Tuesday, July 7, 2009

KHAIRY - RAMAI PEMUDA PAS KECEWA DAN MAHU BERALIH SOKONGAN

Pergerakan Pemuda Umno mendedahkan bahawa ramai anggota Pemuda PAS yang kecewa dengan krisis kepimpinan parti pembangkang itu, terutama dalam berkaitan isu kerajaan perpaduan, yang "memberi isyarat" akan beralih arah menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Manik Urai 14 Julai ini.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata Isnin, beliau baru sahaja mendapat maklumat berhubung kewujudan kumpulan itu yang cukup ramai bilangannya, dan akan mengatur perjumpaan segera dengan mereka.

Katanya beliau memandang serius perkara itu dan akan berusaha mendapatkan maklumat lanjut mengenainya untuk mengetahui sekiranya sokongan kumpulan itu kepada BN akan dibuat secara senyap atau secara terbuka.

"Saya tidak mahu dedahkan perkara ini secara terperinci kerana ia masih di peringkat awal perbincangan dengan kumpulan ini," katanya pada persidangan media di Pusat Operasi BN Manik Urai.

Katanya Pemuda BN akan bergerak seiring untuk menarik lebih 3,000 pengundi muda di kawasan berkenaan, yang sudah didekati semasa perlaksanaan Program Pemuda Masuk Kampung baru-baru ini.

Pilihan raya kecil Manik Urai pada 14 Julai ini yang diadakan berikutan kematian wakil rakyat dari PAS Ismail Yaacob pada 22 Mei lepas, menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat dan calon PAS Mohd Fauzi Abdullah.

2 comments:

Detguaq said...

Bila teringat kempen PADE DOH aku gerun dengan pengakuan longgar sebegini....hai lah Ketua Pemuda Setiakawan!

faizal said...

khairi tak sedar ramai pemuda umno kecewa dengan perlantikan beliau sebgai ketua pemuda..