Friday, October 10, 2008

APA DAH JADI BPR? (1)

Oleh Ben Latiff

Selepas pilihan raya umum lalu dan Barisan Nasional (BN) tersungkur di Kelantan, nampaknya isu-isu hangat yang diperbincangkan di negeri itu reda sementara.

Apakah ini bermakna bahawa isu berkenaan tidak lagi relevan atau apa yang dilakukan oleh Kerajaan Pas Kelantan memang sah dan tidak perlu ditakwil(dipersoalkan?

Hakikatnya, banyak perkara yang belum terjawab, khsusunya laporan-laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Ada diberitahu bahawa beberapa pihak yang terbabit dalam laporan itu menyaman pihak yang membuat laporan, umpmanya dalam kes Datuk Husam Musa dan Adham Kecik (Adun Bukit Bunga).

Sejauh mana perkembangan saman berkenaan, hanya dua pihak berkenaan yang mengetahui.

Namun, ada baik juga kalau diselusuri semula laporan-laporan BPR yang belum terjawab itu satu persatu:

1.PEMBANGUNAN STESEN TEKSI DAN PROJEK PEMBANGUNAN TERMINAL BAS DI ATAS TANAH MAJLIS DAERAH MACHANG DI BANDAR MACHANG


Butiran yang meragukan yang mungkin melibatkan unsur jenayah di dalam projek pembangunan stesen teksi di atas tanah Majlis Daerah Machang di Bandar Machang dan projek pembangunan terminal bas di atas tanah Majlis Daerah Machang di Bandar Machang secara usahasama di antara Majlis Daerah Machang (MDM) dan Kiara Sentosa Development Sdn Bhd (KSD). Butiran-butiran tersebut adalah:

Perjanjian yang berat sebelah:

a. Ini dapat dilihat daripada pulangan bentuk wang yang diperolehi MDM setelah projek ini disiapkan iaitu sebanyak RM1,210,000 dan RM915,000 yang jauh lebih rendah dari nilaian semasa harga tanah miliknya itu.

b. Ini dapat dilihat daripada jumlah unit kedai pejabat 2 tingkat yang diperuntukkan kepada MDM iaitu hanya 2 berbanding jumlah keseluruhannya 34 unit.

2. Penyiapan projek dibuat tidak mengikut perjanjian:

a. Mengikut perjanjian, sebanyak 17 unit kedai pejabat 2 tingkat akan dibangunkan bagi projek pembangunan stesen teksi dan 16 unit kedai pejabat 2 tingkat akan dibangunkan bagi projek pembangunan terminal bas tetapi apabila disiapkan didapati bilangan unit kedai pejabat 2 tingkat bagi projek pembangunan terminal bas bertambah dari 16 unit menjadi 17 unit.

b. Mengikut perjanjian, KSD akan menyiapkan sebuah musalla yang mengambil 2 unit kedai pejabat 2 tingkat bagi projek pembangunan stesen teksi tetapi apabila disiapkan didapati ia mengambil 3 unit kedai pejabat 2 tingkat.

3. Pulangan projek diberi tidak mengikut perjanjian:

a. Mengikut perjanjian, MDM akan diberikan 3 unit kedai pejabat 2 tingkat bagi projek pembangunan stesen teksi dan 2 unit kedai pejabat 2 tingkat bagi projek pembangunan terminal bas tetapi apabila disiapkan didapati MDM hanya diberikan 2 unit kedai pejabat 2 tingkat bagi projek pembangunan terminal bas sahaja kerana mengikut perjanjian pembinaan musalla tidak diambil kira dalam menentukan pulangan ini.

b. Mengikut perjanjian, MDM akan diberikan tempat meletak bas yang boleh menampung 10 buah bas ekspres bagi projek pembangunan terminal bas tetapi apabila disiapkan didapati ia hanya diberikan tempat meletak bas yang boleh menampung 10 buah bas ekspres.

4. Penjualan unit kedai dibuat tidak mengikut perjanjian:

a. Mengikut perjanjian, kedai pejabat 2 tingkat bagi projek pembangunan stesen teksi dan projek pembangunan terminal bas akan dijual dengan harga RM250,000 seunit tetapi apabila disiapkan didapati ia dijual dengan harga RM288,000 seunit tanpa mendapat kelulusan MDM.

b. Mengikut perjanjian, gerai 2 tingkat bagi projek pembangunan stesen teksi akan dijual dengan harga RM58,000 seunit tetapi apabila disiapkan didapati ia dijual dengan harga RM288,000 seunit tanpa mendapat kelulusan MDM.

5. Pemilihan pembeli dibuat tidak mengikut peraturan:

a. Mengikut peraturan, pemilihan pembeli kedai pejabat dan gerai bagi projek pembangunan stesen teksi dan projek pembangunan terminal bas perlu dibuat oleh MDM tetapi ia didapati tidak dibuat oleh MDM.

b. Pemilihan pembeli unit kedai pejabat 2 tingkat bagi projek pembangunan stesen teksi dan projek pembangunan terminal bas didapati meragukan apabila sebuah keluarga membolot 4 unit, iaitu Che Norhayati Che Hasan dipilih sebagai pemilik kepada 2 unit, adiknya, Che Rosmawati Che Hasan, dipilih sebagai pemilik kepada 1 unit dan ibu saudaranya, Che Rozita Che Seman, dipilih sebagai pemilik kepada 1 unit.

Berkaitan ini:

Beberapa dakwaan yang meragukan yang mungkin melibatkan unsur rasuah terhadap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kemuning, YB Zakaria Yaakub. Dakwaan-dakwaan tersebut adalah:

1. Bahawa beliau seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Kemuning telah secara tidak sah menerima sejumlah wang dari seorang peniaga bagi melobi untuk mendapatkan 2 unit kedai pejabat 2 tingkat bagi projek pembangunan stesen teksi dan projek pembangunan terminal bas bagi pihak dua adiknya, iaitu Mohd Raffe Firus dan Mohd Risham Firus.

2. Bahawa beliau sebagai Ketua Whip Majlis Daerah Machang telah secara tidak sah mendapat hak milik dua unit kedai di Bandar Machang melalui Majlis Daerah Machang yang disewakannya kepada seorang lain di bawah nama syarikat Perniagaan Mesra.

Beberapa dakwaan yang meragukan yang mungkin melibatkan unsur rasuah terhadap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Temangan, YB Hassan Mohamad. Dakwaan-dakwaan tersebut adalah:

1. Bahawa beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Temangan telah secara tidak sah mempunyai kepentingan atau menerima ganjaran dari pemaju projek pembangunan stesen teksi dan projek pembangunan terminal bas di Bandar Machang, iaitu Kiara Sentosa Development Sdn Bhd (KSD).

2. Bahawa beliau sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan telah secara tidak sah menggunakan nama seorang penduduk dari Kampung Limau Hantu di Machang bagi mendapatkan dua ekor lembu pawah dari Kerajaan Negeri Kelantan bagi pihaknya.

(bersambung)

No comments: