Saturday, October 24, 2009

PAS SEDANG ‘NGOK-GHAK’

PAS sedang bergelora? Nik Aziz kritik pemimpin atasan PAS.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan parti itu mengadakan satu muktamar khas bagi menentukan kedudukan "dua tiga kerat pemimpin yang bermasalah".

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dalam laman webnya www.blogtokguru.com. berkata bahawa perlu ada perubahan dalam "pemain-pemain penting" yang menduduki kerusi kepimpinan PAS di peringkat pusat.

"Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi, walaupun mesyuarat yang diadakan itu sehari penuh ataupun dua hari, tetapi prosesnya mesti ringkas dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas," katanya.

Beliau bersetuju dengan tulisan seorang bernama Dr Aziz Bari dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini yang turut membangkitkan mengenai isu berhubung beberapa pemimpin parti itu yang bermasalah.

Aziz dalam rencananya turut membangkitkan isu mengenai PAS perlu mengambil langkah drastik sama ada mendisiplin atau menyingkirkan anggota exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali, selain menyentuh mengenai golongan pro-Umno dalam PAS yang didakwanya seperti Presidan PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa.

Dalam blognya itu, Nik Aziz turut menyentuh mengenai Hasan dan setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali yang katanya tak habis-habis dengan isu kerjasama dengan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan.

"Tidak boleh jadi ni, kita duk "ghok-ghak" (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah, senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana.

"Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana, Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini," kata Nik Aziz.

Menurut Nik Aziz, muktamar khas itu juga boleh digunakan untuk membincang mengenai golongan atas pagar yang membuat "swing votes" dan mempengaruhi keputusan pilihan raya.

"Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke-3 (Pilihan raya umum), kata gi lah dan memang betul begitulah," katanya.

Sementara itu, Nasharudin pula berkata mesyuarat Majlis Syura parti itu perlu diadakan dengan secepat mungkin bagi membincangkan perkara itu, selain mendapatkan penjelasan terperinci daripada Nik Abdul Aziz sendiri.

"Saya merasakan mungkin mesyuarat Majlis Syura akan diadakan kerana beliau (Nik Abdul Aziz) adalah pengerusi majlis syura ulama (yang) akan diadakan dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan penjelasan daripada mulut beliau sendiri," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen apabila diminta mengulas cadangan Nik Aziz itu.

Bagaimanapun, Nasharudin berkata ia merupakan pandangan peribadi Nik Abdul Aziz dan tidak boleh membawa kepada perubahan dasar parti berkenaan kerana sebarang perubahan perlu dilakukan sebulat suara.

"Beliau sebagai Mursyidul Am bebas untuk memberikan pandangan tapi untuk membuat suatu keputusan, sudah tentulah ianya perlu dimesyuaratkan sebab ini benda besar, bukannya benda yang boleh dibuat oleh seorang ataupun dua orang.

"Pandangan peribadi tidak boleh menjadi sesuatu yang boleh membawa kepada perubahan dasar dalam parti kerana parti ini adalah milik ahlinya yang bermuktamar setiap tahun," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pula enggan memberi sebarang komen mengenai perkara itu dan akan berjumpa dengan Nik Abdul Aziz esok.

"Saya akan berjumpa dengan beliau sendiri esok dan mendengar sendiri penjelasan daripada mulut beliau," katanya.
Sumber: Bernama

Sunday, October 18, 2009

CONTOHI SIKAP MOHD. ISA DAN JENTERANYA

Forum Utusan Malaysia

Sesuatu yang boleh dipelajari daripada PRK DUN Bagan Pinang ini ialah sikap yang ditunjukkan oleh calonnya iaitu Tan Sri Mohd. Isa Samad dan keseluruhan AJK dan ahli Bahagian UMNO Teluk Kemang.
Mohd. Isa ternyata seorang yang ikhlas berpolitik apabila beliau bersikap berlapang dada dalam menempuhi segala cabaran dalam kerjaya politiknya.

Ternyata Mohd. Isa tidak ‘melatah’ sewaktu beliau dikenakan hukuman oleh Lembaga Disiplin UMNO bersabit politik wang.

Malahan beliau ‘berlapang dada’ dengan ketentuan Allah SWT terhadap kerjaya politik beliau. Beliau terus berbakti dengan ikhlas terhadap UMNO dan rakyat. Hasilnya beliau kembali mendapat kepercayaan rakyat di DUN Bagan Pinang dengan majoriti yang lebih besar!


Sikap berlapang dada diberi penjelasan oleh Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna iaitu serendah-rendah martabat ukhuwah ialah apabila kamu berlapang dada terhadap saudaramu dan setinggi-tinggi martabat ukhuwah ialah apabila kamu meletakkan saudaramu lebih utama daripada dirimu sendiri.

Kepada seluruh ahli UMNO, jadikanlah sikap terpuji Mohd. Isa sebagai contoh yang perlu ada dalam diri setiap orang. Jadikanlah semangat muafakat UMNO Bahagian Teluk Kemang sebagai teladan yang berharga untuk dipraktikkan di setiap UMNO bahagian.

Untuk meraih kejayaan dalam Pilihan Raya Umum (PRK) Ke-13 nanti ketepikan jauh-jauh penyakit dalaman seperti sikap bersangka buruk sesama ahli, cantas mencantas sesama sendiri dan hasad dengki sesama bangsa Melayu.

INSAFLAH WAHAI PENYOKONG PAS DAN PKR

Sebagai parti yang kononnya berlandaskan Islam, terimalah kekalahan sebagai ketentuan Ilahi, bukannya menimbulkan pelbagai tuduhan atau fitnah yang lain pula ke atas BN.


Kenapa mesti bising dan menuding jari ke arah orang lain apabila kalah.

Kata akan buat bedah siasat dan terima dengan hati yang terbuka.

Cuba buat muhasabah diri. Dr. Badrul Amin meminta diputuskan hubungan dengan keluarga yang menjadi polis atau yang menjadi ahli UMNO.

Kemudian Salahuddin Ayub (Ahli Parlimen Kubang Kerian) buat tuduhan palsu kononnya anggota PAS diserang dengan pedang samurai oleh Pemuda BN.

Kenapa mesti membawa Datuk Seri Dr Mod Nizar Jamaludin dari Perak yang dianggap penderhaka kepada raja untuk berceramah di Bagan Pinang? Kenapa Nizar tidak tumpukan kerja di Parlimen Bukit Gantang seperti yang sepatutnya?
Apa yang berlaku semuanya dinilai oleh rakyat sebagai pengundi.

Carilah salah sendiri dulu sebelum menyalahkan orang lain dan sistem sedia ada terutamanya pihak SPR. Mengapa masih gagal mengikut arahan SPR di hari mengundi.

Kalau semua ikut arahan, tidak timbul soal kekacauan pada hari mengundi. Bukankah taktik buruk ini telah digunakan dalam banyak PRK sebelum ini.

Paling menyedihkan ialah kita sesama bangsa dan sesama agama masih jauh untuk bersatu.
Di Bukit Gantang dan Bagan Pinang, tidakkah kita sesama Islam bertelagah kerana DAP membaca surah daripada al-Quran. Tidakkah kita sedar kita sedang dilagakan oleh kumpulan kiasu ini. Mengapa terlalu lambat untuk kita sedar, bahkan makin teruk.

Ada hikmahnya di sebalik kekalahan ini. Cara PAS salah dan perlu diperbetulkan. Beritahu DAP jangan sewenang-wenangnya guna ayat al-Quran. Ternyata ayat al-Quran hanya dibaca oleh DAP di atas pentas ceramah sahaja. Apa tujuannya kalau bukan untuk politik?

Dr. Badrul tidak boleh menyeru sebegitu rupa walaupun berbeza ideologi politik. Mengapa buat perkara yang menjadi kemurkaan Allah SWT? PAS perlu memikirkan semula bagaimana mereka dipergunakan oleh DAP.
Ulama dalam PAS perlu berfikir bagaimana bukan Islam mempermainkan ayat al-Quran selama ini dan yang mendengar hanya ketawa dan bertepuk tangan sahaja.

Kita bimbang setiap kali PRK. kita bergaduh sesama agama dan sesama bangsa, sedangkan DAP ketawa. Betapa bodohnya Melayu, sama agama, Tuhan yang sama, nabi yang sama, tetapi bergaduh sampai luka-luka.

Tidakkah ini menggambarkan betapa Islam itu ganas dan buruk. Jangan sampai Tuhan membalas tindakan kita, kerana keegoan terhadap parti kita selama ini.

lain pula dan hari mengundi, Tuhan menurunkan bala, tsunami melanda dan gempa bumi menggegar Malaysia.

Semuanya terlibat termasuk yang tidak berdosa. Semuanya sudah terlambat.