Thursday, May 24, 2012

Isu Air - Khalid Nafi Rizab Air Selangor Tahap Kritikal..


Kerajaan Selangor mempelawa Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui serta wakil rakyat pembangkang melawat tujuh empangan air di negeri itu bagi membuktikan kadar rizab air negeri berada pada tahap yang selesa.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, berdasarkan laporan terbaru Lembaga Urus Air Selangor (Luas), simpanan air mentahdi semua empangannya melebihi 100 peratus simpnan.

"Keputusan untuk menganjurkan lawatan ini selepas mereka mengeluarkan beberapa kenyataan salah mengenai kadar rizab air untuk menunjukkan seolah-olah krisis air berlaku di Selangor.

"Perlu diingatkan bahawa kerajaan negeri sentiasa memantau isu perkembangan rizab air di mana Luas akan memberi laporan bertulis dari masa ke masa," katanya pada sidang media selepas mesyuarat exco disini, Rabu.

Selain itu Abdul Khalid berkata statistik terkini jumlah takungan sumber air empangan di Selangor ialah sebanyak 522.655 juta meterpadu.

"Sejak Februari tahun ini semua tujuh empangan berada dalam keadaan memuaskan dan mampu untuk membekalkan sumber air kepada semua loji pembersihan air di Selangor.

"Ini jelas menunjukkan bahawa kenyataan bahawa kadar rizab air Selangor hanya tinggal 2.4 peratus sahaja berbanding kadar sepatutnya iaitu 20 peratus adalah salah dan bercanggah dengan data yang diberikan Luas," katanya.

Wednesday, May 23, 2012

Rumah Urut Berleluasa - Selangor Buat Keputusan Hari Ini


Kita nak lihat apa Kerajaan Selangor akan membuat ketetapan mengenai kegiatan rumah urut yang semakin berleluasa di negeri itu.

Keputusan itu katanya akan dibuat pada mesyuarat mingguan EXCO negeri hari ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata kerajaan negeri memandang serius isu itu dan akan mencari jalan terbaik bagi menanganinya termasuk kemungkinan mengadakan rancangan penempatan semula.

"Saya akan umumkan esok dan akan ada satu keputusan untuk mengatasi masalah ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Negeri Selangor 2012 di Muzium Sultan Alam Shah semalam.

Jumlah rumah urut yang semakin bertambah di Selangor membimbangkan banyak pihak terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa pusat urut tumbuh bagai cendawan sehingga merebak ke kawasan penempatan setinggan sejak kebelakangan ini.

Menurut mereka di kawasan Pandan Indah sahaja, terdapat lebih 80 pusat urut dan lebih 200 pusat urut beroperasi di Klang selain berpuluh-puluh lagi di Kuchai Lama, Damansara dan Ampang Jaya.

Sebuah akhbar berbahasa Melayu semalam melaporkan bahawa di Kuala Selangor terdapat enam pusat urut beroperasi dalam satu kawasan perdagangan yang baru dibuka manakala pusat urut juga dibuka di kawasan luar bandar iaitu tiga di Sekinchan, Sungai Besar (dua) dan masing-masing satu di Sabak Bernam dan Tanjong Karang.

Abdul Khalid, bagaimanapun, enggan mengulas gesaan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar, baru-baru ini supaya menteri besar itu menyerahkan portfolio agama Islam yang dipegangnya kepada pemimpin PAS kerana kegagalan mengawal pertambahan rumah urut di Selangor.

"Kegiatan rumah urut di Selangor sudahpun berleluasa sebelum 2008 lagi," katanya.

Monday, May 14, 2012

Aishah Serah Borang Jadi Ahli PAS...

Selamat Berjuang Aishah!

Penyanyi popular bersuara lunak dan Juara Lagu 1990, Wan Aishah Wan Arifin yang popular dengan Lagu 'Janji Manismu' secara rasmi menyertai PAS apabila menyerahkan borang keahlian PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam semalam.


Ia berjalan di dewan besar, Kolej Universiti Zulkifli Mohamad (KUIZM) Taman Melewar dalam majlis ceramah perdana "Rakyat Melangkah Ke Putrajaya".

Turut serta di majlis anjuran PAS Kawasan Batu itu adalah Tamrin Ghafar dan Datuk Seri Chua Jui Meng.

Penyajak tersohor, Pyan Habib turut mendeklimasikan beberapa sajaknya.

Dengan penyertaan Aishah, sudah ramai artis dan para sastrawan yang menyertai PAS...

(Harakahdaily)

Tuesday, May 8, 2012

Tian Chua, Anak Melayu Mana yang Kau Dah Ngandungkan?


Dalam kebanyakan pemimpin PKR, Tian Chua merupakan pemimpin yang paling selamat, sekalipun ramai yang sangat tahu bagaimana dia merupakan salah seorang daripada jentera kejahatan terhebat PKR. Add Image
Kali pertama terkenal ialah apabila Tian Chua berbaring di hadapan lori FRU di hadapan Pasar Seni pada demonstrasi REFORMASI pada penghujung 1990-an lalu.

Kemudian terkenal lagi apabila Tian Chua membuat gambar palsu untuk mengenakan Najib Abdul Razak dalam kes pembunuhan model berbangsa Mongolia, Altantuya Shiiribu. Gambar tersebut kemudian dijadikan modal oleh Anwar Ibrahim untuk dijaja-jaja kononnya sebagai bukti yang Najib terlibat membunuh Altantuya Shiiribu.

Kemudian terkenal lagi kerana Tian Chua mengesahkan bahawa PKR mendapat dana daripada George Soros, si Zionis yang telah berusaha menjajah Malaysia menerusi serangan ke atas fundamental ekonomi dan kewangan negara ini pada tahun 1997.

Pendek kata, banyak sangatlah kerja-kerja yang dilakukan oleh Tian Chua untuk menjahanamkan negara demi memuaskan hati tuan-tuan besarnya, terutama sekali Anwar Ibrahim.

Kini, Tian Chua menyertai pemimpin-pemimpin besar PKR yang lain seperti Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Nurul Izzah dan Zuraidah Kamaruddin, diglamourkan lagi dengan skandal seks.

Menurut Raja Petra Kamaruddin, atau RPK yang pernah diangkat sebagai DEWA oleh para penyokong Pakatan Rakyat, Tian Chua telah MENGHASILKAN anak perempuan seorang pemimpin kanan PKR mengandung menerusi skandal seks haram dan kemudian menggugurkan bayi yang sedang dikandung bagi menutup malu.

Cerita ini sebenarnya tidak pernah tersebar dan diketahui oleh mana-mana pihak kecuali yang datang dari dalam kelambu PKR sendiri.

PKR kebelakangan ini bagaikan sedang dilanda musibah dan tulah yang berturut-turut. Anehnya, segala masalah dalam PKR segera dihalakan kepada UMNO walaupun PKR sebenarnya bukanlah impak besar dalam PRU berbanding PAS dan DAP. PKR sebaliknya seperti yang diketahui oleh semua orang, hanya menumpang kekuatan logistik PAS dan menggunakan DAP untuk memujuk pengundi-pengundi bukan Melayu.

Jelas terbukti, ialah kekalahan besar PKR di Sarawak dalam Pilihanraya Negeri bulan April tahun lalu walaupun dari awal lagi PKR telah membuat gendang besar, kononnya mereka akan mengambilalih tampuk kepimpinan serta pentadbiran negeri dari Taib Mahmud. Bagaimanapun, PKR berjaya menguasai beberapa kerusi dengan bantuan DAP yang menggunakan kempen penghapusan kuasa Taib Mahmud terutama di kalangan masyarakat pengundi Cina.

Skandal-skandal seks semakin ketara dan semakin kerap didedahkan. Walaupun setiap kali pendedahan segera dihalakan kepada UMNO, namun semakin ramai yang tahu pendedahan-pendedahan sebegitu sebenarnya dibuat dari kalangan PKR sendiri sepertimana yang berlaku ke atas Azmin Ali.

Jangan hairan apabila Tian Chua akan segera menyalahkan UMNO dan para penyokong pula menyatakan bahawa ianya adalah FITNAH JAHAT UMNO sepertimana yang diamalkan oleh para pemimpin PKR dan DAP selama ini!!!

flying kick

Tuesday, April 24, 2012

Janji Mulut Manis Manis Pembangkang Yang Bertukar Pahit!!!


Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed semalam mahu rakyat Selangor sedar mengenai janji manis pakatan pembangkang yang akan hanya tinggal janji jika terus memerintah.

“Jika janji yang termaktub dalam manifesto pun boleh dimungkiri, inikan pula janji mulut manis pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak pernah jujur.

“Pada Pilihanraya Umum 2008, Pihak PKR dan PAS telah berjanji akan mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10%.

Perkara ini bukan hanya dijaja di ceramah-ceramah mereka malah dicetak sebagai salah satu manifesto janji mereka jika berjaya mentadbir Negeri Selangor.

Hasil dari penipuan dan janji palsu ini, mereka berjaya memerintah negeri Selangor.” Tegas Mohd Zin.

Namun apa yang berlaku? Janji tinggal janji.

“Alhamdulillah, rakyat Selangor tidak perlukan masa yang lama untuk melihat penipuan pemimpin Pakatan Rakyat satu demi satu.

Pelbagai kepincangan berlaku dan pemimpin ketiga-tiga parti ini mengaku bersama dalam semua hal, hakikatnya, mereka ini seperti tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain, “ katanya dalam satu kenyataan semalam.

Baca seterusnya KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG JANJI MENGURANGKAN CUKAI PINTU RUMAH KEDIAMAN SEBANYAK 20% DAN CUKAI PREMIS KOMERSIAL SEBANYAK 10%

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
SALAM 1MALAYSIA

Pemimpin Pakatan Rakyat memang terkenal dengan janji-janji manis sehingga sanggup menjanjikan apa sahaja asalkan mendapat undi daripada Rakyat.

Perkara ini terbukti bukan sahaja sekarang ini malah sejak dahulu lagi. Bukti paling nyata adalah manifesto Pakatan Rakyat Negeri Selangor pada PRU 2008 sebelum ini. Jika janji yang termaktub dalam manifesto pun boleh dimungkiri, inikan pula janji mulut manis pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak pernah jujur.

Pada Pilihanraya Umum 2008, Pihak PKR dan PAS telah berjanji akan mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10%. Perkara ini bukan hanya dijaja di ceramah-ceramah mereka malah dicetak sebagai salah satu manifesto janji mereka jika berjaya mentadbir Negeri Selangor. Hasil dari penipuan dan janji palsu ini, mereka berjaya memerintah negeri Selangor.

Alhamdulillah, rakyat Selangor tidak perlukan masa yang lama untuk melihat penipuan pemimpin Pakatan Rakyat satu demi satu. Pelbagai kepincangan berlaku dan pemimpin ketiga-tiga parti ini mengaku bersama dalam semua hal, hakikatnya, mereka ini seperti tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain.

Seawal sebulan selepas Pakatan Rakyat memerintah Selangor, MB Kahlid Ibrahim membuat pengumuman bahawa janji untuk menurunkan cukai pintu kediaman dan cukai premis komersial tidak dapat dilaksanakan. Belum pun sampai sebulan memerintah, janji manifesto terpaksa ditarik balik. Inilah namanya pemimpin yang hanya berjanji untuk meraih undi tanpa mengira hakikat sebenar ekonomi.

