Sunday, November 23, 2008

APA SILAPNYA DENGAN PAKATAN RAKYAT

Bahagian Pertama

Mohd Sayuti Omar (MSO) mendedahkan melalui postingnya, “Azizan Sudah Mula Diintip Masalah”pada 19 November 2008, bahawa kalangan akar umbi PAS mulai mempertikaikan beberapa tindakan politik Menteri Besar Kedah, Datuk Azizan Abdul Razak.

Perlu diingat angan-angan untuk menguatkan kuasa syariat Islam itu menjadi siulan Azizan sebelum ini, kata MSO.

MSO mendedahkan, Azizan dikatakan banyak berselindung di sebalik istana untuk tidak melaksanakan apa yang janjinya sebelum ini.

“Sikap berlindung di sebalik istana begitu tidak patut diamalkan. Azizan perlu segera mengatasi segala sungutan ini. Kalau beliau masih berdegil dan tidak mempedulikan rintihan rakyat dibimbang masalah akan kian bertompok di dirinya,” katanya.

Apa maknanya kata-kata MSO ini apabila mengaitkan istana dengan Azizan. Apakah Azizan takut atau menghormati istana dan kerana itu dasar-dasarnya dikatakan lebih bersifat sekular?
Azizan kini dipertikaikan kerana sikapnya yang ‘melengah-lengahkan’ janji untuk menerapkan nilai Islam dalam pemerintah Kedah. Menurut MSO, ini dikatakan menjadi pertikaian dan ditunggu-tunggu oleh rakyat Kedah.

MSO mendakwa ramai sudah merunggut mengenai kelewatan melaksanakan hal ini.

MSO berkata ada beberapa perkara mudah yang boleh dilakukan tetapi tidak dilaksanakan.
Ini termasuk pengharaman judi, arak, penjualan nombor ekor, toto, penutupan aurat dan sebagainya.

Mereka mendakwa untuk mengharamkan segala kejadian judi dan maksiat ia bukan memerlukan peruntukan tetapi cukup dengan iltizam MB itu saja.

Ada yang bersenda kalau perkara yang tidak memerlukan modal pun susah dilaksanakan apa lagi untuk melaksanakan projek bernilai jutaan ringgit?

Apabila MSO membuka mulut, selalunya ia dikaitkan dengan teguran pemimpin atasan PAS, kecuali Datuk Husam Musa (MSO gelarnya orang baju petak merah).

Apakah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut komen mengenai dasar kerajaan Kedah dan ‘marah’ kerana tidak amalkan seperti Kelantan.

Atau Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah mula bercakap mengenai Azizan kerana tidak mahu dengar teguran daripada rakan-rakan Pakatan Rakyat seperti DAP dan Parti Keadilan Rakyat?

Tidak tahulah, MSO sendiripun berkias-kias dalam ‘membantai’ Azizan.

Kesian Menteri Besar Kedah yang diketahui tegas dan banyak memperkatakan isu Melayu dan Bumiputera.

Apakah kerana ini dia dibantai sedemikian dan apakah kerana tidak banyak ‘memfatwa’ mengenai orang Islam lain (bukan PAS) menyebabkan beliau dibelasah cukup-cukup, termasuk oleh MSO.

Ikuti Bahagian Kedua...

No comments: