Friday, March 24, 2017

Polis Tetap Siasat Syarikat Tempatan Ada Kaitan Dengan Pyongyang...

 

Siapa pemilik atau individu terbabit dengan syarikat tempatan yang ada kaitan dengan Korea Utara?

Apa pula kaitan antara sebuah syarikat tempatan di Balakong, Selangor dengan bank Korea Utara susulan satu laporan mengenai  kerjasama itu baru-baru ini?

Dilaporkan Malaysia-Korean Partners Holdings (MKP), walaupun bukan syarikat milik Korea Utara di negara ini tetapi dibimbangi mempunyai kepentingan ertentu.

Walaupun demikian, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikatakan tidak menolak kemungkinan syarikat itu tetap akan disiasat.

Pada Selasa, The Star melaporkan MKP ialah syarikat yang terbabit dalam pembinaan, pembinaan kapal, teknologi, perdagangan, pembuatan, perbankan, teknologi perubatan, ekopelancongan dan pertanian.

Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pada masa ini ada dua syarikat Korea Utara di negara ini iaitu International Global System Sdn Bhd dan International Golden System Sdn Bhd.

International Global System menghasilkan sistem komunikasi ketenteraan di bawah jenama Glocom.

Difahamkan, kedua-dua syarikat  itu tidak beroperasi sepenuhnya kerana tidak ada aktiviti perniagaan.

Mengenai siasatan, Ketua Polis Negara tidak menolak kemungkinan syarikat itu akan disiasat.

“Apa saja yang berkait dengan Korea Utara, sudah pasti kami akan siasat,” katanya kepada wartawan selepas menghadiri majlis penerimaan kereta Kia baharu di Bukit Aman semalam.

Khalid berkata demikian  menjawab soalan media berhubung MKP disiasat oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berikutan dakwaan ia terbabit dalam pembukaan Inter­national Consortium Bank (ICB) di Pyongyang, menerusi usaha sama.

Di bawah sekatan PBB, syarikat dilarang membuat kerjasama dengan Korea Utara.

Malah sebelum ini ada pertanyaan, apa peranan sebenar Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Ya'akub dalam syarikat yang ada kaitan dengan Glocom, iaitu sebuah syarikat yang ditubuhkan di negara ini sebagai agensi risikan Korea Utara?


Walaupun sudah ada penjelasan daripada Mustapha, siasatan kerajaan dikatakan perlu ada dan telus.

Siasatan dan penjelasan kerajaan penting kerana syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Glocom serta mana-mana kementerian yang perlu untuk mengenal pasti,  bagaimana Glocom dibenarkan beroperasi di Malaysia.

Apalagi ia membabitkan seorang pemimpin penting parti komponen pemerintah negara dan hubungannya dengan syarikat perisikan negara komunis.

Pertanyaaan ialah kenapa tiada reaksi kerajaan mahupun pihak berkuasa ke atas cadangan siasatan terhadap Mustapha dan syarikatnya?
  
Pada 28 Februari lalu, PDRM  mengesahkan kewujudan dua syarikat yang didakwa milik Korea Utara di negara ini yang dilaporkan mengendalikan perniagaan senjata.

Khalid dilaporkan sebagai berkata,  syarikat terbabit ialah International Global System Sdn Bhd dan International Golden Services Sdn Bhd.

International Global System Sdn Bhd didaftar pada tahun 2005 dan mengendalikan perniagaan multimedia, elektronik serta perdagangan.

International Golden Services Sdn Bhd, katanya, didaftar pada 2012 dan mengendalikan perniagaan teknologi maklumat serta produk teknologi telekomunikasi.

Bagaimanapun, berdasarkan laporan media antarabangsa sebelum ini, beliau menafikan syarikat itu kononnya dikawal ejen perisikan Korea Utara dengan nama Glocom.

Isu mengenai kerjasama syarukat tertentu di negara ini yang kemungkinan ada hubungan dengan pihak tertentu di Korea Utara didedahkan selepas krisis diplomatik antara Kuala Lumpur dan Pongyang terceus baru-baru ini.

Kematian Kim Jong Nam, abang sebapa kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dikatakan pencetus kepada krisis diplomatik berkenaan.