Sehingga sekarang, janji pakatan untuk menurunkan cukai pintu kediaman dan premis komersial masih belum terlaksana. Jikapun ada nada pengumuman yang dibuat menjelang Pilihanraya nanti, sedarlah rakyat Selangor, ini hanyalah janji-janji palsu untuk meraih undi rakyat Selangor semata-mata.

Bukan sahaja cukai tidak diturunkan, malah kita juga difahamkan bahawa cukai dan premium tanah turut dinaikkan. Saya sendiri menerima banyak aduan dari rakyat Selangor berbilang kaum mengenai isu cukai dan premium tanah yang semakin meningkat. Selain itu, kami juga menerima maklumat dari rakyat Selangor bahawa cukai yang perlu dibayar sekarang ini meningkat sehingga lebih 100% dan mengikut harga pasaran.

Ramai rakyat Selangor yang tidak berpuas hati dan berasa tertipu dengan janji manifesto Pakatan Rakyat. Soalnya, adakah kita akan sekali lagi tertipu dan mempercayai setiap apa yang dijanjikan oleh mereka? Hakikatnya, kemenangan mereka di Selangor merupakan pengajaran paling berguna kepada seluruh Rakyat Selangor.

Rakyat Selangor tanpa mengira kaum berasa tertipu akibat isu melibatkan cukai pintu kediaman dan premis komersial sehingga ada yang terpaksa disita akibat beban cukai yang terlaku tinggi. Saya difahamkan, ketika zaman Barisan Nasional memerintah, kerajaan Barisan NAsional masih lagi menerima rayuan dan memberikan diskaun untuk kes-kes tertentu. Apa yang dikesalkan, sehingga hari ini, pemimpin Pakatan Rakyat masih lagi menaburkan janji-janji manis yang tidak mampu mereka laksanakan.

Saya percaya, Rakyat Selangor sememangnya lebih bijak untuk menilai janji-janji yang ditaburkan oleh pihak Pakatan Rakyat. Di pihak Barisan Nasional, kami mengakui terdapat kelemahan sebelum ini, namun kami sedia mengakui kelemahan itu dan memohon maaf serta memperbaikinya sebaik mungkin.

Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini tidak pernah menyusahkan rakyat walaupun dituduh dengan pelbagai tomahan. Tetapi tohmahan yang dilemparkan tidak melibatkan kesusahan hidup rakyat. Namun kerajaan Pakatan Rakyat secara langsung memberi bencana kepada rakyat contohnya dalam isu melibatkan pengurusan sampah dan pengurusan saliran sehingga menyebabkan berlakunya banjir.

Pada Pilihanraya Umum akan datang, saya berharap agar Rakyat Selangor menggunakan pertimbangan yang paling wajar untuk membuat keputusan. Cukuplah sudah lebih empat tahun (1,460 hari) kita berada dalam kesusahan. Berjanji sekadar untuk meraih undi bukanlah satu sikap yang bertanggungjawab sebagai pemimpin malah memungkiri janji isu sendiri adalah sifat munafik.

Terima kasih, Sayangi Selangor ; Yakini BN

Dato’ Sri Mohd Zin Mohamed
Koordinator BN Selangor
23 April 2012

PKR Dah Terketar-Keter & Tergagap-Gagap Apabila Terdengar Nama PAKAR


Oleh Wak J
Tajuk asasl - Ada Yang Terketar-Ketar & Tergagap-Gagap Bila Terdengar Nama PAKAR


BN Selangor mengorak lima tapak lagi ke hadapan bagi mendepani PRU13 yang bakal berlaku pada bila-bila masa dengan dengan kewujudan Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional (PAKAR).

Penubuhan PAKAR ini juga merupakan satu lagi mimpi ngeri buat kerjaan negeri Pakatan Selangor yang selama ini dilihat kurang memberi perhatian terhadap masalah atau kesusahan yang dihadapi rakyat Selangor.

Jika selama ini segala aduan atau permasalahan rakyat yang diajukan tidak dipeduli oleh kerajaan negeri Pakatan Selangor. Dengan adanya PAKAR sebagai satu badan pemantau dan juga sebagai pusat sehenti untuk rakyat Selangor mendapatkan maklumat, sudah pasti setiap kesulitan yang di alami oleh rakyat Selangor dapat diselesaikan dengan pantas.

Sejak berita penubuhan PAKAR tersebar, sudah mula kedengaran suara-suara sumbang Pemimpin Pakatan Selangor mentertawa dan memperlekeh tentang kewujudan PAKAR bagi menyembunyikan perasaan bimbang mereka.

Diharap dengan penubuhan PAKAR, BN Selangor dapat mempertingkatkan lagi mutu penyampaianya kepada rakyat terhadap segala dasar kerajaan di bawah konsep 1Malaysia Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.



SHAH ALAM 23 April - Barisan Nasional (BN) Selangor menubuhkan Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional (Pakar) yang berfungsi sebagai medium komunikasi dan perkhidmatan parti itu kepada rakyat.
Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, Pakar yang terletak di Tingkat 9, Bangunan UMNO Selangor di sini telah pun beroperasi dan boleh dihubungi di talian 1-300-22-2626 pada bila-bila masa. Beliau berkata, orang ramai boleh membuat sebarang aduan berhubung wakil rakyat di kawasan mereka, isu seperti kegagalan pengurusan masalah sampah, pertanyaan mengenai program BN seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia serta maklumat berkaitan parti itu. "Orang ramai boleh buat aduan atau sebarang pertanyaan berhubung parti dengan menelefon dan bercakap dengan wakil kami yang bertugas dari pukul 9 pagi hingga 6 petang dari Isnin sehingga Jumaat atau meninggalkan pesan. "Setiap maklumat yang diperoleh akan diberi perhatian, termasuk mengambil tindakan yang sewajarnya serta dimajukan kepada pihak berkenaan," katanya dalam sidang media di sini, hari ini. Mohd Zin berkata, selain sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13, Pakar akan terus memainkan peranan sebagai pusat sehenti yang menjadi medium penghubung antara parti dan rakyat. Beliau berkata selain menerima panggilan serta aduan, Pakar juga akan membuat panggilan kepada rakyat mengikut data yang diperoleh dari setiap bahagian bagi mendapatkan maklumat berhubung program yang dianjurkan oleh parti itu serta respons berkaitan pemimpin masing-masing. - BERNAMA

Sunday, April 15, 2012

Angin Perubahan Sedang Melanda Selangor!!!

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan perhimpunan yang melibatkan ramai golongan muda termasuk yang masih berusia belasan tahun dan belum layak mengundi merupakan cerminan dan manifestasi bahawa angin kencang sedang bertiup di bumi Selangor.

Angin kencang akan meranapkan sesiapa yang cuba menolak perubahan yang dituntut rakyat Selangor yang ingin kembalikan BN di Selangor.

Pengerusi BN itu berkata, rakyat Selangor sebenarnya telah tertipu dengan janji manis pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2008.


Menurut beliau, antara janji yang tidak dikotakan kerajaan Selangor ialah menurunkan cukai pintu, memberi elaun untuk anak-anak memasuki tadika, elaun ibu sepenuh masa serta pelbagai elaun lain.
   
Sebaliknya, kata Perdana Menteri, BN menghulurkan pelbagai bantuan kepada rakyat termasuk menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bernilai RM500 untuk setiap keluarga berpendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan, bantuan awal persekolahan RM100 dan Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM200 serta Kedai dan Klinik Rakyat 1Malaysia 

Malah katakanya, kehadiran Waris Malaya, yang secara rasminya menjadi Sahabat Barisan Nasional (BN) semalam membuktikan golongan muda sentiasa menyokong BN.

Siapa kata orang muda tak sokong? Waris Malaya ini bukankah orang muda?” katanya semasa berucap melancarkan Waris Malaya Sahabat BN di Dataran Transformasi, Kampung Jalan Kebun di Shah Alam, semalam.