Friday, November 7, 2008

3,000 PEMILIK PREMIS HADAPI SITA

Pada pilihan raya umum lalu, Barisan Nasional (BN) berjanji untuk membantu penduduk dalam kawasan perbandaran seluruh Kelantan, khususnya Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB) yang sukar membayar hasil tanah dan cukai pintu.

Namun mereka menolak tawaran itu semua dengan memberikan undi kemenangan kepada Pas.
Semalam, kira-kira 3,000 pemilik premis yang gagal jelas cukai dalam MPKB sedang diburu.
Nak kata ‘padan muka’ kesian kerana bukan semuanya pangkah Pas.

Sejak kelmarin, MPKB melancarkan gerakan pada bangunan sekitar bandar ini kerana gagal menjelaskan tunggakan cukai pintu bernilai hampir RM7.5 juta.

Tindakan sita dilakukan mengikut Seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171 yang memberi kuasa kepada pihak berkuasa itu menyita aset bangunan selepas notis yang dihantar gagal dipatuhi.

Pengarah Kewangan MPKB, Zulkefli Ibrahim, berkata mereka dikenal pasti mempunyai tunggakan cukai pintu dengan MPKB sejak sejak dua tahun lalu dengan nilai antara RM1,000 hingga RM10,000.

Zulkefli berkata, sehingga kini MPKB terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM19 juta berikutan kegagalan pemilik bangunan termasuk rumah kediaman dan perniagaan menjelaskan tunggakan cukai pintu sejak beberapa tahun lalu.

"Sejak dua tahun lalu, kita hanya mampu mengutip kira-kira 13 peratus daripada keseluruhan jumlah tunggakan itu sehingga terpaksa MPKB menjalankan operasi menyita.

Tindakan sita ini adalah langkah akhir selepas beberapa kali notis dan ruang perbincangan disediakan MPKB tidak diendahkan.

"Kita boleh bertolak ansur dengan penduduk yang memiliki tunggakan hutang cukai pintu menerusi bayaran ansuran, tetapi peluang itu tidak digunakan sepenuhnya oleh pemilik bangunan," katanya.

Katanya, pihaknya sudah menghantar tiga kali notis kepada pemilik bangunan itu sama ada penyewa premis atau penama asal supaya menjelaskan tunggakan bagi mengelak aset masing-masing disita.

"Mulai semalam, MPKB melancarkan gerakan menyita premis yang mempunyai tunggakan cukai bernilai hampir RM40,000 menerusi operasi dari pintu ke pintu premis yang tersenarai.

"Dalam operasi ini, anggota penguat kuasa yang dibantu pegawai kewangan dan undang-undang membuat serbuan bagi mengambil tindakan sita jika pemiliknya masih enggan menjelaskan hutang masing-masing," katanya pada sidang media sebelum pelancaran operasi itu di pejabatnya, semalam.

Sementara itu, dalam operasi bermula jam 9.30 pagi semalam, sepasukan anggota penguatkuasa MPKB menyita sebuah bangunan rumah kediaman di Jalan Dusun Muda, di samping pealatan elektrik dan pejabat.

No comments: