Hina dina dan jahatkah orang yang menyokong Barisan Nasional (BN)?
Juga muliakah mereka yang menyokong pembangkang, khususnya PAS?
Kenapakah mereka yang meninggalkan Pakatan Rakyat dihina sebegitu rupa dan yang memasuki Pakatan Rakyat dipuja dan dipuji seolah-olah Pakatan Rakyat adalah pakatan yang suci dan bersih daripada segala-gala.
Pada ceramah perdana di Padang Perdana, Kota Bharu malam kelmarin, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak, Khalil Adham Lim Abdullah berkata, rumah Adun Jelapang sekarang menjadi sasaran rakyat yang tidak berpuas hati terhadap tindakannya menjadi pembelot.
"Saya diberitahu setiap hari orang yang lalu lalang di depan rumahnya menghamburkan kata-kata kesat. Ada yang melemparkan telur busuk dan macam-macam lagi.
"Anaknya juga tidak dapat berniaga seperti biasa sekarang kerana tidak tahan berdepan dengan cemuhan orang ramai," katanya.
Hadir sama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, anggota parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut dan wakil Hamas, Sami Abu Zahri.
Malam semalam lalu ribuan hadir pada ceramah di Kedai Kubang Kerian. Sebelum itu ceramah juga diadakan di Padang Majlis Daerah Tanah Merah dan Markaz Tarbiah PAS Rantau Panjang.
Menurut Adham Lim lagi, tiga bekas Adun Pakatan Rakyat yang menjadi penyebab kepada krisis perlembagaan di Perak dikatakan dihimpit kecelaruan apabila masih menyembunyikan diri sehingga sekarang.
Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Jailu dan Hee Yat Foong difahamkan belum kembali ke rumah mereka sejak episod kehilangan mereka sebelum ini.
Malah seorang daripada Adun terbabit, menurut Adham Lim tidak juga kembali ke rumah biar pun isterinya sakit tenat sekarang.
Manakala Hee Yat merupakan orang kurang upaya (OKU) juga belum pulang ke rumahnya.
Perkembangan isu di Perak sekarang ternyata menarik minat rakyat Kelantan apabila ribuan hadir. Padang Perdana dipenuhi 'lautan' manusia berkopiah dan bertudung putih.
Adham Lim yang juga Adun Titi Serong berkata, episod kehilangan tiga bekas Adun Pakatan Rakyat berlainan dengan apa yang berlaku terhadap Adun Bota, Nasaruddin Hashim apabila berhijrah selama 11 hari kepada parti KeADILan.
"Dia datang sendiri kepada KeADILan tanpa diberi sebarang upah. Namun apa yang berlaku terhadap tiga bekas Adun Pakatan Rakyat mereka mengisytihar keluar parti dengan penuh misteri," ujarnya.
Adalah wajar BN menjawab apa yang diperkatakan oleh Adham Lim ini kerana BN seolah-olah membiarkan tiga ADUN berkenaan hidup ‘sengsara’ selepas meninggalkan Pakatan Rakyat.
Jelas, Pakatan Rakyat memainkan persepsi rakyat sebagai jalan pintas untuk mendapatkan simpati.
Bangkitlah wahai BN. Jangan terus dibuai keenakkan kerana dapat menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.
Nyatakan kedudukan sebenar dan jangan rakyat Kelantan pula dibohongi Pakatan Rakyat!
No comments:
Post a Comment