Friday, December 12, 2008

HUSAM MUSA SEMAKIN MENONJOL DENGAN...?

Banyak diperkatakan mengenai Datuk Husam Musa. Ini adalah antaranya...bacalah apa yang dipaparkan melalui blog Anak Nelayan (http://pro-moderntown.blogspot.com) pada 6 Disember, 2008.

Menurut Anak Nelayan, artikel ini beliau terima menerusi email oleh seseorang yang menggelarkan dirinya pemerhatihusam. Sekiranya benar, saya akan usahakan laporan BPR dibuat ke atas Husam.

Beliau mohon disebarkan di blog sesiapa yang membacanya kerana maklumat diperolehi adalah benar.

Ikuti posting Anak Nelayan:

Saya tertarik memberi sedikit sebanyak tentang penyalahgunaan kuasa yang dilaku oleh Dato Husam Musa terutama di Kelantan.

Sebagai Orang biasa dan pemerhati politik, saya banyak mendengar tentang kroni-kroni dan syarikat yang di taja oleh Husam Musa di Kelantan.

Antara syarikat yang saya amati ialah kebanyakan nya dibawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Contoh yang saya kenal pasti mengikut risikan saya ialah satu Bangunan Khas bertempat di sebelahan Jalan Telipot , di situ terletak syarikat yang ditaja oleh HUSAM Musa iaitu syarikat Global Media Channel (syarikat IT ) atau ipglobal.tv dan PMBK SAWIT.

Husam Musa menggunakan syarikat itu untuk kepentingannya sendiri, saya dapati pekerja yang bekerja di syarikat Global Media Channel tidak mempunyai EPF dan PERKESO padahal dah lebih setahun beroperasi dan staff 30 org pekerja…

Saya ada bertanya kepada pekerja di sana , rupa-rupanya syarikat itu sudah setahun beroperasi , mereka membuat siaran langsung melalui Internet di web ipglobal.tv, bagi setiap negeri pembangkang yang memerlukan siaran langsung di internet, hasil perolehan menjangkau 20k-30k dari perniagaan itu di rahsiakan, saya ada bertanya pada kakitangan di situ…rupa-rupanya Kroni –Kroni Husam Musa di syarikat Global Media telah mengelap duit syarikat tanpa membuat EPF dan PERKESO kepada pekerjanya, padahal pekerja mereka telah lama bekerja dan ada jugak di buang tanpa notis .

Pekerja di situ meragui kenapa ada unsur-unsur penipuan dibawah syarikat tajaan Husam Musa , mungkin Husam Musa ada mempunyai agenda jahat tertentu .Penulis Blog Kicdefella(Syed Azidi) dan Hisham dua org suruhan Husam Musa yang di beri amanah menjaga syarikat Haram Husam Musa itu. Memandangkan banyak pekerja di buang sesuka hati dan pekerja takut untuk melaporkan kepada pihak berwajib hak mereka seperti EPF dan PERKESO , mereka terus di tipu oleh Husam Musa dan kroninya.

PMBK SAWIT yang jugak bersebelahan dengan Global Media Channel, ia merupakan syarikat cawangan dibawah tajaan Husam Musa jugak memandangkan ramai-ramai kroni Husam Musa, rupa-rupanya Husam Musa telah banyak melibatkan diri dalam syarikat-syarikat di Kelantan di bawah PMBK(PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN), dengan cara itu dia berkuasa membolot duit rakyat kelantan untuk kepentingan dia dan kroninya…itu terjadi pada Air Kelantan, Air Kelantan jugak dulu pernah di ganggu oleh Husam Musa, sehingga Pegawainya melaporkan pada Tuan Guru Nik azik, tapi Tok guru macam tak percaya penglibatan Husam Musa.

Saya juga terkejut ada kawan-kawan saya yang ingin memohon projek balak ,takut untuk berjumpa dengan Husam Musa, padahal dengan exco seperti Nik Amar amat mudah memberi kelulusan balak kpd org melayu yang syarikat kecil…tapi berbeza Husam Musa..rakyat begitu takut untuk berjumpa dengannya untuk mendapat kelulusan balak..Kenapa ini terjadi?

Adakah Husam Musa Memanupulasi duit rakyat Kelantan, saya mintak BPR siasat penglibatan Husam Musa dalam beberapa syarikat yang di bagitahu di atas.

TEAM ERDOGAN BERSUBAHAT DENGAN ARAK?

sumber-Maharaja Zhou

Pada mulanya penulis agak gembira kerana akhirnya sudah ada satu perkara yang PAS mampu lakukan di Selangor iaitu membataskan penjualan arak di Selangor.

Malahan, PAS Selangor sudah hampir berjaya sehinggalah Majlis Bandaraya Shah Alam hampir mahu melaksanakan pengharaman tersebut terutamanya di 7 Eleven dan kedai-kedai yang seumpama dengannya.

Penyokong Khalid Samad gembira dan kembang sehinggakan ada komen-komen yang mengatakan tatkala Khalid dipecat, Shah Alam (di bawah Khalid) telah berjaya mengharamkan arak tetapi ada manusia Islam di Gombak Setia naungan Hassan Ali masih tunggang terbalik dengan khamar.Namun,kembang kempis hidung penyokong Khalid menguncup semula apabila khabar sedih dari pejabat Menteri Besar "menangguhkan" hasrat suci MBSA.

Menurut Khalid,"Keputusan exco negeri hanya (memutus) meningkatkan penguatkuasaan, melarang penjualan alkohol kepada mereka bawah 18 tahun, dan juga kepada masyarakat Islam. Jadi selepas perjumpaan kita dengan mereka yang berkenaan seperti pemilik kedai, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan NGO-NGO, barulah kita akan membuat beberapa keputusan pelaksanaan."

Ternyata keputusan Menteri Besar itu banyak dipengaruhi oleh exco "terkanan" negeri yakni Teresa Kok.Menurut Malaysiakini,Teresa Kok berkata cadangan mengetatkan jualan minuman keras di kedai-kedai 24 Jam dibantah oleh "ramai" exco.Maka, malanglah sekali PAS kerana "ramai" exco Kerajaan Selangor lebih senang dengan arak daripada mengharamkan arak seperti mana yang disyariatkan oleh ugama.

Kongres Tahunan Kelima PKR,di Stadium Melawati yang dihadiri sama adalah pemuka-pemuka Erdogan PAS iaitu Husam Musa, Kamaruddin Jaafar,Khalid Samad,Nizar Jamaluddin (MB Perak) dan Lo'Lo' Ghazali. MB Selangor.

Khalid Ibrahim sekali lagi, selepas mengkhianati PAS dalam usaha pengharaman arak, mengharapkan parti-parti Pakatan Rakyat agar menghormati antara sesama parti komponen Pakatan Rakyat memetik petikan yang disiarkan dalam Harakahdaily.

Kita hairan PAS seperti sudah masuk dalam lubang bukan hanya sekali,tetapi banyak kali.Hairan juga sebuah parti yang mengaku Islam ini seolah-olah tidak mendengar sabda Nabi bahawa orang Islam tidak akan masuk ke dalam lubang dua kali. Bukan sekadar tidak menyokong,malahan mengarahkan keputusan mengharamkan arak ditarikbalik di dalam kawasan yang dipimpin oleh orang yang biasa berusrah dan bertamrin.Begitu hinanya mereka diperlakukan tetapi masih belum sedar.

Sudah banyak kali PAS digigit oleh PKR dan DAP dalam hal ehwal melaksanakan hukum Islam tetapi ada di antara pimpinan mereka yang masih terhegeh-hegeh menempel ke majlis manusia-manusia yang tidak menyokong usaha Islamik mereka.

Maka,bolehlah golongan Erdogan PAS ini diumpamakan bagaikan anjing,diberikan makan pun terjulur,tidak diberikan makan pun masih terjulur dengan tiada malunya di majlis-majlis anjuran Anwar dan PKR.


Thursday, December 11, 2008

PERCANGGAHAN PENDAPAT NIK AZIZ, PEMUDA PAS

Apabila Datuk Nik Aziz Nik Mat menjolokkan nama Mohamad Sabu (Mat Sabu) sebagai calon Parlimen Kuala Terengganu, dia bersuara sebagai Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS.

Pemuda PAS Terengganu juga bersuara dan pencalonan Mat Sabu di atas saranan Pesuruhjaya PAS Kelantan itu, tidak boleh dilihat sebagai kenyataan peribadi.

Perbezaan pendapat ini akan sudah pasti akan memberikan kesan kepada kempen pilihan raya kecil itu nanti.

Selain itu, agak-agaknya apakah kesan perbezaan pendapat ini?

1. Nik Abdul Aziz sudah dibelakangkan. Yang mengikut Nik Aziz membelakangkan realiti;

2. Kalaulah Mat Sabu jadi calon lalu menang Mat Sabu. Ia boleh menjadi ancaman akidah kepada mereka yang fanatik kepada Nik Aziz. Mereka akan berkata kita menang kerana ikut cakap Nik Aziz. Mereka lupa bahawa yang memenangkan mereka ialah Allah; dan,

3. Ketiga, kalaulah Mat Sabu kalah bertanding akan ada orang yang berkata kamu kalah kerana kamu tidak ikut cakap Nik Abdul Aziz. Sedangkan kekalahan itu mungkin kurang persediaan bukan kerana tidak ikut cakap Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Dewan Pemuda PAS Terengganu pada 7 Disember lalu sepakat dan begitu komited untuk mengetengahkan calon mewakili golongan muda yang juga anak tempatan bagi bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu tidak lama lagi.

Calon terbabit adalah berkelulusan doktor falsafah (PhD) dan telah dikurniakan Profesor Madya dalam bidang yang diceburinya.

Ketuanya, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, pihaknya kini mempunyai calon tersebut yang dilihat mempunyai kredibiliti tersendiri dalam memikul tugas dan tanggungjawab yang bakal diserahkan.

"Buat masa ini kita tidak boleh mendedahkan maklumat berhubung calon tersebut. Kita tunggu keputusan yang bakal dibuat dalam mesyuarat PAS Pusat nanti. Presiden pun masih berada di Mekah. Kita tunggulah.

"Beliau juga berasal dari negeri ini. Kita berharap Pas Pusat mempertimbangkan calon muda dari negeri ini yang tidak pernah bertanding sebelum ini,"katanya dalam satu kenyataan kepada media tempatan semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang masih ingin melihat Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu bertanding mewakili parti tersebut pada pilihan raya kecil yang bakal diadakan itu.

Azman Shapawi menganggap kenyataan Nik Abdul Aziz bersifat peribadi, tetapi calon yang dikemukakan Dewan Pemuda Pas negeri adalah melalui keputusan bersama.

Menurut beliau, sekiranya kepimpinan PAS Pusat tidak menerima calon yang dikemukakan itu, Dewan Pemuda bagaimanapun tetap akan mengarahkan seluruh jentera untuk memastikan calon yang bertanding di Parlimen Kuala Terengganu akan mencapai kemenangan.

"Kita tetap menerima calon yang bakal diputuskan oleh pucuk pimpinan parti, tetapi apa yang kita harapkan adalah cadangan kita diterima, iaitu calon daripada golongan muda dari negeri ini. Apa yang penting sokongan itu selaras dengan semangat kerjasama yang kukuh antara PAS bersama pakatan pembangkang.

"Sebelum ini pun kita telah memberi kerjasama yang baik. Pada pilihan raya kecil ini sekali lagi kita akan turun padang menggerakkan jentera bagi memastikan kerusi Parlimen ini bakal menjadi milik Pas,"katanya.

Laporan harakahdaily pada 8 Disember 2008 lalu menyebut, PAS akan berusaha merampas kembali kerusi Parlimen Kuala Terengganu dan tidak akan memberi kemenangan percuma kepada calon BN.