Saturday, August 1, 2009

NIK AZIZ EJEN PERPECAHAN UMMAH MELAYU ISLAM

OLEH dr1221

Kalaulah Kerajaan Negeri Kelantan sudah tidak mampu lagi menanggung beban dan rungutan rakyat Kelantan mengenai janji pembangunan tidak perlulah kononnya mahu bekerjasama dengan kerajaan persekutuan membangunkan Kelantan. Inipun membuktikan PAS tidak buat apa-apapun bagi membangunkan Kelantan dan Kelantan setara inipun kerana usaha berterusan BN membawa agenda pembangunan di sana.

Apabila Tan Sri Muhyidin Yassin, TPM dan Seluruh kepimpianan UMNO serta BN menyambut baik kata-kata Nik Aziz tersebut, tiba-tiba Nik Aziz melenting sambil mengeluarkan kata-kata kesat iaitu "Pergi Jahanamlah UMNO" adalah sesuatu yang sangat melampau.

Katanya, dia bukan bermaksud mahu bekerjasama dengan UMNO, tetapi hanya dengan kerajaan persekutuan.

Datuk Zaid Hamidi mengulas semalam, buat masa ini, UMNO dan Kerajaan Persekutuan adalah entiti yang satu dan jika Nik Aziz mahu Kerajaan Negeri bersama Kerajaan Persekutuaan dia mestilah perlu menerima UMNO sebagai rakan seangkatan supaya apabila kita sudah duduk semeja, maka mudahlah untuk kita membincangkan agenda pembangunan rakyat di Kelantan.

Tetapi Nik Aziz dengan egonya menolak usaha itu.

Jelaslah, jika Nik Aziz dan PAS menyetujui cadangan Hj Hadi mewujudkan kerajaan pepaduan, pastinya perpaduan orang Melayu akan lebih terjamin bagi memangkin asakan DAP yang semakin mencabar ketuanan dan hak istimewa orang-orang Melayu.
Jelaslah, Nik Aziz adalah agen perpecahan ummah Melayu Islam dan dialah bertanggungjawab penuh kepada keberanian DAP mencabar ketuanan dan hak istimewa Melayu kerana dia, PAS dan PKR membuka ruang seluasnya kepada Cina Komunis itu meludah muka orang-orang Melayu.

BAGI UMNO, PAS TAK PENTING PUN... SELAMA INI, UMNOLAH YANG SUDAH BERJUANG HABIS-HABISAN MEMPERJUANGKAN ISLAM DI MALAYSIA. SUDAH BERATUS MAJID DIDIRIKAN.. SUDAH BERJUTA PERUNTUKAN DIHABISKAN BAGI MENYEDIAKAN KEMUDAHAN TERBAIK JEMAAH HAJI. SUDAH BERJUTA ILMUAN ISLAM DILAHIRKAN DAN SUDAH BERJUTA PEMBANGUNAN UNTUK ISLAM DILAKSANAKAN DIBAWAH KUASA JABATAN AGAMA ISLAM, JABATAN PERDANA MENTERI.

Hakikatnya PAS hanya tahu memburukkan orang dan tidak memperjuangkan Islam secara ikhlas dan lebih rela memeluk DAP sebagai kawannya sahaja.

Thursday, July 30, 2009

KES TUNTUTAN MUTAAH RM3J DITANGGUH LAGI...

Gara-gara masalah kerosakan pendingin hawa di bangunan mahkamah.

Perbicaraan kes tuntutan mutaah RM3 juta yang dikemukakan bekas isteri kedua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melor (PAS), Wan Ismail Wan Jusoh, 54, di Mahkamah Tinggi Syariah semalam ditangguhkan pada 25 Ogos depan.

Peguam Mohd Sibri Ismail yang mewakili bekas isteri Adun itu, Siti Aishah Chou Abdullah, 24, berkata kes itu ditangguhkan berikutan keadaan panas dan kurang selesa di dalam bangunan mahkamah itu.

"Keputusan penangguhan kes tuntutan itu dilakukan Hakim Syarie, Abdullah Man di dalam kamarnya selepas saya memohon penangguhan itu, dan peguam defendan Mohd Raziman Yaakub tidak membantah," katanya di Kota Bharu.

