Saturday, October 11, 2008

Jom Sokong Utusan Malaysia


MARI GANYANG TERESA (2)



Bagaimana boleh kita membiarkan ‘si mulut cabul’ dan pembohong macam Teresa Kok boleh terlepas begitu sahaja?

Pada 24 September 2008 lalu, Ahli Parlimen Seputeh, itu akhirnya mengaku membuat kenyataan bercanggah mengenai makanan yang dihidangkan kepadanya semasa ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pada 19 September lalu beliau mendakwa makanan itu “sama seperti makanan anjing” tetapi pada 22 September menukarnya kepada “baik sedikit daripada makanan anjing”.
Malah Suara Keadilan melaporkan dengan mengatakan “Dilayan seperti anjing”.
Apakah akhbar ini tersalah petik?

Dalam satu forum mengenai ISA anjuran DAP secara selamba dan muka tidak malu beliau mengakui: ““Okey baiklah. Awak mengesan kesilapan saya dengan bantuan rakaman video dan sebagainya, dan saya boleh terima kritikan,” katanya
Komen Exco Kerajaan Selangor itu yang mendakwa Utusan Malaysia memutarbelitkan kenyataannya disiarkan dalam laman blognya pada 24 September lalu.

Dia memberi alasan “tersilap membuat kenyataan” dengan alasan ketika itu beliau keletihan berikutan jadual yang padat sebaik sahaja dibebaskan daripada tahanan ISA.

Dalam reaksinya berhubung kontroversi ‘makanan anjing’ yang menimbulkan kemarahan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Teresa mencela Utusan Malaysia dengan menuduh ia menjadi isu besar “kerana diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia untuk memburukkan imejnya.”

Para pembaca Utusan Malaysia mengecam usaha Teresa untuk memfitnah akhbar itu memandangkan kenyataan “sama seperti makanan anjing” tersebut turut disiarkan oleh portal Internet Malaysiakini, akhbar Sin Chew Daily dan stesen televisyen TV3.

Dalam blog yang sama, Teresa mendakwa, sama ada beliau mengatakan makanan di lokap ISA “sama seperti makanan anjing” ataupun “sedikit lebih baik daripada makanan anjing”, maksudnya adalah sama iaitu makanan di lokap ISA itu teruk sekali.

Persoalannya sekarang Teresa sudah memulakan segala-galanya, jadi wajarlah Utusan Malaysia juga bersiap sedia untuk menyaman balas Teresa. Bukan sedikit pendapat dan suara yang mahukan Teresa di saman.

Selain pendapat orang ramai, wajar juga kita merujuk apa yang diperkatakan oleh

http://pedasberani.blogspot.com

TERESA COCK - CINA LUPA DIRI PATUT DI ISAKAN 2 TAHUN
Pedas Berapi’s Weblog

Aku tak pastilah Ahli Parlimen DAP sorang nih…. Cina keturunan mana pun aku tak pasti….? … Cina lain pun makan babi tapi perangai tak la seburuknya, tak sejahatnya. Aku paling tak paham dia paling benci sangat kat MELAYU dengan ISLAM pasai pa pulak?… Mula-mula dengan pengaruhnya mendapat kelulusan dari kerajaan SELANGOR bagi projek ternakan BABI besar-besaran. Niatnya tiada lain. cuma nak permainkan sentimen orang MELAYU yang sememangnya benci pada BABI. Sebab tu SEPANG jadi pilihannya.. bukan kah majoriti di situ majoriti MELAYU. Yang bestnya … cadangannya telah mendapat persetujuan dari semua ADUN PKR, PAS dan DAP. Mula la tochangnya naik… siap bergambar di depan BABI panggang, tanda kejayaan ULUNGnya. Lepas tu.. dia mula lupa diri, satu persatu perkara yang berkaitan dengan orang MELAYU, ISLAM diperkotak katikkannya… Isu tulisan jawi pada papan tanda jalan..yang disentuhnya itu rasanya tak relevan dengan perjuangannya dan parti DAPnya.. Memang dia sengaja membangkitkan sentimen orang MELAYU. Aku rasa Mak Cik banggang nih masih belum tahu bagaimana keadaanya apabila isu MELAYU dan ISLAM diperkotak katiknya.

Belum pun selesai kes itu menimbulkan kemarahan orang MELAYU dan ISLAM, tetiba keluar pula isu membuat petisyen bagi menghalang AZAN berkumandang apa bila masuk waktu solat di PUCHONG. Ini memang dah sampai tahap teramat-amat melampau….. Tak tahu la aku kalau masih ada orang MELAYU yang boleh senyum bila perkara sebegini berlaku. Mungkin MB SELANGOR masih boleh tersenyum sambil membuat sidang akhbar dengan suara gagapnya menyokong tindakan Mak Cik TERESA KOK itu.

Selama ini, aku dok tengok.. kaum-kaum lain kalau ada festival atau keramaian yang melibatkan keagamaan, tak pernah pun orang MELAYU marah, sakit hati dan sebagainya. Kalau buat panggung opera cina . bukan sehari pulak tu..silap-silap sampai seminggu, siap dengan colok-colok yang besar-besar. Tapi orang MELAYU masih boleh bertoleransi. Yang Nyonya nih sakit hati sangat-sangat pasai pa???


Aku rasa tak ada pun kaum Cina yang ada kat MALAYSIA yang perangai macam Mak Cik TERESA KOK ini. Nampak gaya mak cik nih macam orang bijak tapi bodoh dan banggang rupanya. Sebab tu aku rasa dia memang patut masuk ISA .. kemudian bagi dia makan makanan anjing macam yang dia cakap makanannya macam makanan anjing. Apa punya manusia daaa… cakap ikut sedap hati. Konon-konon dia cakap semua orang boleh percaya…. Aku amat yakin dan percaya … kalaulah macam nih gaya dia melayan orang MELAYU dan ISLAM.. pasti sesuatu akan berlaku padanya.
Orang CINA pun tak setuju dengan pemikiran radikal bodohnya…..

Yang anehnya orang Pas khususnya Harakah beria-ia menyokong Teresa ini, termasuk dalam isu dia memasuki kawasan masjid pakai skirt.


Yang kita lihat, untuk masuk kawasan masjid-masjid, termasuklah masjid Jamek, pelancong asing yang bukan rakyat Malaysia diminta pakai jubah dan tudung. Tanda hormat. Ini Teresa, dia main hentam sebab dia insane terpilih di Selangor. Selain Exco, Adun, dia juga Ahli Parlimen.
Tak sensitive langsung orang Pas ini. Baca komen berikut:

Apakah agenda Harakah bela Teresa yang masuk masjid pakai skirt tanpa jubah ?
October 6, 2008
Komen saya ringkas sahaja, Harakah benar benar berpakat dengan Dap dan Pkr sehingga bab skirt masuk masjid pun dah tak kisah. Laporan di bawah diolah sehingga ‘taring’ sudah hilang dalam memberi kritikan terbuka kepada MP DAP ini yang jelas tidak faham adab berada di masjid…… Pakatan longgar tersebut tentu akan ‘melompat’ jika hari demi hari masalah PKR dibincangkan dalam akhbar termasuk Malaysia dan menenggelamkan keyakinan peminatnya Anda baca dan fikirlah sendiri.. ? Hormatilah masjid, saya pun jaga sensitiviti bukan Islam – Azizan

Sebaliknya Menteri Besar Kedah pula berpendapat berlainan.

KUALA LUMPUR, 29 Sep (Hrkh) - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak meminta masyarakat bukan Islam menutup aurat mereka sebelum melawat mana-mana masjid. Mereka, katanya, perlu menghormati sensitiviti umat Islam termasuk menutup aurat sekiranya mereka mengunjungi sesebuah masjid kerana bagi umat Islam, masjid merupakan tempat suci yang perlu dihormati.

”Kalau hendak melawat tempat orang (masjid), kena hormat, kena tutup aurat walaupun bagi agama orang itu (bukan Islam) ia tidak perlu, kerana ini tempat orang lain. ”Ia sama seperti kita ke ICU (unit rawatan rapi), ada tempat kena tutup muka, pakai kasut dan gaun yang selalu dipakai jururawat tapi kita kena ikut sebab ia peraturan di situ,” kata beliau.

“Apa yang penting, kita kena tahu menghormati tempat itu (masjid). Saya sendiri pun jaga sensitiviti orang bukan Islam,” Utusan Malaysia memetik beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sebagai berkata. Akhbar tersebut baru-baru melaporkan Ahli Parlimen Seputih, Teresa Kok memakai skirt sahaja ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama imam dan ahli jawatankuasa Masjid Nurrusaadah di Cheras Baru, baru-baru ini. Setiausaha Akhbarnya, Y W Yeoh bagaimanapun menjelaskan, Selepas Teresa dibebaskan 19 September lalu, beliau sibuk dari siang sampai larut malam dengan pelbagai program setelah dijemput pengundi-pengundi dan penyokong-penyokong termasuk majlis berbuka puasa di perkarangan masjid tersebut.

“Selepas dibebaskan pada pukul kira-kira 1.20 petang, beliau tidak sempat balik ke rumah pun, apa tah lagi menukar pakaian. Lagipun, jemputan untuk majlis tersebut di terima pada saat-saat akhir iaitu lewat petang hari itu juga.
“Dalam keadaan sedemikian, pakaian beliau adalah berpatutan dan sama sekali tidak boleh dianggap kurang sopan atau biadap. Skirt itu pula bukan skirt pendik dan panjangnya melepasi lutut. “Lagipun, beliau berada di perkarangan masjid dan tidak masuk ke dalam bangunan masjid,” katanya. Isu tersebut dibangkitkan setelah tersiar laporan dan gambar majlis tersebut di dalam blog Teresa.

Akhbar tersebut kemudiannya meminta Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Zakariah Isa mengulas perkara itu.
Zakariah bagaimanapun pun agak cermat dan seimbang dalam ulasannya. Beliau berkata, pemimpin bukan Islam seharusnya sensitif dengan mematuhi kod etika berpakaian ketika menghadiri majlis terutama yang dianjurkan oleh masjid. Menurutnya, jika perlu, pegawai khas pemimpin berkenaan wajar memainkan peranan memberi nasihat yang baik tentang etika berpakaian. “Memang nampak kurang manis kerana dia seharusnya memakai pakaian yang elok sedikit dan perlu menghormati masjid. Mungkin juga pembantunya terlepas pandang. “Mungkin juga Teresa baru balik dari majlis lain dan singgah sebentar ke masjid itu untuk memenuhi jemputan berbuka,” akhbar tersebut memetik Zakariah berkata.

Pihak pihak pengurusan masjid itu juga, katanya, seharusnya lebih bertanggungjawab dan prihatin terhadap pengunjung bukan Islam.
Katanya, jubah seharusnya disediakan untuk mengelakkan pengunjung bukan Islam masuk ke dalam masjid dalam keadaan tidak sopan. Walaupun diasak dengan pelbagai laporan negatif, hubungan baik Teresa dengan masyarakat Islam tidak kelihatan terjejas. Dalam majlis berbuka puasa di Kg Tengah, Batu 13, Puchong baru-baru ini, beberapa ratus penduduk kampung menghadirinya.

Walaupun penganjur bimbang majlis tersebut tidak dihadiri oleh penduduk kampung memandangkan pelbagai tuduhan dilemparkan ke atas Teresa, mereka akhirnya amat lega dengan sambutan penduduk kampung tersebut kepada program itu.

Benar sekali setelah meneliti tingkah laku Teresa ini, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada 24 September 2008 lalu mahukan Teresa perlu minta maaf kepada kerajaan kerana menghina kerajaan dengan mengatakan makanan dalam tahanan ISA seperti makanan anjing.

