Showing posts with label Mohd Zin. Show all posts
Showing posts with label Mohd Zin. Show all posts

Tuesday, April 24, 2012

PKR Dah Terketar-Keter & Tergagap-Gagap Apabila Terdengar Nama PAKAR


Oleh Wak J
Tajuk asasl - Ada Yang Terketar-Ketar & Tergagap-Gagap Bila Terdengar Nama PAKAR


BN Selangor mengorak lima tapak lagi ke hadapan bagi mendepani PRU13 yang bakal berlaku pada bila-bila masa dengan dengan kewujudan Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional (PAKAR).

Penubuhan PAKAR ini juga merupakan satu lagi mimpi ngeri buat kerjaan negeri Pakatan Selangor yang selama ini dilihat kurang memberi perhatian terhadap masalah atau kesusahan yang dihadapi rakyat Selangor.

Jika selama ini segala aduan atau permasalahan rakyat yang diajukan tidak dipeduli oleh kerajaan negeri Pakatan Selangor. Dengan adanya PAKAR sebagai satu badan pemantau dan juga sebagai pusat sehenti untuk rakyat Selangor mendapatkan maklumat, sudah pasti setiap kesulitan yang di alami oleh rakyat Selangor dapat diselesaikan dengan pantas.

Sejak berita penubuhan PAKAR tersebar, sudah mula kedengaran suara-suara sumbang Pemimpin Pakatan Selangor mentertawa dan memperlekeh tentang kewujudan PAKAR bagi menyembunyikan perasaan bimbang mereka.

Diharap dengan penubuhan PAKAR, BN Selangor dapat mempertingkatkan lagi mutu penyampaianya kepada rakyat terhadap segala dasar kerajaan di bawah konsep 1Malaysia Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.



SHAH ALAM 23 April - Barisan Nasional (BN) Selangor menubuhkan Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional (Pakar) yang berfungsi sebagai medium komunikasi dan perkhidmatan parti itu kepada rakyat.
Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, Pakar yang terletak di Tingkat 9, Bangunan UMNO Selangor di sini telah pun beroperasi dan boleh dihubungi di talian 1-300-22-2626 pada bila-bila masa. Beliau berkata, orang ramai boleh membuat sebarang aduan berhubung wakil rakyat di kawasan mereka, isu seperti kegagalan pengurusan masalah sampah, pertanyaan mengenai program BN seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia serta maklumat berkaitan parti itu. "Orang ramai boleh buat aduan atau sebarang pertanyaan berhubung parti dengan menelefon dan bercakap dengan wakil kami yang bertugas dari pukul 9 pagi hingga 6 petang dari Isnin sehingga Jumaat atau meninggalkan pesan. "Setiap maklumat yang diperoleh akan diberi perhatian, termasuk mengambil tindakan yang sewajarnya serta dimajukan kepada pihak berkenaan," katanya dalam sidang media di sini, hari ini. Mohd Zin berkata, selain sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13, Pakar akan terus memainkan peranan sebagai pusat sehenti yang menjadi medium penghubung antara parti dan rakyat. Beliau berkata selain menerima panggilan serta aduan, Pakar juga akan membuat panggilan kepada rakyat mengikut data yang diperoleh dari setiap bahagian bagi mendapatkan maklumat berhubung program yang dianjurkan oleh parti itu serta respons berkaitan pemimpin masing-masing. - BERNAMA

Wednesday, March 7, 2012

Khalid Perlekeh Janjinya Sendiri Kepada Rakyat!

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu menjawab dakwaan Pengarang portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin bahawa kerajaan PKR negeri ini memberi projek secara rundingan terus dan bukan tender sejak pembangkang memerintah negeri ini pada 2008.

Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, Abdul Khalid perlu menjelaskan dakwaan itu bagi membuktikan janji yang dibuat olehnya pada April 2008.

Abdul Khalid berjanji untuk menghapuskan pemberian tender secara runding terus kepada kontraktor bumiputera bagi mengelak monopoli pihak tertentu adalah ditepati.

"Abdul Khalid perlu buktikan dakwaan ini jika tidak beliau ”cakap tidak serupa bikin”.