Siti Aishah dan Wan Ismail yang berkahwin di Kuala Lumpur pada 1 November 2004 mempunyai dua orang anak sebelum disahkan bercerai pada 18 November tahun lalu.

Berdasarkan tuntutan yang difailkan pada 4 Januari lalu, Siti Aishah yang beralamat di Taman Tengku Ahmad Panglima, Wakaf Mek Zainab di sini, memohon mahkamah memerintahkan defendan membayar mutaah itu sebagai pampasan perceraian bagi kebajikan plaintif dan dua anak mereka, Wan Mohd Firdaus, 4, dan Wan Nor Salwa, 3, mengikut peruntukan Enakmen Keluarga Islam Tahun 2002.

Wednesday, July 29, 2009

NIK AZIZ DIANGGAP BUKAN TUAN GURU TULEN

Sumber: Berita Harian Online

Beberapa pemimpin Umno amat kesal dengan kenyataan "pergi jahanamlah Umno" oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana ia datang daripada seorang pemimpin politik bertaraf ulama dan seorang tuan guru.

Yang lebih mereka kesalkan dan sedih ialah penolakan bulat-bulat Nik Aziz kepada usaha untuk berbaik-baik dengan Umno yang bagi mereka menunjukkan kesombongan dan sifat keterlaluan Menteri Besar Kelantan itu.

Oleh itu, mereka mahu Umno agar tidak beria-ia untuk bekerjasama dengan PAS kerana beranggapan bahawa semua ucapan Nik Abdul Aziz berhubung soal hendak berbaik-baik dengan Kerajaan Pusat hanyalah satu lakonan semata-mata.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan "Pergi Jahanamlah Umno" kerana beliau seorang yang dianggap bertaraf ulama.

"Saya sebagai orang biasapun tidak sanggup mengeluarkan kata-kata itu, apatah lagi beliau seorang pemimpin tinggi parti politik yang disebut-sebut sebagai ulama," katanya kepada pemberita di Kota Baharu hari ini.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata walaupun dikeji, bagi pihak Umno, beliau sedia untuk berbaik-baik dengan PAS.
"Bagi pihak parti, kita (Umno) dari awal hingga akhir sentiasa bersedia kalau nak berbaik-baik, nak berbincang. Tapi kalau sebelah sana bukan saja tak bersedia, bukan saja mempermain dan mempersendakan kita, sekali boleh, sekali tak boleh...payahlah kita (hendak beri kerjasama).

"Kita orang Melayu dan beragama Islam, bermaruah, berbudaya, perlu membuat contoh yang elok," kata Awang Adek.
Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee pula mengingatkan parti itu agar jangan beria-ia dengan cadangan mengenai kerjasama Kerajaan Pusat dan kerajaan Kelantan.

"Kita sambut baik cadangan itu jika atas nama persaudaraan Islam, tetapi lakonan politik Nik Abdul Aziz sebelum ini menyebabkan kita perlu berhati-hati. Kita perlu berwaspada dengan kenyataan Nik Abdul Aziz kerana beliau adalah pemain politik yang licik,” katanya.
Setiausaha Agung Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Hasan Hamzah, berkata sebagai seorang yang dihormati dan diberi kepercayaan oleh masyarakat Melayu, Nik Abdul Aziz sepatutnya tidak boleh mengucapkan perkataan yang bersifat keterlaluan.

"Nik Abdul Aziz bukan tuan guru yang tulen. Kalau beliau boleh keluarkan perkataan "Pergi Jahanamlah Umno", kita juga boleh kata "Pergi Jahanamlah PAS"," katanya.

Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berharap Umno tidak terlalu teruja dengan bentuk kerjasama yang dikemukakan oleh pemimpin PAS malah mereka perlu berhati-hati kerana PAS mempunyai agenda yang tersembunyi.

PUSAT TAK PERNAH ANIAYA KELANTAN

Kerajaan pusat tidak pernah menganiayai kerajaan mana-mana negeri yang diperintah oleh pembangkang termasuk Kelantan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebaliknya, kerajaan pusat telah melaksanakan tanggungjawabnya seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita Malaysia yang membuat liputan Dialog Perkongsian Pintar di Munyonyo, (Uganda) hari ini.

Sambil mengambil contoh peruntukan untuk negeri Kelantan, beliau berkata kerajaan pusat memperuntukkan RM7 bilion bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan di negeri itu menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan.