Katanya, Pakatan Rakyat juga patut pecat beliau sebagai ahli pakatan Rakyat kerana kenyataan ini telah menjejaskan nama baik negara kalau Pakatan Rakyat benar-benar bertanggungjawab.
Pihak pusat tahanan ISA juga patut saman malu ke atas Teresa Kok diatas kenyataan yang biadap ini. Alasan beliau bahawa beliau dalam keadaan letih masa buat kenyataan itu juga tidak boleh diterima. Teresa Kok tidak boleh lepas begitu sahaja.

Friday, October 10, 2008

SEJAK BILA ANWAR JADI SOPAN?

Pada ceramah perdana Aidilfitri di Padang Perdana, Kota Bharu malam tadi. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat tidak mahu pertukaran kerajaan berlaku seperti di Bangkok dan Filipina secara tidak aman.

"Kita pilih secara aman biar pun usaha Pakatan Rakyat sebelum ini mahu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri tidak diendahkan.
“Begitu juga permohonan untuk mengadakan sidang parlimen khas juga tidak dihiraukan,” tegasnya.

Beliau mengakui Pakatan Rakyat sudah menghantar surat kepada Yang di Pertuan Agong bagi memaklumkan perkembangan terkini dalam Pakatan Rakyat yang sudah ada simple majority bagi membentuk kerajaan.

Berikutan itu beliau berkata rakyat tidak perlu gusar dengan tarikh pertukaran kerajaan yang diuar-uarkan 16 September lalu.

Wahai Anwar, sebulan sudah hampir dan selepas gagal baru sedar bahawa cara demonstrasi dan kekerasan tidak akan berlaku di Malaysia. Juga cara memujuk dan mahu membeli wakil rakyat Barisan Nasional (BN) juga gagal kerana wakil rakyat BN ada maruah!
Gara-gara tindakan itu, Pas turut meramalkan ia tidak mungkin akan terjadi sehinggakan berlaku masam muka antara pemimpin Pas, khususnya antara pemimpin Pas Terengganu dan Kelantan.

Yang pasti, yang tergila-gila kuasa ialah beliau sendiri bersama-sama beberapa pemimpin Pas termasuk Datuk Husam Musa.
Sedangkan DAP tidak merestui cara merampas kuasa melalui ‘pintu belakang’.
The Star, 8 September 2008 memetik kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengatakan DAP enggan menerima cara membeli ‘wakil rakyat BN’ kerana menurut mereka cara itu tidak beretika dan bukan proses mengambil alih kuasa sewajarnya.
Bagi DAP ahli Parlimen hanya wajar lompat parti jika mereka benar-benar percaya dan komited dengan perjuangan, bukan kerana wang dan pangkat.

Jelas Anwar terperangkap dengan cara dan gayanya yang bersedia menghalalkan cara untuk berkuasa, walaupun rakannya dalam Pakatan Rakyat merasakan caranya itu membahayakan pakatan dan masa depan kerajaan yang akan dibentuknya.
Jadi hentikanlah cara itu dan jangan rosakkan demokrasi dan perasaan rakyat negara ini tunjuk perasaan dan kemudian menyalahkan pihak keselamatan kerana cuba mententeramkan keadaan.

Anehnya selain itu, beliau bagaikan menyalahkan rakyat seolah-olah rakyat tidak sabar menunggu apabila mengatakan rakyat sebelum ini sanggup menunggu puluhan tahun bagi membolehkan Pakatan Rakyat bangkit pada pilihan raya umum lalu.
"Puluhan tahun kita sanggup tunggu, tak kan hendak tunggu sekejap lagi pun tidak boleh?" tanya beliau.

Anwar yang juga anggota parlimen Permatang Pauh melalut-lalut cuba menegakkan benang basah dengan mempoerkecilkan cara peralihan kuasa UMNO.
Katanya, beliau tidak setuju dengan cara pemimpin Umno menghina begitu rupa presiden mereka sehingga terpaksa membuat keputusan berundur Mac depan.
Siapa dia bersimpati dengan Abdullah, sedangkan sebelum ini beliaulah yang banyak menyusahkan Abdullah, walaupun banyak jasa Perdana Menteri kepadanya termasuklah berusaha membebas dan kemudian menghantarnya ke Jerman selepas pembebasan itu.
Sebaliknya beliau cuba pula mengajar Abdullah dengan kenyataan berikut:
"Oleh itu baki lima bulan yang ada sekarang Perdana Menteri hendaklah menggunakan ruang tersebut bagi memulihkan kembali reputasinya. Pertama membebaskan mereka yang ditahan tanpa bicara di Kem Tahanan Kemunting.

"Dato' Seri Abdulllah tidak perlu lagi takut kepada pemimpin lain dalam Umno kerana mereka sudah meneranjangnya sekarang," tambahnya.
Hakikatnya, Anwar yang teruk menghina Abdullah daripada setiap sudut sebelum ini, selain mempersendakan Abdullah dengan sekutu Pasnya dalam pelbagai cara, patut menilai diri sendiri kenapa usahanya sejauh ini gagal dan bagaikan ‘mimpi Mat Jenin’ sahaja.

APA DAH JADI BPR? (1)

Oleh Ben Latiff

Selepas pilihan raya umum lalu dan Barisan Nasional (BN) tersungkur di Kelantan, nampaknya isu-isu hangat yang diperbincangkan di negeri itu reda sementara.

Apakah ini bermakna bahawa isu berkenaan tidak lagi relevan atau apa yang dilakukan oleh Kerajaan Pas Kelantan memang sah dan tidak perlu ditakwil(dipersoalkan?

Hakikatnya, banyak perkara yang belum terjawab, khsusunya laporan-laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Ada diberitahu bahawa beberapa pihak yang terbabit dalam laporan itu menyaman pihak yang membuat laporan, umpmanya dalam kes Datuk Husam Musa dan Adham Kecik (Adun Bukit Bunga).

Sejauh mana perkembangan saman berkenaan, hanya dua pihak berkenaan yang mengetahui.

Namun, ada baik juga kalau diselusuri semula laporan-laporan BPR yang belum terjawab itu satu persatu:

1.PEMBANGUNAN STESEN TEKSI DAN PROJEK PEMBANGUNAN TERMINAL BAS DI ATAS TANAH MAJLIS DAERAH MACHANG DI BANDAR MACHANG


Butiran yang meragukan yang mungkin melibatkan unsur jenayah di dalam projek pembangunan stesen teksi di atas tanah Majlis Daerah Machang di Bandar Machang dan projek pembangunan terminal bas di atas tanah Majlis Daerah Machang di Bandar Machang secara usahasama di antara Majlis Daerah Machang (MDM) dan Kiara Sentosa Development Sdn Bhd (KSD). Butiran-butiran tersebut adalah:

Perjanjian yang berat sebelah:

a. Ini dapat dilihat daripada pulangan bentuk wang yang diperolehi MDM setelah projek ini disiapkan iaitu sebanyak RM1,210,000 dan RM915,000 yang jauh lebih rendah dari nilaian semasa harga tanah miliknya itu.

b. Ini dapat dilihat daripada jumlah unit kedai pejabat 2 tingkat yang diperuntukkan kepada MDM iaitu hanya 2 berbanding jumlah keseluruhannya 34 unit.

2. Penyiapan projek dibuat tidak mengikut perjanjian:

a. Mengikut perjanjian, sebanyak 17 unit kedai pejabat 2 tingkat akan dibangunkan bagi projek pembangunan stesen teksi dan 16 unit kedai pejabat 2 tingkat akan dibangunkan bagi projek pembangunan terminal bas tetapi apabila disiapkan didapati bilangan unit kedai pejabat 2 tingkat bagi projek pembangunan terminal bas bertambah dari 16 unit menjadi 17 unit.

b. Mengikut perjanjian, KSD akan menyiapkan sebuah musalla yang mengambil 2 unit kedai pejabat 2 tingkat bagi projek pembangunan stesen teksi tetapi apabila disiapkan didapati ia mengambil 3 unit kedai pejabat 2 tingkat.

3. Pulangan projek diberi tidak mengikut perjanjian:

a. Mengikut perjanjian, MDM akan diberikan 3 unit kedai pejabat 2 tingkat bagi projek pembangunan stesen teksi dan 2 unit kedai pejabat 2 tingkat bagi projek pembangunan terminal bas tetapi apabila disiapkan didapati MDM hanya diberikan 2 unit kedai pejabat 2 tingkat bagi projek pembangunan terminal bas sahaja kerana mengikut perjanjian pembinaan musalla tidak diambil kira dalam menentukan pulangan ini.

b. Mengikut perjanjian, MDM akan diberikan tempat meletak bas yang boleh menampung 10 buah bas ekspres bagi projek pembangunan terminal bas tetapi apabila disiapkan didapati ia hanya diberikan tempat meletak bas yang boleh menampung 10 buah bas ekspres.

4. Penjualan unit kedai dibuat tidak mengikut perjanjian:

a. Mengikut perjanjian, kedai pejabat 2 tingkat bagi projek pembangunan stesen teksi dan projek pembangunan terminal bas akan dijual dengan harga RM250,000 seunit tetapi apabila disiapkan didapati ia dijual dengan harga RM288,000 seunit tanpa mendapat kelulusan MDM.

b. Mengikut perjanjian, gerai 2 tingkat bagi projek pembangunan stesen teksi akan dijual dengan harga RM58,000 seunit tetapi apabila disiapkan didapati ia dijual dengan harga RM288,000 seunit tanpa mendapat kelulusan MDM.

5. Pemilihan pembeli dibuat tidak mengikut peraturan:

a. Mengikut peraturan, pemilihan pembeli kedai pejabat dan gerai bagi projek pembangunan stesen teksi dan projek pembangunan terminal bas perlu dibuat oleh MDM tetapi ia didapati tidak dibuat oleh MDM.

b. Pemilihan pembeli unit kedai pejabat 2 tingkat bagi projek pembangunan stesen teksi dan projek pembangunan terminal bas didapati meragukan apabila sebuah keluarga membolot 4 unit, iaitu Che Norhayati Che Hasan dipilih sebagai pemilik kepada 2 unit, adiknya, Che Rosmawati Che Hasan, dipilih sebagai pemilik kepada 1 unit dan ibu saudaranya, Che Rozita Che Seman, dipilih sebagai pemilik kepada 1 unit.

Berkaitan ini:

Beberapa dakwaan yang meragukan yang mungkin melibatkan unsur rasuah terhadap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kemuning, YB Zakaria Yaakub. Dakwaan-dakwaan tersebut adalah:

1. Bahawa beliau seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Kemuning telah secara tidak sah menerima sejumlah wang dari seorang peniaga bagi melobi untuk mendapatkan 2 unit kedai pejabat 2 tingkat bagi projek pembangunan stesen teksi dan projek pembangunan terminal bas bagi pihak dua adiknya, iaitu Mohd Raffe Firus dan Mohd Risham Firus.

2. Bahawa beliau sebagai Ketua Whip Majlis Daerah Machang telah secara tidak sah mendapat hak milik dua unit kedai di Bandar Machang melalui Majlis Daerah Machang yang disewakannya kepada seorang lain di bawah nama syarikat Perniagaan Mesra.

Beberapa dakwaan yang meragukan yang mungkin melibatkan unsur rasuah terhadap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Temangan, YB Hassan Mohamad. Dakwaan-dakwaan tersebut adalah:

1. Bahawa beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Temangan telah secara tidak sah mempunyai kepentingan atau menerima ganjaran dari pemaju projek pembangunan stesen teksi dan projek pembangunan terminal bas di Bandar Machang, iaitu Kiara Sentosa Development Sdn Bhd (KSD).

2. Bahawa beliau sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan telah secara tidak sah menggunakan nama seorang penduduk dari Kampung Limau Hantu di Machang bagi mendapatkan dua ekor lembu pawah dari Kerajaan Negeri Kelantan bagi pihaknya.

(bersambung)

Jom Sokong Utusan Malaysia

MARI GANYANG TERESA (1)

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sedap sungguh kalau mengata orang.
Itulah, namanya mulut cabul.
Hati-hati berkata-kata Teresa, cakap pandang-pandang.
Selepas membuat gempar beberapa ketika kini dia mulai takut bayang-bayang sendiri.
Itulah perangai Teresa. Kini mahu upah pengawal peribadi.
Hakikatnya, diia takut pada siapa?
Teresa berkata beberapa hari lalu beliau berhasrat mengupah pengawal peribadi dan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumah ibu bapanya.
Beliau mendakwa keselamatan beliau serta keluarganya kini terancam.

Beliau berkata langkah itu berikutan kejadian pada 27 September lalu, apabila kediaman ibu bapanya di Taman Rainbow di sini dibaling bom molotov koktail.

"Saya telah dinasihatkan polis supaya menjaga diri serta berhati-hati memandangkan pelbagai perkara buruk dan reaksi negatif yang dilemparkan terhadap saya setelah isu saya (berhubung laungan azan) diperbesar-besarkan.
"Saya berterima kasih atas keprihatinan pihak polis dalam memastikan keselamatan kami terjaga. Kami diberitahu, polis turut mempertingkatkan rondaan mereka," katanya.
Reti jugak dia berterima kasih kepada polis.
Tapi Teresa jangan buat tuduhan macam-macam.
Hei Teresa, kau bukan saja cabul mengenai isu laungan azam. Sebelum ini mulut cabul itu juga yang mendakwa kononnya wanita yang kena ketuk ketampi itu warga China.
Teresa cuba menafikan tuduhan bahawa beliau pernah membuat dakwaan tidak benar di Parlimen berhubung isu wanita China dibogelkan di pusat tahanan polis, sedangkan siasatan mendapati wanita itu ialah wanita Melayu.

“Tengoklah mereka, orang UMNO memang macam ini, saya tidak pernah berkata bahawa wanita berbogel dalam VCD itu adalah wanita warga China,” katanya.
Hei Teresa, kerana ‘keChinaan’ kau itu tebal, kau kata macam-macam.
Akhirnya terbukti bukan warga China. Malaysia dapat malu kerana perbuatan kau.
Buat malu je....kerajaan terpaksa hantar rombongan meminta maaf yang tidak ada kena mengena pun dengan kerajaan negara China.
Teresa juga berkata, beliau tidak takut jika disaman oleh Utusan Malaysia. “Samanlah, ISA pun saya sudah pernah masuk, takut apa lagi saman daripada Utusan Malaysia?,” katanya.
Akhirnya bukan Utusan Malaysia yang menyaman Teresa tetapi semalam Teresa memfailkan saman terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. dan kolumnis, Mohd. Zaini Hassan. Dia menuntut ganti rugi RM30 juta kerana didakwa menerbitkan artikel berunsur fitnah terhadapnya.
Teresa mendakwa artikel bertajuk `Azan, Jawi, Jais, UiTM dan ba-alif-ba-ya’ dalam Utusan Malaysia pada 10 September lalu diterbitkan dengan niat jahat.
Artikel itu juga didakwa diterbitkan dengan niat dan tujuan memperkecilkan beliau secara peribadi dan rasmi termasuk sebagai Ahli Parlimen, ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota Exco kerajaan negeri Selangor.

Writ saman itu difailkan melalui firma guaman, Tetuan S. N. Nair & Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 8.42 oagi ini.
Teresa selaku plaintif menamakan Utusan Melayu defendan pertama dan Mohd. Zaini yang juga Pengarang Utusan Malaysia akhbar tersebut defendan kedua.

Perlukah kita duduk diam dan tidak pertahankan Utusan Malaysia dalam soal ini?
Marilah ramai-ramai kita ganyang Teresa dalam apa juga bentuk untuk menyedarkan beliau betapa lukanya hati orang Melayu dan Islam di negara ini.
Perbuatannya yang melampau perlu diperangi habis-habisan.

(Ikuti Bahagian Kedua esok)

Thursday, October 9, 2008

ANNUAR MULAKAN PERANG SEMULA!

Nampaknya perang politik antara UMNO dan Pas Kerajaan sudah bermula apabila isu tender menjadi pembuka langkah.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Tan Sri Annuar Musa mengecam Pas Kelantan yang dififatkannya sebagai pengamal pemberian tender projek, tender balak, kontrak atau jawatan kepada anak-beranak dan kroni politik.

Annuar berkata, kontroversi pelantikan menantu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Perbadanan Menteri Besar Kelantan merupakan satu isu yang masih belum selesai sehingga kini.

Katanya: “Sebagai bukti isu kontroversi yang melibatkan pelantikan menantu beliau, Ir Abdul Ariffahmi Abul Rahman masih lagi belum terjawab. Anak beliau juga ditempatkan di Perbadanan Kemajuan Iktisad negeri Kelantan (PKINK) dan Majlis Perbandaran Kota Bharu.

“Besan di DUN dan banyak lagi. Tanah-tanah kerajaan dan rezab haiwan telah diberikan kepada orang parti tanpa tender. Tanah dan kawasan balak diberikan kepada proksi sehingga tercetus perbalahan dan dikatakan berlaku jenayah termasuk kes pembunuhan yang kononnya berpunca daripada kroni Pas.”

Bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu pemberian tender bagi projek-projek Kerajaan Pusat hendaklah dibuat berdasarkan kelayakan dan keupayaan kontraktor, bukan kerana fahaman politik.

Beliau berkata, kerajaan Pas pimpinan Menteri Besar Kelantan itu juga telah menggunakan akta pengambilan tanah untuk mengambil tanah rakyat bukan untuk kepentingan awam tetapi untuk kepentingan perniagaan orang Pas.

“Oleh itu Nik Aziz elok melihat sekelilingnya terlebih dahulu sebelum mengkritik orang lain,” ujar beliau lagi.

Nik Aziz sebelum ini mendakwa banyak projek-projek besar Persekutuan di negeri-negeri diberi kepada kroni dan mereka yang kurang kemampuan.

“Ini adalah salah satu punca mengapa projek-projek tersebut gagal atau tidak sempurna, sebab semua diberi kepada mereka yang sama parti,” katanya.,

Menurut Nik Aziz, kegagalan pelbagai projek Kerajaan Pusat di Kelantan dan negeri lain adalah berpunca daripada pemberian tender projek secara tidak telus.

Nik Aziz mendakwa pentadbiran negeri Kelantan di bawah pimpinan Pas, kita bersifat menyeluruh dengan pelbagai jawatan dalam pentadbiran diberikan sama rata secara adil tanpa mengira warna kulit dan fahaman politik.

Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani menyokong Nik Aziz dengan mengatakan kerajaan sebenarnya tidak mengamalkan sistem tender terbuka, menyebabkan kontraktor kurang berkelayakan mendapat tender yang ditawarkan dengan mengambil kira sokongan mereka kepada parti pemerintah.


“Pembahagian kontrak kerajaan sepatutnya diputuskan secara telus oleh Jawatankuasa Tender dan setiap kontraktor yang menyertai tender perlu dinilai dari segi kelayakan dan kemampuan melaksanakan projek, bukannya kepentingan politik,” katanya.
Berikutan itu, Annuar mengatakan Nik Aziz tidak mempunyai hak atau kewibawaan untuk menegur kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam hal pembahagian tender.

Katanya, Nik Aziz tidak mempunyai hak untuk berkata demikian kerana kerajaan Pas pimpinan beliau mengamalkan konsep tersebut.

“Nik Aziz tidak ada wibawa untuk menegur kerajaan BN dalam hal tender,” katanya seperti dilaporan Sinar Harian.

BENAR & MENYAKITKAN!

Tajam dan bisanya hanya orang yang pernah ditusuk sahaja mengetahuinya. Sifatnya yang tidak dihunus dan sering disembunyikan menjadikan Lawi Ayam istimewa – senjata sulit. Blog ini bercirikan Lawi Ayam dan hanya menikam mangsa secara senyap. Sudah pasti ia bisa dan amat menyakitkan. Namun pepatah ada mengatakan “Cakaplah Benar Biarpun Ia Menyakitkan”. SELAMAT MELAYARI!