang.

Sekiranya fenomena ini tidak disekat, akan berlaku eksodus secara besar-besaran orang Melayu dari Pulau Pinang. Memburukkan lagi sikap cauvinistik beliau, dituangkan pula nuansa sejarah empayar Cina ke dalam gagasan Middle Malaysia.

Sebenarnya Middle Malaysia secara tersembunyi menyangkut Middle Kingdom, atau Negara Tengah, atau dalam bahasa Mandarin disebut Zhongguó.

Karakter kotak digaris di tengah-tengah tulisan Cina pada perkataan Zhongguó melambangkan posisi empayar Cina yang kononnya berada di tengah-tengah ketamadunan. Walaupun dari segi sejarah nama China berubah-ubah dengan pertukaran dinasti demi dinasti, namun nama umumnya kekal sebagai Zhongguó.

Terma ini mula digunakan oleh Dinasti Zhou pada abad ke-6 SM. Penggunaan nama Zhongguó membawa implikasi legitimasi politik, dan ia digunakan oleh dinasti-dinasti yang terkemudian; sebagai contohnya Dinasti Song Selatan dan Dinasti Jin, masing-masing menganggap dinasti mereka Zhongguó.

Dan sejak Republik Rakyat Cina ditubuhkan pada 1949, ia menggunakan nama itu sebagai identifikasi rakyat Cina, sementara Republik Cina dikenali terus dengan nama "Taiwan". Jadi, idea sentral yang menjadi teras Middle Malaysia tajaan Guan Eng tidak lain adalah "Cina".

Dalam senario politik masa kini, yang turut berlatar belakangkan masyarakat berbilang kaum, pendekatan Ketua Menteri Pulau Pinang ini amat berbahaya.

Dalam menekuni agenda agungnya, Guan Eng semakin rakus, dan hilang hemah dan pertimbangan sebagai politikus dan Ketua Menteri. Mana-mana pegawai kerajaan yang berani menegur atau menentangnya akan menerima padah.

Terbaru, Pegawai Kemajuan Negeri dicopnya sebagai "membazir wang, lidah biawak dan tidak diperlukan di Pulau Pinang". Nampaknya apa saja yang mewakili Kerajaan Pusat, sama ada orang atau ikon, menjadi serba tidak kena dengannya.

Guan Eng harus meluangkan sedikit masa untuk menyelak buku-buku sejarah. Pulau Pinang adalah sebahagian dari Malaysia. Ratusan tahun dulu broker tanah Inggeris, Francis Light menggunakan tipu muslihat untuk memperdaya Kerajaan Kedah lalu 'menyonglap' pulau itu. Sedangkan semasa dia tiba di pulau itu pada 1786, orang Melayu sudah berkampung halaman di situ, dan menjalankan perdagangan dengan orang Aceh.

Apa pun yang dilakukan oleh Lim Guan Eng sekarang, Pulau Pinang tetap akan berada dalam Malaysia dan masih menggunakan Perlembagaan negara yang sama. Sudah tentu Kerajaan Pusat tidak akan membiarkan Pulau Pinang bertukar menjadi Hong Kong atau Singapura kedua di Tanah Semenanjung. Atau menjadi Zhongguó.

Malim Ghozali PK ialah penulis semua genre sastera, penterjemah dan penceramah bebas. Kini menjadi pensyarah sambilan untuk Seminar Cereka dan Bengkel Terjemahan Karya Dramatik di ASWARA.

Sunday, August 8, 2010

HARAMKAN DAP!

"...ada antara Melayu haprak ini yang sanggup menipu diri sendiri dengan mendakwa persekongkolan ini adalah demi dakwah dan mendekatkan DAP kepada Islam. Apa yang saya nampak, mereka yang makin lama makin terikut-ikut rentak DAP. DAP semakin tegar dengan semangat anti Islam dan anti Melayunya. "

http://zul4kulim.blogspot.com/

Cadangan mutakhir pemimpin DAP, Tony Pua, Ahli Parlimen DAP (PJ Utara) untuk memansuhkan diskaun bumiputra dalam sektor tertentu pembangunan sekali lagi membuktikan sikap cauvinis, rasis, anti Melayu dan anti perlembagaan yang dianuti oleh kepimpinan DAP. Dan yang paling malang, orang Melayu saperti Tan Sri Khalid Ibrahim boleh bersetuju dengan cadangan bodoh saperti itu.

Persoalannya bukan isu diskaun bumiputra, tetapi soal prinsip perlembagaan dan keharmonian kaum yang telah dibina sekian lama. Perkara berkaitan hak istimewa Melayu telah tercatat dengan jelas didalam Perlembagaan dan tidak perlu dikupas. Dan ini adalah antara formula kepada perpaduan dan keharmonian agama dan kaum selama ini.

Kepimpinan DAP kini semakin angkuh dan kurang ajar didalam mempersoalkan perkara asasi Perlembagaan. Mereka seolah-olah lupa sikap cauvinis dan rasis yang mereka amalkan adalah punca terjadi rusuhan kaum 1969.

