Pada ceramah perdana Aidilfitri di Padang Perdana, Kota Bharu malam tadi. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat tidak mahu pertukaran kerajaan berlaku seperti di Bangkok dan Filipina secara tidak aman.
"Kita pilih secara aman biar pun usaha Pakatan Rakyat sebelum ini mahu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri tidak diendahkan.
“Begitu juga permohonan untuk mengadakan sidang parlimen khas juga tidak dihiraukan,” tegasnya.
Beliau mengakui Pakatan Rakyat sudah menghantar surat kepada Yang di Pertuan Agong bagi memaklumkan perkembangan terkini dalam Pakatan Rakyat yang sudah ada simple majority bagi membentuk kerajaan.
Berikutan itu beliau berkata rakyat tidak perlu gusar dengan tarikh pertukaran kerajaan yang diuar-uarkan 16 September lalu.
Wahai Anwar, sebulan sudah hampir dan selepas gagal baru sedar bahawa cara demonstrasi dan kekerasan tidak akan berlaku di Malaysia. Juga cara memujuk dan mahu membeli wakil rakyat Barisan Nasional (BN) juga gagal kerana wakil rakyat BN ada maruah!
Gara-gara tindakan itu, Pas turut meramalkan ia tidak mungkin akan terjadi sehinggakan berlaku masam muka antara pemimpin Pas, khususnya antara pemimpin Pas Terengganu dan Kelantan.
Yang pasti, yang tergila-gila kuasa ialah beliau sendiri bersama-sama beberapa pemimpin Pas termasuk Datuk Husam Musa.
Sedangkan DAP tidak merestui cara merampas kuasa melalui ‘pintu belakang’.
The Star, 8 September 2008 memetik kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengatakan DAP enggan menerima cara membeli ‘wakil rakyat BN’ kerana menurut mereka cara itu tidak beretika dan bukan proses mengambil alih kuasa sewajarnya.
Bagi DAP ahli Parlimen hanya wajar lompat parti jika mereka benar-benar percaya dan komited dengan perjuangan, bukan kerana wang dan pangkat.
Jelas Anwar terperangkap dengan cara dan gayanya yang bersedia menghalalkan cara untuk berkuasa, walaupun rakannya dalam Pakatan Rakyat merasakan caranya itu membahayakan pakatan dan masa depan kerajaan yang akan dibentuknya.
Jadi hentikanlah cara itu dan jangan rosakkan demokrasi dan perasaan rakyat negara ini tunjuk perasaan dan kemudian menyalahkan pihak keselamatan kerana cuba mententeramkan keadaan.
Anehnya selain itu, beliau bagaikan menyalahkan rakyat seolah-olah rakyat tidak sabar menunggu apabila mengatakan rakyat sebelum ini sanggup menunggu puluhan tahun bagi membolehkan Pakatan Rakyat bangkit pada pilihan raya umum lalu.
"Puluhan tahun kita sanggup tunggu, tak kan hendak tunggu sekejap lagi pun tidak boleh?" tanya beliau.
Anwar yang juga anggota parlimen Permatang Pauh melalut-lalut cuba menegakkan benang basah dengan mempoerkecilkan cara peralihan kuasa UMNO.
Katanya, beliau tidak setuju dengan cara pemimpin Umno menghina begitu rupa presiden mereka sehingga terpaksa membuat keputusan berundur Mac depan.
Siapa dia bersimpati dengan Abdullah, sedangkan sebelum ini beliaulah yang banyak menyusahkan Abdullah, walaupun banyak jasa Perdana Menteri kepadanya termasuklah berusaha membebas dan kemudian menghantarnya ke Jerman selepas pembebasan itu.
Sebaliknya beliau cuba pula mengajar Abdullah dengan kenyataan berikut:
"Oleh itu baki lima bulan yang ada sekarang Perdana Menteri hendaklah menggunakan ruang tersebut bagi memulihkan kembali reputasinya. Pertama membebaskan mereka yang ditahan tanpa bicara di Kem Tahanan Kemunting.
"Dato' Seri Abdulllah tidak perlu lagi takut kepada pemimpin lain dalam Umno kerana mereka sudah meneranjangnya sekarang," tambahnya.
Hakikatnya, Anwar yang teruk menghina Abdullah daripada setiap sudut sebelum ini, selain mempersendakan Abdullah dengan sekutu Pasnya dalam pelbagai cara, patut menilai diri sendiri kenapa usahanya sejauh ini gagal dan bagaikan ‘mimpi Mat Jenin’ sahaja.
No comments:
Post a Comment