Showing posts with label Harussani. Show all posts
Showing posts with label Harussani. Show all posts

Thursday, September 8, 2016

Harussani: Kami Bukan Setan Bisu...Akan Terus Bercakap


Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria tidak bersetuju dengan saranan supaya golongan ulama dan mufti di negara ini tidak mendedahkan diri mereka kepada media kerana bimbang kata-kata mereka dieksploitasi.

“Nabi pun dikatakan gila jika tak jawab pertanyaan. Saya tidak setuju dengan pendapat itu (mufti elak bercakap dengan media). Kerana orang banyak tuduh mufti setan bisu,” katanya.
Harussani menegaskan akan menjawab sebarang pertanyaan yang mustahak sekiranya pendapatnya diperlukan.

Dengan kata lain Harussani menolak pendapat bahawa uju mufti dan ulama perlu menganggap diri mereka seperti raja Melayu yang hanya bercakap menerusi pembantu.

Portal pro-Amanah, Malaysia Dateline, sebelum ini memetik Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN) Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid yang mahu mufti dan golongan “ilmuan” meniru raja Melayu yang tidak mendedahkan diri secara langsung kepada media.

Harussani...Nabi pun dikatakan gila jika tak jawab pertanyaaan
Mereka perlu mencari wacana khusus untuk mereka membincangkan isu-isu yang ditimbulkan pihak tertentu, sebelum disebarkan kepada pengetahuan masyarakat.

“Kita perlu meniru raja Melayu yang tidak bercakap sendiri. Raja akan bercakap melalui pembantunya,” kata Mahmood, yang berkata mufti perlu hanya memberi kenyataan melalui majlis fatwa “kerana pengaruh mereka cukup besar dalam masyarakat”.

Dr Mahmood Zuhdi berpendapat, sudah tiba masanya institusi mufti di negara ini, dilindungi daripada terdedah kepada eksploitasi media dalam isu membabitkan persoalan agama dan politik tanah air.

"Saya mahu menyeru kepada mufti supaya menghormati diri mereka sendiri daripada menjerumus diri mereka kepada sesuatu situasi yang tidak dihormati oleh masyarakat.

"Saya nak minta dikalangan pendakwah, ilmuan dan khususnya mufti supaya tidak sangat mendedahkan diri kepada media massa.

Menurut Dr Mahmood Zuhdi, Mufti tidak perlu bercakap kepada akhbar. Mufti akan memberi fatwa melalui majlis fatwa kerana pengaruh mereka cukup besar dalam masyarakat.

Beliau berkata demikian dalam Persidangan PendakwahKebangsaan bertemakan "Peranan Pendakwah Dalam Perpaduan Ummah dan Pemangunan Negara' di Bangi kelmarin.
  
Bagi mencapai matlamat itu, MDN akan mengadakan wacana khusus dikalangan mufti untuk merungkai persoalan isu-isu semasa dalam masyarakat secara bersama dikalangan mufti di negara ini.

"MDN akan wujudkan wacana khusus untuk para ilmuan dan mufti berwacana untuk membincangkan akan hal ini, sebelum keluarkan kenyataan kepada masyarakat melalui media massa.

'Ini kerana keluasan ilmu itu akan mengharu-birukan masyarakat kerana tidak semua masyarakat boleh faham terhadap ilmu. Penyebaran ilmu itu perlulah bersepadanan dengan tahap kefahaman masyarakat,” tegasnya.

Dr Mahmood Zuhdi juga menegaskan, dikalangan pendakwah, agamawan dan mufti juga harus bersatu bagi menyelesaikan perpecahan antara mereka yang akhirnya membawa kekeliruan dalam masyarakat Islam.

Bagi Harussani, ada perkara perlu disegerakan dan dijawab dalam tempoh yang segera.

 “Saya fikir kalau benda yang perlu disegerakan saya akan jawab. Itu sahaja. Tidak salah jika saya jawab. Saya bukan keluarkan fatwa. Saya keluarkan pendapat saya.

“Kalau perlukan benda mustahak untuk saya jawab, saya jawab,” katanya.

Tuesday, August 2, 2016

Harussani Semakin Keliru, Terlalu Yakin Kepada Kenyataan Peguam Australia...


Apakah cara Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menjawab isu tindakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat dalam tindakan sivil terhadap tiga penama baru-baru ini selaras dengan tuntutan Islam?

Pada jawapannya terhadap gesaan Ahmad Awang daripada AMANAH, agamawan terkenal itu, menyatakan tidak perlu Majlis Fatwa membuat pendirian mengenai isu 1MDB.

Ini kerana peguam Australia sudah mengatakan apa yang disebut oleh DOJ  Amerika Syarikat sebagai ‘tidak munasabah.’

“Peguam kanan Australia berkata tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat sebagai tidak munasabah,” kata Harussani kepada FMT.

Beliau  merujukseorang individu bernama Quintin Rozario yang mengecam tindakan Peguam Negara Amerika Syarikat, Loretta Lynch sebagai “keterlaluan dan melanggar keadilan asasi”.

Kata Harussani, Peguam Negara sudah memutuskan kedudukan syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak ada kena mengena dengan tindakan DOJ itu.



Berikutan itu Harussani Zakaria menegaskan, Majlis Fatwa Kebangsaan tidak perlu bersidang berhubung isu melibatkan 1MDB.

Pengerusi Majlis Fatwa Tan Sri Dr Shukor Husin juga menegaskan, pihaknya tidak merancang bersidang tentang isu 1MDB.

“Ia sudah dikaji pihak profesional. Kita juga tak punya maklumat tentang soal ekonomi yang teknikal dan di tahap global.

Kerana itu Majlis Fatwa tidak melihat akan mencampuri hal-hal seumpama ini, tegasnya.

Harussani jelas menyandarkan kenyataannya kepada seorang individu bernama Quintin Rozario yang mendakwa peguam yang kini turut dikritik hebat kerana menganggap tindakan saman oleh DOJ sebagai ‘cacat’.

Seorang pengamal undang-undang, Syahredzan Johan berkata Peguam Negara Amerika itu mempunyai hak untuk membuat kenyataan itu berkaitan tuntutan pelucutanhak sivil susulan siasatan beberapa badan penguatkuasaan di Amerika Syarikat.

“Sudah tentu beliau berhak mengumumkan tindakan yang diambil dan hasil siasatan mereka. Beliau mempunyai tanggungjawab kepada rakyat Amerika untuk melaporkan “sitaan aset terbesar dalam sejarah Amerika.

Pengumumannya tidak membuatkan sebarang pihak dinamakan (atau tidak dinamakan) bersalah terhadap sesuatu kesalahan. Jika demikian, pihak yang terkilan terhadap dakwaan-dakwaan yang dibuat boleh mencari jalan lain fitnah tort. Dan malah Lynch mungkin ada pembelaannya.” katanya.

Harussani bagaikan  sudah memuktamadkan pendapat Rozario sebaliknya rampasan sivil adalah tindakan menyasarkan harta tanah (in rem), bukan individu (in personam).

Ketika itu, tiada pendakwaan jenayah dibawa terhadap mana-mana pihak dinamakan (atau tidak dinamakan) yang terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram.

Kerana itu, hujah Rozario berkaitan hak untuk didengar sudah tentu prinsip yang penting dalam sesuatu sistem keadilan, tetapi tiada sesiapa yang didakwa. Jadi, andaian tidak bersalah tidak timbul.
  

Malah, Nizha Periaswamy, wartawan Free Malaysia Today bertanyakan “Quintin Rozario ni siapa?”

Tanya Nizha, “Mungkinkah, hubungan Quintin Rozario dan Malaysia menjadi ‘kelayakan utama’ beliau untuk mengulas tentang kenyataan Peguam Negara Amerika Syarikat, Loretta Lynch?