"Kita tak pernah abaikan Kelantan. Misalnya kerajaan Persekutuan menyediakan RM600 juta dalam bentuk pinjaman mudah untuk membantu kerajaan Kelantan membiayai projek bekalan air bersih.

"Sebenarnya tidak ada negeri pun yang dianiaya atau tidak diberi peruntukan. Maknanya daripada segi tanggungjawab pusat kepada negeri, kita telah laksanakannya," katanya.

Mengenai kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa kerajaan Kelantan hanya mahu merapatkan hubungan dengan kerajaan pusat dan bukan dengan Umno, Muhyiddin berkata kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri tidak boleh dielakkan.

"Secara langsung atau tak langsung mesti ada kerjasama...tak boleh dielakkan kerana dasar kerajaan BN ialah pembangunan untuk semua.

"Memang agak sukar untuk membezakan kerjasama Barisan Nasional (BN) dan kerajaan negeri. Kita tidak boleh asingkan. Lebih baik, contohnya, kalau kita ada persefahaman daripada segi soal politik, barulah kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan boleh jalin kerjasama," katanya.

Muhyiddin turut menyifatkan kerjasama di peringkat kerajaan sahaja tanpa kerjasama politik sebagai sesuatu tidak wajar dan tidak pernah berlaku.

"Jadi terserah pada mereka (kerajaan Pas Kelantan). Kita berniat baik dan kita buat benda yang baik. Itu tujuan kita respon untuk kebaikan bukan untuk faedah parti...bukan untuk pemimpin tetapi untuk negara.

"Bila kita cakap (beri reaksi), dia (Nik Aziz) cakap lain pula...saya tidak tahu mana satu yang betul," katanya. BERNAMA

Tuesday, July 28, 2009

ANNUAR MUSA LINGKUPKAN POLITIK UMNO KETEREH ?

Oleh Kerabu Bersuara (byPASs)

UMNO Bahagian Ketereh menangguhkan Persidangan Perwakilan daripada 25hb. Julai kepada 7hb. Ogos 2009 ini berlaku kerana apa yang ku dengar kerana buku penyata tahunan tidak dapat disiapkan seperti yang dijangkakan.

Perkara begini adalah perkara biasa dalam pentadbiran UMNO Bahagian Ketereh, Ketua Bahagian ada hak untuk melakukan apa saja kerana UMNO Ketereh sebenarnya sebagai harta pusaka kepada pemimpinnya. Itulah sebab UMNO Bahagian Ketereh berada dalam keadaan yang amat mantap, tidak ada siapa yang boleh mengugatnya, Dato' Najib Tun Razak pun tidak boleh membaikinya.

Yang ku dengar lagi ialah kekuasaan yang berada ditangan Pegawai Khas kepada Ketua UMNO Bahagian Ketereh, terlalu berkuasa sehingga Ketua Bahagian terpaksa tunduk dan akur diatas kemahuannya, sebagai contoh ialah perlantikan Penyelaras DUN Kadok, sudah tidak ada orang lain lagi yang boleh diberi amanah selain daripada Roslan Hamid bekas calun dan dilantik sebagai Bendahari UMNO Bahagian, kini sebagai Penyelaras DUN Kadok dengan bergaji RM4,000 sebulan, semua orang UMNO Ketereh tahu hubungan diantara Roslan Hamid dengan Pegawai Khas kepada Ketua Bahagian.

Dengar kabar Roslan Hamid tidak begitu bersetuju beliau dilantik sebagai Penyelaras sebab beliau merasa malu kerana jawatan itu bergaji sedangkan jawatan Bendahari sudah berat tanggongjawab untuk memperkuatkan parti. Takkanlah sebagai 'menteri kewangan parti' masih mahu mencari rezeki dengan mengambil gaji untuk berkhidmat kepada parti, tapi gara-gara dikecek oleh orang yang mempunyai pengaruh terhadap Ketua Bahagian kemungkinan besar Roslan Hamid akan terima jawatan tersebut dan gaji sebanyak RM4,000 sebulan itu mungkinlah boleh diagih-agihkan.

Terdahulu daripada ini ada desas desus mengatakan jawatan Penyelaras akan diberi kepada Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian tapi di saat akhir telah bertukar kepada Roslan Hamid dan lebih menguatkan lagi kepercayaan bahawa Ketua Bahagian tidak dapat membuat keputusan yang lebih baik adalah kerana pengaruh Pegawai Khas kepada Ketua Bahagian lebih kebal daripada suara akar umbi terutamanya dikalangan wanita.

Siapa sebenarnya yang berkuasa di UMNO Ketereh, walau pun Annuar Musa kata dia adalah Ketua tapi keputusan tidak ditangan beliau, ada orang yang Annuar Musa takut, jadinya Alwi Che Mat kah, Ismail Latiff kah, hanya ada batu saja tapi tidak dapat berbuat apa-apa sedangkan mereka tahu bahawa keputusan yang Annuar Musa buat itu akan melemahkan parti.

Annuar Musa hanya pandai berpidato diakhir-akhir ini, contohnya cakap lain buat lain, seperti ucapan beliau dalam Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh yang lalu, beliau mengatakan bahawa akan ada tempat kepada bekas-bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dalam sususan pentadbiran parti untuk memperkuatkan jentera parti, tapi akhirnya ucapan itu tidak tertulis dalam buku penyata. Ertinya Annuar Musa berbohong kepada perwakilan UMNO Bahagian.

Ingatan kepada Annuar Musa, Alwi Che Mat dan Ismail Lattif, "JANGAN BANKRUPKAN UMNO KETERAH" dengan memberi kuasa kepada orang yang telah pun bankrup untuk terus berperanan merusakkan parti. Tahu sendirilah siapa?.

Sunday, July 26, 2009

CARA PAS MENYOROK KELEMAHAN

Mudah saja.

Sendiri gagal membawa pembangunan. Takut rakyat tuduh macam-macam, putar belit sikit, kata Barisan Nasional dan UMNO rasuah.

Itu saja….menolak tuduhan kepada orang lain. Inilah sikap PAS.

Tak percaya? Baca ulasan berikut:

Gagal bawa pembangunan, Pas tuduh UMNO rasuah

NASIR SUKIMAN
(Malaysia Aktif)

SETELAH empat penggal memerintah Kelantan, jelas tidak banyak pembangunan berlaku dengan kebanyakan kawasan undi kekal di takuk lama – kemudahan penduduk tidak ditambah bermakna yang tidak mempunyai prasarana asas tidak mendapatnya sedang yang sudah ada menjadi buruk dan ada yang hampir menyembah bumi.

Inilah dia realiti keadaan di Kelantan – negeri Che Siti Wan Kembang – yang diperintah oleh Pas yang mendakwa sebagai sebuah parti Islam tetapi jelas tidak ada perancangan dan agenda pembangunan memajukan negeri.

Yang dikehendaki oleh Pas hanyalah pengundi perlu memangkah parti bersimbol bulan pada hari membuang undi, manakala projek pembangunan pula adalah tanggungjawab Kerajaan Pusat.

Inilah sikap dan dasar Pas yang ditegaskan oleh Naib Presiden Mahfuz Omar pada kemuncak kempen dalam pilihan raya kecil N.41 Manek Urai.

Kasihan penduduk Kelantan, rupa-rupanya sikap Pas terhadap pembangunan banyak dikaitkan dengan nilai dan ciri negatif di sebalik desakan agar pengundi menolak projek kemajuan yang diuar-uarkan Kerajaan Pusat atau lebih khususnya Umno-Barisan Nasional.

Pemimpin Pas dikatakan akan menabur fitnah kononnya betapa setiap projek yang diumumkan sentiasa membawa ‘dosa’ terutama rasuah.

Penduduk ditanam dengan kebencian kepada setiap projek kerana ia biasanya sudah diperuntukkan kepada konco Umno-BN yang sudah pun mendapat komisyen mereka dalam bentuk rasuah lantas ia harus ditolak.

Pas memberi gambaran kononnya ia tidak membawa kemajuan dan projek pembangunan kerana menolak rasuah.

Hakikatnya adalah Pas tidak ada strategi perancangan pembangunan bagi Kelantan atau khususnya Manek Urai.

Malah apa salahnya jika projek bernilai berjuta ringgit dikaitkan dengan kontraktor Melayu Kelantan yang mampu memiliki Mercedes Benz? Jika mereka tidak diberikan projek siapa pula harus mengaut keuntungan?

Kegagalan Pas menjana ekonomi penduduk hingga ramai yang masih berada di bawah paras kemiskinan atau dalam golongan miskin tegar juga dipendamkan.

Nik Aziz dalam ceramah dan poster dipasang di kebanyakan kampung menggesa penduduk terus berdoa saja dan mengawasi diri mereka agar tidak menerima habuan dan pemberian yang kononnya meragukan dan mungkin berdosa.

Mujur ramai pengundi di Manek Urai yang kekal sebagai pekebun kecil getah yang masih hidup sempit dan sesetengahnya tinggal di rumah yang semakin usang sudah bosan dan muak dengan desakan Pas itu.

Keprihatinan dan pendekatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamad yang turun padang akhirnya berjaya membela nasib 750 keluarga peneroka yang kekal miskin walaupun sudah meneroka Manek Urai sejak 1970-an lagi.

Kain rentang ‘Manek Urai Anak Emas BN’ dan cogan kata ‘Manek Urai model pembangunan Kelantan’ mungkin boleh menumbangkan Pas pada pilihan raya umum akan datang. - malaysiaaktif.com

TUGAS TOK PA DI KELANTAN BUKAN MUDAH

Daripada : http://kijang-jantan.blogspot.com

Jangan cepat terpengaruh dengan undi di Manek Urai.

Tahniah kepada Datuk Mustapa Mohamad kerana mahu menggerakkan jentera parti UMNO di Kelantan secepat mungkin.

Walaupun undi pada pilihan raya kecil Manek Urai membawa gambaran baru rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) dan UMNO, PAS kalah kecil kerana berdepan jentera Persekutuan.
Kalau negeri dengan negeri, belum tentu.

Bagi Tok Pa, pilihan raya kecil Manik Urai baru-baru ini membuktikan rakyat sebenarnya tidak menolak Barisan Nasional (BN). “Untuk itu, mulai sekarang kita akan atur strategi untuk menembusi Kelantan daripada kekangan PAS," katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Jeli di Kompleks Umno Bahagian, semalam.

Kata Tok Pa: "Ia memberi petanda baik kepada kita... termasuk dalam usaha menawan kembali Kelantan yang telah dikuasai PAS hampir 20 tahun lalu."

Keputusan pilihan raya kecil Manek Urai 14 Julai lepas menyaksikan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah mendapat 5,348 undi, menang tipis 65 undi menewaskan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat yang memperoleh 5,283 undi.

Apapun hakikatnya, ketika itu PAS ada krisis – sementara UMNO pula krisis memanjang di Kelantan!

Hakikatnya, UMNO Kelantan kena terima hakikat bahawa sejak lepas pilihan raya umum 2008, jentera UMNO Kelantan bagaikan ‘tidak bernyawa’.

Panggung ODEON – Pejabat UMNO Kelantan sunyi sepi, tidak ada orang UMNO datang dan aktiviti pula bagaikan tiada langsung.

Nak kata makan gaji buta staf di situ tidak benar tetapi hakikatnya amat kurang kerja pada tempoh itu.

Ia berpunca daripada pucuk pimpinan UMNO Kelantan ketika itu seolah-olah ‘mati kutu’ menunggu pengumuman bakal pemimpin baru.

Jadi, apabila Tok Pa dah dapat balik jawatan itu yang disentak daripada beliau selepas kejayaan pilihan raya umum 2004, beberapa jentera UMNO yang sebelum itu tidak bergerak berfungsi kembali.

Namun Tok Pa jangan lupa bahawa jentera yang bergerak antara 2005 dan 2008 itu mungkin akan ‘mati’ pula ketika ini.

Tugas Tok Pa berat di Kelantan.

Semua orang tahu Tok Pa meletakkan Jeli lebih penting daripada Kelantan. Bagi Tok Pa mungkin kalah Kelantan tidak apa tetapi jangan kalah Jeli.

Persepsi ini Tok Pa kena buang jauh-jauh. Biar orang kata Tok Pa pemimpin UMNO Kelantan, bukan pemimpin UMNO Jeli Kelantan.

Tok Pa mungkin bersikap begini kerana pengalaman 1999 begitu menakutkan Tok Pa. Tak ‘jendera tidur’, kata orang Kelantan.

Tok Pa rasa seksanya daripada Menteri di dua portfolio hanya tinggal Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) ketika itu. Rumah Tok Pa di atas bukit belakang The Mall sunyi sepi.

Berbalik kepada jentera Tan Sri Annuar Musa, Tok Pa mungkin akan menghadapi masalah kerana ketaatan penyokong Annuar lain sedikit.

Orang Kelantan dapat menyaksikan bagaimana jentera itu tiba-tiba lumpuh selepas Datuk Awang Adek diumumkan sebagai bakal Menteri Besar ketika pilihan raya umum lalu.

Dengan kedudukan Awang Adek menjadi Pengarah Pilihanraya, sebaik pengumuman itu ‘cah keting’ pun berlaku.

Semua kerja tak bergerak ketika itu. Awang Adek terkial-kial – hinggakan manifesto pilihan raya pun tidak dapat dicetak dan diedar awal.

Tidak percaya tanyalah Datuk Hassan Harun, bekas Pengerusi Eksekutif KUB dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Orang Kelantan tahu siapa orang kuat Annuar. Juga orang ini tahu bagaimana mahu melemahkan kepimpinan orang lain.

Lagipun kalau sebelum ini Tok Pa Menteri Pertanian, Annuar kena hormat sikit sebab KADA yang beliau jadi Pengerusi di bawah kuasa Tok Pa.

Tapi dengan Tok Pa dok tenguk perdagangan luar, Annuar bolehlah buka langkah sikit.
Tidak seperti pengikut Tengku Razaleigh Hamzah atau panglima lain, pengikut Annuar bukan sahaja ‘keras’ tetapi boleh menyukarkan Tok Pa.

Cuma Tok Pa ada kelebihan iaitu pegawai kerajaan banyak menyokong beliau lebih-lebih lagi Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), Datuk Shukry Salleh yang memang ‘favour’ Tok Pa berbanding Annuar.

Rasanya sokongan kepada BN dan UMNO di kalangan kakitangan kerajaan akan berubah sikit.
Satu perkara lagi, jika masa Annuar, orang PAS termasuk Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak mahu pandang muka orang UMNO langsung, kali ini sudah berubah.

Tetapi perubahan itu juga perlu diteliti dengan baik oleh Tok Pa.

Annuar banyak kali mengeluh apabila berdepan dengan JPP yang kadangkala nampak seperti menyusahkan Annuar. Orang Annuar juga ramai yang mengeluh apabila berdepan dengan Shukry dalam banyak hal.

Kenyataan Tok Pa bahawa Umno Kelantan kini mulai menggerakkan jentera parti dalam usaha menawan kembali Kelantan daripada PAS dengan menjadikan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai baru-baru ini sebagai momentumnya ok tetapi banyak perkara lain lagi yang perlu dibereskan dahulu.

Soal perpaduan UMNO Kelantan, khususnya kesan pemilihan UMNO pun kena lihat juga.
Jangan lupa bahawa pihak yang terguris mungkin akan membawa diri. Mereka ini perlu dikembalikan ke dalam pasukan UMNO Kelantan.

Dengan kenyataan beliau untuk memperkemaskan pengurusan parti di semua peringkat sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 kelak diharapkan UMNO Kelantan bertaut kembali dan stabil seperti ketika menghadapi pilihan raya 2004.

Lagipun beberapa panglima atau hulubalang yang tersingkir, disingkir atau menyingkirkan diri kini tiba masa untuk mereka menyokong dari belakang.

Sedarlah waktu ini bukan lagi untuk mereka. Berilah peluang sekali lagi kepada Tok Pa untuk memperbetulkan yang bengkok dalam UMNO Kelantan.

Tok Pa juga kena tenguk beberapa bahagian yang ada masalah ketika pemilihan lalu untuk diperbetulkan, khususnya Bahagian Kota Bharu, Kubang Kerian dan Bahagian Tanah Merah.
Apa dah jadi dengan kumpulan Nik Kemaruzaman Sulong, Datin Suhaini Deraman dan ramai lagi.

Perpecahan berterusan tidak baik untuk UMNO Kelantan.

POSTED BY KIJANGJANTAN AT 5:21 AM 0 COMMENTS