Ada mengatakan persidangan Perwakilan UMNO Bahagian serta
sayap - Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri - seharusnya menjadi platform
bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak masih mendapat sokongan padu
dalam kalangan anggota.
Kesempatan ini dilihat sebagai cara terbaik untuk
buktikan kepada rakyat dan masyarakat antarabangsa bahawa UMNO masih tetap kukuh dan bersatu
padu meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran masa ini.
Sudah-sudahlah dengan soal menyokong ketua. Tidak cukupkah lagi dengan pernyataan sokongan yang
dibuat sejauh ini sehingga persidangan Bahagian UMNO juga perlu membuat pendirian
demikian.
Apakah melalui persidangan itu boleh menghapuskan
persepsi rakyat dan masyarakat antarabangsa bahawa UMNO kini sedang berdepan
cabaran getir dan menguji ketabahan dan integriti pemimpinnya?
Tahniah kepada Ketua UMNO bahagian Shah Alam, Datuk
Zahari Shaari kerana berani memperkatakan apa yang pemimpin Bahagian UMNO lain
takut untuk menyatakannya secara terbuka.
Semalam Zahari mengeluh setelah isu 1Malaysia Development
Berhad (1MDB) diibaratkan menimpa UMNO ibarat 'bom atom'.
Datuk Zahari Shaari sedang berucap... |
Bagi Zahari, amat nyata Isu 1MDB ini berada dalam antara
senarai teratas yang perlu diberikan perhatian oleh UMNO.
"Ini 'mengena' kami seperti bom atom...Tolong
selesaikannya dengan segera," ujar beliau di Dewan Seri Budiman,
Universiti Institut Teknologi Mara di Shah Alam.
Beliau berkata demikian dalam rayuan kepada pimpinan UMNO
untuk selesaikan isu berkenaan seberapa segera semasa majlis perasmian mesyuarat
UMNO bahagian Shah Alam yang dirasmikan oleh Pemangku Timbalan Presiden parti,
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Bukan mudah untuk mendapatkan seorang pemimpin seperti
Zahari yang berani berterus-terang, apa lagi di hadapan pemimpin besar UMNO.
Jika yang lain, mungkin mereka akan mengelakkan daripada
menyebut isu 1MDB yang kini sebagai sesuatu yang amat menakutkan pemimpin
tertinggi UMNO, tetapi bukan kepada Zahri.
Isu 1MDB kini bukan sekadar isu derma RM2.6 bilion yang
dikatakan dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri tetapi 1MDB juga disabitkan dengan hutang yang begitu
besar, integriti, tadbir urus selain dibimbangi akan menyebabkan UMNO, kerajaan
dan rakyat menanggung musibahnya.
Banyak laporan, termasuk Laporan Jawatankuasa Kira-Kira
Awam diedarkan pada bulan April lepas, menyebut bahawa hutang 1MDB setakat Januari 2016 berjumlah
RM50 bilion.
Sebuah badan kajian ekonomi berpusat di United Kingdom
meramalkan Malaysia menghadapi risiko diturunkan taraf unjuran kredit
disebabkan hutang syarikat milik kerajaan termasuk 1Malaysia Development Berhad
(1MDB), lapor Nikkei Asian Review 7 Jun lalu.
Menurut Oxford Economics, pelabur asing semakin kurang
minat terhadap pasaran saham tempatan walaupun dengan aliran masuk tunai ke
dalam pasaran serantau.
Selain itu 1MDB turut berdepan dengan saman firma
pelaburan Abu Dhabi berhubung pertikaian lebih AS$6.5 bilion yang ditetapkan
bermula untuk proses timbang tara antarabangsa bulan depan.
Dr Ahmad Zahid....beri kerjasama sepenuhnya. |
Pertikaian 1MDB dengan International Petroleum Investment
Company (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi melalui pengurusan kes di
Mahkamah Timbang Tara London (LCA) turut merisaukan rakyat.
Apa yang diharapkan ialah
kerajaan (ramai pemimpin penting UMNO di dalamnya) membuat keputusan
mengenai tindakan undang-undang terhadap pengurusan 1MDB yang terbabit,
termasuk yang sebelum ini dan lembaga
pengarahnya, jika terbukti mereka punca kelemahan dan penyelewengan.
Malah ada pertanyaan dariada pembangkang dari mana duit
bakal dikorek Kementerian Kewangan untuk membayar hutang 1Malaysia Development
Berhad (1MDB) sekiranya International Petroleum Investment Company (IPIC)
berjaya tuntut RM26.5 bilion?
Di sebalik isu berkenaan, yang paling mengejutkan ialah
apabila Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat pada Julai lalu, memfailkan
tindakan undang-undang, bertujuan merampas berpuluh-puluh hartanah yang berkait
dengan 1Malaysia Development Berhad ( 1MDB).
Menurut dokumen difailkan itu ia bernilai lebih AS$3.5
bilion (RM14,00 Juta) dikatakan disalahguna daripada institusi berkenaan.
Media antarabangsa melaporkan pada 21 Julai lalu, tindakan
undang-undang tersebut yang difailkan di Los Angeles bertujuan membuat rampasan
aset yang 'terlibat dalam dan boleh dikesan berhubung konspirasi antarabangsa
untuk menggubal wang haram disalah gunakan dari 1MDB'.
Timbalan Perdana Menteri berkata 24 Julai lalu, Malaysia menyambut baik usaha DOJ Amerika Syarikat dalam memerangi rasuah antarabangsa dan menggesa semua pihak terlibat supaya memberi kerjasama sepenuhnya supaya proses undang-undang dapat dilaksanakan.
DR Ahmad Zahid yang kini memangku Timbalan Presiden UMNO berkata sebagai anggota bertanggungjawab Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat global, menghormati proses perundangan bagi bidang kuasa yang berbeza dan kekal komited sepenuhnya dalam menegakkan kedaulatan undang-undang.
Biarpun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengatakan laporan DOJ mengenai 1MDB adalah tindakan sivil semata-mata, tetapi ada pihak mengatakan ia berkait dengan perbuatan jenayah.
Pemimpin pembangkang menyatakan walaupun istilah ‘sivil’
digunakan, sejumlah 17 aset yang disebut di dalam dokumen itu disita kerana
melibatkan penyelewengan dan salah laku melibatkan 1MDB dan wang rakyat
Malaysia.
Secara lebih jelas, ia bermaksud jenayah telah dilakukan
oleh pihak-pihak tertentu sehingga DOJ bertindak demikian.
Tidak cukup dengan itu, pada Khamis lepas, bekas
setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Matthias Chang bergandingan dengan
ADUN Salor, Datuk Husam Musa (kiri) memfailkan saman secara berkumpulan di Amerika
Syarikat terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan 1MDB.
Saman itu bertujuan memohon ganti rugi bagi kecurian dana
firma pelaburan negara dan mendapatkan semula aset yang diperoleh dengan
menggunakan dana berkenaan.
Tindakan tersebut dibuat bagi pihak rakyat Malaysia dan
difailkan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi Daerah Selatan New York,
menurut The Hollywood Reporter.
Ini sebahagian sahaja permasalahan yang wujud berkaitan
1MDB. Belum pasti apa lagi yang muncul selepas ini.
Zahari pada mesyuarat semalam turut menekankan
kebimbangan masyarakat bandar termasuk kenaikan kos sara hidup akibat Cukai
Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan proses rasionalisasi subsidi.
Umno Shah Alam menuntut kerajaan memansuhkan tol Batu
Tiga dan tol Sungai Rasau yang dilihat membebankan pengguna sejak dulu lagi.
Amat wajar jika Ketua UMNO Bahagian Shah Alam itu
menyatakan kebimbangannya terhadap tekanan masyarakat bandar dan seharusnya
ketua UMNO Bahagian lain turut memperkatakan isu yang melanda di kawasan mereka
sendiri.
Mesyuarat UMNO Bahagian bukan medan untuk memuji atau mengagungkan
pemimpin tertentu, juga bukan untuk memperkatakan sesuatu yang tidak berpijak
di alam nyata.
Sewajarnya Ketua Bahagian UMNO bertindak seperti Zahari
menyatakan pendirian mereka dala isu rkayat dan sumbangan besar ini pastiya
akan menyumbang kepada kekuatan UMNO, bukan melemahkan.
Tidak bermakna apabila mengatakan sesuatu isu yang
menghimpit rakyat bermakna ia kritikan terhadap pemimpin.
Juga tidak bermakna apabila menyatakan sokongan terhadap
seseorang dalam mesyuarat Bahagian, ia akan meyakinkan rakyat ramai. Yang
mungkin yakin, mungkin yang hadir pada mesyuarat itu sahaja. Itupun belum
pasti.
Lagipun, UMNO perti terbuka dan setiap permasalahan perlu
diselesaikan melalui cara dalaman.
Jadi, apa yang
dilakukan Zahari adalah bertepatan dengan semangat ‘penyelesaian masalah
masyarakat melalui UMNO’.
Malah, Zahari ‘bercakap
di alam nyata’ apabila mengatakan wujudnya kebimbangan di kalangan masyarakat bandar
termasuk kenaikan kos sara hidup akibat Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)
dan proses rasionalisasi subsidi.
Ternyata sebagai pemimpin sebuah parti pemerintah yang
kesekian lama MEMBELA RAKYAT, Zahari berani memperkatakan yang benar tanpa
berselindung mengenai hakikat kehidupan dan
kebimbangan rakyat ketika ini.
No comments:
Post a Comment