Dan bila kita mengingatkan supaya peristiwa hitam 13 Mei itu dijadikan iktibar, maka pemimpin DAP lah antara yang paling bising menyalak mendesak supaya peristiwa itu tidak diungkit-ungkit lagi. Kerana apa? Kerana mereka tidak mahu rakyat khususnya generasi baru mengetahui sejarah hitam mereka!!

Saya membaca laporan Majlis Gerakan Negara (NOC) bertarikh Oktober 1969 yang membutirkan secara terperinci apa sebenarnya yang berlaku sebelum 13 Mei 1969. Kenyataan saperti "Melayu sudah tidak berkuasa", "ini negeri bukan Melayu punya", "halau Melayu keluar" dan macam-macam lagi yang dibuat selepas DAP memenangi beberapa kerusi di Selangor akhirnya mencetuskan perasaan marah orang Melayu dan berakhir dengan peristiwa berdarah itu. Dan ada antara petualang DAP yang aktif pada masa itu masih hidup dan melalak kesana kemari hari ini.

Kalau tahun 1969 mereka tidak mendapat sokongan orang Melayu, tetapi hari ini bukan sahaja Melayu haprak, pak janggoat-pak janggoat pun turut menyokong mereka. Maka bertambah besarlah kepala mereka, makin menjadi-jadi kesombongan mereka.

Tambah pulak ada Melayu yang tergamak menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada puak-puak cauvinis ini. Hanya kerana nafsu serakah mahu menduduki Putrajaya!! Dan yang lebih teruk, Melayu haprak dan pak janggoat-pak janggoat inoi disamatarafkan dengan sahabat Nabi saw!!

Cuba bayangkan kalau tahun 1969, lebih 40 tahun lepas, mereka meraikan kemenangan kecil itu dengan memaki hamun dan menghina bangsa Melayu, cuba bayangkan apa yang akan mereka lakukan kalau mereka menguasai kerajaan persekutuan, apatah lagi menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri!! Tengok sendiri apa yang mereka buat di Pulau Pinang, Selangor, dan buat seketika di Perak. Dan yang paling malang, ada orang Melayu yang sanggup bersekongkol dengan pelampau-pelampau cauvinis dan rasis ini.

Dan ada antara Melayu haprak ini yang sanggup menipu diri sendiri dengan mendakwa persekongkolan ini adalah demi dakwah dan mendekatkan DAP kepada Islam. Apa yang saya nampak, mereka yang makin lama makin terikut-ikut rentak DAP. DAP semakin tegar dengan semangat anti Islam dan anti Melayunya.

Kenyataan terbaru "mursyidul am" DAP Karpal Singh menolak sama sekali gagasan penubuhan negara Islam jelas membuktikan DAP masih dengan sikapnya. Dan ini sepatutnya sudah cukup menyedarkan bangsa Melayu yang beragama Islam bahawa mereka sedang bermain dengan api apabila rela diperkudakan oleh kafir harbi ini.

Tetapi tidak segelintir bangsa Melayu ini sanggup sekali lagi menipu diri sendiri dengan mendakwa kenyataan Karpal itu adalah kenyataan peribadi dan bukan pendirian DAP. Betapalah bangsa yang punya Al Quran ditangannya boleh menjadi begitu bodoh! Memang kebodohan itu bukan suatu jenayah, tetapi kebodohan itu akan membawa kemusnahan kepada agama, bangsa dan tanahair sendiri!!

Pada saya sikap cauvinis, rasis, ala komunis, anti Melayu, anti Islam dan anti Perlembagaan kepimpinan DAP ini semakin melampau. Hari demi hari mereka mengasak umat Islam dan orang Melayu dengan pelbagai isu.

Daripada isu tanah, isu biasiswa, isu hak istimewa, kini menular kepada mempertikaikan institusi Islam, Raja-Raja Melayu, badan kehakiman, Polis DiRaja Malaysia, SPRM, SPR, Mahkamah Syariah membawa kepada isu-isu negara Islam, kalimah ALLAH dan lain-lain.

Sekiranya tidak dibendung segera, saya yakin sikap melampau kepimpinan DAP ini akan menjadi barah kepada kestabilan dan keharmonian agama dan kaum yang telah lama kita nikmati selama ini.

Atas alasan itu, saya percaya sudah tiba masanya kita bertindak tegas terhadap kepimpinan DAP ini.

Saya mencadangkan supaya Pendaftar Pertubuhan mengambil tindakan untuk membatalkan pendaftaran parti DAP ini, ianya hendaklah diisytiharkan sebuah pertubuhan haram yang membahayakan rakyat dan negara ini. Rakyat Malaysia tidak memerlukan kepimpinan yang cauvinis, rasis, berfikiran ala komunis, anti Melayu, anti Islam dan anti Perlembagaan saperti DAP. Meminjam kata-kata Presiden Ahmadinejad, "kepimpinan DAP ini wajib dihapuskan daripada peta politik negara ini"!!