Daripada mykmu (Monday, December 6th, 2010)
Hari ini negara gempar apabila mantan Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Seri Mohd Khir Toyo (DSKT) dihadapkan di Mahkamah Seksyen Shah Alam atas tuduhan rasuah membabitkan jual beli tanah yang kononnya berada dibawah nilai sebenar.
Dalam masa yang hampir sama, disatu sudut mahkamah yang lain pula, manusia sejawatan DSKT tapi di Parlimen, Anwar Ibrahim gagal dalam permohonannya untuk menyingkirkan hakim bicara dalam perbicaraan liwatnya yang sudah mencatat rekod dunia sebagai kes yang paling banyak ditangguhkan. Berita gembira buat Anwar, perbicaraan ini ditangguhkan lagi ke 21 Januari 2011 bagi membolehkannya membuat rayuan.
Penangguhan kali ini berbeza kerana Anwar tidak terlibat secara langsung sebaliknya alasan untuk menyingkirkan hakim bicara kerana peguam OKUnya dikatakan diugut oleh hakim yang berkenaan. Tapi yang penting pada Anwar ialah penangguhan, apa yang menyebabkan itu tidak penting asal boleh tangguh.
Memang secara realistiknya kedua kes yang disebutkan di atas ini berbeza dari segi fakta dan situasinya tetapi yang kita patut ambil peduli ialah cara bagaimana kedua lelaki ini dalam menghadapi proses mahkamah yang sedang berjalan.
Di satu pihak, iltizam DSKT untuk menyelesaikan perbicaraannya dapat dilihat dari kenyataannya yang menjunjung tinggi sistem keadilan negara dan keinginan untuk menjadikan proses perbicaraan ini sebagai platform untuk membersihkan namanya daripada fitnah yang asalnya dirangka pembangkang.
Perlu diketahui bahawa asal usul kes ini ialah apabila ADUN Sekinchan Ng Suee Lim menyebarkan fitnah konon nilai hartanah tersebut ialah RM 24 juta!! Jelas daripada pertuduhan yang dikenakan ke atas DSKT, nilai RM 24 juta itu ialah fitnah pihak pembangkang bagi menjatuhkan imej DSKT yang aktif mendedahkan penyelewengan kerajaan Selangor terutama dalam isu pasir.
Di satu pihak yang lain pula, Anwar Ibrahim tidak henti-henti berusaha untuk menangguhkan perbicaraan liwatnya yang berlaku pada 2008. Sudah banyak yang disebut mengenai kebaculan Anwar ini dan satu lagi ulasan panjang lebar mengenainya hanya membuang masa.
Kita tidak kenal DSKT dengan slogan ‘lawan tetap lawan’ seperti mana Anwar Ibrahim tapi kita kagum dengan ’kelakian’ beliau untuk menyelesaikan proses perundangan yang sedang dihadapinya dalam kadar segera. Kalau diikutkan, kes dihadapi DSKT lebih kepada fitnah yang dimulakan pembangkang tetapi DSKT tidak mahu ke arah itu sebaliknya bersedia menghadapi kes ini tanpa ada lengah lagi.
Walaupun masih diperingkat awal, keyakinan DSKT ini memberikan gambaran bahawa beliau sebenarnya berada di pihak yang benar dan tidak ada apa yang perlu ditakutkan.
Berbeza dengan Anwar, dari kes liwat pertama sehingga sekarang, ‘penghakiman’ awal telah diberikan kepadanya oleh penyokongnya dengan Anwar dikatakan difitnah dan dianiaya. Mahkamah tidak digunakan untuk membersihkan namanya seperti mana yang ditunjukkan dalam kes DSKT sebaliknya keseluruhan proses mahkamah diperalatkan Anwar dan barisan manipulator undang-undang upahannya demi satu penangguhan.
Kami yakin bahawa DSKT berada di pihak yang benar dan keazaman DSKT untuk menghadapi kes ini dalam jangka masa segera membuktikan keyakinan tersebut.
Tuesday, December 7, 2010
MAHKAMAH - ANTARA KELAKIAN & KEBACULAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment