Thursday, December 17, 2009

NIK AZIZ SUDAH ADA PENGGANTI

Daripada Malaysiakini

Berdasarkan hirarki parti dan pentadbiran kerajaan Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dianggap pelapis nombor satu kepemimpinannya, kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Ahmad-lah. (Beliau) itu pelapis nombor satu. Orang boleh terima atau tidak (kepemimpinan) dia, wallahu a'lam. Tetapi saya sekarang ini letak dia sebagai timbalan nombor satu," kata menteri besar Kelantan kepada Malaysiakini.

"Dan tugas saya sekarang ini, saya serah pada dia. Tugas pentadbiran negeri banyak saya serah padanya."

Nik Abdul Aziz mengulas isu penggantinya setelah muncul pelbagai spekulasi berhubung perkara itu susulan cadangan exco kerajaan negeri Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah supaya “pelan peralihan kuasa” diumumkan.

Selain Ahmad, Nik Mohd Amar sendiri turut disebut-sebut mengisi jawatan itu apabila beliau dibawa bertanding di peringkat DUN dalam pilihan raya umum 2004.

Seorang lagi calon yang dispekulasikan, exco kanan kerajaan Datuk Husam Musa, bekas setiausaha menteri besar itu yang dianggap anak didik Nik Abdul Aziz.

Ketiga-tiga Husam, Nik Mohd Amar dan Ahmad timbalan pesuruhjaya PAS negeri.

Ditemui di pejabatnya di Kota Bharu, Nik Aziz berkata, berdasarkan hirarki tersebut, beliau tidak memerlukan satu pelan peralihan kuasa yang khusus kerana penggantinya akan dipilih secara automatik berdasarkan kekananan jawatan.

"(Secara) automatiklah. Automatik cara parti. Betul ke begitu, wallahu a'lam. Tetapi persiapan payung itu ada. Bila hujan, kita ada payung.

"Hendak pakai payung atau pergi begitu sahaja, terpulanglah," jelasnya, Khamis lalu.

Beliau, yang juga mursyidul am PAS, menambah, dalam masa terdekat ini, tiada sebarang peralihan akan dibuat kerana tiada tuntutan daripada parti itu.

"Orang PAS tidak ada (desak peralihan kuasa). Tengoklah, di tepi-tepi jalan, (orang berdemonstrasi sebut) 'jangan kacau Tok Guru'," katanya, merujuk demonstrasi besar menyokong kepimpinannya, 4 Disember lalu.

Tambahnya, hanya masalah kesihatannya – yang sering mendapat rawatan – dan arahan parti sahaja yang boleh membuatkannya, kini 78 tahun, berundur daripada jawatannya.

"Selagi PAS terima saya, saya berkhidmat. (Kalau) PAS kata, 'petang ini, berhentilah Tok Guru', saya berhenti terus," kata Nik Abdul Aziz.

KRISIS PEREBUTAN TAKHTA DI KELANTAN?

Daripada mStar/Malaysiakini

Isu sensasi yang menyelubungi Istana Kelantan ekoran pergolakan rumah tangga Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra dan model Indonesia, Manohara Odelio Pinot kini beralih ke satu episod baru apabila Tengku Fakhry mencabar kekandanya di mahkamah pula.

Dan tindakan Tengku Temenggong Kelantan itu bakal mencetuskan krisis baru dalam pergolakan dalaman istana di negeri Serambi Mekah itu.

Hari ini, Tengku Fakhry mencabar keputusan kekandanya, Tengku Muhammad Faris Petra yang juga Pemangku Sultan Kelantan yang membatalkan kedudukan beliau sebagai Ahli Majlis Perajaan negeri itu di Mahkamah Tinggi di Kota Bharu.

Tengku Fakhry, 31, merupakan anakanda ketiga Sultan Kelantan dan merupakan seorang lagi waris bagi takhta di istana negeri.

Hakim Mohamad Ariff Md Yusof hari ini menetapkan 31 Disember ini bagi keputusan permohonan yang dikemukakan oleh Tengku Temenggong itu.

Tindakan itu dilihat sebagai sesuatu yang menyebabkan pergolakan di istana Kelantan susulan surat pelucutan tersebut yang diterima putera itu daripada setiausaha kerajaan Kelantan, 16 September lalu.

Tengku Faris kini dilantik Pemangku Raja Kelantan susulan kegeringan yang dihadapi Sultan dan dirawat di Singapura.

Tengku Fakhry yang juga Tengku Temenggong Kelantan, mendakwa pelantikannya dalam majlis tersebut adalah sah kerana ia dibuat oleh bapanya.

Majlis Perajaan merupakan badan yang bertanggungjawab mengesahkan penabalan waris dan kedaulatan kerajaan negeri itu selain menentukan kekosongan takhta jika sultan tidak dapat menjalankan tugasnya dalam tempoh masa yang lama atas sebab-sebab tertentu.

Beliau dipilih oleh ayahandanya menganggotai majlis berkenaan kira-kira lapan tahun lalu.
Sementara itu, ketua peguamnya K. Shanmuga berkata, tindakan Tengku Faris itu dilihat dalam keadaan tertentu sebagai cuba merampas kuasa sultan.

“Perlembagan Negeri Kelantan jelas menyatakan, hanya sultan yang berhak mengubah kedudukan ahli di dalam majlis tersebut. Tengku Mahkota hanya memangku takhta selama mana sultan uzur," katanya selepas menyerahkan permohonan semakan kehakiman berhubung keputusan pemangku Sultan Kelantan itu.

Dalam kenyataan permohonan semakan berkenaan menyebut, Sultan Kelantan gering sejak Mei yang menyebabkan Tengku Mahkota dilantik sebagai pemangku pada 25 Mei.

Baginda dimasukkan ke hospital di Singapura sejak bulan itu tetapi baginda dilaporkan semakin pulih.

Shanmuga berkata, memang Tengku Mahkota merupakan pewaris utama takhta Kelantan. Bagaimanapun pelantikannya bukan secara automatik sebaliknya perlu disahkan kedaulatan pemerintahannya oleh Majlis Perajaan.

“Jika beliau tidak disahkan, maka adiknya Tengku Bendahara sebagai pewaris kedua berhak disahkan oleh majlis berkenaan dan jika itu tidak berlaku maka pewaris seterusnya iaitu Tengku Temenggong berhak mewarisi takhta,” jelasnya.

Dalam permohonannya yang difailkan pada 1 Disember lalu, Tengku Fakhry menamakan kekandanya, Tengku Mahkota; kerajaan negeri, setiausaha Majlis Perajaan dan lima yang lain iaitu ahli majlis terbabit yang dilantik oleh pemangku sultan pada 24 Mei lalu sebagai responden.

Dalam kenyatannya, Tengku Fakhry ketika itu mendakwa bahawa Tengku Mahkota dipilih oleh majlis berdasarkan Artikel 22A Perlembagaan Kelantan semasa sultan tidak berupaya menghadiri hal ehwal kerajaan negeri.

Beliau mendakwa pernah menulis surat pada 25 Oktober kepada setiausana majlis bagi mendapat penjelasan mengenai tindakan melucutkan kedudukannya dalam majlis dan surat itu dijawab pada 26 Oktober dengan menyebut bahawa ia adalah perintah Tengku Mahkota.

Selain itu, putera sultan berkenaan meminta mahkamah membatalkan keputusan tersebut atau mengisytiharkan bahawa pembatalan pelantikan adalah bertentangan dengan perlembagaan negeri.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan, Datin Azizah Nawawi yang mewakili responden dalam bantahannya berkata bahawa Tengku Mahkota mempunyai kuasa mutlak untuk melucut keahlian mana-mana ahli majlis.

Beliau berkata, keputusan itu tidak boleh dipersoalkan oleh mahkamah kerana tindakan itu merupakan prerogatif diraja yang tidak boleh dibicarakan.

NIK AZIZ NAFI AKAN ROMBAK EXCO

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata barisan Exco Kerajaan Negeri sekarang akan dikekalkan dan tidak akan berlaku sebarang rombakan dalam tempoh terdekat ini.

Beliau berkata khabar angin kononnya akan berlaku rombakan adalah tidak benar.

"Saya beri jaminan tidak akan berlaku rombakan exco," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Mengenai pertukaran beberapa pegawai kanan kerajaan, Nik Aziz berkata itu adalah perkara biasa dalam memantapkan pentadbiran negeri.

Mengenai keputusan kerajaan negeri untuk membawa balik Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra yang sedang menerima rawatan di Singapura, Nik Aziz berkata, ia adalah satu langkah psikologi untuk mendekatkan ingatan rakyat Kelantan agar sentiasa mendoakan kesejahteraan baginda.

"Faktor perbelanjaan atau kewangan adalah perkara kedua, tetapi yang nyata ialah psikologi minda rakyat terhadap Sultan dalam menghadapi suasana itu. Kalau tidak ada dalam negara bagi tempoh sebulan dua, itu perkara biasa," katanya.

Nik Aziz berkata kerajaan negeri bagaimanapun masih menunggu keputusan perubatan baginda sebelum langkah seterusnya diambil.

"Apa pun Tuanku Sultan akan dirawat di hospital yang dipilih dalam negara dan bukannya di Istana," katanya.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas, berkata beliau tetap memuji Datuk Seri Najib Razak dalam usaha Perdana Menteri membantu umat Islam di Selatan Thailand.

Menurutnya, beliau terpaksa akur dengan kebaikan seseorang itu walaupun orang itu merupakan musuh dalam politik.

"Mana boleh manusia ini buruk 100 peratus dan baik 100 peratus. Yang baik 100 peratus itu adalah malaikat, dan buruk 100 peratus itu adalah syaitan. Saya (kalau boleh) berusaha nak jadi malaikat," katanya.

Sumber: Bernama

Thursday, December 10, 2009

TUTUP SEMENTARA KB MALL, SPRM PERLU SIASAT

Daripada Tinta Merah

KEJADIAN kereta terjatuh di tingkat tiga di Kota Bharu Mall petang semalam menyebabkan dua penuntut kolej Jururawat Masterskill Kota Bharu mati, adalah satu kejadian yang malang. Pelajar yang mati itu ialah, Siti Noramira Shamsuddin dan Siti Nordiana Azman. Seorang lagi pelajar dan pemandu kereta berkenaan dilaporkan cedera parah.

Kejadian itu seperti mana kata MB, Nik Abdul Aziz Nik Mat diluar dugaan. Katanya enginner sendiri tidak dapat berfikir macam mana tembok yang begitu kuat boleh pecah. Hanya Allah saja yang tahu katanya.

Nik Aziz berkata demikian mungkin tanpa rujuk kepada keadaan tembok berkenaan, bagaimana ianya dibina. Manakala menurut Ketua Polis Kelantan, Abdul Rahim Hanafi tembok setinggi 1.8 meter itu dibina tanpa tulang (kerangka besi) didalamnya sebab itulah ia tidak kukuh dan pecah apabila berlaku rempuhan kuat.

Siasatan awal polis ini sedikit sebanyak menjawab persoalan di sebalik kejadian itu. Sudah pasti kalau tembok itu dibina mengikut spesifikasi yang betul kemungkinan untuk runtuh semudah itu sukar berlaku.

Persoalan sekarang ini timbul apakah pembinaan tembok berkenaan (KB Mall) itu mengikut spesifikasi yang ditentukan? Apakah kemungkinan wujud penyelewengan di dalam pembinaan kompleks yang terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu itu?

Sekiranya kejadian jambatan gantung yang runtuh di Kampar, Perak dan membunuh tiga orang dibawa ke siasatan SPRM, apakah kejadian di KB Mall petang semalam juga akan turut di bawa ke siasatan SPRM? Rasanya elok kalau SPRM membuat siasatan menghalusi berhubungi pembinaan kompleks beli belah yang dikira canggih di Kota Bharu.

Jika untuk menyiasat pembinaan jambatan gantung di Perak itu apabila kejadian itu melibatkan kehilangan nyawa, maka kejadian di KB Mall itu juga turut meragut nyawa.

Dengan berlakunya tembok runtuh semalam, kemungkinan ada bahagian-bahagian lain yang dibina tanpa ada tulang besi yang menjadi struktur mengukuhkan kompleks berkenaan. Bukan prejudis, tetapi sebelum kejadian lebih buruk berlaku elok siasatan segera dilakukan demi keselamatan nyawa manusia.

Sejajar itu adalah elok kalau kerajaan negeri mengambil tindakan menutup sementara peremis berkenaan dan mengarahkan jurutera atau badan bebas membuat siasatan dan kajian menyeluruh ke atas ke atas pusat membeli belah itu. Bukan apa kita bimbang apa yang menimpa dan berlaku di Terengganu satu demi satu bangunan yang baru dibina runtuh, tercabut bumbung atau patah serambi juga akan berlaku di Kelantan.

Langkah kerajaan negeri menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat kejadian itu rasanya tidak cukup. Langkah lebih komprehensif perlu dilakukan. Sebelum berlaku kejadian lebih buruk elok ambil tindakan segera.

MANA LEBIH ISLAMIK – CARA NIK AMAR ATAU NIK AZIZ?

Cara mana lebih sesuai dan Islamik dalam membuat tuntutan royalty minyak Kelantan?

Cara ádik beradik’atau cara mahkamah?

Dibandingkan kedua-duanya, mananampak semangatnya lebih Islamik?

Kenapa Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, lebih berminat dengan mahkamah kalaupun ada yang membuat provokasi mengenainya?

Apakah tiada lagi cara perundingan? Kenapa Nik Aziz mesti mengikut cara pertelingkahan?

Pada ketika Nik Aziz tidak mahu berlembut langsung, Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pula berkata, isu royalti minyak itu seharusnya diselesaikan dengan cara rundingan 'anak-beranak'.

"Buat apa nak bawa sampai masuk mahkamah, perkara ini boleh diselesaikan dengan cara baik," kata beliau.

Jelasnya, kerajaan negeri masih menaruh harapan agar satu perbincangan khusus dapat diadakan dengan perdana menteri berhubung isu tuntutan royalti minyak ini.

"Baru-baru ini kerajaan negeri ada mengemukakan permohonan kepada perdana menteri untuk diadakan satu rundingan berhubung isu ini. Kita harap sangat agar diberikan satu ruang untuk diadakan perbincangan tersebut, cara bersemuka lebih molek.

"Malah ini adalah isu antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat, selesaikanlah ikut cara anak-beranak, Kelantan pun sebahagian daripada Malaysia," katanya kepada mStar Online.
Baginya, isu tuntutan royalti minyak negeri Kelantan tidak perlu dibawa hingga ke peringkat mahkamah kerana masih terdapat ruang perbincangan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat bagi menyelesaikan perkara berkenaan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cabaran Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz agar membawa kes tuntutan royalti minyak ke mahkamah daripada berbuat sesuatu yang bersifat retorik dan tidak boleh membawa perubahan kepada status quo.

Mohamed Nazri dilaporkan berkata, membawa isu tuntutan itu ke mahkamah merupakan langkah paling tepat berbanding usaha retorik antaranya tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berdoa yang bukan-bukan terhadap perdana menteri dan kerajaan pusat.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS sebelum ini dilaporkan mendoakan supaya pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) yang bertanggungjawab tidak memberi royalti minyak supaya "pecah perut" sebagai reaksi terhadap keengganan Kerajaan Persekutuan menyerahkan bayaran royalti minyak kepada Kelantan, sebaliknya sekadar memberikan wang ihsan.

Pada 4 November lepas, Najib mengumumkan pembayaran wang ihsan daripada kerajaan Pusat kepada Kelantan yang akan bermula tahun depan.

Sehubungan itu Mohd Amar berkata, kepimpinan PAS Kelantan merasakan masih terlalu awal untuk membawa kes berkenaan sehingga ke mahkamah.

"Sekarang bukan masanya lagi... masih terlalu awal, kita tidak akan terburu-buru tentang isu ini," ujarnya.

Bertentangan dengan sikap Nik Amar, Nik Aziz menegaskan, beliau sudah lama bercadang untuk membawa isu itu ke mahkamah, jika tuntutan royalti minyak itu gagal diselesaikan secara rundingan.

"Bukan dia (Mohamed Nazri) saja nak, kita pun nak," kata Mursyidul Am PAS itu di Kota Bharu semalam

Pada 4 Nov lalu, Najib mengumumkan untuk memberi wang ehsan tahun depan kepada kerajaan negeri itu sebagai menggantikan royalti minyak dan gas.

Bagaimanapun, Nik Aziz tidak bersetuju dengan kaedah itu sebaliknya akan terus berdoa supaya Tuhan membuka pintu hatinya dan pemimpin kerajaan Pusat yang lain supaya menjelaskan tuntutan itu dalam bentuk royalti dan jika kaedah itu tidak berjaya beliau meminta Tuhan menimpa bala kepada mereka.

Wednesday, December 9, 2009

CERITA CHEGUBARD YANG ORANG TAK TAHU

Nama mamat ni badrul hisham. Nama glamour dia chegubard. Mamat ini memang jenis seorang manusia yang gila glamour.

Beliau dulu seorang guru lulusan maktab dan pernah mengajar di sekolah rendah. Mula bergiat dalam PKN selepas kongres pertama PKN di Kemaman pada tahun 2000. Dilantik oleh saifuddin nasution al-kataki sebagai exco pemuda. Ketua pemuda Ezam Md.Nor berada di dalam tahanan ISA pada masa itu.

Mamat ini ada menyimpan hati kepada Nurul Izzah yang pada masa itu belum berkahwin. Perkara tersebut diberitahu oleh beliau sendiri kepada beberapa exco pemuda pada masa itu. Semua rakan-rakan exco tergelak besar mendengarnya,dan mereka berkata,cuba nasiblah.

Beliau sering berada di sekitar rumah Anwar Ibrahim pada masa itu untuk mencuri perhatian Nurul Izzah. Pelbagai usaha telah dilakukan termasuk mengampu Wan Azizah. Tetapi sayang seribu kali sayang, semua usaha beliau gagal. Cinta tidak berbalas. Hanya bertepuk sebelah tangan sahaja.

Setelah gagal mendapat tempat di hati Nurul Izzah dan Nurul Izzah telah pun bertunang dengan suami beliau sekarang,maka mamat ini beralih arah pula kepada anak kakak Anwar Ibrahim (anak saudara anwar). Namanya Erra. Setelah puas berhempas pulas berusaha mencari cinta maka akhirnya cintanya berbalas. Arwah Pak Lang (bapa erra) merestuinya, dan mereka berkahwin.

Tak dapat anak anwar pun tak mengapa,dapat anak buah pun jadilah. Asalkan keluarga Anwar. Kerana beliau memang hendak mencari jalan untuk rapat dengan Anwar Ibrahim.

Tetapi sayangnya, sehingga kini beliau masih belum menjadi perhatian Anwar. Anwar kurang berminat dengan beliau kerana personaliti kurang menarik. Anwar pernah kata kepada dia pendek dan juboq besar. Tetapi mamat ini tidak putus asa,beliau berusaha mengubah wajah beliau agar lebih hensem dan berusaha mengecilkan punggung beliau. Bab itu dia boleh ubah,tapi bab tak cukup inci sudah tentu tidak boleh diubah. Status terkini,mengatakan beliau masih belum mendapat tempat dihati Anwar.

Walaupun beliau berkahwin dengan anak buah Anwar,itu bukan lesen untuk beliau mendapat tempat di hati Anwar. Hanya orang-orang yang hensem dan mempunyai personaliti menarik sahaja yang boleh mendapat tempat di hati Anwar. Jika kita lihat orang-orang yang rapat dengan Anwar semuanya hensem-hensem. Contoh, Azmin Ali,Ezam,Anuar Shaari,Nik Nazmi,Saiful dan beberapa nama lagi. Kalau ada yang kurang hensem sedikit ialah saifuddin nasution al-kataki.

Sewaktu berkahwin, wang untuk urusan perkahwinan beliau kebanyakannya diberi oleh Ezam. Beliau juga pernah dihantar oleh Ezam untuk belajar di Korea. Sewaktu di Korea,beliau ada menyimpan seorang perempuan Korea.

Perkara ini diceritakan sendiri oleh beliau kepada rakan-rakan beliau dalam PKR dulu. Katanya aku tak m*in dengan perempuan tersebut. Aku hanya buka baju dia dan bogelkan dia sahaja. Boleh percaya ke ni ? Kucing mana yang tak nak makan ikan yang terhidang depan mata bang oii ...Ikan pula,bukannya ikan kembung atau ikan tongkol ,ikan bawal putih bro... Tak mungkin hanya lihat dan telan air liur sahaja.

Beliau juga pernah ada skandal dengan seorang perempuan Sarawak semasa p/raya negeri Sarawak sebelum ini. Perkara ini diceritakan oleh seorang pemuda PKR dari Petaling Jaya Selatan. Pernah juga ada skandal dengan seorang perempuan di Negeri Sembilan. Maklumat ini saya akan dedahkan kemudian. Saya sedang kumpul.

Saya pasti beliau akan nafikan semua ini di blog beliau selepas ini. Saya hanya tunggu penafian daripada beliau sahaja. Setakat nafi kosong semua orang boleh cakap. Kalau berani, naiklah Masjid Rembau dan bersumpah disana.

Jika blog beliau langsung tidak menyentuh apa yang saya kata ini,atau memberi seribu satu alasan,maknanya perkara ini betul dan beliau takut untuk bermain dengan api kerana bimbang kelak akan membakar diri.

Tapi kalau dia rasa diri dia hero Rembau sejati,lebih baik beliau jawab apa yang saya katakan ini.

Mamat ini juga memang seorang yang gila glamour daripada dulu lagi. Setiap kali demontrasi di zaman reformasi dulu,beliau akan cuba sedaya upaya supaya beliau ditangkap oleh polis. Kerana beliau ingin mendapat publisiti dan dijulang sebagai hero.

Semasa PRU 2008, mamat ini dicalonkan di Rembau untuk berentap dengan KJ. Sebelum penamaan calon mamat ini sekali lagi mengejar glamornya. Beliau sms kepada semua orang termasuk semua media, yang beliau akan pergi menghadap Nik Aziz terlebih dahulu untuk memohon restu sebelum bertanding. Alhamdulillah, dengan restu yang Nik Aziz beri,akhirnya beliau tersungkur di kaki KJ dengan majoriti 5746 undi. Berkat sungguh restu tok guru ni...

Sewaktu kecoh-kecoh Ezam ingin kembali ke Umno pada tahun lepas,mamat ini sekali lagi cuba mencari glamour. Beliau mencipta isu kononnya beliau juga akan menyertai Umno bersama Ezam. Perkara ini tersebar dengan luas. Blog beliau juga menyatakan yang semua aktiviti beliau dibatalkan. Beliau sendiri yang sengaja mereka-reka cerita tersebut dan menyebarkan khabar angin. Beliau membuat supaya orang ramai tertanya-tanya dan bercakap yang beliau akan sertai Umno.

Rancangan beliau adalah ,apabila Ezam sertai Umno dan beliau tidak akan turut sama. Beliau akan berlakon untuk hilang seketika. Selepas beberapa hari beliau akan muncul kembali dan berkata,saya tidak akan sertai Umno walaupun diajak oleh Ezam. Dan beliau akan hentam Umno habis-habisan kononnya Umno tawar duit dan sebagainya kepada beliau tetapi beliau tetap kental dengan semangat perjuangan dan tidak akan meninggalkan PKR. Pada masa itu beliau akan diangkat sebagai hero. Itulah rancangan beliau. Tetapi semua itu tidak menjadi kenyataan kerana berjaya dihidu lebih awal dan berjaya dipatahkan oleh orang-orang Ezam. Akhirnya tinggal beliau terkulat-kulat dengan rancangannya yang gagal.

Mamat ini memang pakar dalam mengejar glamour. Satu masa dulu di zaman reformasi,beliau menjalinkan hubungan yang baik dengan web-web master beberapa buah laman web. Beliau akan berpakat dengan web master untuk menghentam diri beliau sendiri dan Ezam. Kemudian beliau sendiri juga yang akan buat kenyataan untuk mempertahankan diri beliau dan Ezam. Maknanya sendiri hentam,sendiri jawab. Hebat tak lakonan beliau ?

Sekarang ini beliau memang mencari seribu satu jalan agar nama beliau sering meniti di bibir mulut masyarakat. Ini termasuklah tindakan membakar dokumen di depan Pejabat SPRM dulu. Pada hari berkenaan beliau memang sangat-sangat berharap agar beliau ditangkap oleh polis dan pasti akan dijulang sebagai hero oleh juak-juak PKR. Tetapi rancangan beliau tidak berhasil.
Sekarang mamat ini berkerja dengan KDEB di Selangor dengan gaji RM 13000 sebulan, dan juga menjadi proksi kepada Rosli Ibrahim (abang anwar) dalam pelbagai jenis perniagaan di Selangor.

Dulu pakai kereta Proton sahaja,sekarang dah bertukar kepada Merchedes. Dalam blog dia daripada atas sampai ke bawah berjela-jela tulis pasal Umno rasuah. Tapi kalau dia yang buat begitu,bukan rasuah namanya,sedekah jariah namanya. Juboq sendiri basuh berak tak bersih,tapi dok sibuk intai juboq orang lain.

Untuk menjadi pejuang sejati sebenarnya kita tidak memerlukan lakonan, ianya lahir secara sendiri. Bukan semua orang yang boleh menjadi pejuang. Ianya perlu mempunyai aura. Setakat lakonan badrul ini,hampas sahaja.

Sebelum ini beliau memang ada bercita-cita untuk melawan samsul pendek sebagai Ketua Pemuda PKR,tetapi hasrat beliau terpaksa dibatalkan setelah Anwar Ibrahim membuat pindaan had umur ketua pemuda kepada 35 tahun. Anwar tidak mahu melihat badrul atau samsul pendek menjadi KP.

Oleh yang demikian,saya menyeru kepada sesiapa yang ada menyimpan rahsia tentang badrul@chegubard ini,sila kirimkan komen anda kepada saya. Kepada yang tidak mahu komen mereka disiarkan sila beritahu kepada saya. Jika boleh sertakan nombor telefon sekali,agar senang bagi saya menghubungi anda. Kepada yang mahu komen disiarkan,tidak perlu beritahu apa-apa kepada saya. Saya akan lepaskan komen anda.

Saya tahu ramai orang yang tahu tentang perangai mamat ini. Beliau memang kaki betina daripada dulu lagi. Kepada perempuan-perempuan yang pernah menjadi mangsanya juga saya alu-alukan komen anda. Saya berjanji akan merahsiakan identiti anda.

Kita tidak mahu lagi musang berbulu ayam ini terus menipu masyarakat.

MOHON RAKAN-RAKAN BLOGGERS COPY DAN PASTE ARTIKEL INI DI BLOG MASING-MASING, AGAR LEBIH BANYAK RAHSIA MAMAT INI YANG KITA DAPAT CUNGKIL. JIKA TERDAPAT SEBARANG KOMEN DARIPADA PEMBACA YANG MENCERITAKAN TENTANG MAMAT INI SILA BUAT ARTIKEL ATAU HANTAR KEPADA SAYA.

SILA TAPIS DENGAN BERHATI-HATI TERLEBIH DAHULU SEBARANG KOMEN SEBELUM DILEPASKAN. INI KERANA MAMAT INI MEMANG PAKAR BERLAKON DALAM DUNIA IT. MUNGKIN DIA AKAN MEMINTA RAKAN-RAKAN DIA MENGHANTAR KOMEN YANG POSITIF SAHAJA. JIKA TERDAPAT SEBARANG KOMEN YANG ADA NO TELEFON PENGIRIM ,TOLONG JANGAN LEPASKAN KOMEN TERSEBUT.

Daripada blog ruang bicara faisal (rbf)

ISU ARIFFAHMI: TUAN IBRAHIM SANGGAH MAHFUZ

Datuk Mahfuz Omar bercakap bagi pihak semalam. Dia langsung tidak mengambil endah terhadap Musyridul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat apabila mengulas mengenai isu Ariffahmi.

Kenapa mesti mengenakan tekanan terhadap menantu “Tok Guru’ itu? Mahfuz sengaja membuat kenyataan berupaya tekanan sedemikian?

Pemimpin PAS dan penyokong parti itu tahu di mana sebenarnya Mahfuz berdiri. Apabila dia bercakap mengenai Ariffahmi, Mahfuz bercakap bagi pihak orang lain. Mahfuz bercakap bagi pihak seorang pemimpin PAS Kelantan.

Kerana itulah mungkin Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam meminta semua pihak tidak mewujudkan 'tekanan baru' kepada Abdul Ariffahmi Ab Rahman berhubung soal peletakan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Beliau berkata isu peletakan jawatan Abdul Ariffahmi tidak seharusnya diperdebatkan oleh 'orang luar'.

Beliau sekaligus tidak bersetuju dengan gesaan seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar supaya Abdul Ariffahmi segera melepaskan jawatannya iaitu lebih awal dari tempoh tiga bulan yang diumumkan sebelum ini.

"Janganlah wujudkan satu lagi tekanan kepada Abdul Ariffahmi, orang luar sepatutnya tidak mencampuri urusan ini," katanya.

Akhbar hari ini memetik Mahfuz sebagai berkata bahawa menantu Menteri Besar Kelantan itu wajar dengan segera meletakkan jawatannya bagi menepati semangat dan matlamat keputusan pimpinan PAS Pusat berhubung kedudukannya dalam PMBK.
Kata Tuan Ibrahim lagi, semua pihak perlu memberi kepercayaan kepada kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelesaikan isu tersebut.
"Memandangkan isu ini melibatkan hal ehwal kerajaan Kelantan, jadi eloklah kita beri sepenuh kepercayaan kepada Tok Guru (Nik Abdul Aziz) untuk menguruskannya.
"Saya yakin isu ini boleh diselesaikan mengikut landasannya," kata beliau.
Tambah Tuan Ibrahim, beliau percaya, Abdul Ariffahmi memerlukan masa untuk menyempurnakan tugas-tugasnya di perbadanan itu.
"Persetujuan beliau untuk meletak jawatan itu juga satu pengorbanan yang besar buat dirinya... kita perlu ambil kira perkara itu semua.
"Mungkin beliau perlu selesaikan banyak perkara, bagilah masa kepadanya, biarlah perkara ini diselesaikan mengikut proses yang teratur," katanya.
Abdul Ariffahmi yang berkhidmat selama lapan tahun di PMBK dilantik sebagai CEO pada 20 September lalu.
Sebelum itu beliau merupakan Ketua Pegawai Operasi PMBK.
Bagaimanapun pelantikan Ariffahmi ke jawatan CEO telah mencetuskan kontroversi amalan nepotisma dalam PAS selain kemelut dalaman PMBK yang dikaitkan dengan soal salah urus tadbir dan kewangan.
Kemuncak kepala segala kontroversi ini ialah apabila seorang bloger terkenal yang juga pegawai perhubungan korporat PMBK, Syed Azidi dipecat daripada jawatannya setelah timbul cakap-cakap yang mengaitkan beliau sebagai punca siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas sayap pelaburan Kerajaan Negeri Kelantan itu.
Sehari selepas dipecat, Syed Azidi@Kickdefella telah memanggil satu sidang akhbar dan mengisytiharkan 'perang' ke atas Ariffahmi dengan memberi amaran yang beliau akan terus mendedahkan kepincangan pentadbiran di bawah menantu Nik Aziz itu.
Selepas menerima pelbagai desakan dan kritikan akhirnya Nik Abdul Aziz selaku Pengerusi PMBK dan juga atas nasihat kepimpinan PAS Pusat telah meminta Ariffahmi melepaskan jawatannya di PMBK.
Bagaimanapun kontroversi berhubung kedudukan beliau tidak tamat dengan peletakan jawatan tersebut kerana ia hanya akan berkuat kuasa pada 25 Mac 2010. Ariffahmi mengemukakan notis berhenti tiga bulan.

Tuesday, December 8, 2009

NIK AZIZ DAH KENA UBAT GUNA-GUNA?

Oleh Pok Teh Bakap

Banyak pihak mengkritik dan marahkan Nik Amalina, anak Datuk Nik Aziz Nik Mat dan isteri kepada Mohd Ariffahami Abdul Rahman kerana kononnya ‘meluah dan mengadu’ kepada orang lain, bukan ayahnya sendiri.

Ia gara-gara Nik Amalina, yang tidak pernah bersuara, menghantar luahan rasanya di blog wakil rakyat PAS Dr Siti Mariah Mahmud.

Sebelum saya mengulas lebih jauh, perhatikan beberapa tanggapan berikut yang menyebabkan anak perempuan Nik Aziz melakukan sedemikian:

1.Nik Aziz lebih sayangkan Kickdefella dan Datuk Husam Musa daripada menantunya yang beliau pertahanankan bermati-matian sebelum ini;

2.Nik Aziz lebih selesa mendengar ‘nasihat’ Husam daripada anak-anaknya sendiri;

3.Nik Aziz kini hanya mendengar Husam berbanding pemimpin Kelantan lain dalam kemelut politik; dan

4.Nik Aziz membelakangkan anak-anaknya dalam kes ‘perang PMBK’ walaupun jelas mengetahui bahawa onar asal adalah daripada Kickdeffella.

Mari kita baca semula tulisan Mohd Sayuti Omar (MSO) melalui Tinta Merah. Katanya: “Sepatutnya dalam situasi begitu ada sepanduk atau kain rentang yang mengecam anak Qurairsy yang dimaksudkan itu. Bukan punca kemelut yang berlaku sekarang ini disebabkan anak Quraisy seorang itu. Di saat itulah anak Quraisy yang dikatakan menjadi musuh dan gunting dalam lipatan itu dikutuk habis-habisan. Ataupun sememangnya anak Quraisy itu dipelihara oleh orang tertentu untuk melakukan kerja-kerja yang telah dilaksanakan itu? Begitukah?”

1.Nik Aziz lebih sayangkan Kickdefella dan Datuk Husam Musa.

Pada saya, anak Qurairsy yang dimaksudkan MSO ialah Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau Kickdefella. Tidak ada orang lain lagi kerana beliaulah yang mendesak Nik Aziz memecat menantunya. Apabila kes ini meletup dan mendapatkan ‘pandangan’ pemimpin PAS, Nik Aziz desak menantunya meletakkan jawatan walaupun beliaulah yang bermati-matian mempertahankan Ariffahmi sebelum ini.

Lebih buruk ada mengatakan Ariffahmi masih ahli UMNO dan sebagainya. Persoalannya, benarkah yang disebut oleh Kickdefella mengenai salah laku itu?

Juga persoalannya, apakah Nik Aziz tidak tahu apa-apa mengenai perjalanan Perbadanan Menteri Besar Kelantan yang beliau sendiri duduk di dalamnya sehingga berlaku ada perbuatan ‘tidak betul’ di situ?

Atau Ariffahmi sengaja ‘difitnah’ kerana sebab-sebab yang Kickdefella sendiri tahu dan apakah Kickdefella tahu semuanya apa yang berlaku di PMBK atau beliau difeedkan oleh seseorang seperti Husam?

Saya ragu-ragu mengenai pertelingkahan ini kerana Husam dikenali sebagai orang yang suka pasang orang untuk kepentingan politiknya. Boleh tanya MSO atau juga Setiausaha Akhbar Nik Aziz mengenai perkara ini kerana kedua-duanya dikatakan pernah berusaha menaikkan Husam untuk menduduki kerusi Naib Presiden PAS pada Muktamar 2005.

Husam memang bijak memanipulasikan keadaan dan menggunakan ‘orang-orangnya’ untuk memijak orang lain demi kepentingan politiknya. Husam juga jenis yang pandai menyorok dan berlakon untuk ‘membebaskan dirinya’ apabila tersepit.

Lihatlah bagaimana beliau berucap pagi Jumaat lalu pada pesta ‘tunjuk sokongan terhadap Nik Aziz’. Saya katakan sekali lagi, sepatutnya Husam tidak perlu ada di situ. Biarkan rakyat Kelantan atau NGO sahaja yang hadir. Tiba-tiba Husam menjadi juara mempertahankan Nik Aziz? (Kenapa dan Mengapa akan saya ulas dalam tulisan selepas ini!).

2.Nik Aziz lebih selesa mendengar ‘nasihat’ Husam?

Kesian Nik Aziz. Beliau sudah sangat nampak tuanya dan ‘takut’ kepada kekuatan dan ‘kebijaksanaan’ Husam apabila memuji Husam melangit baru-baru ini. Apakah di Kelantan, Husam satu-satunya yang bijak dan exco lain tidak pandai?

Apa dah jadi dengan exco-exco lain dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob sendiri?

Apakah beliau tidak mampu menasihati Nik Aziz. Kalau Husam bagus dan diiktiraf kebijaksanaannya, kenapa berlaku kerugian terhadap kira-kira sembilan anak syarikat yang Husam terajui (akan didedahkan tidak lama lagi)?

Selain itu, apa yang tidak kena dengan penasihat Nik Aziz ini apabila Pemangku Raja Kelantan tidak memanggil beliau pada Hari Raya Aidiladha lalu untuk diberikan sedikit panduan mengenai politik Kelantan. Kenapa Ahmad Yaacob dipanggil bersama-sama Datuk Mustapa Mohamed dan Datuk Awang Adik?

Apa pula dibisikkan oleh Pemangku Raja kepada Ahmad Yaacob? Apakah itu membuktikan bahawa istana tidak berkenankan Husam dan nasihatnya kepada ‘Tok Guru’ hanya akan punah-ranahkan lagi kerajaan negeri dan PAS Kelantan?

3.Benarkah Nik Aziz kini hanya mendengar Husam?

Ada pihak mula mempersoalkan bagaimana Husam boleh ‘mengawal Nik Aziz’ begitu hebat sekali hingga anak menantu Nik Aziz pun tercampak jauh. Mana Nik Abduh atau Nik. Jangan tanya Nik Amelina. Kalau dia boleh nasihatkan bapanya buat apa dia peril kepada Dr Mariah.
Mana pemimpin PAS yang lain yang dilihat turut mendapat kepercayaan Nik Aziz. Apa jadi dengan pemimpin seperti Nik Amar Nik Abdullah, Takiyuddin Hassan dan lain-lainnya?

Ramai yang mengatakan Nik Aziz kini sudah terkena ‘ubat guna-guna’ oleh orang tertentu. Bak kata MSO: “Kerana banyak sangat dongengan pandir inilah menyebabkan kadang-kadang Tok Guru juga jadi seperti pak pandir!” Kenapa Nik Aziz boleh jadi Pak Pandir? Apakah beliau jadi begini kerana nasihat anak-anak atau pemimpin PAS selain Husam? Tidak mungkin sama sekali!

Husam tidak akan menasihatkan Nik Aziz letak jawatan. Kenapa? Dia bimbang kalau Nik Aziz sudah tiada, dia akan jadi mangsa kumpulan yang menentangnya dalam PAS dan kerajaan Kelantan. Kalau Nik Aziz ada, dia selamat. Kalau Nik Aziz tiada, dia akan dapat bala. Ramai yang tahu Husam pun tidak jujur dengan Nik Aziz tetapi tidak boleh tunjuk apa-apa kerana Nik Aziz terlalu percayakan dia.

4.Nik Aziz membelakangkan anak-anaknya?

Teruk sangatkah Nik Abduh dan adik-beradiknya hingga Nik Aziz meminggirkan mereka begitu sekali dan percayakan Husam? Menurut blog Masterdedah, Kickdefella adalah musuh Ariffahmi. Kickdefella ialah "petugas bawah tanah" kepada exco kanan Kelantan itu yang didakwa berdiam diri kerana tidak mahu dilihat anti-keluarga Nik Aziz. Blog itu menambah, "Petugas underground (bawah tanah) ini tidak difahami tugasnya oleh Ariffahmi. Inilah jadinya kalau seorang yang ditugaskan untuk gerak saraf berpaling tadah. Tentulah ini (juga) tidak akan difahami oleh Nik Amalina yang hanya tahu sebagai isteri Ariffahmi.” Bagi saya Ariffahmi bukan tidak tahu tetapi lebih baik mendiamkan diri.

Mengenai Kickdefella yang menjadi ‘orang suruhan Husam ini”, ada diperkatakan dengan jelas oleh Nik Abduh dalam tulisannya 25 November lalu. Katanya: “Malang buat anda. Orang lain datang untuk belajar ugama daripada ayahanda, tetapi anda datang untuk memuji dan memuja ayahanda. Akhirnya inilah yang anda dapat. Mungkin anda tidak bersalah. Yang pasti bersalah ialah orang yang membawa anda ke Kelantan dan sedang menyuci diri membebas diri daripada anda di depan ayahanda.”

Berbalik kepada sama ada isteri Ariffahmi wajar dikritik kerana tindakannya, rasanya ada baiknya jika kita merujuk sekali lagi kepada apa yang dikatakan oleh Nik Abduh: “Adapun blogger Kickdefella yang melakonkan watak Jebat yang berusaha membela si Tuah rakan pujaannya, saya tidaklah bersedia menyalahkannya sepenuhnya. Beliau berhak melakonkan watak itu atau menulis skrip agar filemnya menjadi meletup. Itu bidangnya semenjak dulu. Saya pun seronok menonton ‘Titanic’ dengan ceritanya yang ditokok tambah agar menjadi lebih mendalam kesannya terhadap penonton.

Beliau bukan ahli PAS seperti katanya. Semasa beliau dibawa ke Kelantan dengan taraf kerakyatan ‘ahli PAS kelas VVIP’ yang pertama kali diwujudkan, ramai mana yang terpegun dengan jumlah wang yang sanggup dibelanjakan untuk menjayakan dua misi berbeza yang tergalas. Satunya untuk ‘bersama’ ayahanda menjatuhkan kerajaan Pak Lah. Satu lagi, ada yang tahu dan ada yang tak tahu. Saya takkan beritahu.”

Walaupun Nik Abduh tidak mahu memberitahu, semua orang tahu, Kickdefella bekerja hanya untuk Husam, melebihi daripada untuk ‘Tok Guru’. Ini kerana makan, duduk dan tidurnya ditentukan Husam dan sebagai Jebat, Kickdefella sanggup menderhaka kepada “Tok Guru’ seperti Jebat menderhaka kepada Sultan Melaka.

Cuma yang masih tidak terjawab kini ialah kenapa Tok Guru kini bagaikan ‘Pak Pandir’?(mengambil kata-kata MSO).

Kenapa dia ikut sahaja Husam....kenapa ya?

Sunday, December 6, 2009

LAPORAN POLIS BERKAITAN TULISAN THE UNSPINNERS?

Daripada The Unspinners

Kumpulan SUK buat laporan penulis blog

05/12/2009 5:14pm
Utusan Malaysia

KOTA BAHARU 5 Dis. — Sekumpulan anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menggelar dirinya sebagai Suara Umum Rakyat Kelantan (SUK) hari ini membuat laporan polis berhubung artikel dalam blog mendedahkan skandal punca pembatalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan keluarganya, mengerjakan haji ke Makkah atas tajaan seorang usahawan terkemuka.

Laporan itu dibuat oleh ketua kumpulan itu, Zulkifli Mohd Zain, 49, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu, di Pengkalan Chepa, dekat sini, jam 12.50 pagi.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, beliau berkata, laporan itu dibuat supaya polis menyiasat artikel yang mendakwa Nik Aziz menerima tajaan daripada pengusaha terbabit bagi pemergiannya ke Tanah Suci membabitkan kos RM65,000. Ketua Polis Daerah Kota Baharu, ACP Zahruddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut. - Bernama

KOMEN: The Unspinners telah membuat satu pendedahan minggu lepas berkenaan Nik Aziz. Sinopsis dan pautan boleh didapai sini. Pendadahan itu menjadi berita muka hadapan Utusan Malaysia sini.

Adakah Zulkifli membuat laporan polis untuk meminta polis siasat The Unspinners atau siasat Nik Aziz. Harap siasatlah Nik Aziz sebelum lagi banyak orang jadi sesat disebabkan ulamak yang mulut macam c***i!

Kenapa ulamak tidak tegur Nik Aziz? Kenapa Haji Hadi dan tokoh ugama PAS biarkan dia bercakap tanpa adab sopan?












Merujuk kepada kenyataan Nik Rahim, anak Nik Aziz dalam The Malaysian Insiders sepenuhnya sini, kenapa tapak rumah N.Ajis sebagai penjaga/pemegang amanah tanah wakaf (dan mungkin rumah Ariffahmi di belakang rumah N.Ajis) berada atas tanah wakaf?

Petikan MI di bawah ini:
“Sekolah ini memang sekolah tuan guru, yang diasaskan bersama bapanya, Nik Mat pada tahun 1963, dan tanah wakaf ini penjaganya juga adalah tuan guru,” kata Nik Rahim yang merupakan anak keempat Nik Aziz.

Sebagai penjaga, bolehkah N.Ajis guna tanah wakaf untuk kegunaan peribadi. Harus diingati N.Ajis adalah penjaga atau pemegang amanah (trustee) tanah wakaf.

Jika tidak disebut boleh, salah untuknya buat rumah peribadi atas rumah itu. Kalau rumah gurubesar, mungkin lain.
Patutkah Nik Rahim mengaku sekolah itu sekolah N.Ajis?

Adakah N.Ajis biayai sekolah itu sendiri atau atas derma orang ramai? Bolehkah N.Ajis mengaku sekolah itu dia punya jika sekolah itu berada atas tapak tanah wakaf atau lain kata tanah itu tanah awam(wakaf)?
Kami bertanya ...

Tuesday, December 1, 2009

DEMONSTRASI DESAK NIK AZIZ MINTA MAAF

Kira-kira 1,000 orang yang mendakwa mewakili sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan pintu masuk Kota Darul Naim di sini bagi mendesak Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berhubung satu kenyataan kontroversinya baru-baru ini.

Mereka yang berkumpul di hadapan pintu masuk yang menempatkan pusat pentadbiran kerajaan Kelantan itu turut mendesak Nik Aziz melepaskan jawatannya berikutan kemunculan beberapa isu yang dianggap mereka menjejaskan kerajaan dan rakyat negeri.

Selepas berkumpul hampir setengah jam sejak 10.15 pagi, kumpulan itu menyerahkan memorandum berkenaan kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Anual Bakri Haron, di pintu masuk kota berkenaan.
Keadaan hampir menjadi kecoh semasa kumpulan itu meluahkan rasa kecewa apabila gagal menyerahkan sendiri memorandum itu kepada Nik Aziz, namun ia dengan pantas dileraikan oleh polis.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, yang berada di tempat kejadian kemudiannya meminta kumpulan itu bersurai sebelum tindakan yang lebih tegas diambil.

Mereka yang turut membawa beberapa kain rentang yang antara lainnya tertera kata-kata "Nik Aziz Perlu Letak Jawatan" dan "Kami Desak Nik Aziz Mohon Maaf Kepada Najib", kemudiannya akur dan bersurai sambil diawasi Unit Tindakan Ringan Anti Rusuhan.
Sementara itu, wakil NGO itu yang menamakan diri mereka Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan, Johan Che Pa, berkata memorandum itu menandakan bantahan sebahagian besar rakyat Kelantan yang kecewa dengan kenyataan Nik Aziz berhubung doa diturunkan bala terhadap Najib dan Umno bersabit tuntutan royalti petroleum pada 27 November lalu.

"Sekiranya Nik Aziz enggan memohon maaf kepada Datuk Seri Najib dan seluruh umat Islam, gerakan ini tidak akan berakhir di sini," katanya yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Mas.

PATAH SAYAP TERBANG JUA...

Daripada Agendadaily

Ini bukan kerja UMNO dan ia bukan juga kerja PAS.Semuanya muncul dari gerak langkah Datuk Nik Aziz Nik Mat sendiri.
Sumber-sumber PAS memberitahu Agendadaily semakin ramai kalangan ahli parti itu yang sudah ‘ naik bengong’ dengan gelagat Mursyidul Am PAS kebelakangan ini yang sekian lama menjadi simbol penyatuan perjuangan mereka.

Mungkin atas dasar hormat padanya kebanyakannya mengambil sikap terima saja seadanya satu demi satu tindak tanduknya yang memalukan mereka.Namun ikut ceritanya bibit-bibit keresahan makin sukar ditutup jika ia berterusan begini.

Nik Aziz selama ini mungkin merasa apa saja yang ditentukannya semuanya betul.

Tindakannya ‘ meletup’ terhadap Timbalan Presiden PAS Nashruddin Mat Isa tidak lama dulu dan kemudian diikuti dengan cadangan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) untuk buat perhitungan terhadap dua tiga kerat pemimpin atasan PAS yang didakwanya tidak sehaluan dengan perjuangan parti adalah antara yang mengoncang parti itu.

Terbaru rangkaian isu peribadi melibatkan tajaan Haji dan kontroversi dakwaan salahguna kuasa menantunya sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang beliau lantik dan pertahankan membuatkan ramai yang garu kepala.

Dalam pada itu ‘ perang’ antara bekas Pegawai Perhubungan Koprat PMBK,Syed Azidi Syed Abdul Aziz @Kickdefella dengan menantunya Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang sudah diarah letak jawatan belum ada penghujungnya.

Malah ia telah bertukar menjadi perang dengan keluarga besar Nik Aziz bila isteri Ariffahmi ,Nik Amalina tampil meluah rasa mempertahankan suaminya dan membedal Kickdefella menerusi laman blog.

Ramai yang hairan dengan kemunculannya itu.

Sebelum itu anak lelakinya,Nik Abduh juga bersuara membela ayahnya.

Ia mengambarkan seolah ada tidak tenteram di kediaman Menteri Besar di Kota Bharu.

Sebenarnya banyak dakwaan serius yang dibuat oleh Syed Azizi terhadap Ariffahmi yang belum terjawab kecuali dicop sebagai fitnah oleh empunya diri,bapa mertua dan isterinya.

Petanda kredibiliti Nik Aziz semakin dipersoalkan dapat dilihat dari komen-komen di laman blog Syed Azidi yang kebanyakanya menyokongnya.

Juga semua orang tertunggu-tunggu siapa gerangannya ‘ Kolonel Mat’ yang didakwa oleh Nik Aziz menjadi dalang nak jatuhkannya.

Peliknya setakat ini bukan saja ahli biasa PAS malah pemimpin atasan parti itu tidak pernah dengar dan tidak kenal siapa ‘ Kolonel Mat’ itu.

Menariknya – Syed Azidi memberitahu orang yang dipanggil ‘ Kolonel Mat’ itu adalah arwah bapanya.

Sebagai ulama besar parti,Nik Aziz cukup maklum bagaimana akibat keatas reputasinya jika beliau tidak dapat dedahkan siapa Mat berpangkat Kolonel itu.

Kini setelah Mursyidul Am PAS itu muncul pula dengan doa supaya Allah menghapuskan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan UMNO jika Kerajaan Pusat enggan memberikan royalti minyak kepada Kelantan ada kalangan dalam parti itu merasakan doa itu sepatutnya ditujukan kepada beliau dan menantunya.

Bagi mereka itu sebenarnya perlu dihitung dan diperjelaskan dulu.

Apa lagi kini topik siapa bakal pengganti Menteri Besar Kelantan makin bergema agak lain macam – berbeza dengan senario di masa lampau.

Sekalipun timbul tekanan yang jelas terasa namun tidak ramai para pemerhati politik yang berani bertaruh Nik Aziz akan angkat bendera putih.Beliau dikatakan cukup sedar mahu tidak mahu – secara terbuka – ahli parti itu dari serata tempat akan tetap berdiri mempertahankan ‘ Tok Guru’

Monday, November 23, 2009

ANUAR DESAK ADUN PAS ISYTIHAR HARTA

Tahniah Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan kerana memahami isu semasa Kelatan, bukan seperti sesetengah pemimpin yang mahukan jawatan tetapi tidak mahu bersuara.

Pergerakan itu mendesak supaya Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Jawatan-kuasa Majlis Mesyuarat Negeri mengisytiharkan harta mereka bagi memastikan pendapatan yang diperoleh adalah setimpal dengan cara hidup mereka.

Ketuanya, Anuar Saffian berkata, desakan itu dibuat merujuk kepada apa yang berlaku pada kes mahkamah yang membabitkan seorang ADUN dengan isteri keduanya yang melibatkan aset nilai RM3 juta.

“Desakan ini dibuat bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Kita merujuk kepada kes mahkamah yang berlaku yang melibatkan seorang ADUN yang didakwa memiliki aset RM3 juta.

“Kita rasa sudah tiba masanya ADUN dan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri mengisytiharkan harta. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai isteri lebih daripada satu. Ia memalukan institusi Kerajaan Negeri apabila cara hidup tidak setara dengan pendapatan yang diperoleh,” katanya.
Laporan akhbar menyebut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Wan Ismail Wan Jusoh dipercayai memiliki aset berjumlah RM3 juta.

Perkara tersebut didedahkan oleh bekas isteri kedua ADUN berkenaan, Siti Aishah Chou Abdullah, 24, ketika perbicaraan kes tuntutan mutaahnya di Mahkamah Tinggi Syariah 19 November lalu.

Menurut wanita berketurunan Cina Kemboja itu, Wan Ismail merupakan seorang usahawan yang berjaya dan mempunyai beberapa ladang getah di Gua Musang.

''Saya percaya dia mampu membayar tuntutan itu kerana dia pernah memberitahu saya mempunyai banyak projek tanah malah akaun Public Mutual Bhd. dimilikinya bernilai RM1 juta.
''Selain itu, dia mempunyai banyak syarikat perniagaan termasuk di China yang menggambarkan kekayaannya,'' jelasnya ketika menjawab soalan peguam syarie, Mohd. Sibri Ismail yang mewakilinya.

Siti Aishah bagaimanapun tidak dapat memberikan butiran terperinci mengenai sumber kekayaan bekas suaminya itu namun berjanji untuk membuktikannya jika diminta mahkamah.
Ibu kepada dua anak itu juga mendedahkan bahawa Wan Ismail pernah berjanji untuk membelikan sebuah kereta dan rumah serta menyediakan modal untuknya memulakan perniagaan jika bersetuju berkahwin dengannya.

Bagaimanapun katanya, janji tersebut tidak pernah ditunaikan sehingga mereka bercerai dan disebabkan rasa terkilan serta sedih yang teramat sangat maka, dia terpaksa membuat tuntutan mutaah berkenaan.

Wan Ismail, 54, tidak hadir pada perbicaraan yang berlangsung selama kira-kira 45 minit itu. Dia diwakili peguam syarie, Mohd. Raziman Yaakub.

Berdasarkan tuntutan yang difailkan pada 4 Januari lalu, Siti Aishah menuntut bekas suaminya itu membayar RM3 juta sebagai pampasan perceraian mereka mengikut peruntukan Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan 2002.

Terdahulu, ketika prosiding bermula, Siti Aishah dilihat berada dalam keadaan sebak dan teresak-esak sewaktu membaca pernyataan tuntutannya di kandang saksi.

Ini menyebabkan Hakim Syarie, Abdullah Man beberapa kali menegurnya untuk bercakap dengan lebih kuat dan jelas agar mudah didengari.

Semasa diberi peluang menyatakan sebarang permohonan jika ada, Siti Aishah meminta agar mahkamah mengeluarkan perintah agar Wan Ismail menghadiri perbicaraan.

''Saya pohon mahkamah suruh dia hadir supaya kes ini dapat diselesaikan dengan cepat dan membayar nafkah anak yang tidak pernah ditunaikannya,'' ujarnya.

Perbicaraan bersambung 3 Disember ini.

Siti Aishah yang berasal dari Kemboja berkahwin dengan Wan Ismail pada 2003 selepas setahun mengenali wakil rakyat itu.

Pasangan yang dikurniakan dua cahaya mata, Wan Ahmad Firdaus, 4, dan Wan Nor Salwa, 3, disahkan bercerai pada 18 November tahun lalu oleh mahkamah yang sama.

Saturday, November 14, 2009

BAI'AH PAS - SUMPAH SETIA LAKNAT BUKAN TALAK TIGA


Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menunjukkan Surat Perjanjian Bai'iah kepada pemberita pada sidang akhbar di Pejabat PAS di sini, hari ini. PAS mengakui parti itu hanya mengamalkan bai'ah sumpah setia laknat, bukannya talak tiga sepertimana yang didedahkan anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.-Foto BERNAMA.

Sumber: mStar
PAS mengakui ia hanya mengamalkan bai'ah sumpah setia laknat bukannya amalan bai'ah talak tiga seperti yang dinyatakan oleh Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Beliau berkata amalan yang dilakukan sejak sekian lama itu adalah bertepatan dengan dasar PAS yang memperjuangkan Islam di samping menunjukkan yang mereka sedia dilaknat sekiranya mengkhianati perjuangan Islam.

"PAS ada cara sendiri, kita guna tradisi dalam Islam. Bai'ah kita adalah ikrar setia dalam perjuangan. PAS buat benda ni sebelum pilihan raya lagi, sewaktu kita dipilih sebagai calon.
"Walaupun kita (Jawatankuasa PAS Pusat) tak setuju apa yang dilakukan oleh Khalid, tetapi kita hormati pendirian beliau. Mungkin itu pilihan dia untuk tunjukkan kesetiaan kepada parti," katanya pada sidang media berhubung isu bai'ah di ibu pejabat PAS di sini hari ini.

Khalid baru-baru ini telah mendedahkan mengenai wujudnya amalan bai'ah dalam kalangan calon wakil rakyat parti itu yang dikehendaki melafazkan akan jatuh talak tiga kepada isteri masing-masing sekiranya keluar parti.

Mustafa berkata bai'ah anggota PAS menjelang pilihan raya umum lalu tidak melibatkan lafaz menceraikan isteri, sebaliknya merupakan "sumpah setia laknat" bagi mengelak daripada berlakunya lompat parti.

Katanya hanya terdapat dua anggota parti itu dari Selangor menggunakan lafaz bai'ah yang berbeza daripada amalan bai'ah biasa, dan seorang daripadanya adalah Khalid sendiri.
Menurut Mustafa, pimpinan tertinggi PAS berpendapat, bai'ah yang dilafazkan oleh Khalid tidak sepatutnya berlaku kerana ikrar seperti itu seperti merendah-rendahkan martabat kaum wanita.

Berikutan tindakannya itu, Mustafa berkata, Khalid telah diberikan peringatan lisan oleh parti.
Khalid dalam pendedahannya sebelum ini mengakui memasukkan lafaz cerai taklik dalam bai'ahnya bagi mengukuhkan pendiriannya supaya tidak mengkhianati parti.

Mustafa berkata, lafaz bai'ah Khalid dan seorang lagi anggota PAS di Selangor itu juga berbeza antara satu sama lain.

Mustafa bagaimanapun enggan menyatakan nama seorang lagi pemimpin yang dimaksudkan.
"Kita anggap ini hanyalah kes terpencil. Tak perlulah didedahkan nama individu itu, sama ada anggota parlimen atau anggota dewan undangan negeri. PAS harap isu ini tidak diperbesarkan," katanya.

Thursday, November 12, 2009

MENANTU NIK AZIZ DAPATKAN KHIDMAT PEGUAM

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Mohd Ariffahmi Abd Rahman berkata beliau akan mendapatkan khidmat peguamnya bagi meneliti beberapa dakwaan bekas Pegawai perhubungan korporatnya, Syed Azidi Syed Abdul Aziz.

"Saya ingin katakan bahawa saya tidak boleh memberi banyak komen mengenai kes ini kerana pihak perbadanan kini sedang disiasat oleh SPRM.

"Adalah tidak adil bagi pihak perbadanan jika saya memberikan banyak komen mengenainya," katanya.

Hari ini Syed Azidi mendakwa beliau akan mendedahkan salah laku yang wujud di perbadanan itu khususnya mengenai kepincangan kewangan serta penyalahgunaan kuasa.

Syed Azidi juga lebih dikenali dengan nama penanya ‘Blogger Kickdefella’.

Bagaimanapun Ariffahmi menegaskan beliau tenang dengan kenyataan Syed Azidi kerana beranggapan berkas pegawai PMBK itu boleh untuk membuat apa-apa dakwaan.

"Saya tak lakukan apa-apa kesalahan," katanya kepada pihak media di rumahnya yang terletak tidak jauh daripada kediaman bapa mertuanya di Pulau Melaka di Kota Bharu semalam.

Ariffahmi yang juga menantu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan bahawa perkhidmatan Syed Azidi telah 'ditamatkan' dan bukannya diberhentikan.

"Syed Azidi telah menandatangani kontrak selama tiga tahun dan perkhidmatannya telah ditamatkan kerana prestasinya tidak mencapai piawaian perbadanan.

"Tapi kami masih memberikan beliau RM20,000 sebagai pampasan, semua ini telah dilakukan dengan kelulusan jabatan undnag-undang," katanya.

Bagi tuduhan mengenai pelantikkan sebagai CEO PMBK telah melanggari undang-undang kerana beliau merupakan menantu kepada Nik Abdul Aziz, Ariffahmi menafikannya.

Kata beliau pelantikannya telah mendapat persetujuan daripada penasihat undang-undang negeri dan PAS.

"Saya tak nampak mengapa pelantikan saya dipertikaikan, saya tak sembunyikan apa-apa.
"Malah saya telah berikan kerjasama yang sepenuhnya kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)," katanya.

Isnin lalu SPRM menemui Ariffahmi dipercayai untuk mengambil keterangan bagi membantu siasatan terhadap perbadanan itu.

KICKDEFELLA ANCAM DEDAH SALAH LAKU DALAM PERBADANAN MB KELANTAN

Oleh mStar

Pegawai perhubungan korporat Pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), yang dipecat, Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali dalam dunia blog sebagai Blogger Kickdefella bernekad untuk mendedahkan apa yang sebenarnya telah berlaku di perbadanan itu khususnya tentang kepincangan kewangan serta penyalahgunaan kuasa.

PMBK diketuai oleh Mohd Ariffahmi Abd Rahman yang juga menantu Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Syed Azidi, yang menyertai perbadanan itu pada 2007, menerima surat pemecatannya yang ditandatangani oleh Mohd Ariffahmi semalam (Selasa) kerana dituduh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung salah laku pengurusan di PMBK.

Beliau juga didakwa telah berkonspirasi dengan Barisan Nasional (BN) dalam hal ini.

Bercakap dalam satu sidang akhbar yang diadakan di hadapan pejabat perbadanan itu di Jalan Kuala Krai di sini hari ini, Syed Azidi menuntut perletakan jawatan Mohd Ariffahmi sebagai ketua pegawai eksekutif PBMK demi menjaga nama baik Nik Abdul Aziz sebagai ketua pentadbir negeri.

“Ada banyak perkara yang tidak sepatutnya berlaku di sini telah pun berlaku dan semua ini terpaksa disenyapkan hanya kerana beliau adalah menantu kepada menteri besar,” dakwa Syed Azidi.

“Dan kini memandangkan saya telahpun dipecat oleh Mohd Arrifahmi, saya bebas untuk mendedahkan apa yang telah berlaku di PBMK, yang telah memalukan menteri besar, Kerajaan PAS Kelantan dan juga Islam,” katanya lagi.

Syed Azidi yang sebenarnya lebih dikenali dengan nama penanya ‘Kickdefella blogger’, mendakwa dalam genggamannya kini terdapat minit mesyuarat yang disifatkannya sebagai sensitif, dokumen kewangan dan lain-lain dokumen yang boleh disabitkan dengan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa di PMBK.

Maklumat-maklumat itu katanya diperolehi daripada pihak-pihak luar yang pernah berurusan dengan PMBK.

“Sebenarnya isu-isu PMBK ini bukan lagi satu rahsia tetapi dah jadi rahsia terbuka. Hanya tidak ada siapa yang lakukan sesuatu mengenainya,” tegas beliau lagi.

Syed Azidi juga menjelaskan, yang beliau tidak ada kena mengena dengan siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM ke atas PMBK malah tidak terlibat pun dalam membawa SPRM masuk untuk menyiasat PMBK.

“Malangnya saya juga dituduh menggunakan laman blog saya untuk menimbulkan kekecohan tetapi hakikatnya ialah saya masih terus menyokong Nik Aziz dan pada masa yang sama ingin membuka mata Nik Aziz bahawa menantunya itu adalah satu liabiliti kepadanya," ujar Syed Azidi.

Sementara itu, Nik Aziz, yang mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri enggan menjawab sebarang pertanyaan berkaitan semua dakwaan yang dibuat oleh Syed Azidi.

Siasatan yang sedang dilakukan oleh SPRM ke atas PMBK telah menjadi buah mulut ramai lebih-lebih lagi dengan tindakan Nik Aziz untuk mempertahankan menantunya sebagai seorang yang beliau yakini dan percayai.

Beliau pernah dipetik sebagai berkata bahawa tidak ada apa yang salah dengan melantik menantu memegang jawatan tertentu sama seperti Nabi Muhammad dahulu pernah melantik menantunya memegang beberapa jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan Islam di Madinah.

Pada 5 November lalu, para pegawai SPRM telah merampas beberapa dokumen kewangan PMBK termasuk menyoalsiasat pengurus kewangan perbadanan itu.

Dan kelmarin, (9 November) pegawai-pegawai SPRM sekali lagi telah berkunjung ke pejabat PMBK dan kali ini mereka telah menyoal Abdul Ariffahmi.

PMBK, yang terletak di bawah bidang kuasa menteri besar, ditubuhkan untuk menguruskan pembangunan ekonomi dan sosial negeri.

Perbadanan tersebut melalui pelbagai anak syarikatnya terlibat dalam aktiviti pertanian, infrastruktur, hartanah, utiliti, takaful, bioteknologi dan pendidikan.

Abdul Ariffahmi, yang merupakan seorang jurutera pada mulanya dilantikan sebagai ketua pegawai operasi PMBK pada awal tahun lalu sebelum secara rasminya dilantik ke jawatan ketua pegawai eksekutif kira-kira dua bulan yang lalu.

Saturday, November 7, 2009

MENANTU NIK AZIZ SEDIA DISIASAT

Kata dah selesai, kenapa ada lagi?

Apa lagi yang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahukan daripada menantu Nik Aziz ini?

Pagi semalam, sekumpulan pegawai SPRM termasuk dari Ibu Pejabat di Putrajaya datang ke pejabat PMBK namun ketika itu beliau tiada di pejabat.

Ketua Pegawai Operasi, Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ir. Mohd. Ariff Fahmi Abdul Rahman menyatakan kesediaannya pada bila-bila masa disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya diminta berbuat demikian.

Beliau yang juga menantu kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ini bagi memastikan SPRM memperoleh maklumat yang secukupnya dalam siasatan mereka.

Mohd. Ariff Fahmi ketika dihubungi semalam turut mengesahkan sekumpulan pegawai SPRM termasuk dari Ibu Pejabat di Putrajaya datang ke pejabat PMBK pagi semalam.

''Ketika kunjungan mereka, saya masih dalam cuti sakit. Saya menjalani pembedahan tekak pada Ahad lalu. Apa yang mereka (SPRM) hendak saya tidak tahu, kerana mereka tidak memberitahu saya.

''Saya hanya diberitahu, pegawai SPRM itu mengambil beberapa dokumen seperti fail bayaran, baucer dan bil bayaran yang dibuat selepas bertemu dengan pengurus kewangan saya,'' katanya.
Semalam, enam pegawai SPRM dilaporkan menyerbu pejabat perbadanan tersebut yang terletak di Jalan Kuala Krai.

Ini kali kedua perbadanan itu disiasat oleh SPRM. Kali pertama pada Ogos tahun lalu selepas SPRM menerima surat layang berhubung tuduhan kronisme, salah guna kuasa dan mempersoalkan pelantikan anggota keluarga terdekat menerajui syarikat milik kerajaan (GLC) yang mempunyai peranan begitu besar.

Bagaimanapun, SPRM menutup kertas siasatan tersebut beberapa bulan kemudian apabila mendapati tiada sebarang unsur rasuah dalam dakwaan itu.

Utusan Malaysia difahamkan, siasatan yang dibuat SPRM kali ini menjurus kepada perkara yang sama iaitu kronisme dan penyelewengan.

Siasatan juga dikatakan tertumpu kepada tuntutan tidak munasabah yang dibuat oleh pegawai perbadanan tersebut.

Ditanya adakah siasatan kali ini berkait dengan dakwaan lama atau dibuat oleh orang dalam PMBK, Mohd. Ariff Fahmi berkata:

''Ini kali kedua pejabat PMBK dikunjungi pegawai SPRM. Rasanya ia tiada kaitan dengan kes lama kerana ia sudah selesai. Mungkin ada laporan dibuat tapi saya tak nak menuduh kerana saya tidak tahu.''

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed ketika dihubungi hari ini berkata, pihaknya masih menyiasat perkara tersebut.

''Saya tidak akan menafikan dan pada masa yang sama, saya juga tidak akan mengesahkan. Apa-apa pun tunggu dulu. Semuanya terlalu awal,'' katanya ringkas.

Tuesday, November 3, 2009

ANNUAR MUSA DAN BOLASEPAK

Oleh Mohd Sayuti Omar

SEHARI sebelum berlangsungnya perlawanan separuh akhir piala Malaysia antara Kelantan dengan Perlis saya minum kopi dengan dua orang kawan. Seorang merupakan ahli Umno tegar yang sama bahagian dengan Presiden Bola Sepak Kelantan, Annuar Musa. Manakala seorang lagi bekas pengurus bank yang merupakan seorang yang sangat alergik bila mendengar nama Annuar.



















Perbualan atau pertemuan dengan mereka berdua ini adalah pertemuan biasa atau rutin menghabiskan masa malam sebelum berihat. Pertemuan ini diisi dengan bual bicara topik-topik politik semasa. Sesekali terpacul juga balada Manohara Odelia Pinot.

Perbualan kami selalunya menekan kepada politik Umno dan Pas Kelantan. Sedikit-sedikit ditambah dengan ulasan terhadap pemuka-pemuka politik Kelantan tidak kira dari Umno ataupun Pas yang mengandungi berbagai rasa, warna dan bau!

Malam itu banyak juga yang kami bualkan. Kira-kira tiga jam kami melangguk di kedai itu. Habis tiga cawan tea dan semangkuk seorang laksa Penang.

Apa yang menarik perhatian dalam perbualan itu dan rasanya elok kalau dicatat di sinilah mengenai kemampuan Annuar Musa membawa bola sepak Kelantan ke persada hari ini. Sentuhan Annuar Musa terhadap bola sepak nampaknya membawa sinar dan semangat baru. Beliau benar-benar mengembalikan maruah Tok Janggut dalam arena bola sepak.

Betapa tidak hampir 40 tahun pasukan Kelantan gagal untuk bergaya di perlawanan akhir. Dan kejayaan Kelantan menewaskan Perlis, 5 -1 dan sekaligus membawa Kelantan ke pelawanan akhir 7 November depan adalah satu sejarah untuk bola sepak Kelantan dan kejayaan manis buat presidennya itu.

