Monday, March 2, 2009

PEGAWAI KERAJAAN PUSAT YANG PENAKUT

Untung jadi rakyat Kelantan.
Tidak undi UMNO dan Barisan Nasional (BN) pun tidak apa.
Rakyat Kelantan tetap mendapat manfaat daripada pakej rangsangan ekonomi Kerajaan Pusat.
Ini dibuktikan apabila sebanyak RM40 juta diperuntukkan bagi meneruskan pelbagai projek pembangunan untuk rakyat di negeri ini.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Shukry Mohd Salleh, berkata peruntukan terbabit disalurkan kerajaan Pusat bagi melaksanakan Program Pembangunan Infrastruktur Asas dan Program Pembangunan Infrastruktur Awam.

"JPP yakin pelaksanaan projek pembangunan itu bukan saja memberi manfaat yang besar kepada rakyat, malah mampu merancakkan lagi kegiatan ekonomi di negeri ini, khususnya ketika berdepan kelembapan ekonomi.

"Dalam pakej rangsangan ini, manfaat juga turut dirasai agensi lain seperti Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kesihatan yang turut mendapat sejumlah peruntukan," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan Seminar Penggerak Masyarakat Bangkit Memerangi Ancaman Dadah anjuran Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) di sini, semalam.

Satu lagi ialah, Shukry sendiri dalam setiap majlis hanya menggunakan perkataan Kerajaan Pusat, takut nanti kalau guna perkataan Kerajaan Barisan Nasional, pemimpin PAS Kelantan tersinggung kononnya.

Pada mana-mana majlis, Shukry tidak berani mengatakan perkataan Kerajaan BN bimbang dilihat ‘berpihak’.

Beliau pernah meminta wartawan Sinar Harian memperbetulkan berita apabila memetiknya mengaitkan sambutan Hari Kebangsaan dengan UMNO pada 2007.

Inilah Shukry. Kerja dengan kerajaan BN tetapi takut mahu menyebutnya kononnya pemimpin PAS akan marah dan akan merugikan BN.

Tidak tahulah, apakah ini jenis pegawai kerajaan yang UMN O atau BN mahukan di Kelantan?