Nizha mengatakan Rozario yang mengakui dirinya sebagai warga Malaysia sebelum ke Australia dalam beberapa artikel dan surat yang ditulis di beberapa laman web, termasuk kepada Majlis Peguam Negara, Quintin Rozario yang berpendidikan di Universiti Victoria Melbourne dalam bidang perundangan, LLB (Hons) dan Grad Dip Econs-M.Bus (Finance Accounting) adalah pelajar La Salle, Klang.

Kata Nizha, beliau tidak nampak apa-apa yang luar biasa mengenai Rozario kecuali sedikit latar belakang peribadi mengenai dirinya di Linkedln, lingkaran pekerjaan yang menghubungkan jutaan orang.

Yang lain mengenainya adalah penulisannya dalam beberapa forum, blog tetapi sangat sedikit., Begitu juga, carian dalam laman Australia juga hampa.

Apakah seseorang yang berlatarbelakangkan begini boleh dijadikan rujukan kukuh oleh Harussani?

Saya sekali, Mufti Perak ini terpedaya mungkin kerana mahu meyakinkan orang ramai bahawa ‘orang tertentu tidak bersalah’ dan perlu dibela dan dilindungi.

Sedangkan dengan Harussani memetik kenyataan peguam di Australia seperti yang dilaporkan Bernama, yang mempertikaikan tindakan DOJ itu, tidakkah menunjukkan Harussani tanpa ragu-ragu mempercayai kata-kata peguam berkenaan?

Sejauh mana kredibiliti peguam berkenaan yang diketahui oleh Harussani sehingga terlalu yakin kenyataan Rozario itu ‘boleh dipakai’?

Bagaimana kalau ia tidak benar?

Harussani menduduki jawatan mulia dan dihormati, namun nampak beliau tidak cermat dalam memilih sumber rujukannya.

Harussani menyatakan pendapatnya mengulas gesaan Penasihat Umum AMANAH Ahmad Awang agar majlis fatwa agar majlis fatwa menyatakan pendirian susulan tuduhan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat melibatkan syarikat negara 1MDB.

Sebelum ini, Ahmad yang merupakan bekas presiden Persatuan Ulama Malaysia memberitahu portal pro-AMANAH, pendirian majlis fatwa dalam isu 1MDB amat penting memandangkan Majlis Raja-raja pada tahun lalu juga menggesa kerajaan segera menyelesaikan isu itu.

Beliau melahirkan kekesalan terhadap sikap alim ulama yang dilihat membisu dalam isu 1MDB.

“Hari ini kita berasa dukacita apabila orang dah mula kaitkan ulama-ulama khususnya yang terlibat dalam parti Islam sebagai ‘memakan dedak’.

Ada ulama-ulama yang berjuang dengan nama Islam mereka inilah yang diharapkan untuk menentang kezaliman dan penindasan yang dirasi rakyat,” katanya. 

“Inilah yang Rasulullah S.A.W. Paling takut. Baginda menyebut tentang ulama yang merosakkan umat. Apabila ulama rosak maka rosaklah kerajaan,” katanya kepada Malaysia Dateline.

Berkaitan tindakan DOJ itu, Harussani turut menegaskan, Peguam Negara,  Tan Sri Apandi Ali juga sudah memutuskan 1MDB tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Jadi apa perlunya dan apa yang nak dibincangkan? Isu ini tak perlu fatwa (dikeluarkan),” katanya.

Memang tidak perlu fatwa, namun orang ramai sendiripun ‘pening’ dengan pendapat dan keputusan Peguam Negara ini.

Semalam Apandi berkata, beliau sedang mempertimbangkan cadangan menghantar wakil sebagai peguam pemerhati dalam pendengaran saman sivil yang difailkan oleh DOJ.

Ini kerana tindakan menyita dan merampas aset berkaitan 1MDB, membabitkan sebuah syarikat milik negara dengan kepentingan Malaysia.

"Kami mahu ke sana dan mendengar apa yang berlaku di mahkamah. Dengan kebenaran daripada mahkamah, kami mahu bertanya beberapa soalan.

"Itulah yang dimaksudkan sebagai pemerhati, dan saya masih mempertimbangkan idea itu selepas berunding dengan pakar (untuk membantu dan menasihatinya mengenai prosedur mahkamah di Amerika)," katanya.

Oleh kerana kes1MDB membabitkan sebuah syarikat Malaysia, Apandi berkata kerajaan mempunyai kepentingan dengan pihak berkuasa Amerika menunjukkan niat untuk menghantar pulang wang yang dirampas itu semula ke negara ini.

Saturday, July 24, 2010

PAS SELANGOR NAFI BINCANG DENGAN UMNO

The Malaysian Insider (24 Julai 2010)

PAS Selangor menegaskan ia tidak menjalin kerjasama perpaduan Melayu dengan Umno walaupun ada pihak mendakwa ketuanya Datuk Dr Hasan Ali telah mengadakan pertemuan dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria Mei lalu.

Sehubungan itu, Ketua Penerangannya Roslan Shahir berkata beliau hairan bagaimana permainan politik Umno boleh menjerat dan memerangkap sebahagian pemimpin PAS sehingga akhirnya terdorong untuk menembak sesama sendiri sedangkan musuh gegak-gempita gembira tanpa sebutir pun peluru mereka terlepas.

“Telahan dan mainan pihak tertentu menjadi modal untuk membunuh sesama sahabat. Ini membuat kita berfikir Umno sahajakah yang beragenda atau sesama kita pun ada agenda cantas-mencantas?” kata beliau dalam tulisan blognya.

Katanya, PAS bersedia menjadi galang-ganti kepada Umno jika ia ditolak oleh orang Melayu di Selangor.

“Terbaru Ahad lepas saya ke Tanjong Karang, membentangkan kertas kerja, bagaimana kita berharap saki-baki 12 kerusi Umno termasuklah Sg. Burong yang ditandingi PAS dapat ditawan,” katanya.

Malah kata beliau pihaknya telah mengadakan mesyuarat dwimingguan Majlis Pakatan Rakyat Negeri Selangor di mana pelbagai isu strategik dibincangkan.

“Mesyuarat dipengerusikan oleh (Menteri Besar) Tan Sri Khalid dan berjalan mesra dan lancar.

“Tiada pun isu “perpaduan Melayu”, “kerjasama Umno-PAS”, “Harusaani” dibincangkan kerana saya yakin kawan-kawan semua tidak langsung terpesona dengan agenda lapok Umno. Buang masa saja,” kata Roslan lagi.

Ekoran pendedahan Harussani bahawa ada pemimpin Umno-PAS menemui agar menjadi orang tengah, muncul cakap-cakap bahawa pemimpin PAS yang menemuinya ialah Hasan iaitu Pesuruhjaya PAS dan Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Hasan kembali dari luar negara malam tadi.

Katanya, “cukup-cukuplah kita bersengketa sesama sendiri dan PAS Selangor tidak berminat kerjasama dengan Umno,”

“Malah kalau benar pun mahu kerjasama boleh masuk logik akal mereka yang celik politkkah? PAS ini satu organisasi besar bukan milik PAS Selangor, macam mana kalau benar mahu kerjasama PAS Selangor sahaja yang kerjasama... kematangan perlu mengatasi diri, jika tidak orang hilang hormat pada kita walaupun kita bergelar yang berhormat.

“Sekarang isu yang perlu ditanya adalah sumbangan kita ke arah memantapkan jemaah. Sumbangan kita ke arah memperkasakan Pakatan Rakyat. Sebuah akhbar Mandarin hari ini melaporkan DAP dan PAS Selangor mendahului parti-partilain termasuklah Umno dalam gerakan mendaftarkan pengundi baru.

“Biarlah kerja pecah-belah ini dimainkan oleh Umno. Parti Islam tidak pernah mentarbiyahkan ahlinya untuk jadi begitu,” katanya lagi.

Mengenai dakwaan Hasan telah menemui Harussani, Roslan berkata: “Apa pun saya tiada jawapannya. Orang yang didakwa itu berada di luar negara, insy-Allah pulang malam ini.”

“Dan, biarlah beliau menjelaskan, beliau bukan orang baru dalam politik. Saya yakin ramai sudah tahu jawabannya,” katanya.