Persatuan Anak Peneroka `FELDA Kebangsaan
(ANAK) kesal dengan penafian Pengerusi `FELDA, Tan Sri Shahrir Samad berhubung
jumlah sebenar hutang peneroka tidak diberikan kedudukan sebenar peneroka
`FELDA?
Jumlahnya bukan sahaja mencecah RM100,000 seperti disebut
mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Kota Tinggi pada 15 julai
lalu, bahkan NGO berakitan FELDA itu boleh membuktikan di sesetengah FELDA hutang peeneroka menghampiri
RM170,000
Presiden ANAK, Mazlan Aliman berkata,
selaku pengerusi FELDA, Shahrir sepatutnya memperoleh gambaran tepat
mengenai jumlah hutang seramai 94,956 peneroka yang masih bersama agensi itu.
"Isu timbunan hutang peneroka adalah sesuatu yang
diketahui umum,” katanya.
Shahrir baru-baru ini dilapor menafikan kenyataan
Pengerusi Parti Peribumi Bersatu (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad yang
mendakwa ramai peneroka menanggung hutang lebih RM100,000 seorang.
Menafikan perkara itu, Shahrir berkata: “Itu tidak benar, sudah dijawab di
Parlimen (jumlah hutang keseluruhan peneroka) RM5.1 bilion.
“Jika pemimpin utama bercakap pun tak betul, bagaimana
anda nak meraih sokongan di `FELDA.
Bagaimana anda kata berjuang untuk peneroka dan boleh
(berkhidmat) dengan lebih baik tetapi tidak tahu situasinya?” soal Shahrir.
Mazlan bagaimanapun menafikan kenyataan Shahrir sambil
menyatakan insentif yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak kelmarin tidak akan menyelesaikan sengsara peneroka `FELDA
akibat beban hutang terlalu tinggi.
Antara insentif diumumkan Najib termasuk melupuskan
hutang bernilai RM5,000 setiap peneroka dan dana khas pelupusan lebihan hutang
tanam semula berjumlah RM300 juta bagi tempoh lima tahun antara 2017 hingga
2021.
"Adakah Shahrir maklum, kes yang diadukan kepada saya
beserta penyata yang dilampirkan, ada peneroka yang terpaksa menanggung kos
faedah atas pinjaman sahaja bernilai RM47,000.
Mazlan berkata, selagi isu hutang peneroka tidak
diselesaikan, gesaan agar kira-kira 17,000 peneroka kembali bersama `FELDA
dalam tempoh enam bulan ini tidak akan berkesan.
Pada masa ini, terdapat seramai 17,679 peneroka
mengusahakan ladang mereka secara bersendirian tanpa dikawal dan berhutang
dengan FELDA.
"Jika mereka bebas daripada hutang dan beroleh
pendapatan lebih baik, apa alasan untuk mereka bersama FELDA?
Seharusnya, kerajaan berterima kasih kepada 17,000 orang
peneroka ini yang hakikatnya memenuhi hasrat dan dasar `FELDA ditubuhkan,
tegasnya.
Selain itu, tindakan mengasingkan mereka dan dinafikan
daripada mendapat sebarang insentif adalah suatu diskriminasi.
“Ia tindakan kejam yang bertentangan dengan ajaran Islam
dan hak asasi yang dijamin perlembagaan persekutuan," katanya.