Wednesday, March 7, 2012

Khalid Perlekeh Janjinya Sendiri Kepada Rakyat!

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu menjawab dakwaan Pengarang portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin bahawa kerajaan PKR negeri ini memberi projek secara rundingan terus dan bukan tender sejak pembangkang memerintah negeri ini pada 2008.

Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, Abdul Khalid perlu menjelaskan dakwaan itu bagi membuktikan janji yang dibuat olehnya pada April 2008.

Abdul Khalid berjanji untuk menghapuskan pemberian tender secara runding terus kepada kontraktor bumiputera bagi mengelak monopoli pihak tertentu adalah ditepati.

"Abdul Khalid perlu buktikan dakwaan ini jika tidak beliau ”cakap tidak serupa bikin”.

Perkara itu dinyatakan Abdul Khalid selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-22 gabungan Iktisas dan Usahawan Bumiputera Anak Selangor di Shah Alam pada April 2008.

"Pada majlis itu, Abdul Khalid pernah berjanji untuk menghapuskan pemberian tender secara runding terus kepada kontraktor bumiputera dan jika ia perlu ini bermakna beliau melanggar aku janji yang dibuatnya sendiri,” kata Mohd Zain pada sidang akhbar di Shah Alam, semalam.

Jika tidak berani menafikannya, bermakna Abdul Khalid telah berbohong!

Ini adalah janji kepada rakyat bahawa pentadbirannya akan menghapuskan proses pemberian tender secara rundingan terus kerana menganggap amalan itu tidak telus.

''Suatu ketika parti pembangkang sering mengaitkan BN dengan amalan nepotisme dan kronisme seolah-olah mereka sempurna serta tidak pernah melakukan kesalahan, tetapi hari ini kita baca dalam tulisan Raja Petra, perkara sebaliknya pula yang berlaku.

''Ini menunjukkan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak konsisten meskipun setelah hampir empat tahun diberi peluang memerintah, malah sehingga hari ini masih banyak janji yang dibuat dalam pilihan raya umum lalu tidak terlaksana," katanya.

Raja Petra dipetik sebagai berkata, pada Ogos 2008, Abdul Khalid telah membuat pengumuman bahawa Selangor akan menamatkan amalan pemberian kontrak secara rundingan terus.

Namun, pada tahun sama juga kontrak berjumlah RM79 juta telah dianugerahkan kepada sebuah syarikat secara rundingan terus.

Pendedahan Raja Petra yang pernah menjadi 'rakan' dalam pakatan pembangkang itu seharusnya membuka mata rakyat bahawa Kerajaan PKR Selangor telah gagal mentadbir negeri dengan baik.

''Rakyat boleh menilai kelemahan kerajaan negeri termasuk dalam mengurus tadbir beberapa agensi mereka, antaranya kelemahan pihak berkuasa tempatan (PBT) menguruskan kutipan sampah sehingga menimbulkan rungutan rakyat di negeri ini," jelasnya.

Tambah Mohd. Zin, pihaknya turut menerima aduan daripada beberapa kontraktor bumiputera di negeri ini yang sukar memperoleh tender daripada Kerajaan PKR Selangor sekali gus membuatkan sumber pendapatan mereka terjejas.

"Beberapa kontraktor bumiputera mengadu kepada saya kerana berasa hairan apabila mereka sentiasa tidak diberi peluang untuk memperoleh tender daripada kerajaan negeri. Ini menimbulkan persoalan kepada kita, kepada siapa sebenarnya tender tersebut diberi dan apakah ia dibuat secara telus dan adil," katanya.

No comments: