Thursday, August 19, 2010

ADA USAHA MEMISAHKAN PULAU PINANG DARI MALAYSIA?

"...tindakan menggunakan nama ketua menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat adalah di luar daripada keputusan Majlis Raja-Raja. ..Lazimnya lafaz doa bagi khutbah kedua dibacakan untuk ketua negeri atau ketua agama Islam," Ahmad Zahid Hamidi.

Blogger gerakan-anti-pkr hari ini mendedahkan web anti Islam/Melayu yang paling keji iaitu Malaysiakini sedang dalam percubaan menghasut rakyat Malaysia untuk melakukan gerakan memisahkan beberapa buah negeri untuk menjadi sebuah kerajaan autonomi.

Katanya dia mula sedar tindakan mereka setelah membaca kenyataan Tan Sri Harussani yang mendakwa ada beberapa pihak sedang dalam perancangan untuk merubah perlembagaan Malaysia.

Dua bukti yang diberikan blogger berkenaan jelas menunjukkan usaha keras malaysiakini cuba menghasut rakyat untuk melakukan tindakan dan menyokong ide gerakan menjadikan beberapa negeri di Malaysia menjadi autonomi.

Lantas beliau mendesak agar Steven Gan,Prem Chand dan dua wartawan Malaysiakini ditahan dibawah ISA kerana cuba melakukan tindakan menghasut dan menjadi alat propaganda agenda separatis !

KLIK SINI NEIL KHOR 2 AUG
http://www.malaysiakini.com/news/138933
The recent spat between the Penang chief minister and the State Development officer brought to light an issue that most people think about but dare not suggest: autonomy for Penang.

KLIK SINI
http://www.malaysiakini.com/news/138925
JOE FERNANDEZ 2 AUG
Sabah opposition strongman Jeffrey Gapari Kitingan has urged that Sabah and Sarawak seriously consider creating new states within themselves.

He cites the vastness of the territory, empowerment within and without Malaysia, greater efficiencies through decentralisation and maximisation of potential, as reasons for doing so.

Saya pula tertarik membaca kenyataan Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam yang menimbulkan isu memprotes penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat.

Dengan sendirinya nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sengaja dicicirkan.

Berikutan itu, Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang memprotes penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penggunaan nama ketua menteri itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lepas di beberapa buah masjid sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong.

Beliau berkata tindakan menggunakan nama ketua menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat adalah di luar daripada keputusan Majlis Raja-Raja.

"Lazimnya lafaz doa bagi khutbah kedua dibacakan untuk ketua negeri atau ketua agama Islam," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang di Kepala Batas, hari ini.

Bukankah tindakan itu sebagai menidakkan Yang di-Pertuan Agong sebagai kepala negara?

Dan jika tidak mengiktiraf Yang di-Pertuan Agong, siapakah menjadi ketua negara?

Bukankah dengan mendoakan Guan Eng, beliau diiktiraf sebagai ketua negeri atau ‘ketua negara’ Pulau Pinang?

Aneh juga pihak yang menyediakan khutbah seolah-olah sudah tidak mengiktiraf Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dan pelindung agama Islam di negara ini.

Setakat ini tiada laporan polis dibuat berhubung perkara itu tetapi segala bukti berhubung perkara berkenaan memang ada, katanya.

Selain itu Ahmad Zahid turut mempersoalkan tindakan ketua menteri yang hadir pada majlis pengagihan wang zakat yang sepatutnya dilakukan oleh pemimpin Islam.

"Walaupun niat kerajaan negeri adalah untuk menggambarkan bahawa beliau (ketua menteri) seorang yang fleksibel tetapi mungkin ia mempunyai agenda tersembunyi bagi tujuan politik," katanya.

Ahmad Zahid berkata beliau turut dimaklumkan mengenai tindakan sebuah pusat khidmat anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) yang didakwa menyalurkan duit kutipan bazar Ramadan untuk kegunaan pusat khidmat berkenaan.

Katanya duit kutipan bazar Ramadan yang dibuka di kawasan tanah rizab masjid itu sepatutnya disalurkan untuk kegunaan masjid dan bukannya menampung kegiatan politik.

"Kerajaan negeri Pulau Pinang harus lebih sensitif dalam hal ehwal agama Islam, sekiranya mahu mewujudkan kesamarataan perlulah dengan kaedah yang betul," katanya.

Ahmad Zahid juga mengucapkan syabas dan terima kasih atas maklumat yang diberikan oleh masyarakat Melayu Pulau Pinang yang prihatin dengan perkembangan semasa di negeri itu.

'CINA ISLAM' TIDAK LAYAK MEMPERKATAKAN MENGENAI ISLAM?

Dr Ridhuan Tee Abdullah tak kata PAS kafir tetapi mengatakan PAS ‘suka mengkafirkan’ orang.

Di pihak PAS pula, cuba cermin diri PAS – berapa ramai pemimpinnya yang mengkafirkan UMNO dan pemimpin dan orang UMNO?

Kenapa Timbalan Ketua Pemuda PAS Azman Shapawi Abd Rani marah sangat dengan Ridhuan Tee apabila mengatakan kenyataan Cina mualaf' itu Ahad lalu cenderung memburukkan PAS, sedangkan sebagai pendakwah bebas dan ahli akademik beliau "tidak sepatutnya tidak menyebelahi mana-mana pihak."

"Beliau (Ridhuan) seharusnya mempelajari Islam dengan lebih mendalam sebelum menuduh PAS atas tuduhan yang sebegitu rupa," kata Azman Shapawi.

"Inilah akibat apabila belajar Islam dengan UMNO yang memisahkan politik dengan agama yang mengakibatkan ramai yang kabur dengan Islam sebenar termasuk Ridhuan Tee sendiri, " katanya.

Kenapa sebut Cina Mualaf? Apakah Cina Mualaf rendah taraf Islamnya berbanding Melayu yang Islam kerana keturunan?

Selain itu dia tidak belajar Islam dengan UMNO sekadar yakin UMNO memperjuangkan Islam seperti juga PAS.

Azman Shapawi jangan menghina sesama Islam begitu.

Ridhuan Tee diminta menarik balik kenyataannya yang mendakwa parti Islam itu "suka mengkafir" atau mengisytiharkan saja penyertaannya dalam Umno.

Jika Pemuda PAS marah dengan kenyataan keras Ridhuan Tee, PAS perlu juga melihat apa yang ditulis dalam blog Cina Islam yang ditulis oleh wakil rakyat PAS Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim.

Apakah 'Cina Mualaf' ini menulis dengan adil dan tidak mengatakan orang UMNO yang juga sahabat Islamnya?

Dalam satu kenyataan kelmarin, Azman Shapawi berkata sebagai seorang ahli akademik yang mendapat pendidikan Islam di peringkat pengajian tinggi, Ridhuan sepatutnya lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan.

“Pemuda PAS menyifatkan bahawa kenyataan Ridhuan Tee (itu) tidak mencerminkan tahap pencapaian pendidikan yang beliau perolehi,” katanya.

Menurut Azman Shapawi, kenyataan pensyarah agama di Universiti Pertahanan Malaysia itu merupakan tuduhan yang serius dan boleh mencemarkan nama baik PAS sebagai parti yang berjuang menegakkan Islam.

Hakikatnya semakin ramai ulama kini berani menegur PAS dan konco-konconya.

Jika dahulu, kita jarang mendengar ulama mengkritik PAS, kini keadaan sudah semakin berubah. Kritikan Dr. Ridhuan Tee Abdullah terhadap PAS dalam tulisannya baru-baru ini mengundang amarah mereka, sehingga ada yang tergamak memintak beliau menyertai UMNO sahaja.

Bagi kita pemimpin kini adalah ‘ manusia biasa’ bukannya ada kelebihan kalaupun bergelar Tok Guru.

Mufti Perak misalnya sering berusaha memberikan pandangan berbeza dengan pemimpin PAS yang melencong agak jauh.

Beberapa ulama pondok di Kelantan juga semakin berani menentang pemikiran "aneh" Nik Aziz.
Kemasukan 40 ulama muda ke dalam UMNO memperlihat perjuangan PAS yang semakin jauh terpesong daripada menegakkan daulah Islamiyyah dan hukum Hudud. PAS boleh menuduh apa-apa sahaja yang mereka suka terhadap ulama-ulama ini, katalah sesuka hati mereka, "Ulama UMNO". "Ulama Upahan", "Ulama Terompoh" atau "Ulama Suu'" - semua ini sama sekali tidak akan memadam cahaya kebenaran.

Baca dan fikir apa kata Ridhuan Tee mengenai kedudukan semasa dalam konteks pendidikan dan politik:

1. Kolumnis ultra kiasu The Centre for Policy Initiative (CPI), dalam artikel terbarunya minggu lalu, berulang kali menyebut nama saya. Artikel kontroversinya turut mengundang laporan polis oleh Perkasa. Saya hanya ketawa kecil membaca artikel tersebut kerana ternyata kolumnisnya amat jahil dalam memahami sejarah dan kehidupan bernegara, apatah lagi untuk memahami perlembagaan.

2. Beliau yang tinggal di bumi bertuah ini langsung tidak bersyukur, malah mempersendakan dan menghinakan kedudukan istimewa agama Islam dan Melayu sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

3. Saya cadangkan beliau berhijrah ke negara lain, jika negara ini sudah tidak ada lagi kebebasan baginya. Pergilah ke negara asal-usulnya atau ke barat, kerana di sana lebih banyak ‘kebebasan’ untuk membina gereja paling besar dan patung paling tinggi di dunia serta, sekolah vernakular, termasuk juga melakukan perbuatan sumbang seperti seks bebas.

4. Nak kata beliau bangga dengan keturunannya, tidak juga, sebab beliau lebih gemar menggunakan nama Mat Salleh walaupun matanya begitu sepet. Beliau membuat analogi sampahnya melalui permainan bolasepak semata-mata untuk menghina Islam dan Melayu. Nasihat saya, tidak payah berbelit-belit kerana ia menampakkan kedangkalan ilmu beliau. Beliau begitu anti Melayu dan Islam.

5. Ternyata beliau amat jahil (mungkin sengaja) dalam memahami perlembagaan dan asal-usul negara ini atas sikap ultra kiasu. Keadilan baginya adalah sama rata dan sama rasa bukan meletakkan sesuatu pada tempatnya. Apakah beliau tidak menyedari bahawa bilangan rumah ibadat bukan Islam melebihi berkali ganda daripada masjid dan surau. Pun begitu beliau masih tidak berpuas hati. Beliau mahukan patung Mazu dan patung-patung lain serta gereja menjadi mercu tanda, terbesar dan tertinggi, barulah iatu dinamakan adil, bertepatan dengan hak kebebasan dan hak asasi manusia.

6. Saya cadangkan beliau supaya membawa ideanya itu ke negara barat, mungkin negara asal usulnya di China. Cadangkan apa yang beliau mahu terhadap mereka. Saya amat yakin cadangan beliau akan ‘dibakul sampahkan’ sebab tidak masuk akal, kecuali di Malaysia, kerana toleransi ditunjukkan oleh pribumi tidak ada tolok bandingnya. Pergilah ke Kelantan, orang bukan Melayu boleh dikira dengan jari, tetapi mereka memiliki patung Buddha yang begitu besar sekali. Ini belum termasuk Pulau Pinang dan negeri-negeri lain. Masihkah tidak bersyukur?

7. Keistimewaan Islam termasuk mengembangkan syiar Islam seperti membina masjid dan surau sudah termaktub dalam perlembagaan. Namun, kebanyakan surau dan masjid kebanyakannya dibina menggunakan peruntukan wang zakat, walaupun tidak salah jika kerajaan mahu menggunakan wang negara. Tetapi untuk mengelakkan kontroversi, pemimpin negara hanya menggunakan harta orang Islam sahaja. Tidak kurang yang membinanya melalui kutipan derma dan sedekah hartawan. Apakah beliau masih buta mata hatinya? Jangan pulak kata kerajaan tidak memberikan peruntukan kepada rumah ibadat bukan Islam.

8. Seringkali saya timbulkan kenapa perlukan bilangan rumah ibadat yang banyak dan bersaiz tinggi dan besar, sedangkan keperluan penganutnya tidak seberapa ramai? Justeru, tidak perlulah gatal tangan membeli dan buka gereja di rumah kedai. Lepas itu salahkan kerajaan kerana tidak membantu membiayainya. Janganlah jadi kafir harbi.

9. Ketika Perlembagaan digubal, Kerajaan British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Kerajaan British sendiri, penasihat Majlis Raja-Raja dan pemimpin-pemimpin parti. Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya ini begitu memahami kedudukan Tanah Melayu ketika itu.

10. Kedudukan pribumi dan pandangan mereka diperhalusi. Maka tidak hairanlah lima perkara utama berkaitan Islam dan pribumi difokuskan seperti kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata. Walaupun PAS menuduh Perlembagaan Reid ini perlembagaan kafir kerana kerjanya suka mengkafir, ruang untuk Islam dan pribumi berkembang begitu besar, dengan tidak menafikan hak bukan Islam. Kelebihan yang dinikmati oleh Islam dan pribumi inilah yang menimbulkan kedengkian dan rasa tidak puas beliau dan ultra kiasu yang lain.

11. Mereka sengaja tidak mahu sedar bahawa dengan kelebihan ini juga, mereka beroleh keuntungan. Aktiviti keagamaan mereka tidak pernah disekat, malahan mereka bebas untuk mengamalkannya tanpa diganggu-gugat. Sedih juga kadangkala melihat umat Islam sembahyang jumaat berjemur sehingga ke jalan raya disebabkan saiz masjid yang tidak dapat menampung keperluan jamaah. Itupun masih dipertikaikan.

12. Pertikaian mengenai status agama Islam seolah-olah tiada penghujung walaupun ia amat sensitif. Beliau tidak setuju dengan mata pelajaran agama Islam yang diajar di sekolah dan budaya berdoa ketika perhimpunan seminggu sekali yang tidak sampai tiga minit pun. Terlalu bersifat Islam dan Melayu katanya. Sekiranya inipun dicabut, apakah yang masih tinggal? Apa guna perlembagaan? Sebagai ganti pelajar bukan Islam boleh mempelajari mata pelajaran bahasa ibunda dan pendidikan moral yang sudah diselitkan serba sedikit ajaran agama lain. Tidak cukupkah lagi? Beri betis nak peha. Satu sahaja yang saya pinta agar beliau dan sekutunya, beramal dengan ajaran agama mereka dengan menjauhi judi, arak, zina, seks bebas dan lain-lain. Barulah aman negara ini.

13. Cuba siasat silibus mata pelajaran di negeri China dan di India, adakah matapelajaran agama Islam diberikan hak kepada minoriti umat Islam Cina di sana? Sudah tentu tidak. Malah mereka ditindas. Begitu juga di negara barat, berdoa mengikut ajaran Kristian adalah perkara biasa. Umat Islam di sana diam sahaja kerana mereka tahu itu bukan negara asal mereka. Kenapa mahu mempertikaikan bacaan doa dalam sebuah negara Islam?

14. Adakah dengan amalan doa tersebut, hati orang bukan Islam akan cair lantas memeluk Islam? Benci sungguh beliau terhadap Islam. Doa adalah salah satu amalan budaya orang Melayu Islam. Takkan kita mahu hapus semua identiti pribumi semata-mata mahu meraikan orang lain. Jika begitulah keadaannya, tukar sahaja nama Malaysia kepada Cinasia atau Indiasia. Pelik sungguh species sebegini, tak habis-habis cuba mencabar kedudukan Islam dan pribumi.

15. Begitu juga dengan Sekolah Missionari yang telah diambilalih oleh kerajaan. Bukanlah menjadi isu besar jika identiti penjajah seperti lambang salib ditukar kepada identiti tempatan. Tidakkah ia perlu diMalaysiakan sifatnya sesuai dengan keadaan masyarakat di sini? Kenapa masih mahu mengekalkan identiti penjajah? Apakah mengekalkan identiti Melayu atau tempatan bermakna memelayukan bukan Melayu? Apakah kita langsung menolak asimilasi walaupun sedikit? Apakah majoriti langsung tidak ada hak dalam masyarakat minoriti?

16. Beliau tidak perlu menghantar ‘anak’nya (jika ada anak sah taraf) ke sekolah kebangsaan, jika dia tidak yakin dengan sekolah kebangsaan atau pun mungkin dimelayukan. Kehadiran ‘anak’ beliau tidak diperlukan di sini. Hantar sahaja ‘anak’nya itu ke sekolah di negara asal-usulnya atau ke seberang laut. Cubalah buat kajian berapa ramai produk pelajar bukan Melayu yang telah berjaya hasil didikan di sekolah kebangsaan peringkat menengah setelah mereka tamat pembelajaran di sekolah vernakular? Tidak juga mereka memeluk Islam melalui amalan doa pagi ketika perhimpunan.

17. Persoalan juga ditimbulkan mengenai pertubuhan bukan Islam di sekolah seperti yang telah saya tulis dalam Mingguan Malaysia 1 Ogos 2010. Tidak perlu saya ulang. Bacalah. Persoalan kenapa bukan Islam tidak boleh berdakwah kepada orang Islam, bacalah perlembagaan, jangan jadi jahil.

18. Beliau juga membangkitkan mereka yang memeluk Islam yang dibantu dari segi kewangan. Tidakkah beliau tahu bahawa bantuan tersebut dibuat melalui asnaf zakat, bukan wang sekutu ultra kiasu beliau yang selalu cuba mengelakkan diri daripada membayar cukai? Janganlah terlalu berani mencabar.

19. Sebenarnya semua perkara yang dibangkitkan itu adalah tuntutan pertubuhan haram Inter- Faith Council (IFC) dan Majlis Peguam satu ketika dahulu. Agama Islam dilabelkan sebagai zalim kerana tidak membenarkan mereka yang memeluk Islam untuk murtad kembali.

20. Beliau tidak perlu mengambil kes Susie Teoh, Banggarma dan Azlina Jailani (Lina Joey) untuk dijadikan isu. Kes mereka ini agak rumit disebabkan oleh perancangan jahat tangan di belakang dan orang seperti beliau. Islam tidak benarkan seseorang itu setelah memeluk Islam, keluar sewenang-wenang ibarat kedai kopi. Inilah yang membezakan antara Islam dengan agama beliau. Lagipun kita tidak pernah memaksa bukan Islam memeluk Islam. Tetapi setelah memeluk Islam, mereka tidak boleh boleh keluar sesuka hati. Kehormatan Islam mesti dipelihara baru ada beza dengan beliau. Jika tidak Islam sama sahaja dengan agama lain. Beliau sebut sahaja tiga isu murtad ini, saya sudah dapat tangkap niat jahat di sebalik perkara ini dibangkitkan.

21. Umat Islam menghalang Azlina Jailani murtad kerana bercanggah dengan perlembagaan persekutuan perkara 160 (2) mengenai definisi Melayu dan Islam. Azlina bukan lagi Melayu setelah keluar Islam sebab Melayu mesti beragama Islam mengikut perlembagaan. Maknanya, Lina sudah tidak ada bangsa. Maka dia sudah tidak layak bermukim di bumi tercinta ini sebab bangsanya telah tiada.

22. Beliau juga mengambil berat tentang adik saya yang turut memeluk Islam. Terima kasih. Adik saya memeluk Islam kerana beliau banyak mengkaji Islam selain daripada melihat contoh abangnya seperti saya. Oleh kerana adik saya tidak anti Islam, beliau sanggup duduk dalam kelas untuk belajar agama Islam kerana minat yang amat mendalam terhadap Islam. Pada saya elok juga beliau dan sekutunya belajar sedikit tentang agama majoriti ini untuk mengelakkan salah faham, daripada terus menyakitkan hati orang Islam dan menghina Islam.

23. Cuba kita bandingkan bagaimana keadaan orang Islam yang tinggal di kawasan majoriti bukan Islam. Toleransinya amat tinggi. Umat Islam tidak menimbulkan masalah kepada bukan Islam, kecuali haknya diambil dan mereka ditindas, seperti yang berlaku di Selatan Thai, Filipina dan Palestin. Melayu Islam di Singapurapun tidak bising-bising walaupun tanahair mereka dirampas. Mereka duduk diam-diam sahaja, walaupun hak Islam dan Melayu mereka semakin hari semakin dicabut dan terhakis serta dicairkan oleh orang sekutu beliau.

24. Lihatlah toleransi kita di sini. Pada saya kerana Melayu memeluk Islam 600 tahun lalulah yang menyebabkan orang bukan Islam boleh hidup senang-lenang di bumi bertuah ini. Nilai-nilai Islam mengajar orang Melayu supaya menjaga hak bukan Islam dan jangan menganiayai mereka. Andainya orang Melayu tidak memeluk Islam, apakah nasib bukan Melayu akan menjadi seperti umat Islam di negeri China atau di India, yang begitu tertindas dan teraniaya? Sebenarnya Islamlah yang melembutkan hati orang Melayu untuk menerima orang bukan Melayu di negara ini. Justeru, janganlah kedudukan Islam itu diungkitkan dan disalahkan kerana ia amat menghiriskan hati kami.


Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, merangkap Setiausaha Agong, Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis

Sunday, August 15, 2010

ISU KEPALA SURAT JEJASKAN SOKONGAN TERHADAP DAP?

Oleh Alan Ting (Bernama, 14 Ogos 2010)

Para penganalisis politik berbeza pendapat tentang sama ada kekecohan berhubung isu penyalahgunaan kepala surat DAP di Selangor baru-baru ini akan menjejaskan sokongan orang ramai terhadap parti yang mengganggotai Pakatan Rakyat itu.

Dr Sivamurugan Pandian percaya isu itu boleh menjejaskan imej DAP, tetapi James Chin pula berpendapat sebaliknya.

Kekecohan itu tercetus selepas anggota Majlis Perbandaran Klang Tee Boon Hock (gambar kanan) didapati menggunakan kepala surat DAP kepunyaan anggota exco Selangor Ronnie Liu (gambar kiri) untuk menulis surat sokongannya. Akibat perbuatan itu, Tee dipecat daripada jawatannya.

Berikutan isu itu, DAP turut memecat Tee daripada parti itu, manakala Liu pula diberi amaran keras oleh jawatankuasa disiplin parti kerana gagal mengurus pejabatnya seperti yang diharapkan oleh orang ramai.

Jawatankuasa itu juga meminta speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Teng Chang Khim supaya lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan atau berkomunikasi melalui "tweeter" setelah beliau didapati menyebarkan maklumat melalui perkhidmatan itu, dengan menulis "OMG, the real culprit freed", berikutan pemecatan Tee.

Ada pihak berpendapat keputusan yang diambil jawatankuasa itu adalah tepat untuk mengelak daripada tercetusnya perbalahan berikutan isu penyalahgunaan kepala surat berkenaan.

Sesetengah pihak pula berpendapat kini, DAP perlu menangani masalah berkaitan integriti dalam pentadbirannya untuk memenuhi harapan para penyokongnya.

Dr Sivamurugan berkata sebelum 2008, orang ramai tidak begitu peduli tentang apa yang berlaku dalam DAP.

"Ketika itu, mereka tidak begitu mengambil kesah, tapi kini mereka mengikuti dengan cukup teliti kerana ingin berhati-hati dengan undi yang akan mereka berikan pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Beliau berkata selama ini, DAP meuwar-uarkan bahawa kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan (CAT) menjadi dasarnya dalam mentadbir kerajaan, seperti yang dilakukannya di Pulau Pinang selepas pilihan raya umum 2008.

Tetapi, kata Dr Sivamurugan, DAP tidak boleh menafikan bahawa wujud "keretakan, penjahat atau puak" dalam parti itu.

"Perkara yang akan menjadi isu ialah bagaimana DAP boleh membiarkan perkara itu berlaku, sedangkan ia memperjuangkan CAT," kata beliau.

Bagaimanapun, Chin pula yakin bahawa kes Tee tidak memberi kesan langsung terhadap para penyokong tegar parti itu.

Beberapa anggota parti itu mendedahkan bahawa perkara tersebut telah dibincangkan dengan panjang lebar dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP pada Khamis malam, yang dihadiri semua anggota CEC, kecuali Teng.

Malah, Liu diminta meninggalkan mesyuarat itu apabila perkara berkenaan dibincangkan, kata seorang pemimpin DAP.

Ada pihak berpendapat bahawa keputusan yang diambil jawatankuasa disiplin DAP itu samalah seperti memberi kad kuning kepada Liu dan amaran lisan kepada Teng dalam satu perlawanan bola sepak.

Pada waktu yang sama, ada pula pihak yang bertanya sama ada keputusan yang diambil jawatankuasa disipilin itu adalah memadai untuk memperbaiki kerosakan yang mereka rasa telah berlaku terhadap imej parti berkenaan.

Satu sumber berkata pengerusi jawatankuasa disiplin, yang juga anggota Perlimen Cheras, Tan Kok Wai menjelaskan bahawa jawatankuasa itu hanya boleh memberi amaran keras kepada Liu kerana tidak terdapat bukti yang boleh menyokong dakwaan Tee bahawa Liu memang tahu tentang surat sokongan yang telah dikeluarkannya.

Ini mendorong beberapa pemimpin kanan DAP meminta jawatankuasa disiplin menambahkan hukuman memandangkan keseluruhan episod itu menimbulkan keraguan orang ramai terhadap parti berkenaan dan parti itu tidak perlu "memperbaiki imejnya".

"Banyak orang bercakap tentang isu ini, malah ada yang mencadangkan agar Liu berundur secara sukarela sebagai anggota exco, tetapi perkara ini ditentang oleh beberapa pemimpin dengan alasan hukuman itu tidak boleh ditambah kerana tiada peruntukan mengenainya," kata sumber berkenaan.

CEC menangguhkan keputusannya berhubung rayuan Tee agar keputusan jawatankuasa disiplin memecatnya, dibatalkan.

Setiausaha agung parti, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata CEC perlu berbincang dengan kerajaan Selangor sebelum membuat keputusan berhubung perkara itu.

"Nampaknya, Tee dipecat oleh kerajaan negeri kerana sebab lain. Oleh itu, kami perlu mendapatkan penjelasan mereka terlebih dulu," katanya.

Ketika mengumumkan keputusan jawatankuasa itu pada Rabu, pengerusinya berkata "episod ini telah merosakkan imej parti".

Tetapi, soalan seterusnya ialah adakah episod berkenaan menjejaskan sokongan orang ramai terhadap DAP? Yang pasti, jawapan bagi soalan ini akan diketahui apabila tiba masanya kelak.

SELANGOR PERLU TUBUH SEMULA 'BLUE TEAM'

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, semalam berkata kerajaan negeri Selangor perlu menubuhkan pasukan penguatkuasa khas bagi membanteras kecurian pasir jika ia serius ingin menghapuskan kegiatan itu.

Dr Khir berkata, semasa beliau menjadi Menteri Besar dahulu sepasukan 40 penguatkuasa yang dikenali sebagai "Blue Team" telah ditubuhkan bagi memerangi kegiatan kecurian pasir di Selangor tetapi pasukan itu telah dibubarkan oleh kerajaan negeri sekarang.

Beliau juga menafikan dakwaan EXCO Kerajaan Negeri, Ronnie Liu, bahawa pasukan Blue Team ditubuhkan di zaman Tan Sri Muhammad Muhd Taib menjadi Menteri Besar dan telah dibubarkan apabila beliau menjadi Menteri Besar.

"Pembubaran Blue Team ini baru setahun, iaitu di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media di Kuala Selangor.

