Showing posts with label melayu. Show all posts
Showing posts with label melayu. Show all posts

Sunday, April 7, 2013

Sudahlah Zaid Ibrahim....Dah Tenggelam, Tak Payah Cuba Timbul Kembali...

Kenyataan Zaid dalam Sinar Harian Online.
Kesian, orang yang diberi peluang begitu tinggi oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, menjatuhkan dirinya sendiri.

Dia kononnya mahu bercakap dengan orang Melayu. Tapi dia cuba bohongi dan cuba selewengkan minda orang Melayu.

Kata Datuk Zaid Ibrahim, orang Melayu perlu buat untuk mereka sendiri iaitu untuk KESEJAHTERAAN - yang mereka tidak mempunyai dalam tempoh 50 tahun lepas. Orang Melayu tidak sejahtera? Zaid yang mengaku dia Melayu itu sejahtera atau tidak?

Dari mana dia kumpul kekayaan yang membolehkan dia berada di tempatnya? Memang rezeki datang daripada Allah tetapi siapa permudahkan untuknya? PAS, PKR, DAP? Sudah pasti UMNO dan BN… Apakah kita mahu dengar pendapat orang seperti ini?

Bekas Presiden KITA mengatakan perkata berikut:

1. Pemimpin Barisan Nasional Merasuah Untuk Undi – Katanya: “Wang / gaji bahawa pemimpin-pemimpin BN memberi dalam pertukaran untuk undi tidak tergolong kepada mereka, tetapi kepada orang-orang di negara ini. Ia adalah salah bagi pemimpin untuk merasuah anda untuk undi.”

2. Pemimpin BN Tidak Ikhlas – Katanya: “Mereka tidak pernah ikhlas kepada anda. Ia tidak salah untuk anda mengundi untuk pemimpin / parti pilihan anda dan masih menyimpan wang. Malah, jika anda mengundi untuk pembangkang, maka BN akan mempunyai alasan untuk memberi anda lebih banyak tahun depan.”

3. Pemimpin Pembangkang Lebih Melayu daripada BN - Katanya: “Anda perlu berani dan tidak membiarkan orang lain membuli anda dengan ketakutan dan ugutan. Pihak-pihak pembangkang mempunyai lebih Melayu daripada BN supaya mereka tidak akan memudaratkan anda. Mereka telah bekerja keras dan layak peluang. Untuk semua yang anda tahu, anda boleh mendapatkan lebih sekolah, guru-guru yang lebih baik untuk anak-anak anda (kerana mereka boleh menumpukan lebih banyak masa untuk pengajaran daripada politiking) dan keselamatan yang lebih baik daripada pihak polis dan tentera.”

4. UMNO Terdesak, Menakut-menakutkan Rakyat - Katanya: “Memberitahu anda bahawa Islam tidak lagi menjadi agama rasmi dan Raja-raja Melayu akan hilang jika pembangkang menang. Anda perlu bertanya kepada anak-anak dan cucu-cucu anda jika mana-mana ini boleh menjadi kenyataan. Malah, mereka akan memberitahu anda bahawa ini adalah tidak masuk akal, hanya takut mongering oleh mereka yang terdesak untuk berpaut kepada kuasa apabila segala-galanya telah gagal.”

5. Zaid yang ‘Tidak Berpendirian’ dan sering menukar haluan perjuangan. Mulanya berjuang melalui UMNO, kemudian PKR dan selepas kecewa pendapatnya ditolak pemimpin PKR, tubuh parti KITA yang tidak ke mana-mana, kini puji PAS - Katanya: “Orang Melayu perlu mengubah kesetiaan dan sokongan Pas sebagai pelindung mereka. Pas adalah parti Melayu seperti UMNO. Perbezaan adalah bahawa Pas tidak pernah diberi kepercayaan untuk memerintah negara ini. Jika orang Melayu boleh memberi UMNO 50 tahun memerintah, sudah tentu ia tidak terlalu banyak memberi Pas sekurang-kurangnya lima tahun. “

 6. Zaid Masih Ada Keyakinan Kepada UMNO - Katanya: “Peluang kepada Pas memerintah (dalam pakatan, sudah tentu, dengan PKR dan DAP) adalah detik bersejarah kepada orang Melayu untuk merampas. Jika Pas tidak dapat mentadbir dengan baik maka rakyat sentiasa boleh kembali kepada UMNO.”

7. Pembangkang Kuat Rakyat Lebih Banyak Wang - Katanya: “Wang dan projek-projek yang hanya diberikan kepada anda kerana pembangkang adalah kuat jika pembangkang telah lemah, anda tidak akan mendapat BR1M I dan BR1M 2. Ia tidak masuk akal untuk mengundi pembangkang jika anda mahu lebih daripada BN. Belajar untuk menghargai undian anda untuk meningkatkan kehidupan anda.”

Ada lagi perkara lain yang diperkatakan Zaid mengenai BN dan UMNO umpamanya mengajak rakyat untuk menolak UMNO dan BN dan mencuba pembangkang.

Katanya, mana kita boleh tahu jika Pakatan akan menjadi lebih teruk daripada UMNO jika kita tidak memberi mereka peluang?

Malah menurutnya, rakyat tidak kehilangan apa-apa jika mengundi pembangkang. Zaid bagai memperlekeh dan merendah-rendahkan orang Melayu dan rakyat bangs alain yang miskin dengan mengatakan: “Saya tahu adalah mudah untuk memujuk orang Melayu untuk menyokong pemimpin-pemimpin mereka dan tidak menentang mereka. MEREKA AKAN DIINGATKAN TUNAI DAN SEMUA BANTUAN YANG TELAH DIBERIKAN KEPADA MEREKA.

Benarkah orang Melayu dan bangsa lain yang miskin mudah dibeli begitu sahaja? Orang Melayu dibeli UMNO dan BN dengan ‘TUNAI dan SEMUA BANTUAN’?

Sudah-sudahlah Zaid...kalau dah hanyut dan tenggelam, tak payahlah cuba untuk timbul kembali.

Mungkin kali ini Zaid mahu menagih simpati daripada PAS, setidak-tidaknya mengajaknya berkempen untuk PRU-13 ini.

Tetapi latar belakang beliau yang semua orang ketahui tidak akan mampu dan membuka jalan untuknya MENUMPANG PAS untuk timbul semula.

Sedarlah Zaid, kamu sudah tenggelam dan berkubur dalam politik untuk selama-lamanya!!!

Tuesday, November 30, 2010

MELAYU - SULTAN SELANGOR SEDIH, DUKACITA

“Matlamat mereka supaya sistem Raja Berperlembagaan ini disemak dan dikaji semula atas alasan negara sudah menjalani arus pemodenan dan sistem yang diamalkan sekarang ini sudah tidak bersesuaian, amat tidak bertepatan...Sejarah ditulis oleh orang Inggeris ada menyatakan mengenai ‘Tanah Melayu’, ‘Negeri Melayu Bersekutu’ dan ‘Raja Melayu’, sekali gus membuktikan penulis Barat ketika itu mengiktiraf adanya Melayu yang memulakan sejarah negara ini." - Sultan Sharafuddin

Oleh Abdul Latiff Muda

Apabila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam bercakap mengenai Melayu apakah beliau juga patut dikategorikan sebagai mengamalkan sikap perkauman?

Dengan jelas Baginda menegaskan: “Kepada rakyat Melayu, beta ingin menyedarkan bahawa rakyat Melayu tidak akan hilang begitu saja kerana negeri ini adalah tanah tempat tumpah darah kita, dan di tanah bertuah ini juga tempat kita dikuburkan.”

Baginda bertitah, sejarah yang tercatat sejak beratus-ratus tahun lalu menunjukkan bahawa Raja-Raja Melayu sudah membuka serta membangunkan negeri di Tanah Melayu sehingga menjadi sebuah negara maju, selain menempa peristiwa membanggakan sehingga mampu bersaing dengan negara lain di dunia.

Apakah Sultan Sharafuddin rasis kerana menyebut perkara ini sambil mempertahankan institusi beraja dan kepentingan Melayu?

Baginda menegaskan bukan tujuan baginda untuk menyalakan api perkauman, tetapi ingin menyatakan bahawa rakyat Selangor mesti berbangga dengan negeri ini membabitkan kaum Cina, India dan Melayu serta kaum lain.

Persoalannya di sini kenapa Sultan Selangor dengan tegas menyatakan perkara ini ketika individu seperti Presiden Keadilan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengatakan ketuanan Melayu tidak relevan sementara Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lagi menganggap dirinya Melayu?

Apakah dengan mengatakan diri mereka Melayu ia memberikan implikasi bahawa Melayu itu dikaitkan dengan kemunduran, kemiskinan, lemah, Islam dan beraja?

Dan dengan tidak mengatakan diri mereka Melayu – orang Melayu akan menjadi ‘Melayu Bermaruah’, maju, bijak dan dihormati?

Siapakah tokoh orang Melayu yang menjadi ikon kepada Melayu yang maju , bijak dan dihormati itu?

Apakah manusia seperti Nik Aziz, Wan Azizah dan paling utama Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai mereka yang maju, bijak dan perlu dijadikan ‘manusia contoh yang terpilih’?

Nik Aziz kelmarin menyifatkan Anwar sebagai pemimpin yang menjadi teladan terbaik untuk rakyat. "Anwar adalah pemimpin yang dianugerahkan Tuhan kerana sanggup mengharungi pelbagai rintangan hidup," katanya.

Dan apakah manusia seperti Sultan Azlan Shah, Tuanku Mizan Zainal Abidin, Prof Ungku Aziz, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Azman Hashim, Datuk Seri Mohd Najib Razak, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary, Prof Mahmud Zuhdi, Datuk Seri Harussani Zakaria (sekadar menyebut beberapa orang ) bukan ikon dan tidak setaraf Nik Aziz, Anwar atau Azmin untuk dijadikan teladan?

Apakah mereka ini bukan ‘Melayu Bermaruah’ berbanding Anwar dan Azizah?

Persoalannya, apakah orang Melayu/ Islam dalam pakatan pembangkang – PAS, Parti Keadilan Rakyat dan DAP – tidak lagi berjiwa Melayu dan tidak sensitif dengan teguran-teguran yang dibuat oleh Raja-Raja Melayu?

Kalaupun ‘memekakkan telinga’ terhadap saranan pemimpin UMNO mengenai Melayu, setidak-tidaknya mereka akur dan sensitif dengan saranan dan perasaan Raja-Raja Melayu ketika ini.

Terbaru semalam, Sultan Sharafuddin melahirkan rasa sedih dan dukacita terhadap orang Melayu yang tidak lagi megah dan bangga sebagai orang Melayu sehingga sanggup menggadaikan perkataan ‘Melayu’ untuk dikuburkan serta lenyap dari dunia.

Malah, Baginda juga sedih kerana ada segelintir individu yang berhijrah ke negeri itu, terutama orang Melayu, sanggup mempersoalkan peranan institusi Raja Melayu serta kedudukan dan hak keistimewaan bangsa Melayu. Baginda juga sedih kerana generasi sekarang malu mengaku diri mereka seorang Melayu.

Sultan Selangor bertitah, golongan itu turut mempersoalkan kerelevanan institusi Raja Melayu serta peranannya dalam sistem pemerintahan negara ketika ini.

Amat jelas bahawa orang Melayu, termasuk di Selangor – negeri paling mahu di Malaysia – tidak lagi mengendahkan institusi berkenaan yang mungkin menurut mereka tidak lagi relevan dalam konteks kini.

Dan dengan kedudukan di mana parti pemerintah di beberapa negeri di Semenanjung meletakkan kepentingan persamaan hak dan taraf dalam semua perkara, institusi raja kini bukan lagi dilihat penting.

Apakah di negeri-negeri seperti Selangor khususnya orang Melayu sudah tidak melihat Raja dan institusinya sebagai penting untuk kerana kerana tidak lagi sesuai atau mereka sudah moden?

Menurut Sultan Sharafuddin: “Matlamat mereka supaya sistem Raja Berperlembagaan ini disemak dan dikaji semula atas alasan negara sudah menjalani arus pemodenan dan sistem yang diamalkan sekarang ini sudah tidak bersesuaian, amat tidak bertepatan,” titah baginda pada Wacana Raja Berperlembagaan-Perspektif Sejarah, Kini dan Masa Depan di Shah Alam semalam.

Lebih merisaukan apabila ada pemimpin Melayu yang lantang meminta perkataan ‘Melayu’ dihapuskan daripada ungkapan ‘Raja-Raja Melayu’, titah Baginda.

Mana tidak sedihnya bagi Sultan Sharafuddin apabila ada juga suara lantang di kalangan orang Melayu sendiri yang meminta perkataan ‘Melayu’ dihapuskan daripada ungkapan ‘Raja-Raja Melayu’.

Dengan tegas Baginda percaya perbuatan itu dilakukan untuk kepentingan diri atau politik mereka.


Nah terang lagi bersuluh. Siapakah yang lantang menentang pembelaan terhadap orang Melayu, termasuk hak istimewa dan ketuanannya?

Yang melakukannya ialah pemimpin PKR seperti Wan Azizah dan Anwar yang terdesak menarik sokongan bukan Melayu untuk menang pilihan raya. Kerana itu Anwar sanggup berjanji untuk melantik Lim Kit Siang sebagai timbalan perdana menteri.

Apakah DAP lebih besar kemenangannya berbanding sekutu PKR satu lagi – PAS – dan di mana mahu diletakkan Presiden PAS?

Jadi apakah UMNO atau Barisan Nasional yang membelakangkan orang Melayu?

Persoalan lain ialah apakah UMNO memperjuangkan hak Melayu kerana mahu mengekalkan kuasanya seperti yang disebut oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar?

Yang nyata UMNO memperjuangkan Melayu kerana kedudukan orang Melayu dulu, kini dan masa akan datang. Selain itu yang menjadi ‘pelindung’ orang Melayu dan Islam ialah Raja-Raja Melayu.

Hakikatnya, seperti ditegaskan Sultan Selangor: “Sejarah ditulis oleh orang Inggeris ada menyatakan mengenai ‘Tanah Melayu’, ‘Negeri Melayu Bersekutu’ dan ‘Raja Melayu’, sekali gus membuktikan penulis Barat ketika itu mengiktiraf adanya Melayu yang memulakan sejarah negara ini.”

Dan hanya orang yang ‘membutakan sejarah’ kerana kepentingan ‘untuk ke Putrajaya’ sahaja seperti Wan Azizah, Anwar selain yang sewaktu dengannya tidak mengiktiraf pentingnya orang Melayu dan menafikan perjuangan orang Melayu menegakkan hak istimewa dan ketuannnya.

Wednesday, July 28, 2010

BARU 2 TAHUN BERKUASA, DAP SEMAKIN MENGHINA MELAYU

(Tajuk asal - BARU 2 TAHUN DAPAT KUASA DAP DAH JADI BABI TONYOK!)

Cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua agar semua diskaun hartanah bertaraf mewah kepada BANGSA MELAYU dan BUMIPUTERA perlu dihapuskan SERTA-MERTA nampaknya tidaklah begitu menggusarkan kebanyakan pemimpin politik Melayu terutama sekali dari PKR dan DAP.

Reaksi ringan yang diberikan oleh PAS Selangor yang merupakan BUDAK BANCUHAN KOPI DAP juga sangat menarik. Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, cadangan tersebut disifatkan sebagai semberono. Malah menurutnya, keupayaan bangsa Bumiputera untuk bersaing juga perlu diberikan perhatian.

