Showing posts with label Curi PAS. Show all posts
Showing posts with label Curi PAS. Show all posts

Monday, May 14, 2012

Aishah Serah Borang Jadi Ahli PAS...

Selamat Berjuang Aishah!

Penyanyi popular bersuara lunak dan Juara Lagu 1990, Wan Aishah Wan Arifin yang popular dengan Lagu 'Janji Manismu' secara rasmi menyertai PAS apabila menyerahkan borang keahlian PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam semalam.


Ia berjalan di dewan besar, Kolej Universiti Zulkifli Mohamad (KUIZM) Taman Melewar dalam majlis ceramah perdana "Rakyat Melangkah Ke Putrajaya".

Turut serta di majlis anjuran PAS Kawasan Batu itu adalah Tamrin Ghafar dan Datuk Seri Chua Jui Meng.

Penyajak tersohor, Pyan Habib turut mendeklimasikan beberapa sajaknya.

Dengan penyertaan Aishah, sudah ramai artis dan para sastrawan yang menyertai PAS...

(Harakahdaily)

Friday, February 10, 2012

Hamdan, ADUN Tanjong Dawai Dah Hebat Tapi Taulan Lagi Hebat

Penin, penin.

Apa pulak yang nak timpa PAS Kedah nih!

ADUN Tanjong Dawai merangkap Exco Belia dan Sukan Kedah, Hamdan Mohamed Khalib, tengah keluh kesah dan bimbang.

Hamdan yang kerapkali berceramah dan memberikan tazkirah serta kelas agama, rupa-rupanya tidaklah semaksum yang seringkali digambarkan pada diri sendiri.

Cerita tentang VCD yang mengandungi adegan seks Exco berkenaan dengan Siam Doll sedang hangat diperkatakan, khususnya di kawasan Tanjong Dawai, Pantai Merdeka dan Sungai Petani.

Kami sendiri diberitahu bahawa video seks tersebut memang wujud dan rakaman dibuat oleh orang PAS sendiri yang sudah tidak tahan dengan penyelewengan moral ADUN terbabit.

Menurut pemberi maklumat kami, vcd atau lebih tepat lagi klip video tersebut jauh lebih bermutu tinggi berbanding klip video yang memaparkan Anwar Ibrahim sedang menyetubuhi seorang pelacur warga China. Video berkenaan tidak sahaja berwarna, tetapi juga mempunyai suara.

Yang sahihnya, klip video tersebut sekiranya dilepaskan, bukan sahaja akan memalukan Hamdan sebaliknya akan menyebabkan sebahagian besar daripada PARASIT dalam PAS seperti Taulan Mat Rasul juga turut ketar lutut.

Puncanya?

Mereka juga tidak lebih baik daripada Hamdan, malah Taulan yang sudah tua itu juga dikatakan jauh lebih hebat berbanding Hamdan!

Kalau tak nak penin lama, nafikan segera wahai Hamdan....

Baca Dari Sumber

Sunday, August 21, 2011

Selepas Bob Lokman, Ali Setan Pula Ambil Alih Jadi Maskot PAS

Cucu Tok Selampit, August 19, 2011

Khabarnya, kebanyakan anak khariah Masjid An Nur, Kampung Melayu Subang mengangkat kaki meninggalkan masjid tanpa terlebih dahulu menunaikan Sembahyang Tarawikh malam semalam. Ini berikutan ketidakpuasan hati mereka dan muak dengan ceramah yang disampaikan oleh Azmil Mustapha atau lebih dikenali dengan nama Ali Setan, kesan dari watak yang dipegangnya di dalam filem era 80an.

Di dalam ceramahnya, Azmil Mustapha, yang beberapa tahun berjinak-jinak dengan PAS, banyak mengkritik dasar-dasar Kerajaan, mengelar Kerajaan sekarang tidak Islamik, mengelar Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai Dasar Ekonomi Bodoh malah menyeru agar Sultan dan Agong agar tidak perlu dihormati.

Inilah ragamnya artis kita. Asal saja "so called" nak bertaubat, masuk parti PAS, kononnya sudah "confirm" dapat pegang kunci syurga. Simpan janggut sedikit, dahi kasi hitam sedikit, pakai lebai, pakai jubah, sudah boleh berceramah di pentas-pentas PAS, surau dan masjid. Tak kisahlah ilmu di dada ada atau tidak. Kalau kita mendengar ceramah Bob Lokman dan Azmil Mustapha, kita akan dapati lebih banyak sampah dari isi di dalam ceramah mereka.

Ambil lagi satu contoh seorang artis wanita yang terkenal agak liar sewaktu remajanya. Sekarang ini sejak bergelar pengacara TV dan berjinak-jinak dengan parti PAS, cakap Islam tak lekang di mulut. Dialah yang hebat, anaknyalah contoh terbaik, itulah inilah. Apabila muncul mengacara rancangan kanak-kanak di TV, ber"make up" tebal malah bulu kening turut dicukur. Inikah ciri-ciri mukmin sejati ala PAS? Beliau tak tahukah bercukur bulu kening hukumnya haram di sisi Islam?

Tidak bolehkah mana-mana artis kita kalau hendak bertaubat sekalipun, ambillah Yussuf Islam contohnya sebagai panduan? Beliau yang dulunya seorang athies bergelar Cat Steven, tidak ekstrem apabila mendalami, mendekati dan memperkembangkan Islam. Malah beliau berdakwah dengan caranya tersendiri iaitu berdakwah melalui muzik nasyidnya yang memuji Allah, Islam dan Baginda Rasulullah SAW. Bagi saya saya lebih tertarik dengan corak dakwahnya yang sebegini.

Dalam kes di atas, nak salahkan 100% kepada Azmil Mustapha pun tak boleh juga. Yang ahli jawatankuasa Masjid yang bijak pandai pergi jemput orang yang tidak berkelayakan siapa suruh. Berpuluh malah beratus lagi ilmuan Islam yang berpendidikan Agama di dalam maupun di luar negeri, sekolah pondok maupun lulusan Al Azhar, yang boleh memberi ceramah dan tazkirah di surau dan masjid.

Apa boleh buat, inilah ciri-ciri Negara Islam gaya Malaysia. Orang-orang bukan Islam bebas masuk keluar Masjid berceramah mempermainkan ayat-ayat Al Quran, orang Islam pula sibuk untuk berbuka puasa di gereja manakala ayat-ayat Al Quran dilarang diperdengarkan secara terbuka di Masjid oleh Majlis Fatwa Negeri pulak tu, kononnya nak menjaga hati kafir harbi. Allahhuakbar.