Showing posts with label Polis. Show all posts
Showing posts with label Polis. Show all posts

Tuesday, July 19, 2016

Lagi Suspek Serangan Bom Di Puchong Ditahan, KPN Terus Terima Ancaman


Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan beberapa lagi suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden serangan bom tangan di sebuah premis hiburan di Puchong.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan perkara itu berkata kesemua suspek merupakan tangkapan terbaru selepas tertangkapnya 15 individu lain pada 28 Jun dan 1 Julai lepas.

"Kesemuanya dipercayai terlibat dalam kegiatan Daesh. Bagaimanapun, dua lagi suspek utama yang terlibat dalam kejadian itu masih belum ditangkap dan PDRM masih mengesan mereka," katanya tanpa mendedahkan bilangan suspek yang ditahan.

Khalid ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Cawangan Khas Bukit Aman di Mes Pegawai Kanan di Kuala Lumpur,  semalam  yang turut dihadiri Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Kejadian letupan di premis hiburan di IOI Boulevard, Puchong pada 28 Jun lepas menyebabkan lapan orang cedera, seorang daripadanya parah.

Polis kini memburu dua warga tempatan yang dikenali sebagai Md Saifuddin Muji, 28, dan Jasanizam Rosni, 33, masing-masing dari Johor kerana dipercayai menerima arahan daripada anggota kumpulan pengganas Daesh Malaysia di Syria untuk melakukan serangan terbabit.

Khalid turut mengakui masih menerima ancaman keselamatan daripada beberapa pihak berikutan ketegasan pihaknya dalam membanteras ancaman militan Daesh di negara ini.

Beliau berkata ancaman terbaharu diterimanya lima hari lepas susulan beberapa ancaman diterima beliau dan beberapa pegawai kanan polis baru-baru ini.

"Saya masih menerima ancaman ini (Daesh) namun itulah lumrah sebagai seorang ketua yang menjaga keselamatan negara.

"Saya juga menjangkakan perkara ini dan ia bukanlah perkara yang baharu. Tiada apa yang perlu dirisaukan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Cawangan Khas Bukit Aman di Kuala Lumpur, semalam.

Menyentuh penemuan objek dipercayai bom buatan sendiri di dalam kawasan semak berhampiran rel kereta api di Jalan Kolam Air 9, Sentul, di sini pada 13 Julai lalu, Khalid berkata ia tidak mempunyai kaitan dengan Daesh.

"Setakat ini, penemuan objek terbabit sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas dan ia hanyalah merupakan masalah dalaman.

"Bagaimanapun, polis telah menemui beberapa petunjuk yang boleh membantu siasatan," katanya.


Khalid berkata pihaknya akan sentiasa mengambil langkah membuat kawalan di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai yang mungkin menjadi sasaran ancaman kumpulan pengganas.

Sunday, August 21, 2011

Azmil Mustafa - Tazkirah Saya Bersandar al-Quran'

Pelakon yang kini menjadi pendakwah bebas, Azmil Mustapha berkata, tazkirah yang disampaikannya di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang, kelmarin adalah bersandarkan kepada ayat-ayat al-Quran.

Menurutnya, antara perkara disampaikannya adalah umat Islam wajib mengutamakan Allah berbanding manusia, tidak kira siapa orang itu.

Beliau seterusnya menafikan ada mengkafirkan kerajaan dan menyampaikan ceramah berbaur hasutan politik supaya rakyat membenci Yang di-Pertuan Agong ketika memberi tazkirah sebelum solat sunat tarawih di masjid itu.

Pelakon filem Ali Setan dan Kepala Angin itu terkejut apabila laporan polis dibuat oleh bilal masjid itu, Mohd. Sani Nasib di Balai Polis Kampung Baru Subang pada pukul 11.30 pagi semalam yang mengatakan dia ada mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya sedang meneliti laporan polis yang dibuat dan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 4, Akta Hasutan 1948.

Beliau berkata, setakat ini, siasatan kes berkenaan masih lagi di peringkat awal dan dia meminta orang ramai memberi peluang kepada polis untuk menyiasat kes itu secara terperinci.

"Dalam siasatan, kita memang akan panggil siapa yang berkenaan termasuk Azmil dan beberapa individu. Bagaimanapun, kita tidak boleh mendedahkan semua maklumat terperinci seperti bila dan di mana sesi merakam percakapan itu akan dilakukan. Biar pihak polis jalankan siasatan dulu," katanya.

Dalam pada itu, abang kepada Mohd. Shafie yang membuat laporan polis, Mohd. Sani Nasib berkata adiknya mempunyai pita rakaman kenyataan berbaur hasutan yang dikeluarkan Azmil dalam satu tazkirah di masjid berkenaan malam kelmarin.

Menurut Mohd. Sani, pita rakaman itu diserahkan oleh Mohd. Shafie kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, tindakan Azmil membuat penafian adalah dianggap sebagai menutup kesalahannya.

"Selain pita rakaman itu, terdapat puluhan jemaah yang boleh dijadikan saksi berhubung kenyataan Azmil," katanya.

"Biarlah, dia mahu menafikan dan kita serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan," katanya.

Menurut Azmil: "Saya tidak mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan apatah lagi mahu menghina Yang di-Pertuan Agong. Tuduhan itu tidak berasas kerana ia tiada kena mengena dengan politik.

"Saya bukan sahaja tidak pernah mengundi pada pilihan raya umum, malah tidak berdaftar dengan mana-mana parti politik di negara ini," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia semalam.

Friday, February 11, 2011

KHALID IBRAHIM MAHU POLIS SENDIRI UNTUK APA?

Penubuhan pasukan keselamatan sendiri bukanlah jalan penyelesaian untuk menangani isu jenayah sebaliknya kerajaan negeri perlu ikhlas bekerjasama dan memberi sokongan kepada polis untuk membendung masalah tersebut - Musa Hassan

Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor melakukan kesilapan besar jika menyangka penubuhan pasukan keselamatan sendiri mampu menangani isu jenayah serta mengurangkan kadar jenayah di negeri berkenaan. Ini kerana cadangan itu boleh menyebabkan keadaan keselamatan menjadi kelam-kabut apabila ada dua pihak mempunyai kuasa melaksanakan undang-undang mencegah jenayah dalam satu masa.

Selain itu, apa tujuan Khalid berbuat demikian? Untuk menutup kelemahan sendiri dan memperkecilkan keupayaan Polis Selangor dalam mengawal keselamatan di negeri itu?

Kerajaan negeri Selangor dilaporkan memohon untuk menubuhkan pasukan keselamatan sendiri bagi menangani isu jenayah serta mengurangkan kadar jenayah di negeri itu.

Beberapa akhbar dan portal berita sebelum ini melaporkan hasrat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memohon untuk menubuhkan pasukan polis tambahan sendiri kerana mengikut dakwaannya kadar jenayah di negeri itu semakin meningkat.

Khalid dalam kenyataan medianya kelmarin mendakwa telah menghantar surat kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memohon supaya penubuhan pasukan polis tambahan itu dipertimbangkan.

Beberapa bekas pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) seperti dilaporkan Utusan Malaysia kelmarin berkata, tidak perlu bagi kerajaan Selangor menubuhkan pasukan polis tambahan sendiri memandangkan tiada keperluan untuk berbuat demikian, malah bakal menimbulkan masalah pada masa depan.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, tanggungjawab mengawal keselamatan dan mencegah jenayah terletak di bawah bidang kuasa PDRM seperti termaktub dalam undang-undang mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, selain PDRM, beberapa syarikat kawalan keselamatan swasta turut diberi kuasa untuk mengawal keselamatan tetapi bidang kuasa mereka terhad dan tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

"Selain PDRM dan syarikat kawalan keselamatan swasta, tiada pihak lain diberi kuasa melaksanakan undang-undang mencegah jenayah. Sekiranya kerajaan Selangor mahu menubuhkan pasukan polis tambahan sendiri, ia dikhuatiri boleh menyebabkan keadaan keselamatan bertambah kelam-kabut apabila ada dua pihak melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara bertindan," katanya.

Mengulas lanjut, Musa berkata, penubuhan pasukan keselamatan sendiri bukanlah jalan penyelesaian untuk menangani isu jenayah sebaliknya kerajaan negeri perlu ikhlas bekerjasama dan memberi sokongan kepada polis untuk membendung masalah tersebut.

Sementara itu, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Dell Akhbar Khan turut mempersoalkan tindakan kerajaan Selangor kerana ketika ini rakyat di negeri itu menikmati kehidupan aman apabila bebas keluar rumah pada setiap hari.

"Apakah agenda kerajaan Selangor mahu menubuhkan pasukan keselamatan sendiri?.
Adakah keadaan keselamatan di negeri itu betul-betul bergolak? Saya sendiri menetap di Shah Alam, Selangor. Setiap hari, saya bebas keluar rumah dan tidak melihat kegiatan jenayah berlaku dengan berleluasa," ujarnya.

Menurut Dell Akhbar, sebagai bekas pegawai kanan polis, beliau tahu bagaimana komited pasukan keselamatan itu menjaga keselamatan orang awam sehingga negara berjaya mengekalkan keamanan sehingga kini. Kerana itu rakyat harus yakin terhadap keupayaan PDRM, apatah lagi PDRM melalui kerajaan Pusat sentiasa menambah baik langkah-langkah pencegahan jenayah termasuk mengikut cara kerja inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan penambahan keanggotaan.

Sementara itu, bekas Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Kamaruddin Mat Desa mendakwa, kerajaan Selangor sengaja mengemukakan permohonan mahu menubuhkan pasukan polis tambahan sendiri sebagai gimik politik bertujuan menutup kelemahan sendiri.

"Ia hanya gimik politik (kerajaan Selangor). Tujuannya hanya mahu menjatuhkan reputasi PDRM kononnya pasukan keselamatan di bawah kerajaan Pusat gagal melaksanakan tanggungjawab mencegah jenayah dan menjaga keselamatan rakyat. Selama ini, PDRM cukup cemerlang dalam melaksanakan tugas menjaga keselamatan negara termasuk negeri Selangor. Ini terbukti apabila ramai orang berhijrah untuk tinggal di negeri ini, manakala rumah dan peluang pekerjaan bertambah," ujarnya.

Beliau yang juga bekas Timbalan Ketua Polis Terengganu turut mempersoalkan apa kelebihan negeri Selangor berbanding negeri-negeri lain sehingga perlu mempunyai pasukan keselamatan sendiri.

Tambahnya, jika Selangor diberi keistimewaan tersebut, tidak hairan langkah itu menjadi ikutan negeri-negeri lain dan dikhuatiri akan menimbulkan suasana kelam-kabut apabila setiap negeri mempunyai pasukan polis sendiri.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Khalid sepatutnya berasa malu kepada semua pihak khususnya polis Selangor apabila memohon untuk menubuhkan pasukan keselamatan sendiri bagi menangani isu jenayah di negeri itu.

Ini kerana, beliau (Abdul Khalid) sendiri sedar bahawa perkara yang dibangkitkan itu tidak akan berjaya atau diluluskan oleh kerajaan.

Beliau berkata, impian kerajaan Selangor untuk mempunyai pasukan keselamatan sendiri tidak mungkin tercapai kerana mengikut Jadual Kesembilan, Senarai 1 Perkara 74 dan 77 Perlembagaan Persekutuan, jelas menyatakan bahawa keselamatan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah terletak di bawah tanggungjawab serta hak Kerajaan Persekutuan.

"Menteri Besar (Selangor) sepatutnya berasa malu kepada semua pihak khususnya polis di Selangor apabila membangkitkan perkara yang dia sudah tahu tidak akan berjaya (diluluskan).

"Apa yang dibuat sama macam usul pindaan kononnya mahu mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohammed Khusrin Munawi baru-baru ini," katanya.

Beberapa akhbar dan portal berita semalam, melaporkan hasrat Abdul Khalid memohon untuk menubuhkan pasukan polis tambahan sendiri kerana mengikut dakwaan, kadar jenayah di negeri itu semakin meningkat.

Khalid dalam kenyataan medianya kelmarin, mendakwa beliau telah menghantar surat kepada Hishammuddin memohon supaya penubuhan pasukan polis tambahan itu dipertimbangkan.

Menurut Hishammudin, alasan dinyatakan Khalid bahawa penubuhan pasukan polis tambahan itu penting disebabkan meningkatnya kadar jenayah di Selangor adalah tidak boleh diterima.

"Kadar jenayah di Selangor telah menurun, malah kerajaan negeri itu tidak pernah sekalipun tampil membantu polis melaksanakan program kepolisan masyarakat selama ini," ujarnya.

Beliau berkata, apa yang dilakukan oleh kerajaan Selangor sekarang hanya bertujuan untuk menidakkan kejayaan PDRM dan polis Selangor yang sudah banyak berkorban jiwa serta raga untuk menjayakan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Hakikatnya, kerajaan Selangor tidak pernah membantu usaha kementerian dalam menurunkan indeks jenayah bagi mencapai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

"Selama ini, saya tidak lihat kerajaan Selangor tampil membantu dalam mencapai NKRA termasuk membantu usaha PDRM menubuhkan komuniti polis dan menambah kehadiran anggota polis. Kenapa sekarang mahu timbulkan isu polis tambahan di saat indeks jenayah telah turun?," tanya Hishamuddin.

Inilah antara helah dan tindakan Kerajaan Pembangkang Selangor yang cuba mengalih pandangan rakyat terhadap kelemahannya.

Jangan layan dan tutup saja fail mengenai permintaan Khalid itu!

Sunday, August 22, 2010

PENEMUAN KAMERA – KENAPA KHALID TAKUT REPOT POLIS?


Entah ya entah tidak.

Apa-apa saja Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, boleh buat untuk spin atau melarikan isu serangan terhadap kepimpinannya.

Tindakan Khalid yang sehingga kini masih belum membuat sebarang laporan polis berhubung penemuan kamera tersembunyi di pejabatnya sudah pasti menimbulkan pelbagai spekulasi.

Banyak pihak mengatakan Khalid sengaja buat cerita (KLIK SINI). Dia berani sidang media (KLIK SINI) tetapi takut untuk buat laporan polis.

Soalnya kalau pun nak buat laporan polis kenapa lambat sangat. Atau Khalid tidak percaya polis ke?

Blog pengundisetiasungairapat dalam entrinya pada 22 Ogos 2010 bertajuk “KAMERA PENGINTIP: KENAPA KHALID GAGAP TAK NAK BUAT LAPORAN POLIS” turut bertanya kenapa Khalid tak nak buat laporan polis ekoran terjumpanya kamera di belakang langsir di pejabat beliau.

Sebaliknya, Khalid bertindak untuk menyiasat sendiri. Apakah kemungkinan-kemungkinannya?

1. kemungkinan kamera itu kepunyaan kekasihnya Elizabeth Wong
2. Kemungkinan Kamera itu kepunyaan Teresa Kok
3. Kemungkinan Kamera itu kepunyaan Azmin Ali
4. Kemungkinan kamera itu kepunyaan Anuar Ibrahim
5. Kemungkinan Khalid sahaja buat-buat cerita
6. kemungkinan 1,2,3,4dan5 berpakat .


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Serdang, Datuk Satim Diman, berkata rakyat Selangor masih menunggu bila Khalid akan membuat laporan polis menggenai penemuan kamera itu.

"Jika belum buat atau enggan membuat laporan polis maka akan timbul pelbagai spekulasi. Apakah ini satu sandiwara politik Tan Sri Khalid dan mengapa?" katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama semalam.

Sejauh ini Khalid tidak banyak bercakap mengenai kamera tetapi lebih kepada apa yang akan berlaku kepada kerajaan pimpinannya.

Maksudnya, dia menafikan ura-ura bahawa akan berlaku rombakan membabitkan kakitangan lama di pejabat beliau dalam usaha memastikan kejadian penemuan sebuah alat rakaman video yang disembunyikan dalam bilik pejabatnya tidak berulang.

Beliau berkata, sehingga kini, pihaknya belum ada perancangan ke arah itu tetapi sebaliknya sedang menjalankan kajian untuk mengetahui bila perkara itu berlaku sehingga kakitangan di pejabat Menteri Besar tidak mengetahui tentang kejadian itu.

"Sekiranya kita dapati perkara ini dilakukan oleh mereka dalam Pejabat Menteri Besar sudah tentulah tindakan yang sesuai akan diambil. Buat masa ini kita tidak tahu lagi dan kita tidak ada sebarang keputusan untuk mengatakan mengenai perkara ini (rombakan)," katanya 14 Ogos lalu.

Satu lagi perkara ialah beliau berjanji membuat kajian keselamatan untuk di serahkan kepada ketua polis Selangor. Apakah perkara itu sudah dilakukannya?

Satim dalam kenyataan itu turut membuat andaian kemungkinan laporan polis tidak dibuat oleh Menteri Besar itu kerana khuatir siasatan polis akan membongkar identiti sebenar orang yang meletakkan kamera berkenaan.

"Mungkin Tan Sri (Khalid) takut jika ada siasatan polis akan bongkar identiti sebenar orang yang meletak kamera ini sama ada musuh Elizabeth Wong (ADUN Bukit Lanjan) atau musuh Tan Sri Khalid sendiri yang tahu kegiatan dalam pejabat menteri besar atau motif peras ugut," katanya.

Satim berkata, ini adalah kerana umum sedia maklum bahawa hanya orang-orang tertentu sahaja yang boleh keluar masuk daripada pejabat menteri besar, justeru itu adalah mustahil untuk orang luar meletak kamera tersebut.

"Janganlah hendak menuding jari kepada orang lain. Hanya Tan Sri Khalid dan orang dalam sahaja yang tahu rahsia kegiatan dalam pejabat menteri besar," katanya yang berharap Khalid akan segera membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Menteri Besar itu sebelum ini berkata beliau sedang mempertimbangkan bagi membuat laporan polis jika ada keperluan selepas melihat dahulu rakaman berkenaan.