Perkara itu dinyatakan Abdul Khalid selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-22 gabungan Iktisas dan Usahawan Bumiputera Anak Selangor di Shah Alam pada April 2008.

"Pada majlis itu, Abdul Khalid pernah berjanji untuk menghapuskan pemberian tender secara runding terus kepada kontraktor bumiputera dan jika ia perlu ini bermakna beliau melanggar aku janji yang dibuatnya sendiri,” kata Mohd Zain pada sidang akhbar di Shah Alam, semalam.

Jika tidak berani menafikannya, bermakna Abdul Khalid telah berbohong!

Ini adalah janji kepada rakyat bahawa pentadbirannya akan menghapuskan proses pemberian tender secara rundingan terus kerana menganggap amalan itu tidak telus.

''Suatu ketika parti pembangkang sering mengaitkan BN dengan amalan nepotisme dan kronisme seolah-olah mereka sempurna serta tidak pernah melakukan kesalahan, tetapi hari ini kita baca dalam tulisan Raja Petra, perkara sebaliknya pula yang berlaku.

''Ini menunjukkan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak konsisten meskipun setelah hampir empat tahun diberi peluang memerintah, malah sehingga hari ini masih banyak janji yang dibuat dalam pilihan raya umum lalu tidak terlaksana," katanya.

Raja Petra dipetik sebagai berkata, pada Ogos 2008, Abdul Khalid telah membuat pengumuman bahawa Selangor akan menamatkan amalan pemberian kontrak secara rundingan terus.

Namun, pada tahun sama juga kontrak berjumlah RM79 juta telah dianugerahkan kepada sebuah syarikat secara rundingan terus.

Pendedahan Raja Petra yang pernah menjadi 'rakan' dalam pakatan pembangkang itu seharusnya membuka mata rakyat bahawa Kerajaan PKR Selangor telah gagal mentadbir negeri dengan baik.

''Rakyat boleh menilai kelemahan kerajaan negeri termasuk dalam mengurus tadbir beberapa agensi mereka, antaranya kelemahan pihak berkuasa tempatan (PBT) menguruskan kutipan sampah sehingga menimbulkan rungutan rakyat di negeri ini," jelasnya.

Tambah Mohd. Zin, pihaknya turut menerima aduan daripada beberapa kontraktor bumiputera di negeri ini yang sukar memperoleh tender daripada Kerajaan PKR Selangor sekali gus membuatkan sumber pendapatan mereka terjejas.

"Beberapa kontraktor bumiputera mengadu kepada saya kerana berasa hairan apabila mereka sentiasa tidak diberi peluang untuk memperoleh tender daripada kerajaan negeri. Ini menimbulkan persoalan kepada kita, kepada siapa sebenarnya tender tersebut diberi dan apakah ia dibuat secara telus dan adil," katanya.

Wednesday, February 15, 2012

Mohd Zin Dilantik Koordinator BN Selangor

Kepimpinan Barisan Nasional (BN) memilih Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed sebagai Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor berkuatkuasa serta-merta.

Tidak diketahui sama ada ini akan menyaingi kedudukan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar atau tidak.

Perdana Menteri yang juga Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN Selangor pastinya mempunyai sebab kukuh untuk melantik Mohd Zin.

Setiausaha BN Selangor, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar berkata Najib mengumumkan pelantikan itu pada satu mesyuarat tertutup BN Selangor di Pusat Dagangan Dunia Putra, Khamis lepas.

"Mohd Zin yang juga Ahli Parlimen Sepang akan memperincikan lagi gerak kerja parti secara lebih menyeluruh supaya dapat memenangi hati rakyat untuk dipilih mentadbir semula negeri ini pada pilihan raya umum ke-13 kelak," kata Mohamed Idris dalam satu kenyataan semalam.

Mohd Zin sebelum ini mendapat keyakinan dan kepercayaan Perdana Menteri apabila dilantik sebagai Pengarah Operasi Jentera Pilihan Raya BN negeri awal tahun lepas, katanya.

BN kini menguasai 21 kerusi berikutan pilihan raya umum lepas. BN memerlukan sekurang-kurangnya 29 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor bagi membentuk kerajaan dengan majoriti mudah pada pilihan raya umum akan datang.

Tahniah Datuk Zin!