Pandangan menghina yang dilemparkan oleh kaum imigran imperialis seperti Tony Pua bukanlah perkara baru. Itu hanyalah pandangan yang diwarisi turun-temurun. Bangsa Imigran yang telah diberikan tempat untuk menumpang hidup dan mencari rezeki hampir 50 tahun dahulu, telah menggunakan pelbagai tipu daya untuk merampas apa-apa sahaja harta kaum Bumiputera... seperti mana yang mereka sedangkan lakukan di tanah-tanah Kaum Asli menerusi projek pembalakan dengan bantuan pemimpin Melayu yang dipanggil ulama, tok guru dan ustaz.

Imigran Penjajah ini bertindak lebih bijak berbanding dahulu. Mereka sedar pemimpin UMNO pada peringkat awal terlalu bernafsu untuk merdeka sehingga tidak menganggap buah fikiran salah seorang Hakim yang merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (dan kemudian Malaysia) tentang hak mengundi penuh kaum imigran serta pengehadan kuasa politik mereka tidak dihiraukan. Hanya kerana terlalu ingin merdeka, kajian sebenar tidak dijalankan....

Ia merupakan keadaan yang sama seperti mana yang berlaku di Sumatera apa-apabila sultan-sultan di negeri-negeri Pulau Sumatera bersetuju untuk merdeka di bawah Sukarno yang akhirnya menyaksikan Tanah Jawa menguasai pulau tersebut dari segenap segi.

Baru 2 tahun DAP benar-benar dapat menguasai kerusi Parlimen yang jumlahnya agak besar selepas 1969 lalu. Namun kali ini DAP benar-benar telah pergi jauh dan lebih berani dengan mengambil tindakan-tindakan drastik yang tidak pernah berani dilakukan oleh oleh pemimpin-pemimpin sezaman Lee Kuan Yew.

Baru dua tahun, mereka sudah tunjuk belang. Bagaimana dengan 2 dekad? Pastinya Melayu sekarang ini dengan kaum Philistine di Gaza tidak banyak bezanya!

The Flying Kicks

Friday, March 19, 2010

TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP THE SUN

Pesiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali melantik peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar The Sun yang disifatkannya mempunyai niat jahat untuk memburuk-burukkan nama beliau.

Katanya, laporan akhbar itu semalam yang menyatakan kononnya Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menasihati beliau supaya mengurangkan sikap ultra Melayunya adalah tidak benar.

"Dakwaan ini ternyata menjejaskan maruah dan nama baik saya kerana saya tidak bersifat sedemikian. Pemandu saya sejak 16 tahun lalu adalah seorang India," katanya di lobi Parlimen semalam.

Kelmarin, akhbar itu turut melaporkan bahawa Perkasa mengedar kad jemputan untuk menghadiri mesyuarat agung pertubuhan itu yang menyatakan akan dirasmikan oleh Sultan Selangor tanpa perkenan dan jawapan rasmi daripada baginda.

Sambil menyangkal dakwaan kononnya beliau bersifat perkauman, Ibrahim berkata, beliau adalah seorang nasionalis patriotik yang berpaksikan kepada amalan sebagai seorang Islam yang baik.

"Kalau saya bercakap pasal Melayu dan Bumiputera sekalipun ia adalah dalam ruang lingkup Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi yang harus diperjuang oleh semua pihak tanpa mengira kaum," katanya.

Ibrahim berkata, mesyuarat agung pertama Perkasa akan diadakan seperti dijadualkan pada 27 Mac di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, katanya, Sultan Selangor tidak dapat berangkat untuk merasmikan mesyuarat itu atas sebab tertentu.

Beliau menjangka lebih 10,000 orang akan menghadiri mesyuarat itu yang akan membincangkan perkara-perkara berkaitan kepentingan Melayu.