Thursday, November 27, 2008

PERTELINGKAHAN PAS SELANGOR

Ada tiga komen menarik mengenai pemimpin PAS Selangor dalam kemelut yang melanda PAS negeri itu akibat pemecatan dua pemimpin pentingnya iaitu Khalid Samad dan Saari Sungip.

Baca komen-komen ini dahulu sebelum membaca bagaimana konflik dalam PAS Selangor sedang berlaku yang ditulis oleh Tulang Besi melalui lamannya http://www.malaysiawaves.com

Anonymous said...

Remember this is the same hassan ali who wanted to strike a deal with toyol,u are right memang tak bolih pakai.Now u can check and see how orang2 mcm ni nak kow tim kiri kanan.Semua ahli majlis dari camp ni mcm penyamum.

NOVEMBER 26, 2008 8:57 PM
kia71 said...
assalamualaikum,

cabaran di waktu kita belum mencapai kemenangan lebih mudah kita hadapi kerana kita kenal dgn jelas siapa musuh kita.kini bila kita di anugerahkn dgn sedikit kemenangan cabarannya lebih mencabar dan rumit.
yakinlh jika kita dijalan yg benar pasti bantuan dari ALLAH akan datang.golongan yg berniat menghancurkn jamaah ini kita pulangkan pd ALLAH untuk mengadilinya.usaha dan ikhtiar tuan teruskn, doa dari kami ahli pas lama dan terbuang tetap mengiringi tuan.
semoga tua tabah.amin.

takbir!!!!!!!
NOVEMBER 27, 2008 4:09 AM

Abu Luqman said...
Salam akhi TB,

Yang menghairankan saya ttg PAS, kenapa org yg kurang 10 tahun masuk PAS macam Hassan Ali boleh diberi jawatan yg sangat tinggi? Ya, dia memang figure yg terkenal dan bagus utk menaikkan profail parti tapi setelah diberi peluang dan tak perform, kenapa disimpan lagi? kekalahan teruk di Selangor tahun 2004, tidakkah sedikit sebanyak kerana kelemahan kepimpinan beiau? Org2 di Sungai Burong banyak boleh cerita ttg Hassan Ali. Sudah ditolak di sana, dtg pulak kawasan 'selamat' di Gombak walhal bukan pernah pun berbakti di sini sebelum ini! menangnya Hassan Ali dan ramai lagi calon PAS dan PKR kerana kemuakkan org ramai terhadap Pak Lah dan UMNO. Ini hakikat penyokong2 PR yg lebih objektif pemikiran pasti menyedari.

Bergaduh sesama sendiri skrg ni, ucaplah selamat tinggal dari skrg kpd negeri Selangor sebelum PRU akan dtg.

NOVEMBER 27, 2008 8:28 AM
WEDNESDAY, NOVEMBER 26, 2008
Tulang Besi Mungkin Dikenakan Tindakan Disiplin Dalam Parti (2)
Oleh Tulang Besi (http://www.malaysiawaves.com/)-

Saya terfikir, sepatutnya "orang itu" yang disiasat di atas aktiviti subversif beliau, bukan dilantik sebagai Ketua Penerangan Negeri menggantikan Saari Sungib. Kenapa pula berura-ura untuk menghadapkan Tulang Besi kepada tindakan disiplin dan membiarkan orang yang terlibat dalam kegiatan subversif? Sekurang-kurangnya mesti ada siasatan yang dilakukan, bukan dinaikkan pangkat.

Wujudkah lagi keadilan dalam PAS? Ataupun Keadilan hanya wujud dalam retorik setengah2 pimpinan sahaja.

Kes "orang itu" dah sampai ke pengetahuan Presiden PAS tetapi hasilnya beliau dinaikkan pangkat bukan disiasat.

Kalau nak kata takda laporan, laporan telah dibuat.

Tapi, orang yang komplen dan melahirkan rasa tidak senang terhadap "development" ini pula hendak diapa-apakan.

Kepada yang mahu mempertikaikan "tarbiyyah" saya, suka saya ingatkan bahawa saya telah mengikut usrah PAS sejak tahun 1985 lagi. Saya masih ingat mengikuti arwah bapa saya berkempen di Gemas semasa PRU 1982 di kawasan Dato Taha ditembak mati.

Tak usahlah hendak mempersoalkan komitmen saya kepada PAS. Saya masuk PAS sewaktu PAS ditakuti dan dipandang hina oleh masyarakat Malaysia. Kebanyakan yang sekarang ini memimpin PAS, pada waktu itu, memusuhi serta bersengkongkol dengan pemerintah UMNO/BN yang zalim, termasuklah orang yang bercadang hendak membawa saya kepada tindakan disiplin ini.

Sekarang bila UMNO lemah, ramai-ramai masuk PAS dan orang lama macam saya hendak ditendang dan dinistakan.

Seburuk-buruk Khalid Samad, beliau masuk PAS lepas 1982 dan aktif menyebarkan PAS sehingga beliau merengkok dalam ISA. Orang-orang yang memecat Khalid Samad itu, di kala itu, hidup senang-lenang bersengkongkol dengan pemerintah yang zalim, baik dalam BTN atau dalam Polis.

Bukan nak kata orang lama dalam PAS ini maksum, tapi tak usahlah nak persoalkan komitmen mereka dalam PAS. Bukti mereka istiqamah dalam perjuangan sepatutnya dijadikan contoh.

Saya berbangga dengan Timbalan YDP saya. Beliau aktif dalam PAS sewaktu PAS Selangor dipimpin oleh Arwah Ustaz Ismail Hashim lagi. Pada waktu beliau aktif berjuang dalam PAS di kala itu, tidak pernah terdetik dalam hati beliau yang pada satu hari beliau akan menjadi Ahli Majlis MBPJ.

Dan sekarang, beliau antara ahli MBPJ yang paling "perform" dan paling bersih. Sehingga ada orang komplen yang beliau terlampau bersih.

Saya beritahu kepada beliau:

"Haji, dulu haji berjuang PAS Haji tak pernah mintak apa-apa balasan. Ikhlas seikhlas-ikhlasnya. Tapi Allah SWT ingat pengorbanan Haji dan Allah SWT telah membalas segala bakti yang Haji tabur dulu dengan memuliakan Haji. Keihklasan Haji ini sepatutnya menjadi contoh teladan kepada semua ahli baru PAS."

Ahli PAS Ramai Dikelirukan Dengan Perkataan Wala'

Yang layak menerima wala' secara mutlak dalam Islam hanyalah Allah SWT dan Rasul SAW. Lain daripada Allah dan Rasul, tiada siapa yang boleh menerima wala' secara mutlak hatta Saidina Abu Bakr As Siddiq.

Kita dah lupa ke bagaimana para Sahabat secara lantang mengkritik Saidina Umar hanya kerana beliau memakai pakaian yang melebihi dari kuota kain yang beliau dapat.

Saya nak soal para fraksi UMNO, tindakan para Sabahat mempersoalkan Saidina Umar itu, adakah ianya tanda-tanda para sahabat tidak wala' kepada Saidina Umar.
Saya tahu, pemimpin-pemimpnin yang terpalit dalam isu Fraksi UMNO ini sekarang begitu galak bercerita pasal Wala'.

Kalau kita sempat menghadiri majlis mereka, cuba tanyakan peristiwa yang saya sebut di atas.

Tanya kepada mereka: Adakah mempersoalkan tindakan pemimpin tidak dikira wala'?

Saya teringat kata-kata Imam Malik:

"Pendapat aku dan sesiapa sahaja boleh dipersoalkan atau ditolak kecuali yang datang daripada tuan punya kubur ini" ... sambil Imam Malik menunjuk kepada kubur Rasul SAW.

Janganlah disebabkan wala' kita melanggar akidah kita dan melantik pimpinan kita sebagai pimpinan yang maksum.

Tiada siapa yang maksum. Kalau seseorang itu baik macamana pun, mungkin dia terlupa atau tersilap pandang dan sebagainya. Buat kesilapan bukan bermakna jahat.
Tetapi mempertahankan kesilapan walaupun jelas sudah silap adalah tanda-tanda kefasikan.

Lebih-lebih lagi apabila menggunakan alasan agama dan perkataan seperti Baiaah dan Wala'.

Tulang Besi Mungkin DIkenakan Tindakan Disiplin Dalam Parti (1)
Saya telah diberi amaran oleh beberapa orang dalam Kawasan saya bahawa ada seorang pimpinan dalam Perhubungan Negeri Selangor sedang mencari butiran berkenaan dengan diri saya. Mereka berkata ada kemungkinan saya akan dikenakan tindakan disiplin dalam parti ekoran dari artikel saya bertajuk "Adakah PAS Selangor Sokong Usaha Roslan SMS Untuk Menjatuhkan Beberapa Pimpinan PAS Pusat"

Untuk memudahkan usaha pimpinan tersebut, maka di bawah saya perturunkan maklumat dan butir yang sedang dicari beliau:

# Keahlian PAS : 253812

Tarikh Daftar Ahli : 9/9/1987

Kawasan : Lembah Pantai

Negeri : Wilayah Persekutuan

Cumanya, orang yang hendak mengambil tindakan disiplin ke atas Tulang Besi ni, cubalah banding nombor keahlian beliau dengan no keahlian Tulang Besi. Masa Tulang Besi menjadi ahli PAS, orang ini berada di pihak sebelah sana. Dan sijil keahlian Tulang Besi pun ditanda tangani oleh Arwah Ustaz Yusuf Rawa. SAya nak tanya, orang yang nak hadapkan saya ke tindakan disiplin ini: sijil ahli beliau siapa yang tanda tangan?

Saya tak tahu lah, apa yang saya ingat dari artikel saya itu adalah mempertikaikan perlantikan seorang yang saya telah dedahkan sebagai pencemar dalam PAS (Rujuk : "Mana Maruah Roslan SMS? "). Seorang yang secara tanpa segan silu mahu mengheret kawasan beliau dalam konspirasi beliau dan geng beliau untuk membersihkan PAS Pusat dari beberapa pimpinan yang beliau anggap dan panggil "Kumpulan Erdogan".

Artikel saya adalah bertujuan untuk menjadikan saya "konsisten". Kalau saya dah dedah bahawa orang itu adalah bertujuan jahat, maka siapa yang melantik beliau ke KEtua Penerangan NEgeri juga harus dikritik. Itu sahaja.

Harus juga diingat bahawa artikel saya itu tidak sedikit pun menyentuh tentang perlantikan Dr Rosli yang menggantikan YB Khalid Samad sebagai TPJ. Walaupun saya tahu perlantikan ini adalah bertujuan untuk menutup mulut2 yang berpotensi untuk menghalang tindakan-tindakan yang tidak sehat dalam PAS Selangor.

Selepas ini, saya melihat bahwa nama2 seperti Dr Mariah Mahmud, Khalid Samad, Saari Sungib, Dr Lo Lo Ghazali malahan Dr Hatta Ramli akan digugurkan dari senarai calon Pilihanraya di Selangor. Tidak mustahil sama sekali kerana Fraksi UMNO dalam PAS memang mahu menguntungkan UMNO.

Dengan membuang nama2 ini dari senarai calon, bererti UMNO akan mendapat laba dan keuntungan yang sangat besar dan itulah dia tujuan serta objektif Fraksi UMNO dalam PAS: menguntungkan UMNO.

Berkenaan dengan "penyatuan fikrah" saya dah jangka bahawa perkataan ini hanyalah gula-gula sahaja. SAya merujuk kepada komen salah seorang pengunjung blog saya:

"Anonymous said...

kerana nak satukan fikrahlah maka nyang dikenalpasti berlainan fikrah diterajang keluar...
kini ada lak pemimpin yang dok tagih wala' dari akar umbi, kenape weh? nak tanya sikit, mana lebih aulia', wala' yang ditagih atau yang ikhlas?

semoga Allah akan telanjangi mmereka-mereka nyang sedang buat onar dalam pas - melalui ucapan atau tindakan mereka - supaya dikenali oleh akar umbi, amin.

spy leman, 11.11.08 jam 5 ptg somewhere in jalan ampang, ya? dedah, jangan tak dedah...

Allah tu mahakaya lalu Dia zahirkan kelakuan mereka.."

Jadi kata2 seperti "wala'", "fikrah", "tarbiyyah" dan sebagainya hanyalah gimik beberapa pimpinan tertentu untuk mengekalkan kuasa yang sudah semakin longgar. Dgn kata lain ianya tidak lebih dari satu dongengan yang dilayarkan kepada ahli-ahli PAS bagi memastikan ahli-ahli PAS tidak mempersoalkan tindakan mereka sama sekali.

Apa yang saya tahu, "wala" yang tidak bersyarat hanyalah kepada Allah dan Rasul. "Wala" kepada manusia adalah bersyarat dan tidak mutlak. Tetapi, mereka2 ini sedang berjalan seluruh negara dan bercakap seolah-olah mereka ini setaraf dengan Nabi Muhammad SAW.

Yang sebenarnya mereka ini berkempen dengan cara halus supaya ahli2 semua masih lagi memilih mereka sebagai pimpinan mereka. Itu sahaja.

Saya berdoa supaya kesemua ahli PAS diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk menolak pimpinan2 yang mempergunakan ISlam bagi kepentingan mereka. Mcm Roslan SMS dalam blog beliau, heboh kata nak QUran dan Hadeeth tapi buat fitnah kat orang boleh pulak. Ada ke dalam QUran dan Hadeeth yang menghalalkan fitnah?

No comments: