Tuesday, April 18, 2017

Kenaikan Harga Minuman - Ugut 'Nak Baling Cawan' Langkah Penyelesaian Terbaik?


Apakah kerja  menteri hanya menyalahkan orang lain akibat harga minuman dan makan naik?

Kenapa tiada rundingan atau  jalan penyelesaian terbaik dicari?

Kenapa tunjuk samseng hingga’ nak baling cawan’ ke muka pemilik kedai  minuman dan makanan?

Apakah ini ajaran terbaik seorang menteri kepada rakyat?

Juga, kenapa restoran India Muslim disalahkan kerana menaikkaan harga minuman dan makanan?

Yang buat kenyataan mennyalahkan  restoran berkenaan ialah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor .

Apakah mereka menaikkan harga sesuka hati?

Apa tindakan menteri atau kerajaan Barisan Nasional – rundingan atau penguatkuasaan – untuk menghalang kenaikan tersebut?

Tengku Adnan membuat kenyataan mahu ‘membaling cawan ke muka pemilik restoran India Muslim, kerana tidak berpuas hati dengan tindakan pemilik restoran menaikkan harga teh tarik dan roti canai.


Beliau menyatakannya ketika ahli Parlimen Putrajaya itu mewakili perdana menteri berucap pada Perhimpunan Agung Kimma ke-40, Sabtu lalu.

Reaksi kepada kenyataan itu, hari ini gabungan NGO terdiri daripada Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia (Permim), Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Malaysia (Mimcoin), Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim Malaysia (Mawar) serta Liga Muslim Pulau Pinang menempelak Tengku Adnan.

“Membaling cawan membawa impak negatif kepada masyarakat India Muslim secara amnya.

“Apakah ini budi bahasa yang kita pelajari sejak kecil lagi? Lebih malang lagi, kenyataan sebegini dikeluarkan seorang yang bergelar YB Menteri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mereka terkilan dengan kenyataan setiausaha agung Umno itu yang juga dikenali sebagai Ku Nan dengan menyifatkan ia tidak berasas dan tidak masuk akal, selain menyakitkan hati masyarakat India Muslim serta tidak membantu memupuk perpaduan masyarakat majmuk di negara ini.

Sudah pasti ada sebab tersendiri kenapa pengusaha restoran India Muslim menaikkan hargaa sedemikian.

Menurut gabungan NGO India Muslim, pengusaha restoran India Muslim tidak akan menaikkan harga makanan serta minuman tanpa persetujuan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Sehubungan itu, mereka mendesak Tengku Adnan menarik balik kenyataannya yang mendakwa pemilik restoran India Muslim menaikkan harga makanan dan minuman, susulan penarikan subsidi gula serta tepung.

“Agak mustahil kami menaikkan harga sesuka hati sebagaimana diperkatakan Ku Nan, walaupun subsidi ditarik balik.

“Kami menyarankan sesiapa sahaja yang ingin mengeluarkan sesuatu kenyataan supaya lebih teliti dan mendalami terlebih dahulu sesuatu perkara agar dapat mengelakkan diri daripada menabur fitnah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Gabungan NGO itu berkata, sebagai seorang menteri, Tengku Adnan sepatutnya menjadi teladan kepada masyarakat, bukannya berjenaka dan beremosi ketika berucap mewakili Datuk Seri Najib Razak.

Jelas dan nyata, taraf pemikiran Menteri di era Najib sekarang ialah jika tidak menyalahkan orang lain akan membuat ugutan seolah-olah rakyat takut dengan ugutan sedemikian.

Rakyat berdiam diri atau tidak membalas dengan ugutan tetapi tetap menghukuman kerajaan yang tidak tahu lagi meencari jalan penyelesaian secara perundingan!

No comments: