Thursday, February 19, 2009

CONTOH ADUN PAS

Kalaulah kejadian ini berlaku kepada ADUN UMNO atau Barisan Nasional (BN) pastinya ia akan dihebohkan seantaro dunia.

Namun, jelas pemimpin UMNO bukan jenis ambil publisiti di atas masalah rumah tangga orang lain, termasuk pemimpin PAS.

Apapun, wakil rakyat PAS yang terbabit dengan isu ini jangan tuduh orang lain mahu memalukannya.

Mahkamah sudah putuskan dia kena sara dua anaknya.

Selain itu ADUN berkenaan juga ditegur kerana gagal hadir perbicaraan mafkah.
Entahlah, yang pasti, inilah antara contoh wakil rakyat PAS. Fullstop.

Baca berita ini untuk makluman:

Adun Pas diperintah sara dua anak RM500 sebulan

Oleh Betty Subaryati
bhkb@bharian.com.my

Mahkamah tegur Wan Ismail gagal hadir perbicaraan nafkah KOTA BHARU: Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam, mengeluarkan perintah sementara mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melor dari Pas, Wan Ismail Wan Jusoh membayar nafkah RM500 sebulan mulai bulan ini untuk dua anak hasil perkahwinannya dengan seorang wanita Kemboja yang diceraikan tahun lalu.

Selain itu, Hakim Syarie, Nik Najib Che Hassan, turut menegur Wan Ismail, 54, kerana gagal hadir perbicaraan dan mahu dia memberi perhatian serius terhadap kes terbabit. Kes tuntutan nafkah anak itu difailkan bekas isteri kedua Adun terbabit, Siti Aishah Chou Abdullah, 24, selaku plaintif, selepas pasangan itu bercerai pada 16 April tahun lalu dan disahkan di mahkamah sama pada 18 November lalu.

Hasil perkongsian hidup selepas berkahwin pada 2004, mereka dikurniakan sepasang anak yang kini berusia tiga dan empat tahun. Dalam tuntutan yang difailkan pada 4 Januari lalu itu, Siti Aishah yang kini menyara hidup secara berniaga kain tudung, menuntut bekas suaminya itu membayar nafkah keperluan asas dua anak terbabit masing-masing RM900 sebulan.

Ketika prosiding berlangsung semalam, Siti Aishah yang hadir bersama bapa dan dua saudara lelakinya, diwakili peguam syarie, Mohd Sibri Ismail, manakala Wan Ismail selaku defendan yang tidak hadir, hanya diwakili Mohd Zaki Zainal Abidin.
Mohd Zaki dalam hujahnya berkata, defendan tidak bersetuju dengan tuntutan RM1,800 sebulan dengan alasan jumlah itu tidak wajar bagi kanak-kanak di bawah usia empat tahun. "Defendan tidak bersetuju dengan tuntutan itu dan menawarkan RM500 sebulan untuk kedua-duanya," katanya.

No comments: