Thursday, December 29, 2011

Karnival Sayangi Selangor 28- 31 Dis - DATANG BERAMAI2


Karnival Sayangi Selangor yang telah bermula semalam (28-12-2011) dengan begitu meriah sekali.

Pelbagai aktiviti telah sempat dirakamkan buat tatapan umum. It's okay, pembangkang kalau nak tengok gambar-gambar ni pun boleh..even better turun sendiri ke Karnival tu ler..baru terbuka minda pekung korang tu..


Pelbagai lapisan masyarakat membanjiri I-City

Penat berjalan, kaum ibu pakat berehat..

Menarik bukan?

Rugi orang Selangor tak turun..tidak mengapa kerana Karnival Sayangi Selangor ini berlangsung sehingga 31hb Disember 2011. Jadi bagi yang mungkin tidak berkesempatan untuk turun semalam, barangkali anda boleh turun pada hujung minggu ini bersama keluarga anda dan alamilah keseronokan Karnival Sayangi Selangor ini.

Baca seterusnya laporan dari Wadah Kelana Jaya sini.
 

Wednesday, December 14, 2011

Apabila Kezaliman MB Selangor Semakin Dipertikai Rakyat


Apabila Penzina Menghina Islam




RIDHUAN TEE ABDULLAH
Sinar Harian (December 11, 2011)

Kebelakangan ini kita dikejutkan dengan kebiadaban pemimpin-pemimpin bukan Islam menghina amalan, undang-undang dan kedudukan Agama Islam yang dilindungi oleh Perlembagaan, secara bertubi-tubi.

Seolah-olah ia dirancang begitu rapi, sama ada oleh parti politik, majlis peguam, NGO, individu tertentu dan sebagainya, yang tidak Islam.

Pendek kata, mereka bergerak dalam segenap aspek, dalam satu pasukan menggunakan pelbagai label, pendekatan, sama ada secara lantang, licik dan halus. Paling ketara, kita lihat mereka saling sokong-menyokong. Tidak ada yang membantah.

Sebagai agama yang bersifat universal, sebenarnya Islam begitu terbuka. Kita boleh ditegur, tidak ada masalah. Parti-parti politik atau orang bukan Islam boleh memberikan teguran dalam perkara lain seperti salah tadbir urus, salah laku peribadi, rasuah dan sebagainya yang dilakukan oleh sesiapa sahaja, tetapi bila tiba kepada perkara berkaitan agama Islam, jangan terlalu kurang ajar.

Apatah jika yang menegur itu, latar belakangnya amat menjijikkan. Seks rambang dan perzinaan sudah menjadi budaya hidupnya.

Kenapa perlu mencampuri urusan orang Islam atau agama Islam, sedangkan orang Islam tidak pernah sama sekali campur tangan dalam urusan agama mereka.

Siapakah kamu wahai kiasu? Jika kami melakukan tindakan yang sama menghina agama kamu, sudah tentu mereka ibarat cacing kepanasan.

Saya amat memuji NGO-NGO yang begitu lantang mengkritik pemimpin parti politik yang suka berzina dan amat rendah moralnya ini. Saya yakin jika calon ini bertanding di kawasan majoriti Melayu, pasti mereka akan menerima akibatnya.

Amat malang sekali jika kita sebagai umat Islam masih buta, yakni meletakkan calon bukan Melayu di kawasan majoriti Melayu.

Saya masih lagi boleh bersabar jika mereka tidak menerima ‘hudud Pas’. Tetapi cara mereka bercakap tidak menampakkan rujukan kepada ‘hudud Pas’, tetapi menghina Islam secara keseluruhan dan isi kandung al-Quran. Perbuatan ini amat melampau.

Sebagai umat Islam kita mesti berasa sensitif. Tidak boleh pejam sebelah mata. Jangan benarkan sesiapapun menghina al-Quran. Hidup mati kita adalah dengan al-Quran. Al-Quran adalah petunjuk, kerana ia adalah kalamullah.

Saya bersetuju dengan desakan supaya penzina yang memalukan parti dan keluarganya sendiri ini, membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataan beliau berkenaan dengan hukum hudud. Ini bukan kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan yang menghina Islam. Apakah kita boleh menerima kenyataan seperti pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara akan berhadapan dengan ‘binasa diri’ jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia.

Persoalan saya, apakah Malaysia akan menjadi daya tarikan pelabur-pelabur dengan lambakan pelacur-pelacur yang datang dari China dan Vietnam yang datang ‘memberi khidmat’? Apa matlamat sebenar membawa masuk mereka ini?

Penzina ini juga berkata, sistem perundangan itu tidak adil kepada semua pihak khususnya ke atas kaum wanita selain mengenakan hukuman-hukuman kejam yang jelas bercanggah dengan konvensyen antarabangsa.

Penzina ini juga meramalkan bahawa pasaran saham akan jatuh antara 10 hingga 20 peratus jika hukum hudud digubal dan memberi kesan ke atas kewangan pelabur-pelabur tempatan. Wah! bukan main pandai lagi beliau meramal seperti nujum.

Kenapa negara China yang mengamal sistem komunis yang nampak lebih zalim tidak dikritik? Adakah pelabur lari daripada negara Cina? Apa yang saya tahu, semakin ramai yang melabur di negara komunis itu?

Saya amat hairan kenapa kita sengaja memejamkan mata dengan strategi untuk ‘menghapuskan’ identiti Islam dan Melayu ini. Mereka bukan tidak tahu kebaikan Islam, mereka tahu. Tetapi mereka tidak mahu ada identiti Islam (Melayu) di Malaysia. Mereka mahukan sama rata dan sama rasa. Sampai bila-bila pun ultra kiasu yang berada dalam Pakatan dan Barisan tidak akan menerima Islam, kecuali Umno dan Pas bersatu.

Saya amat bersetuju dengan kenyataan Timbalan Presiden Umno, sebenarnya kita tidak rasis. Mereka yang seratus kali lebih rasis. Bukan sahaja rasis, tetapi busuk hati. Mereka tidak mahu langsung negara ini dikaitkan dengan identiti Melayu dan Islam, walaupun itulah hakikat yang mesti diterima.

Seperti Perdana Menteri sebut, orang Melayu tidak pernah menjadi bangsa yang rasis dan bersikap pelampau kerana sejak merdeka orang Melayu sanggup berkongsi kuasa dan memberi apa yang (dirasa) adil kepada bukan Melayu.

Justeru, tunggu apa lagi, marilah kita bersama-sama tanpa mengira parti dan ideologi, mempertahankan Islam yang semakin lama semakin berani dimamah dan diratah ultra kiasu, termasuk dalam Barisan Nasional.

Mereka licik dan bijak menyamar seperti musang berbulu ayam.

Saturday, November 12, 2011


Pemimpin pembangkang kantoi lagi. Ramalan mereka tidak benar!

Spekulasi kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 dipanggil pada mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) Jumaat ternyata tidak menjadi kenyataan.

Najib berkata tarikh 11.11.11 berlalu tanpa Parlimen dibubarkan, dan mesyuarat hari ini langsung tidak membincangkan mengenai tarikh pilihan raya tersebut.

Presiden Umno dan Pengerusi BN itu berkata ia cuma membincangkan usaha yang boleh dibuat untuk memperkuatkan BN supaya parti lebih mantap untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

"Kita juga bincang pentingnya kita kembali kepada semangat dan prinsip BN iaitu hormat menghormati antara satu sama lain," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur , semalam

Menurutnya, perbincangan melibatkan ketua parti-parti komponen BN itu juga tertumpu kepada hal kepentingan bersama.

"Ini supaya kita dapat cari kata sepakat untuk tangani apa juga isu sama ada sensitif atau sebaliknya," kata Najib.

Beliau menegaskan ada kenyataan mengenai parti dan isu tertentu boleh dibuat secara terbuka tetapi jangan sampai menyentuh sensitiviti parti dan pihak lain.

Beliau turut ditanya mengenai kedudukan MCA yang dilaporkan tidak menyokong cadangan membenarkan warga Malaysia di luar negara mengundi pada pilihan raya umum akan datang kerana dikatakan tidak mengikuti perkembangan semasa di tanah air.

Najib berkata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah menjelaskan perkara itu kepadanya.

Apa yang dijelaskan ialah kekhuatiran MCA berhubung kesukaran melaksanakan perkara itu yang mungkin membabitkan masalah lojistik memandangkan pengundian membabitkan kira-kira 800 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

"Jadi BN tidak menentangnya tetapi BN mahu mengetengahkan kesukaran besar dalam melaksanakannya, kata Najib.

Ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat itu, Dr Chua berkata jika cadangan itu dilaksanakan, ia akan membabitkan penghantaran kira-kira 800 peti undi ke luar negara.

Beliau menjelaskan perlu juga ada wakil dari parti terbabit dan pemerhati bebas, dan itu semua melibatkan kos yang besar.

MCA khuatir keadaan itu akan menimbulkan keraguan dan tohmahan tentang kesahihan pengundian, katanya.

Tuesday, October 11, 2011

Khalid Perli, Keras Kepala Terhadap Sultan Selangor

Khalid Ibrahim (Tan Sri) ini memang keras kepala dan sifat menderhaka pun ada pada dirinya.

Semalam Menteri Besar Selangor mengatakan kerajaan negeri akan menubuhkan jawatan kuasa khas untuk memperkasakan Standard Operating Procedure (SOP) di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) agar jabatan itu dapat memantau cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan akidah umat Islam dengan teliti dan berkesan.

Menurutnya, jawatan kuasa khas itu akan dianggotai tokoh perundangan dan pakar agama selain pegawai kanan kerajaan yang mana nama-nama mereka akan diumumkan kelak.

Ini reaksinya kepada Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung laporan pemeriksaan terhadap Dream Center di Damansara Utama yang telah diperiksa oleh (Jais).

“Kerajaan negeri yakin dan percaya, titah baginda ini adalah keputusan terbaik dan adil serta mengambil kira keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini dan Malaysia amnya. Sebagai rakyat Selangor, kita mesti menghormati dan menerima titah ini dengan hati terbuka dan positif kerana baginda adalah ketua negeri dan tempat masyarakat berbilang kaum berlindung,” kata Khalid.

Jika demikian, kenapa pula Khalid mengatakan “ia memberi kesedaran tentang keperluan untuk mengukuhkan penguatkuasaan Jais serta pengumpulan bukti”.
Apakah yang dilakukan Jais terhadap DUMC itu tidak berasas walaupun tidak boleh mendakwa sesiapa?

Faham titah ini : ““Beta selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor mengambil berat dan berasa amat tersinggung dengan usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah umat Islam dalam negeri ini. Beta menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jais supaya sentiasa mengadakan pemantauan rapi dan mengambil tindakan sewajarnya tanpa perlu teragak- agak selaras dengan bidang kuasa diperuntukkan di bawah undang- undang.

Apakah Khalid mempertikaikan hujah Sultannya sendiri? Kan Sultan Selangor ada menyebut “tindakan sewajarnya tanpa perlu teragak- agak selaras dengan bidang kuasa diperuntukkan di bawah undang- undang.”

Tidak payah tunggu “jawatan kuasa khas yang akan dianggotai tokoh perundangan dan pakar agama selain pegawai kanan kerajaan yang mana nama-nama mereka akan diumumkan kelak” untuk bertindak.

Inilah perangai Khalid, sedangkan Sultan Selangor amat tersinggung dengan tindakan DUMC itu.

Khalid buat tidak faham, malah seperti memperli Sultannya sendiri sedangkan siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas majlis Thanksgiving Dinner yang diadakan di Dewan 3, Kompleks Dream Centre di Seksyen 13, Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu mendapati berlaku cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan akidah umat Islam.

Kerana itu Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa amat tersinggung dengan usaha-usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di negeri ini.

Baca kenyataan penuh Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk lebih jelas:

Beta selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor amat mengambil berat di atas tindakan yang dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasan, Jabatan Agama Islam, Selangor (JAIS) yang telah menjalankan pemeriksaan ke atas majlis 'Thanksgiving Dinner' yang diadakan di Dewan 3, Kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya pada 3 Ogos 2011 yang lalu.
Beta amat berharap agar rakyat Negeri Selangor tanpa mengira bangsa dan agama tidak menyalahanggap dan mempertikaikan tindakan JAIS tersebut sebelum mengetahui dengan jelas fakta sebenar mengenai tindakan yang telah diambil oleh pihak JAIS.
Sebagai sebuah Jabatan Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang Islam dalam Negeri ini, JAIS mempunyai tugas yang berat untuk memastikan Agama Islam dalam Negeri Selangor ini sentiasa dipelihara dan dimartabatkan selaras dengan kedudukan Agama Islam sebagai agama Negeri Selangor di bawah Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959 dan juga agama Persekutuan di bawah Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.
Pihak JAIS telah menyembahkan kepada Beta laporan penuh mengenai pemeriksaan yang telah dijalankan di kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya tersebut dan juga tindakan susulan yang telah diambil oleh JAIS. Beta sendiri telah meneliti laporan tersebut dengan terperinci dan Beta berpuas hati bahawa tindakan JAIS tersebut adalah betul dan tidak menyalahi mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Selangor ini.
Tindakan JAIS tersebut adalah selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988.
Agama Islam yang diamalkan dalam Negeri Selangor ini adalah sebuah agama yang penuh toleransi. Penganut agama Islam sentiasa dipupuk agar menghormati penganut-penganut agama lain.
Walaupun begitu, mana-mana pihak tidak boleh mengambil kesempatan untuk cuba mengembangkan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam.
Ini adalah selaras dengan Fasal (1) dan (4) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988 yang tidak membenarkan pengembangan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam.
Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh, Kerajaan Selangor 1959, Fasal (1) Perkara 3 dan Fasal (1) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan telah memberikan hak kebebasan beragama kepada penganut agama lain untuk mengamalkan ajaran agama mereka masing-masing dengan aman dan harmoni.
Hak kebebasan tersebut telah pun berjalan dengan penuh harmoni dalam Negeri ini. Beta amat berharap keharmonian tersebut yang telah wujud sekian lama terus dikekalkan.
Peliharalah hak dan agama masing-masing dan jangan sekali-kali cuba mempengaruhi dan memesongkan fahaman dan kepercayaan orang Islam terhadap agama Islam.
Merujuk kepada siasatan pihak JAIS, terdapat keterangan bahawa ada cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan aqidah umat Islam.
Tetapi keterangan yang diperolehi tidak mencukupi untuk tindakan undang-undang diambil.
Oleh itu setelah meneliti dengan secara mendalam laporan oleh pihak JAIS dan setelah mendapat nasihat dari pakar-pakar agama dan undang-undang, Beta bersetuju tiada pendakwaan terhadap mana-mana pihak.
Walau bagaimanapun Beta menitahkan JAIS memberikan kaunseling kepada orang Islam yang terlibat dalam majlis tersebut supaya aqidah dan kepercayaan mereka terhadap Agama Islam dapat dipulihkan.
Beta juga menitahkan JAIS supaya menjalankan aktiviti dakwah terhadap orang Islam dengan lebih kerap dan tersusun supaya akidah dan kepercayaan mereka terhadap Agama Islam dapat dipelihara dan dipertingkatkan.
Beta amat berharap selepas daripada ini, apa-apa kegiatan dan aktiviti yang sedang berjalan atau yang akan berjalan bagi tujuan mengembangkan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam dalam Negeri Selangor ini hendaklah dihentikan segera dan tiada kegiatan dan aktiviti yang serupa dijalankan di masa hadapan.
Sesungguhnya Beta selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor ini amat mengambil berat dan berasa amat tersinggung dengan usaha-usaha pihak tertentu yang cuba untuk melemahkan kepercayaan dan aqidah orang Islam dalam Negeri Selangor ini.
Beta menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS supaya sentiasa mengadakan pemantauan rapi dan mengambil tindakan sewajarnya tanpa perlu teragak-agak lagi selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah undang-undang.
Beta juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mengambil berat berkaitan isu ini dan yang telah memberikan kerjasama dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada JAIS.

Sunday, October 9, 2011

Khalid Gereja Rembat Duit Zakat Untuk Anaknya ke Timur Tengah

Sewaktu PAS memerintah Trengganu pada 1999-2004 telah berlaku kekecohan pada tahun 2003 apabila lima orang anak kepada dua anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) menggunakan wang zakat dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Trengganu untuk membiayai pengajian kelima-lima mereka di timur tengah.

Kini setelah lapan tahun berlalu peristiwa yang sama berulang kembali. Bukan di Trengganu, tetapi di Selangor.

Maklumat yang sampai seorang blogger mengatakan anak kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, menggunakan wang dari PZS untuk membiayai pelajarannya di timur tengah.

Khalid Samad sering bercakap soal intergriti , menuduh lawannnya rasuah, melakukan penyelewengan, salah guna kuasa dan sebagainya, dalam masa yang sama dia juga seleweng.

Sebagai seorang ahli parlimen dan juga seorang jurutera, sudah tentu Khalid Samad lebih dari mampu untuk menanggung pelajaran anaknya, tetapi oleh kerana sifat tamak haloba beliau tanpa malu-malu menggunakan wang dari PZS untuk tujuan tersebut.

Wang yang sepatutnya disalurkan kepada anak-anak orang yang lebih susah atau miskin untuk menyambung pelajaran terpaksa diberi kepada anak seorang ahli parlimen yang sudah kaya-raya.

Khalid Samad harus menunjukkan dia cakap serupa bikin, bukannya menjadi manusia munafik. Khalid Samad harus mengembalikan semula wang tersebut kepada PZS untuk kegunaan orang lain yang lebih susah.

Apa cerita khalid gereja ni? khalid kalau takde duit pun kan dia boleh minta sedekah di mana mana gereja untuk tanggung sekolah anak dia? duit yang ada agaknya dah joly nutuh china doll ke? Bodoh punya Khalid...!

Lu Fikir La Sendiri!!!

http://politikputramerdeka.blogspot.com

Thursday, September 29, 2011

Sebutan Semula Kes Saman Umno Terhadap PAS Pada November

Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan 22 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes saman bernilai RM10 juta yang difailkan oleh Umno Selangor terhadap tiga pemimpin tertinggi Pas atas dakwaan memfitnah parti itu dalam artikel berhubung serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU).

Timbalan Pendaftar, Sara Zuriati Zaharifudin menetapkan tarikh itu kelmarin, dan peguam Abu Bakar Isa Ramat yang mewakili Umno memberitahu, semua defendan yang dinamakan dalam saman terbabit diarahkan untuk memfailkan pembelaan sebelum tarikh tersebut.

Pada 14 September lalu, Umno Selangor yang diwakili oleh Setiausaha Badan Perhubungannya, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed memfailkan saman tersebut dengan menamakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali selaku defendan pertama kerana mendakwa beliau telah mengeluarkan kenyataan yang memfitnah parti itu di dalam akhbar Harakah.

Mohd Zin selaku plaintif turut menamakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Muhammad Sabu sebagai defendan diikuti pencetak, Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd yang merupakan pencetak akhbar milik PAS, Harakah.

Selain itu, turut dinamakan sebagai defendan ialah penyunting Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan wartawan akhbar terbabit, Khairul Azlam Mohamad yang bertanggungjawab menulis berita bertajuk 'PAS akan dedah bukti, Umno main peranan operasi JAIS' yang disiarkan dalam edisi bertarikh 19 hingga 21 Ogos lalu.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa Mustafa telah mengeluarkan kenyataan yang memfitnah wadah dan perjuangan politik plaintif semasa ditemuramah oleh Khairul Azlam pada 15 Ogos lalu dengan mengetahui bahawa kenyataan itu akan disiarkan di dalam Harakah.

Dakwa plaintif, kenyataan tersebut membawa maksud bahawa Umno memainkan peranan penting dalam serbuan tersebut dan seolah-olah 'mengawal pentadbiran' JAIS yang merupakan agensi kerajaan di bawah kawalan Kerajaan Negeri Selangor.

Seterusnya, plaintif mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh defendan pertama juga membawa maksud Umno mengamalkan dasar politik yang kotor dan sempit serta boleh mengarah-arahkan mana-mana agensi kerajaan, pegawai atau agensi untuk membuat sesuatu tindakan atau keputusan atas arahan pihak luar dan membelakangkan undang-undang dan peraturan agensi terbabit.

Plaintif juga mendakwa, kenyataan itu boleh membawa maksud bahawa plaintif telah terlibat dalam rasuah salah guna kuasa, tidak boleh dipercayai, dalang dalam mencetuskan ketegangan antara Islam dengan bukan Islam serta JAIS adalah kuda tunggangan plaintif dalam mencapai objektif tersebut.

Oleh itu, plaintif mendakwa penerbitan kata-kata fitnah tersebut telah menyebabkan merosakkan reputasi mereka dan membawa kehinaan dan keaiban yang akan berlangsung selama bertahun-tahun kerana penerbitan dan pengedaran Harakah yang meluas.

Dakwa plaintif lagi, defendan pertama juga tidak mengendahkan dan mengabaikan surat plaintif bertarikh 25 Ogos lalu yang menuntut permohonan maaf tanpa bersyarat dan pampasan sebanyak RM10 juta kepada plaintif.

Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi RM10 juta daripada setiap defendan termasuk ganti rugi keterlaluan dan ganti rugi teladan, faedah pada kadar 4 peratus setahun yang mula dibayar dari tarikh keputusan sehingga pembayaran penuh serta perintah injunksi bagi menghalang defendan pertama atau ejennya untuk meneruskan kenyataan fitnah tersebut,

Plaintif juga menuntut defendan pertama untuk menerbitkan permohonan maaf secara bertulis yang diterbitkan di surat khabar dan majalah dalam istilah yang ditetapkan oleh plaintif serta defendan dimohon untuk menjelaskan kos mahkamah.

Sementara itu, Hafarizam ketika ditemui memberitahu, beliau dimaklumkan bahawa mahkamah menetapkan 28 September ini sebagai pengurusan saman tersebut.

Pada 3 Ogos lalu, JAIS membuat serbuan ke atas gereja terbabit selepas mendapat maklumat bahawa terdapat orang Islam yang menghadiri majlis yang diadakan di situ.

Media juga melaporkan, serbuan yang diadakan pada pukul 9 malam turut mendapati seseorang sedang berucap dengan menyelitkan perkataan al-Quran dan terdapat percubaan untuk memurtadkan umat Islam.

Tuesday, September 20, 2011

Pilihan Raya - Perlu Ada Kesepakatan Dalam UMNO Selangor

“Malang sekali di Selangor asas itu tiada kerana tidak wujud kerjasama dan perpaduan di kalangan pemimpin sama ada antara pemimpin UMNO atau antara pemimpin UMNO dengan rakan parti komponen BN termasuk MCA, MIC dan GERAKAN. Selagi tidak wujud asas ‘common ground, common activity and common issue’ selagi itu harapan untuk BN merampas kembali Selangor daripada pembangkang amat tipis dan ini perlu diakui semua pihak,” - Dr Khir Toyo

Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk menawan kembali Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 jika mampu memperoleh sokongan peringkat akar umbi sekurang-kurangnya 70 peratus daripada pengundi Melayu, manakala 60 peratus India dan 30 peratus Cina.

Bagaimanapun, kajian dan pemerhatian terhadap senario politik semasa di negeri diterajui Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada pakatan pembangkang itu mendapati hanya 55 peratus pengundi Melayu menyokong perjuangan BN, termasuk mereka yang kembali menyokong, manakala India 50 peratus dan Cina antara 10 hingga 15 peratus.

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo, berkata peratusan sokongan pengundi mampu ditingkatkan jika semua pemimpin parti komponen BN Selangor bergerak senada dan serius dalam menyertai gelombang kebangkitan yang mempunyai asas kepada titik persamaan, aktiviti dan isu yang dibangkitkan secara bersama (common ground, common activity and common issue).

Katanya, asas itu yang memberikan kejayaan kepada pembangkang untuk menawan beberapa negeri pada PRU 2008, malah ia juga memberi kejayaan kepada BN Terengganu untuk merampas kembali negeri daripada pucuk pimpinan PAS pada PRU 2004.

“Malang sekali di Selangor asas itu tiada kerana tidak wujud kerjasama dan perpaduan di kalangan pemimpin sama ada antara pemimpin UMNO atau antara pemimpin UMNO dengan rakan parti komponen BN termasuk MCA, MIC dan GERAKAN.

“Selagi tidak wujud asas ‘common ground, common activity and common issue’ selagi itu harapan untuk BN merampas kembali Selangor daripada pembangkang amat tipis dan ini perlu diakui semua pihak,” katanya kepada Berita Harian, kelmarin.

Kelmarin dalam ucaptama pada Konvensyen BN Selangor, Datuk Seri Najib Razak menegur sesetengah pemimpin dalam parti yang menipu diri sendiri dengan menjalankan program ‘syok sendiri’ dan gagal memberi laporan tepat serta tidak insaf dengan pengalaman kekalahan di Selangor di tangan parti lawan.

Perdana Menteri dilaporkan berkata, walaupun tewas pada PRU 2008, golongan ini masih tidak mengambil iktibar dan asyik memikirkan kedudukan jawatan berbanding memastikan kemenangan pada pilihan raya akan datang.

Mohamad Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang berkata, antara punca utama kekalahan UMNO di Selangor ialah apabila pemimpin terlalu yakin dan enggan mengakui wujudnya masalah, termasuk persengketaan sesama pemimpin sama ada pada peringkat cawangan, bahagian mahupun negeri.

Walaupun menyedari kenyataan ini akan mendatangkan kemarahan pemimpin BN, katanya, beliau perlu bersikap jujur dan berharap pemimpin lain turut berbuat demikian demi memastikan BN kembali berkuasa di Selangor dan beberapa negeri lain.

Malah, beliau menyifatkan keadaan pengaruh BN di Selangor sebagai kritikal kerana teguran Perdana Menteri itu bukan kali pertama, sebaliknya teguran berulang yang tidak diberi perhatian oleh pemimpin di semua peringkat.

“Sebagai bekas pemimpin yang berpengalaman, saya berharap mana-mana pemimpin yang diberi peluang memimpin rakyat sama-sama memikirkan apakah ‘common ground, common activity and common issue’ yang boleh dibangkitkan di Selangor, bukannya ikut kepala masing-masing atau syok sendiri.

“Tak guna jika hanya ada kesedaran dan keinsafan, tetapi tiada keinginan dan keupayaan untuk kembali berkuasa di Selangor,” katanya yang yakin dapat meraih sokongan di kawasannya pada PRU akan datang menerusi pendekatan memahami kehendak dan keperluan pengundi selain mendekati belia yang mewakili lebih 60 peratus pengundi.

Saturday, September 10, 2011

MULUT KHALID SAMAD SEMAKIN BUSUK…

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, Khalid Samad bagai hilang ingatan, sasau dan bingung dengan perbuatannya sendiri!

Dia kini berseteru dengan jabatan Islam di Selangor malah mempersoalkan banyak perkara termasuk terhadap NGO Islam Selangor. Dia mendakwa Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa menyokong UMNO.

Ini apabila kelmarin (8 September 2011) beliau menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mendedahkan apa yang dibincangkan dalam pertemuan mereka dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam.

Khalid beranggapan pertemuan itu cuba menjatuhkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Dalam entri terbaru blognya pada Rabu lalu, Khalid mendakwa ada pihak-pihak tertentu telah mengadakan pertemuan tertutup membabitkan agensi-agensi agama dan NGO untuk menjatuhkan kepimpinan Menteri Besar Selangor ekoran kes serbuan ke atas DUMC pada 3 Ogos lalu.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam mendakwa pertemuan beberapa NGO Islam bersama JAIS dan MAIS serta wakil daripada Pejabat Peguam Negara telah menghasilkan satu memorandum untuk menjatuhkan Abdul Khalid selaku Menteri Besar Selangor.

Khalid mendakwa, Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa telah mengakui mengenai pertemuan rasmi yang berlangsung itu adalah untuk membincangkan masalah umat Islam dalam isu gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Menurut Khalid sekiranya pertemuan tersebut adalah mesyuarat rasmi maka Azib selaku pengerusi MAIS perlu mendedahkan maklumat mengenainya bagi mengelakkan sebarang spekulasi.

Hakikatnya Ahli Parlimen Shah itu memang tidak berpuas hati dengan JAIS yang sebelum ini mengambil tindakan terhadapnya kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah di sebuah surau bulan lalu.

Kesannya, beliau cuba menyerang pihak berkuasa agama itu dengan mengaitkannya dengan UMNO.

Lebih buruk, pada Rabu 7 September 2010, Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor itu mendakwa para pegawai penguat kuasa yang menjalankan tugas berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 mengamalkan diskriminasi dan bersekongkol dengan UMNO.

Khalid berkata, meskipun JAIS ketika ini di bawah pentadbiran parti-parti pembangkang, masih ramai pegawai pihak berkuasa agama itu merupakan orang yang sama ketika pentadbiran BN sebelum tahun 2008.

Menjawab tuduhan Khalid semalam, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa pada Jumaat menegaskan tidak wujud sebarang komplot untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor.

"Sebaliknya yang kedengaran ialah mereka di sekeliling Datuk Menteri Besar Selangor yang cuba menjatuhkan beliau (Abdul Khalid)," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Shah Alam.

Mohamad Adzib berkata demikian bagi menjawab segala dakwaan kononnya wujud konspirasi politik bagi menjatuhkan Menteri Besar Selangor semasa pertemuan MAIS dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam sebagaimana yang didakwa anggota Parlimen Shah Alam dari PAS itu.

Pengerusi MAIS itu menjelaskan, MAIS mengadakan perjumpaan dengan 45 buah NGO Islam pada 5 Ogos lepas bagi memberi penerangan dan penjelasan berhubung isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan menegaskan ia tiada kena mengena dengan dakwaan bahawa perjumpaan itu bertujuan menjatuhkan Khalid.

Mohamad Adzib berkata, perjumpaan dengan NGO Islam itu dipengerusikan Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan dihadiri beliau selaku Pengerusi MAIS, Pengarah JAIS, Marzuki Hussin dan Penolong Penasihat Undang-undang Negeri.

Agenda perjumpaan itu, jelasnya, antara lain ialah ucapan Dr Hasan sendiri, taklimat dan tayangan video oleh Bahagian Penguatkuasaan JAIS serta sesi soal jawab.
"Tohmahan yang dilemparkan oleh YB Khalid Samad tersebut amat tidak bertanggungjawab dan bertujuan mengelirukan masyarakat Islam terutamanya di negeri Selangor," kata Mohamad Adzib lagi.

Beliau berkata, dalam hal ini, MAIS akan merujuk kepada peguam untuk menentukan sama ada satu tindakan undang-undang boleh diambil terhadap Anggota Parlimen PAS itu berhubung segala tohmahan yang dilemparkannya.

Mohamad Adzib dalam kenyataan itu turut berkata, institusi-institusi Islam di Selangor seperti JAIS, Lembaga Zakat Selangor, masjid dan surau tidak boleh digunakan bagi tujuan politik oleh sesuatu kumpulan, individu atau pihak tertentu.

"Inilah yang berlaku selama ini di mana pihak atau parti politik tertentu menjadikan institusi-institusi agama sebagai tapak menyebarkan agenda politik masing-masing yang boleh mencemarkan kredibiliti institusi tersebut termasuklah kesucian rumah ibadat," katanya.

Selepas membaca kenyataan ini ternyata Khalid gelabah tidak tentu pasal dan langsung tidak menghormati Dr Hassan yang mempengerusikan perjumpaan yang dikatakan mahu menjatuhkan Menteri Besar Selangor itu.

Kesian Khalid. Tembelangnya semakin jelas dan dialah punca sebenarnya menyebabkan huruhara dalam politik Selangor.

Nampak sangat Khalid cuba menyerang Dr Hassan secara ‘baling batu, sembunyi tangan’.

Masanya sudah sampai untuk jatuhkan Khalid dan selagi ibu kanser ini tidak dibuang, kerajaan Selangor, khususnya Khalid Ibrahim terus berdepan dengan bahaya pembohongan yang dicipta Khalid!

Thursday, August 25, 2011

PERKASA, Ezam Dakwa MB Fitnah, Tipu Sultan Selangor


Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Selangor dan Pusat, Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan Senator Ezam Mohd Noor semalam membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Laporan dibuat ke atas Abdul Khalid kerana didakwa memfitnah dan menipu Sultan Selangor (untuk lebih jelas baca di sini) dalam isu penubuhan Majlis Penasihat Syura untuk menyelesaikan isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utama http://www.blogger.com/img/blank.gifpada 3 Ogos lalu.

Pengerusi GAPS Hamidzun Khairuddin semasa ditemui di Balai Polis Seksyen 6 di Shah Alam di mana mereka membuat laporan berkata tindakan Abdul Khalid adalah suatu kesalahan besar mengikut Akta Hasutan 1948 dan badan itu mahu Menteri Besar Selangor itu disiasat mengikut akta itu.

"GAPS mempunyai pandangan bahawa institusi Raja di Selangor harus dipertahankan sebagai institusi yang unggul untuk menyatukan dan membawa perpaduan rakyat dan bukan bahan untuk ditertawakan diperkotak-katikkan dan dipermainkan," katanya.

Ezam pula berkata beliau merasa bertanggungjawab untuk mempertahankan Perlembagaan Negara dan Institusi Asas Negara dan beliau bersama teman-teman seperjuangan mempercayai ada agenda halus di sebalik tindakan Abdul Khalid yang didalangi oleh pihak-pihak tertentu untuk merosakkan institusi Istana dan Raja Berperlembagaan.

Bukan sahaja institusi Raja diserang, malah JAIS yang menjaga hal ehwal kebajikan orang Islam juga turut diserang, kata Ezam.

Kelmarin Setiausaha Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani mengeluarkan kenyataan bahawa kenyataan Abdul Khalid bahawa penubuhan Majlis Penasihat Syura itu telah dicadangkan oleh Baginda, adalah tidak benar sama sekali.

Monday, August 22, 2011

Isu Gereja - "See U In Court...", Sultan Perintah Tubuh Majlis Syura

“Ini adalah sangkaan jahat dan satu niat untuk mendapatkan sokongan politik dan kita rasa amat terkilan dengan tindakan Mustafa dengan memberi segala gambaran yang berlaku didalangi UMNO Selangor. Saya bagi pihak UMNO Selangor membuat penafian sekeras-kerasnya, kita tidak terlibat dalam peristiwa ini dan kita tiada peranan dan tanggungjawab untuk mengeluarkan arahan kepada JAIS.” – Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed.

Pada ketika Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan kerajaan negeri supaya menubuhkan majlis penasihat syura dalam usaha menyelesaikan pertikaian berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lepas, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menegaskan, beliau bersedia untuk bertemu UMNO di mahkamah.

See you in court...” katakan.

Mustafa mengulangi, beliau mempunyai bukti untuk mengaitkan UMNO dalam pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya awal bulan ini.

DEng an tegas Mustafa menegaskan tidak akan memohon maaf atau menarik balik dakwaan dilemparkan terhadap Umno sebelum ini. “Kita jumpa di mahkamah, kalau nak saman itu hak dia (UMNO Selangor), saya tidak akan minta maaf dan saya kekal dengan pendirian saya sebelum ini, kita jumpa di mahkamah.” jawabnya.

Umno Selangor dilaporkan akan memfailkan saman RM10 juta terhadap Mustafa berhubung dakwaan kononnya parti Melayu itu memainkan peranan dalam tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja awal bulan ini.

Setiausaha UMNO Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed, berkata selain Mustafa, pihaknya juga akan mempertimbangkan pihak-pihak lain dalam saman yang akan difailkan selepas Aidilfitri.

“Kita akan memulakan langkah permulaan saman iaitu saman tuntutan ganti rugi dan saman malu terhadap fitnah yang dibuat Datuk Mustafa Ali terhadap Umno Selangor dengan jumlah RM10 juta.

“Ini adalah tindakan yang terpaksa dilakukan demi mempertahankan maruah dan hak, kami akan hantar notis kepada beliau dan pihak-pihak tertentu dan jika tiada jawapan, kita akan failkan saman selepas Aidilfitri,” katanya pada sidang media di Shah Alam.

Mustafa sebelum ini mendakwa mempunyai bukti kononnya Umno berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Beliau turut mengatakan UMNO memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan Jais yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja itu.

Tambah Mustafa, beliau sedia mendedahkan maklumat campur tangan UMNOI kepada Pengarah Jais Marzuki Hussin.

Ir Mohd Zin bagaimanapun menegaskan, Mustafa masih boleh membuat permohonan maaf secara terbuka kepada UMNO Selangor dalam tempoh tujuh hari bermula hari ini sebelum tindakan undang-undang diambil.

Jelas beliau, notis pemberitahuan saman akan dihantar kepada Mustafa dalam tempoh terdekat.

“Dan, saya (sebelum ini) telah memberi notis (tiga hari) kepada Mustafa supaya memohon maaf dan kita bersedia memaafkan beliau tetapi malangnya dengan begitu bongkak dan sombong beliau bukan mahu mengaku kesilapan, tetapi keluarkan kenyataan kononnya beliau mempunyai bukti dokumen bahawa semua tindakan dibuat Jais adalah arahan dan didalangi UMNO Selangor.

“Oleh kerana dalam semangat Ramadan dan persaudaraan sesama Islam ini, UMNO Selangor tiada pilihan kecuali mempertahankan diri dengan mengambil proses undang-undang untuk mendapatkan pembelaan,” katanya.

Menurut Ir. Mohd Zin, mustahil untuk pihaknya mengarahkan Jais bertindak sedemikian. Ini kerana Jais adalah sebuah agensi yang terletak di bawah urus tadbir kerajaan negeri Selangor bukan Umno Selangor.

“Ini adalah sangkaan jahat dan satu niat untuk mendapatkan sokongan politik dan kita rasa amat terkilan dengan tindakan Mustafa dengan memberi segala gambaran yang berlaku didalangi UMNO Selangor. Saya bagi pihak UMNO Selangor membuat penafian sekeras-kerasnya, kita tidak terlibat dalam peristiwa ini dan kita tiada peranan dan tanggungjawab untuk mengeluarkan arahan kepada Jais,” tegas Mohd Zin.

Umno Selangor akan diwakili peguam dari Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula berkata, baginda menitahkan demikian ketika beliau bersama Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid dan timbalannya, Datuk Abd Majid Omar menghadap baginda baru-baru ini.

Kata Khalid, penubuhan Majlis Penasihat Syura ini dicadangkan oleh baginda minggu lalu dan saya menjunjung titah serta nasihat baginda agar mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu ini secara berhemah dan memuaskan.

Sunday, August 21, 2011

Azmil Mustafa - Tazkirah Saya Bersandar al-Quran'

Pelakon yang kini menjadi pendakwah bebas, Azmil Mustapha berkata, tazkirah yang disampaikannya di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang, kelmarin adalah bersandarkan kepada ayat-ayat al-Quran.

Menurutnya, antara perkara disampaikannya adalah umat Islam wajib mengutamakan Allah berbanding manusia, tidak kira siapa orang itu.

Beliau seterusnya menafikan ada mengkafirkan kerajaan dan menyampaikan ceramah berbaur hasutan politik supaya rakyat membenci Yang di-Pertuan Agong ketika memberi tazkirah sebelum solat sunat tarawih di masjid itu.

Pelakon filem Ali Setan dan Kepala Angin itu terkejut apabila laporan polis dibuat oleh bilal masjid itu, Mohd. Sani Nasib di Balai Polis Kampung Baru Subang pada pukul 11.30 pagi semalam yang mengatakan dia ada mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya sedang meneliti laporan polis yang dibuat dan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 4, Akta Hasutan 1948.

Beliau berkata, setakat ini, siasatan kes berkenaan masih lagi di peringkat awal dan dia meminta orang ramai memberi peluang kepada polis untuk menyiasat kes itu secara terperinci.

"Dalam siasatan, kita memang akan panggil siapa yang berkenaan termasuk Azmil dan beberapa individu. Bagaimanapun, kita tidak boleh mendedahkan semua maklumat terperinci seperti bila dan di mana sesi merakam percakapan itu akan dilakukan. Biar pihak polis jalankan siasatan dulu," katanya.

Dalam pada itu, abang kepada Mohd. Shafie yang membuat laporan polis, Mohd. Sani Nasib berkata adiknya mempunyai pita rakaman kenyataan berbaur hasutan yang dikeluarkan Azmil dalam satu tazkirah di masjid berkenaan malam kelmarin.

Menurut Mohd. Sani, pita rakaman itu diserahkan oleh Mohd. Shafie kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, tindakan Azmil membuat penafian adalah dianggap sebagai menutup kesalahannya.

"Selain pita rakaman itu, terdapat puluhan jemaah yang boleh dijadikan saksi berhubung kenyataan Azmil," katanya.

"Biarlah, dia mahu menafikan dan kita serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan," katanya.

Menurut Azmil: "Saya tidak mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan apatah lagi mahu menghina Yang di-Pertuan Agong. Tuduhan itu tidak berasas kerana ia tiada kena mengena dengan politik.

"Saya bukan sahaja tidak pernah mengundi pada pilihan raya umum, malah tidak berdaftar dengan mana-mana parti politik di negara ini," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia semalam.

Selepas Bob Lokman, Ali Setan Pula Ambil Alih Jadi Maskot PAS

Cucu Tok Selampit, August 19, 2011

Khabarnya, kebanyakan anak khariah Masjid An Nur, Kampung Melayu Subang mengangkat kaki meninggalkan masjid tanpa terlebih dahulu menunaikan Sembahyang Tarawikh malam semalam. Ini berikutan ketidakpuasan hati mereka dan muak dengan ceramah yang disampaikan oleh Azmil Mustapha atau lebih dikenali dengan nama Ali Setan, kesan dari watak yang dipegangnya di dalam filem era 80an.

Di dalam ceramahnya, Azmil Mustapha, yang beberapa tahun berjinak-jinak dengan PAS, banyak mengkritik dasar-dasar Kerajaan, mengelar Kerajaan sekarang tidak Islamik, mengelar Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai Dasar Ekonomi Bodoh malah menyeru agar Sultan dan Agong agar tidak perlu dihormati.

Inilah ragamnya artis kita. Asal saja "so called" nak bertaubat, masuk parti PAS, kononnya sudah "confirm" dapat pegang kunci syurga. Simpan janggut sedikit, dahi kasi hitam sedikit, pakai lebai, pakai jubah, sudah boleh berceramah di pentas-pentas PAS, surau dan masjid. Tak kisahlah ilmu di dada ada atau tidak. Kalau kita mendengar ceramah Bob Lokman dan Azmil Mustapha, kita akan dapati lebih banyak sampah dari isi di dalam ceramah mereka.

Ambil lagi satu contoh seorang artis wanita yang terkenal agak liar sewaktu remajanya. Sekarang ini sejak bergelar pengacara TV dan berjinak-jinak dengan parti PAS, cakap Islam tak lekang di mulut. Dialah yang hebat, anaknyalah contoh terbaik, itulah inilah. Apabila muncul mengacara rancangan kanak-kanak di TV, ber"make up" tebal malah bulu kening turut dicukur. Inikah ciri-ciri mukmin sejati ala PAS? Beliau tak tahukah bercukur bulu kening hukumnya haram di sisi Islam?

Tidak bolehkah mana-mana artis kita kalau hendak bertaubat sekalipun, ambillah Yussuf Islam contohnya sebagai panduan? Beliau yang dulunya seorang athies bergelar Cat Steven, tidak ekstrem apabila mendalami, mendekati dan memperkembangkan Islam. Malah beliau berdakwah dengan caranya tersendiri iaitu berdakwah melalui muzik nasyidnya yang memuji Allah, Islam dan Baginda Rasulullah SAW. Bagi saya saya lebih tertarik dengan corak dakwahnya yang sebegini.

Dalam kes di atas, nak salahkan 100% kepada Azmil Mustapha pun tak boleh juga. Yang ahli jawatankuasa Masjid yang bijak pandai pergi jemput orang yang tidak berkelayakan siapa suruh. Berpuluh malah beratus lagi ilmuan Islam yang berpendidikan Agama di dalam maupun di luar negeri, sekolah pondok maupun lulusan Al Azhar, yang boleh memberi ceramah dan tazkirah di surau dan masjid.

Apa boleh buat, inilah ciri-ciri Negara Islam gaya Malaysia. Orang-orang bukan Islam bebas masuk keluar Masjid berceramah mempermainkan ayat-ayat Al Quran, orang Islam pula sibuk untuk berbuka puasa di gereja manakala ayat-ayat Al Quran dilarang diperdengarkan secara terbuka di Masjid oleh Majlis Fatwa Negeri pulak tu, kononnya nak menjaga hati kafir harbi. Allahhuakbar.

Friday, August 19, 2011

Tuduhan Umno Di Belakang Pemeriksaan JAIS Ke Atas Gereja Tak Masuk Akal

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyifatkan tuduhanpembangkang bahawa pemeriksaan Jabatan Agama Islam (JAIS) terhadapGereja Methodis Damansara Utama (DUMC) baru-baru ini didalangi olehUmno sebagai sesuatu yang tidak masuk akal.

Presiden Umno berkata, adalah tidak berasas sekiranya Umno dikaitkan dengan insiden berkenaan kerana JAIS terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri Selangor yang ditadbir pembangkang.

"Ini semua tuduhan, macam mana kita nak arahkan orang yang bukan di bawah Umno. JAIS di bawah siapa?

"Takkan Umno boleh arahkan orang bukan Umno buat ini, ini tak masuk akal...susahlah kalau buat tuduhan tak masuk akal, tuduhan melulu..." katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MajlisTertinggi (MT) Umno di Kuala Lumpur, hari ini.

Baru-baru ini Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan bahawa beliau mempunyai bukti kukuh yang menunjukkan bahawa Umno merupakan dalang di sebalik tindakan JAIS melakukan pemeriksaan terhadapDUMC pada 3 Ogos lalu.

Sementara itu Najib berkata, pendirian Umno berhubung isu berkenaan adalah jelas selaras dengan Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Islam adalah agama rasmi sementara agama lain bebas diamalkan.

"Ini adalah soal negeri dan bukan kerajaan Pusat, ia perlu diselesaikan di peringkat negeri.
"Bagi Umno sendiri, ia selaras dengan Perlembagaan, Islam adalah agamaPersekutuan dan tidak ada sesiapa yang boleh menodai kesuciannya.

"Ini termasuk untuk cuba memesongkan akidah rakyat Malaysia yang beragama Islam," ujarnya lagi.

MStar

Monday, August 15, 2011

Hasan Ali is a HERO not ZERO

Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abd. Wahid (gambar) berkata, adalah menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk mempertahankan akidah kerana maqasid syariah itu tidak boleh dijual beli dengan apa sekalipun, hatta kepentingan politik.

Pada masa yang sama, beliau juga berdiri teguh di belakang Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali yang bertindak mempertahankan tindakan JAIS itu.

Menurutnya, orang yang mempertahankan kebenaran Islam seperti Hasan wajib disokong oleh seluruh umat Islam, bukannya dicaci dan dikecam hanya kerana kepentingan politik sempit yang bersifat keduniaan.

“Akidah adalah salah satu daripada maqasid syariah yang wajib dipertahankan oleh setiap yang bergelar Islam. Akidah bukan bahan dagangan politik, ia tidak boleh dijual beli.

“Jika ada musuh yang menyerang, kita wajib mempertahankan diri. Begitu juga dalam soal akidah, jika ada musuh agama yang cuba memurtadkan orang Islam, kita wajib bangkit menentang.

“Lihat bagaimana para sahabat sanggup mati syahid, sanggup diseksa dan sanggup dibunuh demi akidah tetapi untuk menjual agama Allah, mereka tidak sesekali berbuat demikian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai penemuan bukti berbentuk ‘12 soalan kuiz’ mengenai agama Islam pada majlis ‘berbuka puasa’ yang dianjurkan gereja tersebut, Mohd. Tamyes berkata, tindakan JAIS tepat.

Katanya, JAIS tidak bertindak secara semberono jika tiada maklumat lengkap mengenai aktiviti penyebaran agama Kristian kepada orang Islam tetapi malangnya jelas beliau, ada segelintir pemimpin Islam sendiri mempertikaikan tindakan itu.

http://mummyrokiah.blogspot.com/

Tuesday, August 9, 2011

APABILA KHALID IBRAHIM ‘TULI’, BUAT BODOH…

"Beta tidak berkenan orang-orang politik atau orang luar yang tidak ada kena mengena dengan universiti ini dijemput memberi ceramah politik atau syarahan politik di dalam kawasan Universiti Selangor. Universiti ini adalah tempat untuk belajar, berbincang, dan mengembangkan idea mengenai ilmu serta membuat penyelidikan dan eksperimen tentang sesuatu projek atau penemuan yang boleh menaikkan lagi taraf industri di negeri ini..." - Sultan Sharafuddin Idris Shah

Dah macam-macam amaran dikeluakan. Namun nampaknya kerajaan pembangkang di Selangor sudah tuli.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim boleh buat bodoh seperti tidak adaperkara yang berlaku, walaupun amaran itu dititahkan oleh Sultan Selangor.

Terbaru Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya politik kepartian tidak dicampur adukkan dalam pengajaran di Universiti Selangor (UNISEL) demi masa depan pelajar institusi itu.

Tegas Baginda: "Beta tidak berkenan orang-orang politik atau orang luar yang tidak ada kena mengena dengan universiti ini dijemput memberi ceramah politik atau syarahan politik di dalam kawasan Universiti Selangor.

Universiti ini adalah tempat untuk belajar, berbincang, dan mengembangkan idea mengenai ilmu serta membuat penyelidikan dan eksperimen tentang sesuatu projek atau penemuan yang boleh menaikkan lagi taraf industri di negeri ini.”

Baginda bertitah profesor dan pensyarah perlu menumpukan perhatian sepenuhnya kepada tugas-tugas mereka untuk mengajar dan berhenti daripada berpolitik di kampus.

Ini kerana ia boleh menjejaskan masa depan pelajar, titah baginda ketika merasmikan Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya di Kuaa Selangor.

Peringatan dan amaran ini tepat masanya kerana UNISEL menjadi tumpuan utama minggu lalu selepas adanya gerakan pihak-pihak tertentu yang berkusa ketika ini di Selangor mencampuri urusan pentadbiran universiti berkenaan.

Minggu lalu, Unisel telah mencetuskan kontroversi apabila Datuk Dr. Rosti Saruwono meletak jawatan sebagai Naib Canselor Unisel dengan notis 24 jam berkuat kuasa kelmarin dipercayai akibat tekanan politik dalaman dan pentadbiran kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Hakikatnya, tindakan mencampuradukkan politik dengan pelajaran akademik, berkemungkinan menyebabkan ada pihak-pihak tertentu khususnya ibu bapa yang tidak gemar akan keadaan sedemikian.

Kesannya akan menyebabkan ada ibu-bapa tidak akan menghantar anak-anak mereka ke universiti ini untuk melanjutkan pelajaran mereka.

"Sekiranya ini berlaku, ia akan menjadi satu kerugian kepada universiti ini dan juga kawasan Bestari Jaya kerana industri sokongan tidak dapat berkembang dan dikhuatiri universiti ini akan menjadi projek 'gajah putih'.

Untuk makluman semua, beta telah menerima aduan daripada ibu bapa yang prihatin mengenai isu berpolitik di kampus Unisel ini. Beta tidak mahu perkara ini berterusan kerana jika Unisel ini tidak berjaya, ia akan merugikan kewangan kerajaan negeri Selangor," titah Baginda.

Monday, August 8, 2011

Selepas Isu Gereja, Di Mana Dr Hassan Ali?

Sebelum ini pun Dr Hasan tidak bersetuju dengan dasar-dasar liberal kerajaan negeri Selangor, yang paling ketara adalah larangan penjualan arak di negeri maju itu awal tahun ini. Kini Dr Hasan telah kehilangan jawatan utama pada pemilihan PAS...

Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau sanggup dipecat. Dipecat daripada jawatan Exco dan PAS?

Beliau ternyata sudah tidak kisah. Yang penting baginya ialah memperjuangkan apa yang beliau yakin dapat membantu umat Islam, khususnya di negeri Selangor.

Dalam kedudukan penjelasan dan cajap-cakapnya tidak diendahkan oleh PAS Pusat yang mahu berjumpa sendiri sendiri denganJAS dan pihak gereja, ini benar-benar menguji kewibawaan dan ketokohan beliau. ( lihat Laporan Dr Hassan Hampeh, Hadi Anggap 'Second-Hand')

Tindakan tokoh kontroversi ini mempertahankan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) walapun Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim melahirkan rasa kesal tentang insiden JAIS menyerbu sebuah gereja di Petaling Jaya Rabu lalu., mengundang ‘serangan pelbagai pihak’ termasuk daripada PAS Selangor.

Malah sebelum ini pun Dr Hasan tidak bersetuju dengan dasar-dasar liberal kerajaan negeri Selangor, yang paling ketara adalah larangan penjualan arak di negeri maju itu awal tahun ini.

Kini Dr Hasan telah kehilangan jawatan utama pada pemilihan PAS, yang dilihat memilih pemimpin lebih progresif dan inklusif.

Selepas digugurkan sebagai pemimpin nombor satu Selangor, tindakan Hasan dikatakan cenderung kepada pemikian UMNO.

Apakah Dr Hassan akan menyertai UMNO? Rasanya tidak sama sekali tetapi beliau dijangka akan terus membuat kejutan-kejutan yang akan menyebabkan PAS Selangor keluh-kesah dengan tindakan-tindakannya selepas ini.

Dr Hassan sudah menegaskan dengan nyata bahawa beliau kini bersedia meelakukan apa sahaja termasuk menerima kenyataan jika diminta melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri dan apa-apa jawatan sekali pun.

“Saya sanggup melakukan apa sahaja termasuk menerima kenyataan jika saya diminta melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri dan apa-apa jawatan sekali pun demi memperjuangkan apa yang saya yakin dapat membantu umat Islam, khususnya di negeri Selangor,” kata Dr Hasan.

Namun, beliau tetap mempertahankan tindakan dan sokongannya kepada JAIS dengan menafikan pihak berkuasa telah melakukan “serbuan” ke atas gereja itu sebaliknya mengatakan ia adalah satu pemeriksaan yang dibuat berdasarkan satu laporan bahawa orang Islam menghadiri acara “berbuka puasa” di gereja itu,

“Dalam program itu, pihak penguatkuasaan dan polis telah melakukan pemeriksaan dan mendapati ada usaha untuk menghalang serta mengelak bahan bukti,” kata wakil rakyat PAS ini.

Malah pihak berkuasa telah menemui bahan bukti yang mengaitkan dengan usaha untuk memurtadkan umat Islam tapi tidak mendedahkannya.

Dr Hasan menambah beberapa orang Islam telah cuba melarikan diri melalui pintu belakang tetapi berjaya ditangkap pegawai Jais.

“Jika sesiapa pun yang percayakan kepada soal keharmonian beragama, maka soal kesucian agama Islam tidak boleh diganggu gugat sama sekali dan itulah yang saya perjuangkan, adakah itu salah?” tambah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor ini.

Keyakinannya ditunjukkan apabila demi mempertahankan Islam, beliau sanggup sebelum berdepan dengan jawatankuasa kerja PAS pusat untuk menjelaskan tindakan serbuan ke atas sebuah gereja berkenaan.

Bagi Dr Hassan, beliau tidak akan berkompromi kerana pihaknya telah dimaklumkan perkataan “al-Quran” dan “doa” diselitkan, mendakwa ada bukti mahu memurtadkan umat Islam.

Yang jelas, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam), yang menggariskan tindakan-tindakan memurtadkan dilakukan oleh bukan Islam ke atas Muslim, membolehkan pihak berkuasa agama untuk melancarkan siasatan dan menahan mana-mana individual tanpa waran.

Friday, August 5, 2011

ISU GEREJA – KENAPA KHALID IBRAHIM TERGESA-GESA MINTA MAAF?

"Saya memberitahu beliau (Pastor Daniel Ho) bahawa saya telah minta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyediakan laporan penuh mengenai insiden ini, termasuk sebab-sebab terperinci serbuan tersebut dilakukan.Saya berharap dapat berjumpa dengan Pastor Daniel Ho sebaik sahaja laporan lengkap ini diterima..." - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

http://hambali1.blogspot.com

Pendedahan oleh Exco kerajaan Selangor bagi hal ehwal Islam, Datuk Dr Hasan Ali terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam sepatutnya diambil perhatian berat oleh Kerajaan Selangor.

Sebaliknya. Kerajaan Selangor memandang serius kejadian di mana polis dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu majlis makan malam muhibbah di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya malam kelmarin.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secara peribadi telah menghubungi Paderi kanan DUMC, Pastor Daniel Ho dan menyatakan kekesalan pihak kerajaan negeri berhubung insiden itu.

"Saya memberitahu beliau bahawa saya telah minta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyediakan laporan penuh mengenai insiden ini, termasuk sebab-sebab terperinci serbuan tersebut dilakukan, :" kata Khalid.

Kenapa Khalid begitu tergesa-gesa dan takut kepada paderi kanan berkenaan? Khalid takut paderi atau DAP?

Ternyata selepas ini PAS Selangor akan berdepan dengan Parti Keadilan Rakyat dan DAP sekali lagi dan Dr Hassan mungkin akan dianggap mendatangkan masalah kepada kerajaan Selangor.

Malah Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dijangka akan ditanya mengenai perkara ini.

Kita menunggu apa pula kata Khalid Samad dan konco-konconya terhadap Dr Hassan. Apakah Dr Hassan akan dibelasah oleh Khalid yang mempertahankan tindakan Menteri Besarnya yang akan menyebabkan Dr Hassan akan dikenakan tindakan atau amaran keras?

Hassan membuat pendedahan selepas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist berkenaan dan maklumat yang diterima mengatakan terdapat kehadiran orang Islam pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan.

“Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat. Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan,” kata Dr Hasan dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau, anggota penguatkuasaan Jais bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di bangunan gereja itu walaupun cuba dihalang oleh pihak penganjur.

“Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir satu jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai,” katanya.

Laporan Malaysiakini menyebut, Dr Hassan berkata pada majlis itu juga pihaknya dimaklumkan perkataan “Quran” dan “pray” diselitkan pada ucapan di majlis itu.

“Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguatkuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan bagi menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.

“Pegawai penguakuasa Jais dan polis mendapati ada percubaan di kalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang,” katanya.

Menurut Dr Hasan berdasarkan siasatan awal, 12 penganut Islam didapati terbabit dengan majlis itu dan mereka akan disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Seksyen itu memperuntukan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan.

Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Semua 12 mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di bahagian penguakuasaan Jais untuk siasatan lanjut.

Sebelum ini, paderi kanan gereja itu, Daniel Ho dalam satu kenyataan akhbar berkata majlis makan malam yang diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti, sebuah NGO malam semalam bertujuan menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan.

Menurutnya, majlis itu juga bagi meraikan usaha NGO berkenaan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dalam beberapa projek komuniti, termasuk kerja-kerja amal dengan wanita dan kanak-kanak, mangsa HIV/AIDS dan penyakit lain.

Persoalannya, tiada tempat lainkan bagi 12 individu itu berbuka puasa?

Atau kalau miskin sangatpun, kenapa Gereja dijadikan tempat berbuka puasa?

Atau juga apakah Kerajaan Selangor lalai untuk mendekati 12 ‘individu miskin ini’ sehingga terpaksa berbuka puasa di Gereja?