Thursday, March 9, 2017

Ketua Pemuda UMNO, Rakan Wanita Kecewakan Pembeli Rumah RMMJ?


Seseorang hanya bersalah apabila sudah disabitkan kesalahannya.

Selalunya inilah kata-kata bersifat apologi untuk ‘membela’ seseorang yang disiasat atau menghadapi pertuduhan.

Namun apabila tangkapan atau tahanan reman dibuat ke atas seseorang, sudah pasti pihak yang mendakwa.mempunyai asas untuk melakukan tindakan sedemikian.

Apalagi, tindakan bukan terhadap calang-calang orang. Dia mewakili parti dominan negara dan komponen pemerintah negeri dan negara.

Soal bersalah atau sebaliknya memang mahkamah tentukan.

Namun kes penipuan dan penyelewengan itu sudah pasti akan menjejaskan diri atau parti yang diwakili oleh individu berkenaan.

Keputusan Mahkamah Majistret, di Johor Bahru semalam yang membenarkan tahanan reman selama tiga hari terhadap seorang Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Johor  bersama rakan wanitanya untuk membantu siasatan bersabit kes penipuan tawaran memiliki Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) menyerlahkan kedudukan UMNO di mata orang ramai hari ini.

Kedua-dua suspek dipercayai terbabit dalam penipuan tawaran memiliki RMMJ melibatkan empat mangsa dengan jumlah kerugian RM120,000 sejak tahun lalu.

Difahamkan penipuan itu terbongkar selepas mangsa mendapati namanya tidak terdapat dalam rekod permohonan selepas membuat semakan di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Apakah rakyat Johor dan Malaysia amnya tidak memerhatikan kes ini?

Apakah perbuatan mereka itu ‘halal’ sedangkan harapan mereka yang menharapkan pemilikan RMMJ sangat tinggi dan dikecewakan oleh kemungkinan tindakan mereka itu.

Beginikah sikap pemuda sebuah parti yang kononnya memperjuangkan kepentinan rakyat dan mereka yang ingin memiliki rumah?

Sabitan terhadap Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Johor ini menyerlahkan pendapat bahawa UMNO memang tidak pernah terlepas daripada isu penyelewengan.

Kes ini membawa implikasi besar kepada UMNO dan seolah-olah membenarkan laporan bahawa rasuah memang berlaku di kalangan orang muda yang kini cukup membimbangkan.

Semalam, Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias membenarkan kedua-dua suspek yang berumur 41 hingga 43 tahun itu ditahan reman bermula semalam  sehingga Jumaat ini.

Ini bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Lelaki bersama peniaga wanita berkenaan tiba di pekarangan Mahkamah Majistret kira-kira jam 3 petang dengan berpakaian lokap berwarna unggu dan diiringi beberapa anggota polis.

Terdahulu, kedua-dua suspek ditahan selepas dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri kira-kira jam 5 petang semalam untuk diambil keterangan.