Sunday, April 15, 2012

Angin Perubahan Sedang Melanda Selangor!!!

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan perhimpunan yang melibatkan ramai golongan muda termasuk yang masih berusia belasan tahun dan belum layak mengundi merupakan cerminan dan manifestasi bahawa angin kencang sedang bertiup di bumi Selangor.

Angin kencang akan meranapkan sesiapa yang cuba menolak perubahan yang dituntut rakyat Selangor yang ingin kembalikan BN di Selangor.

Pengerusi BN itu berkata, rakyat Selangor sebenarnya telah tertipu dengan janji manis pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2008.


Menurut beliau, antara janji yang tidak dikotakan kerajaan Selangor ialah menurunkan cukai pintu, memberi elaun untuk anak-anak memasuki tadika, elaun ibu sepenuh masa serta pelbagai elaun lain.
   
Sebaliknya, kata Perdana Menteri, BN menghulurkan pelbagai bantuan kepada rakyat termasuk menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bernilai RM500 untuk setiap keluarga berpendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan, bantuan awal persekolahan RM100 dan Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM200 serta Kedai dan Klinik Rakyat 1Malaysia 

Malah katakanya, kehadiran Waris Malaya, yang secara rasminya menjadi Sahabat Barisan Nasional (BN) semalam membuktikan golongan muda sentiasa menyokong BN.

Siapa kata orang muda tak sokong? Waris Malaya ini bukankah orang muda?” katanya semasa berucap melancarkan Waris Malaya Sahabat BN di Dataran Transformasi, Kampung Jalan Kebun di Shah Alam, semalam.