Menilai kejayaan demi kejayaan diraih pasukan bola sepak Kelantan, menyebabkan kawan saya mengira Annuar Musa lebih sesuai dan serasi untuk jadi presiden bola sepak Kelantan (Kafa). "Nampaknya beliau lebih berjaya menguruskan bola sepak daripada politik Kelantan," begitulah ujar kawan itu.

Saya mengangguk-angguk selamba mendengar kenyataan itu sambil menghirup kopi. Apa lagi pada sorenya seorang kawan blogger juga menyatakan hal yang sama. Kata blogger yang kini bermukim di Kuala Terengganu itu; "Kenapa Annuar berjaya dalam bola sepak ialah kerana kesungguhan beliau untuk membawa kejayaan kepada Kelantan."

"Demo tengok semasa kecoh penjualan tikit di Stadium Sultan Mohamad ke - IV dua hari lepas, dia turun sendiri dan jual tikit di kaunter. Kalaulah dia buat begitu dalam politik, maksudnya dia bagikan projek dan duit kepada rakyat, tentu rakyat Kelantan akan menyokongnya dan kawe yakin Umno akan menang," kata blogger itu sedikit menyinis.

Saya bertanya buat-buat tidak tahu, maksudnya? "Herannya dalam politik dia tidak buat begitu. Dapat duit dia makan seorang. Bagi juga tapi... ala kadar sahaja kepada pengundi," jelas kawan itu semacam dia nampak apa yang Annuar lalukan. Saya tidak berhasrat untuk membongkarnya petang itu mungkin dilain kali boleh ditulis mengenai tuduhan kawan itu.

Bila saya hubungkaitkan pandangan blogger itu dengan kata-kata ahli Umno yang sebahagian dengan Annuar itu, ada benarnya. Tetapi saya tidak mahu mengiyakan tuduhan teman blogger itu. Tetapi yang jelasnya apabila Annuar memimpin Kafa, sukan bola sepak Kelantan naik mencanak. Kejayaan pasukan Kelantan ini tidak boleh dinafikan ia adalah atas kesungguhan, inisiatif dan pengurusnya yang kemas dan cekap.

Tetapi kenapa dalam politik Kelantan beliau gagal? Bukan saja gagal membawa Umno untuk tawan Kelantan, tetapi untuk dirinya sendiri juga Annuar seakan hilang formula. Sudah tiga kali Annuar kalah. Ketiga-tiga di kerusi parlimen Ketereh atau Peringat, dalam kubang tempat beliau dilahirkan sendiri.

Dalam pilihan raya 1990 beliau kalah kepada Mohamad Sabu, orang Pulau Pinang. Dalam tahun 1999 kalah pula kepada Mohamad Mustafa seorang ustaz. Dan kali ketiga kalah pula kepada Abdul Aziz Kadir anak didiknya sendiri semasa Aziz dalam Umno.

Melihat perjalanan hidup Annuar dalam politiknya sesuatu yang menghairankan. Apakah orang Kelantan tidak tahu menilai kebolehan Annuar? Ataupun ada sesuatu yang melekat ditubuh Annuar sehingga ianya mengeluarkan aura tidak menyenangkan. Secara ikhlas, bagi saya jika hendak dibandingkan kualiti tokoh-tokoh Umno Kelantan yang ada hari ini, semuanya tidak dapat menandingi di segi wibawa dan kehebatan personaliti sebagai seorang ahli politik yang ada kepada bekas Pengerusi Umno Kelantan itu. Selain daripada memiliki daya pidato yang menarik, Annuar juga berani, berprinsip dan ada ketegasan dalam membuat keputusan. Cara bekerja beliau juga bersistematik dan berpandangan jauh.

Barangkali benarlah kata orang, kamu hebat dalam satu-satu bidang tidak bermakna kamu tahu dalam bidang lain. Dalam tempoh tidak sampai lima tahun Annuar memegang Kafa ia telah menyerlahkan kejayaan membanggakan. Sebaliknya dalam politik beliau masih lagi mencari formula bagaimana hendak bangunkan politik Umno Kelantan.

Pun begitu secara peribadi Annuar sudah dapat berbangga. Kerana beliaulah satu-satu tokoh Umno Kelantan yang dilantik menjadi menteri dalam usia dibawah 35 tahun. Annuar pernah menjadi menteri. Hampir semua jawatan politik telah dipegangnya, kecuali Exco dan Menteri Besar. Annuar secara peribadi juga harus berbangga atas pencapaiannya itu yang dilihat beliau hanya anak seorang tok lebai Bukit Marak.

"Kawan yakin Kelantan boleh masuk akhir. Dan kalau Kelantan berjaya jadi johan nanti, eloklah kalau dia berhenti terus politik dan tumpukan kepada bola sepak. Biarlah dia berhenti dalam keadaan orang menyebut namanya atas kejayaan bola Kelantan," ujar kawan itu setelah mendengar saya mengulas mengenai kelebihan dan kekurangan yang ada kepada Annuar.

Minta kawan itu lagi Annuar lepaslah ketua bahagian Ketereh kepada kawannya Alwi Che Amat. "Demo tolong royaklah ke dia," suruh kawan itu mengharapkan saya menyampai pandangannya.


Saya menerima alasan kawan itu. Ada baiknya kalau Annuar bercadang untuk bersara dalam politik. Tetapi untuk Annuar berhenti bukan senang. Darah yang mengalir dalam tubuhnya lebih dimerahi politik daripada bolasepak. Bola sepak itu pun pada tilikkan saya satu perlarian sementara untuk beliau menghilangkan rasa kecewa. Dalam masa sama beliau bercadang untuk menggilap dirinya dengan bolasepak. Nah... hari ini gilapan itu makin bersinar pula maka makin sukar kalau Annuar hendak palang namanya dari buku politik.

Betapa tidak bila beliau sudah dapat membawa Kelantan menjadi johan ia adalah satu kejayaan besar bagi Kelantan dan dirinya sendiri. Sejarah akan mencatat bahawa Kelantan berjaya memasuki akhir selepas 40 tahun dan (kalau jadi johan), setelah beliau memimpin Kafa.

"Apakah dengan kejayaan itu rakyat Kelantan boleh menafikan ilmu, kehebatan dan aura kepimpinan yang ada kepada Annuar Musa?' Jawab saya tidak. Jadi harapan kawan saya untuk melihat Annuar Musa meninggalkan Ketua Bahagian Umno Ketereh satu harapan yang sukar dilaksanakan. Justeru apa yang paling baik, kawan saya kena membantu Annuar Musa untuk memulihkan imej politik Annuar di Kelantan bersama politiknya sendiri.

Dalam perhatian saya tanpa bias, berbanding dengan tokoh-tokoh yang ada kini ternyata Annuar jauh lebih baik. Cuma apa yang menjadi masalah kepada Annuar dan juga orang lain menyebabkan rakyat tidak nampak kehebatannya kerana bintang kejora milik Annuar tidak dapat menguakkan sinar kerana ianya dilindungan bulan purnama. Ketokohan si bulan purnama itu begitu hebat dan agung. Tengoklah kalau si bulan purnama itu sudah terkeluar dari orbit politik, bintang kejora atau bintang-bintang lain akan mula menerbitkan sinar.

Sebenarnya Annuar sendiri sedang menanti bulan purnama menutup cahayanya untuk bangkit kembali!

Friday, October 30, 2009

Komplot Erdogan : Usaha Untuk Menjatuhkan Presiden PAS!

Daripada myKMU.net

Rata-rata pimpinan PAS pusat tahu dan sedar tentang cita-cita besar Husam Musa hendak menjadi Presiden PAS. Mereka juga tahu bahawa Husam sedang merancang sesuatu untuk mencapai niatnya itu. Tapi Husam Musa lebih tahu bahawa bukan mudah untuk menduduki kerusi Presiden tersebut lebih-lebih lagi beliau perlu berhadapan dengan tokoh ulama terbilang.

Beliau tahu kalau beliau bertanding kerusi presiden melawan Tuan Guru Hj. Hadi, beliau akan kalah teruk dan seolah-olah hilang wang pertaruhan.

Beliau juga tahu beliau tidak boleh kelihatan menentang Tuan Guru Presiden secara terbuka kerana kalau nampak jelas dalam suasana sekarang maka sudah tentu seluruh ahli PAS akan bersatu menentang beliau. Maka sebab itulah Husam perlu melakar perancangan dan strategi yang cukup teliti untuk menjayakan cita-citanya tersebut.Jadi, apakah akal dan perancangan Husam?

1.Melagakan Mursyidul Am dengan Tuan Guru Presiden

Semua orang terkejut beruk bila Tok Guru Nik Aziz berkata usaha untuk menukar kerajaan sekarang bukan macam angan-angan mat jenin. Kenapa tok guru perlu menggunakan perkataan mat jenin dalam kiasannya? Tidakkah Tok Guru tahu bahawa kiasan tersebut dipopularkan oleh Tuan Guru Presiden? Tidakkah Tok Guru baca atau dibacakan akhbar yang menyiarkan berita bahawa Presiden PAS ada menyebut tentang angan-angan Mat Jenin bila memperkatakan tentang kerajaan baru pada 16 Sept yang lepas?

Kalau tok guru tahu, sedar dan baca kesemuanya, mengapa perlu menempelak Tuan Guru Presiden secara terbuka. Takkanlah hanya kerana nak menyokong kerajaan baru yang belum tentu boleh wujud dan berkemungkinan besar tidak akan jadi, tok guru nak gadaikan semangat ukhuwah Islamiyah dan Mahabbah dengan Presiden sendiri. Takkanlah oleh kerana nak menyokong Anwar, Tok Guru mahu supaya ahli PAS melihat ada pertembungan diantara Mursyidul Am dengan Presiden?

Takkanlah kerana percayakan Husam, Tok Guru nak merendah-rendahkan martabat Tuan Guru Presiden?Apa yang dikhuatirkan, Tok Guru tidak mendapat maklumat yang sebenarnya sama macam kes Dato’ Mustapa - apabila Tok Guru dikatakan mengaku tak baca keseluruhan kenyataan Dato' Mustapa. Apa yang lebih dikhuatirkan juga, Tok Guru sedang digunakan oleh Husam Musa dan kumpulan erdogannya untuk meruntuh kepimpinan ulama PAS.Yang pastinya Tok Guru Nik Aziz seringkali mengeluarkan kenyataan yang dilihat bercanggah dengan Tuan Guru Presiden. Adakah ini amalan yang tidak sihat didalam jamaah PAS.

Muktamar telah melantik Tuan Guru Hj Hadi sebagai Presiden PAS dan menjadi tanggungjawab ahli PAS untuk patuh dan taat kepada kepimpinan beliau. Manakala Mursyidul Am hanyalah "advisory post" disamping mempengerusikan Majlis Syura dan bukannya kuasa eksekutif di dalam parti.

Jika dilihat apa yang berlaku adalah Muryidul Am lah yang paling banyak mengeluarkan kenyataan berkaitan parti berbanding Presiden. Mungkin ahli PAS berpendapat bahawa Tok Guru Nik Aziz perlu memahami dan difahamkan tentang bidangkuasa beliau sebelum ahli hilang rasa hormat kepadanya. Mereka lebih khuatir perancangan melagakan kepimpinan ulama adalah berniat jahat dan bertujuan untuk merendahkan kepimpinan ulama di dalam PAS dengan harapan ahli akan hilang keyakinan kepada ulama dan memilih bukan ulama sebagai pemimpin nanti.
2. Menggunakan pengaruh Mursyidul Am

Semua sedia maklum bahawa Husam berjaya mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz dalam banyak hal. Walaupun kadangkala Tok Guru berjaya disedarkan oleh kaum keluarganya dan kawan rapatnya, tetapi bila Husam muncul saja semuanya akan bertukar balik seolah-olah macam dipukau....entah ilmu apalah yang dipakai Husam untuk mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz. Entah kenapalah Tok Guru Nik Aziz begitu sayangkan Husam walaupun lebih separuh daripada ahli perhubungan PAS Negeri Kelantan tidak menyukai beliau dan lebih separuh daripada ADUN PAS di Kelantan pun juga tidak menyukai beliau kerana mereka terlebih maklum akan sifat dan amalan kejinya.

Yang jelasnya Tok Guru Nik Aziz memang terlalu sayangkan Husam sehingga dia pernah berkata bahawa Husam layak menjadi Presiden PAS!!!! (na'uzubillah)
Kata-kata inilah yang ditungu-tungu oleh Husam dan atas sebab itulah Husam bersungguh-sungguh berusaha ke arah itu dan kumpulan Erdogannya seringkali menggunakan nama Tok Guru Nik Aziz sebagai hujah mereka. Nama Tok Guru Nik Aziz dijaja merata-rata sehingga ke blog-blog mereka bagi membenarkan usaha jahat mereka. Jangan terkejut jika nanti mereka akan berkata bahawa Mursyidul Am lah yang menyuruh Husam lawan Presiden.

3. Merendahkan taraf dan martabat kepimpinan ulama PAS

Satu fahaman yang cuba ditanam ke dalam minda dan pemikiran ahli-ahli PAS ialah ulama tidak faham siasah dan tidak pandai berpolitik.Mereka mungkin pandai membaca Al-Quran dan Al-hadis tetapi tidak pandai menyusun strategi politik dan tidak pandai mengadaptasikan ayat-ayat yang dibaca ke dalam realiti semasa. Sebab itulah bila Tuan Guru Presiden beristikharah sehingga diilhamkan dengan Surah Al-Anfal, mereka cuba mempermainkannya. Mereka mencari pendapat yang paling tidak diterima oleh jumhur bahawa ayat tersebut telah mansuh semata-mata untuk menimbulkan keraguan ahli terhadap kehendak ayat tersebut.

Dan sebelum ini bila Timbalan Mursyidul Am, Ust Haron Din membaca khutbah hari raya dengan mensyarahkan ayat tersebut bahawa mereka yang menentang muzakarah/muqabalah dengan musuh adalah menentang Al-Quran - maka mereka cuba memperlekehkannya dengan seribu satu alasan bahawa ayat tersebut telah disalah tafsir. Begitulah lekehnya ulama-ulama PAS dikacamata mereka. Apa yang mereka hendak tonjolkan ialah hanya mereka yang pandai tafsir Al-Quran ikut kehendak semasa. Dan seolah-olah ingin menunjuk dan menampakkan bahawa akal dan strategi mereka lebih hebat dari hujah Quran.

Ulama-ulama didalam PAS bagi mereka adalah "obsolete" atau kuno dan telah ketinggalan zaman. Ulama-ulama di dalam PAS tidak dapat diterima oleh kaum India dan Cina. Bagi mereka, kalau hendak melihat PAS terus relevan dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat maka kita hendaklah menukar kepimpinan ulama di dalam PAS. Inilah propaganda bahaya yang sedang dirancang oleh kumpulan Erdogan tanpa sesiapa yang menyedarinya.

4. Menyerang kepimpinan Tuan Guru Hj Hadi

Satu isu yang sering dimainkan oleh kumpulan Erdogan ialah “PAS Terengganu”. Dimana-mana mereka cuba memperlekehkan PAS Terengganu. PAS Terengganulah yang bawa idea muzakarah dengan UMNO, PAS Terengganulah yang paling tak pandai berstrategi, PAS Terengganu tidak pandai memerintah negeri, sikap PAS Terengganulah yang menjadi punca tewasnya PAS di Terengganu dan macam-macam lagi keburukan PAS Terengganu dicanang merata-rata.

Apakah tujuan mereka sebenarnya? Tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyerang dan memperlekehkan Tuan Guru Presiden yang datang daripada Terengganu dan pernah memimpin PAS Terengganu. Apa yang hendak ditonjolkan ialah Tuan Guru Presiden sebenarnya tidak mampu memimpin. Kalau di Terengganu pun gagal macam mana nak memimpin PAS satu Malaysia. Begitulah hinanya taktik dan perancangan mereka. Kenapa perlu dimainkan sentimen kenegerian (Terenganu ke Selangor ke) .

5. Bergerak secara berkumpulan

Seolah-olah telah wujud apa yang dikatakan tanzim di dalam tanzim. Kumpulan Erdogan ini sering berjumpa dan bermesyuarat sesama mereka terutamanya sebelum dan sesudah mesyuarat AJK PAS Pusat. Mereka merancang secara berkumpulan untuk menangani sebarang isu di dalam Parti.

Sebab itulah tidak hairan jika didalam ceramah-ceramah dan tulisan mereka, mereka memainkan isu-isu yang lebih kurang sama. Mereka sengaja “pre-empt” dengan mengembar-gemburkan bahawa ada usaha untuk membawa PAS masuk UMNO. Sedangkan sudah berapa puluh kali dinafikan oleh Presiden dan Timbalannya, tetapi mereka masih tetap memainkan isu tersebut. Ini adalah bertujuan untuk menimbulkan kemarahan ahli terhadap Presiden dengan cuba menuduh Presiden menipu ahli.

6. Menggunakan bloggers

Semua orang sedia maklum siapa Kickdefella. Terang-terang Husam mengupah beliau menulis blog dan dan mengunakannya untuk menyampaikan propaganda beliau dan kumpulannya. Begitu juga bloggers yang lain seperti Penarik Beca, Khalid Samad dll – semuanya adalah tali barut kumpulan Erdogan yang terang-terang menyerang kepimpinan ulama PAS dengan seribu satu alasan. Mereka sengaja mereka-reka cerita dan teori untuk menimbulkan keraguan dan syak wasangka ahli terhadap kredibiliti kepimpinan ulama PAS.

7. Menggunakan Harakah

Harakah ialah lidah rasmi PAS. Ianya dibaca oleh majoriti ahli-ahli PAS seluruh Malaysia. Mempengaruhi dan menguasai Harakah termasuk Harakahdaily menjadi agenda utama Husam dan kumpulan Erdogannya dalam merealisasikan cita-cita mereka. Pengarah Urusan Harakah secara terbuka selalu tidak bersetuju dengan pandangan Tuan Guru Presiden yang sepatutnya menjadi bosnya. Dalam banyak hal beliau cuba mempengaruhi Lutfi sebagai Ketua Pengarang Harakah untuk menyiarkan yang tidak sepatutnya dan tidak menyiarkan yang sepatutnya disiarkan. Manakala Harakahdaily pula diurus oleh Rashidi Hassan yang telah berjaya di ‘beli” oleh kumpulan Erdogan. Sebab itulah berita dalam Harakahdaily hanya berkisar mengenai aktiviti dan kehendak mereka terutamanya mengenai Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim.

Tuan Guru Presiden seringkali pening kepala dengan dua media rasmi utama PAS ini. Beberapa kali dikatakan bahawa beliau agak marah dengan akhbar Harakah dan Harakahdaily yang gagal mencerminkan lidah rasmi PAS dan gagal menyiarkan berita yang dianggap penting untuk disampaikan kepada ahli. Amat malang bagi seorang Presiden parti bila dia melantik seseorang untuk menerajui Akhbar Harakah dan Harakahdailiy tetapi mereka tidak mengikut arahan beliau.

8. Membeli Negeri dan Kawasan

Setelah lebih dari 18 tahun PAS memerintah Kelantan, yang kaya bukan PAS Kelantan tetapi Husam Musa. Semua orang tahu Husam banyak duit hasil dari kekayaan kerajaan negeri. Cuma dia bijak “berbelanja”. Dia tidak tunjuk kekayaannya atau berbelanja untuk membeli banglo mewah atau kereta mewah. Tetapi duitnya yang banyak digunakan untuk menjayakan cita-cita politiknya. Sudah berapa banyak kawasan dan negeri yang melaporkan bahawa Husam memberikan mereka wang yang agak banyak untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu.

Husam memang pandai kerana dia belajar daripada UMNO dan mentornya Anwar Ibrahim untuk bermain dengan politik wang. Dia tahu bahawa kawasan-kawasan atau negeri yang diberikannya wang sudah tentu akan terhutang budi dengan beliau dan akan menyokongnya kelak bila tiba masanya. Ada juga dikalangan pimpinan PAS di Perak dan negeri-negeri yang lain yang mendapat projek dan imbuhan secara tidak langsung daripada hasil balak di Kelantan. Semuanya hanyalah untuk membeli sokongan daripada negeri dan kawasan di dalam muktamar yang akan datang.

9. Memujuk Presiden untuk melepaskan jawatan
Diberitakan bahawa telah ada usaha-usaha untuk memujuk Tuan Guru Hj Hadi melepaskan jawatannya sebagai presiden PAS. Sebagai ganti beliau akan dilantik sebagai Mursyidul Am PAS setelah Tok Guru Nik Aziz dikatakan bersetuju dengan idea tersebut dan bersedia untuk memberi laluan kepada beliau. Dengan cara itu mudahlah Husam naik menduduki kerusi Presiden. Tetapi adakah Tuan Guru Presiden akan terpedaya dengan taktik bodoh seperti itu. Beliau seribu kali lebih cerdik daripada Husam Musa dan kumpulan Erdogannya.

Kesimpulannya, Husam Musa memang berusaha keras untuk menjadi Presiden PAS. Buat permulaan Husam perlu ketepikan dahulu Ustaz Nasaruddin untuk mendapatkan semula kerusi Timbalan Presiden dan seterusnya hajat beliau untuk kerusi Presiden. Beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk menjayakan cita-cita tersebut. Pokoknya.. matlamat mesti menghalalkan cara. Cuma mungkin beliau terlupa bahawa disebalik perancangan beliau, Allah lebih mengetahui. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Wednesday, October 28, 2009

ELAUN WAKIL RAKYAT NAIK, KHIDMAT BAGAIMANA?

Tahniahlah…wang saku semakin banyak.

Wakil Rakyat Kelantan yang kebanyakannya dari PAS akan bertambah duit dalam poket.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam meluluskan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tambahan bagi membolehkan elaun wakil rakyat, termasuk Menteri Besar dan Exco, dinaikkan selepas kali terakhir dinaikkan pada 2004.

Rang Undang-undang itu meminda Enakmen Saraan anggota pentadbiran kerajaan negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri 1980.

Ia dicadangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa dan disokong oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Perpaduan Masyarakat, Datuk Anuar Tan Abdullah.

Yang ada dua tiga bini akan bertambah legalah sedikit, biarpun kenaikan rata-ratanya RM1,000 sebulan.

Rang undang-undang itu kemudiannya diluluskan sebulat suara oleh semua 45 ahli dewan, termasuk enam pembangkang dalam persidangan DUN yang masuk hari ketujuh, semalam.
Persoalan yang wujud kini ialah sejauh mana wakil rakyat PAS Kelantan berkhidmat untuk rakyat.

Apa yang berlaku sejauh ini ialah mereka ternyata mengharapkan bantuan kerajaan Pusat untuk membantu rakyat.

Dengan kata lain, Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) menjadi ‘penyelamat’ mereka kerana jabatan inilah yang menjadi ‘tali hayat kepada mereka’.

Diharapkan dengan kenaikan elaun, khidmat wakil rakyat akan bertambah baik dan tidak lagi mengatakan ‘mereka wakil rakyat miskin’.

Dengan kelulusan enakmen itu, elaun bulanan Menteri Besar dinaikkan daripada RM10,200 kepada RM12,800, Timbalan Menteri Besar (RM6,600 kepada RM8,800), Speaker (RM5,400 kepada RM5,600) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) (RM3,600 kepada RM4,600).

Ketika membentangkan rang undang-undang itu, Husam berkata kadar elaun wakil rakyat itu sememangnya wajar dinaikkan kerana ia sudah lama tidak dipinda.

"Kenaikan itu juga bersesuaian dengan tugas dan peranan yang dimainkan oleh wakil rakyat yang semakin luas serta kos sara hidup yang semakin tinggi," katanya.
Husam berkata kenaikan itu masih kecil jika dibandingkan dengan wakil rakyat negeri lain yang sudah lama menikmatinya.

"Langkah kerajaan negeri menaikkan elaun itu juga bukan berasaskan kepada desakan atau permintaan mana-mana pihak, tetapi ia suatu keperluan," katanya.