Korea Utara menuduh Malaysia berkomplot dengan musuh menentang mereka dalam melakukan siasatan.


Hubungan antara dua negara semakin teruk apabila kedua-dua negara mengusir duta dan menghalang rakyat keluar dari negara masing-masing.

Monday, March 20, 2017

RUU 355 - Kenapa Pemimpin UMNO, PAS Tidak Serang MCA?

Ti...pendirian MCA kekal seperti dulu iaitu menentang sebarang pindaan yang dibuat tidak mengikut perlembagaan.
Pemimpin UMNO, termasuk Presiden dan Ketua Penerangannya sering menyebut pembangkang sebagai ‘pro-DAP’ atau pembangkang diketuai oleh DAP.

Sebut DAP bermakna kepentingan Cina, anti Islam dan anti Melayu. Mereka cuba memesongkaan pendapat umum bahawa pembangkang menyokong 'Cina DAP'.

Sebaliknya, apabila MCA dan sekutu lain dalam Barisan Nasional (BN) bertindak menentang pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RU355), kenapa pula pemimpin UMNO dan BN tidak menganggapnya  sebagai anti-Islam seperti DAP?

Begitu juga dengan PAS, ia menganggap mereka yang menentang untuk meminda RUU 355 sebagai ‘tidak Islamik’ dan sering menjadikan syarat penting jika mahu bekerjasama dengan mereka.

Ini termasuk dalam konteks kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta PKR.

Sebelum ini parti komponen BN - termasuk MCA, MIC dan parti dari Sarawak - menyatakan secara terbuka untuk menolak cadangan berkenaan.

Dianggap sebagai permulaan kepada pelaksanaan hudud oleh sesetengah pihak, PAS bertegas mendakwa cadangan berkenaan adalah untuk meningkatkan hukuman maksimum bagi orang Islam yang melakukan kesalahan syariah.


Cadangan meminda undang-undang yang turut dikenali sebagai Akta 355 itu dimulakan oleh PAS melalui usul persendirian presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku anggota parlimen Marang.

Bagaimanapun pada 17 Mac lalu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan kerajaan akan membentangkan sendiri usul pindaan Akta 355 dalam sidang parlimen kali ini.

Ahmad Zahid menjelaskan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak komited untuk menterjemahkan hasrat tersebut tanpa mengganggu gugat kepentingan agama serta kaum lain di negara ini

Amat jelas bagi UMNO dan PAS, RUU 355 adalah senjata ampuh yang kedua-duanya gunakan untuk menjamin mereka rapat dan bersefahaman.

Tujuannya apa? Apakah benar ia demi menegakkan syiar Islam melebii kepentingan politik?

Kenyataan amaran oleh MCA semalam bahawa sebarang tindakan sepihak oleh Umno berhubung cadangan meminda RUU 355 itu akan mengundang padah.

Ketua biro keharmonian agama MCA, Ti Lian Ker, yang seolah-oleh diberikan hak untuk bercakap mengenai perkara itu berkata pihaknya memang tidak akan membuat sebarang spekulasi terhadap usul berkenaan.

"Kami akan menunggu maklumat lanjut sebelum memberikan komen," katanya.

Namun amat nyata bagi TI,  sebarang perbezaan pandangan mesti ditangani mengikut semangat kesepakata BN, kecuali ada pihak atau Umno tidak berpegang kepadannya lagi.

"Jika begitu keadaannnya, ia akan mengundang bencana kepada keharmonian masa depan negara," katanya dalam kenyataan media.

Menurut Ti, pendirian MCA kekal seperti dulu iaitu menentang sebarang pindaan yang dibuat tidak mengikut perlembagaan.

"Pada pandangan peribadi saya, sebaiknya jika ada perlakuan jenayah yang melibatkan atau memberi kesan kepada orang bukan Islam, hukum yang perlu digunakan ialah undang-undang sivil, bukan syariah.

"Keadaan itu lebih perlu terutama apabila peratuan pembuktian jenayah membezakan orang bukan Islam dan wanita tanpa mengira kepercayaan agamanya," kata Ti yang juga seorang peguam.