Beliau mendakwa dengan pembubaran pasukan penguatkuasa ini, maka kurang pemantauan mengenai kegiatan mencuri pasir ini di peringkat bawah kerana anak syarikat kerajaan negeri Kumpulan Semesta Sdn Bhd hanya menguruskan perniagaan pasir dan tidak mempunyai kuasa untuk membendung kegiatan mencuri pasir.

Dr Khir berkata, kalau kerajaan negeri bersungguh-sungguh untuk membanteras kegiatan mencuri pasir, ia perlu menubuhkan satu pasukan penguatkuasaan baru yang dikendalikan oleh Pejabat Tanah dan Galian.

Beliau juga berkata, kakitangan Pejabat Tanah dan Daerah perlu digerakkan untuk mengawal selia kawasan lombong pasir sah milik Kumpulan Semesta bagi memastikan tiada pasir yang diangkut keluar dari lombong itu di luar waktu operasi iaitu dari pukul lima pagi hingga tujuh malam atau pukul lapan pagi hingga enam petang.

Dr Khir berkata beliau khuatir jika perlombongan pasir haram atau yang tidak terkawal berleluasa akan mencemarkan sungai dan mempercepatkan krisis bekalan air di Lembah Klang.

Ditanya mengenai pandangan Pengarah Eksekutif Kumpulan Semesta, Ir Ramli Abdul Majed, bahawa lubang bekas lombong boleh digunakan sebagai kolam simpanan air, beliau berkata kajian Kumpulan Darul Ehsan Bhd sebelum ini menyatakan 80 peratus lombong di Selangor airnya tidak boleh diminum kerana dicemari oleh bahan kimia atau arsenik.

Pada 15 Julai lalu, Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar kiri) , berkata kerajaan Pusat dilihat enggan memberi kerjasama membanteras beberapa kes curi pasir di Selangor walaupun kerajaan negeri telahpun menyerah maklumat berwajib sehari sebelum itu.

Beliau berkata demikian ekoran melihat kengganan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerima surat maklum balas daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Dah terima surat tentang siapa curi pasir, kroni pemimpin Umno bahagian mana yang terbabit, kenapa Muhyiddin dan Hishammuddin tak terima dan diam," soal beliau pagi di lobi Parlimen.

Difahamkan, Khalid turut menyerah surat maklum balas yang sama kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar supaya membanteras sendikit curi pasir itu.

Katanya lagi, kerajaan Pusat sepatutnya mengambil tanggungjawab bersama membanteras sindiket mencuri pasir memandangkan pihak berkuasa di bawah bidang kuasa kerajaan pusat.

Beliau yang juga AJK Pemuda PAS Pusat turut menasihatkan Dr.Khir supaya tidak melindungi pihak terbabit memandangkan aktiviti curi pasir dilihat mula giat sejak beliau menjadi Menteri Besar.

"Jangan setakat fitnah itu dan ini, dia (Mohamad Khir) kena dedah sindiket itu sekiranya dia masih ingat," beliau menambah.

Sehubungan itu, beliau menyuarakan rasa yakin bahawa rakyat tidak terkeliru dengan dakyah-dakyah Umno yang mahu merampas kerajaan negeri daripada rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

Pada 14 Julai,Menteri Besar mengaku bahawa pengurusan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. masih lemah walaupun syarikat itu adalah syarikat berkaitan kerajaan negeri itu.

Ini kerana, beliau di DUN Selangor berkata, kerajaan negeri kurang mendapat kerjasama daripada pihak penguatkuasaan berwajib yang nyata di bawah bidang kuasa pusat.

Namun, Muhyiddin pada satu kenyataan media yang lain mengetepikan alasan Khalid itu dengan mendakwa bahawa kerajaan Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat tidak mampu menguruskan isu pasir sebagaimana era Umno BN memerintah negeri.

Pun begitu, Mohamad Khir sendiri sehingga kini difahamkan masih belum menyatakan kesediaan untuk mendedahkan sindiket curi pasir yang berlaku ketika beliau menjadi Menteri Besar dulu.