Friday, March 24, 2017

Polis Tetap Siasat Syarikat Tempatan Ada Kaitan Dengan Pyongyang...

 

Siapa pemilik atau individu terbabit dengan syarikat tempatan yang ada kaitan dengan Korea Utara?

Apa pula kaitan antara sebuah syarikat tempatan di Balakong, Selangor dengan bank Korea Utara susulan satu laporan mengenai  kerjasama itu baru-baru ini?

Dilaporkan Malaysia-Korean Partners Holdings (MKP), walaupun bukan syarikat milik Korea Utara di negara ini tetapi dibimbangi mempunyai kepentingan ertentu.

Walaupun demikian, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikatakan tidak menolak kemungkinan syarikat itu tetap akan disiasat.

Pada Selasa, The Star melaporkan MKP ialah syarikat yang terbabit dalam pembinaan, pembinaan kapal, teknologi, perdagangan, pembuatan, perbankan, teknologi perubatan, ekopelancongan dan pertanian.

Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pada masa ini ada dua syarikat Korea Utara di negara ini iaitu International Global System Sdn Bhd dan International Golden System Sdn Bhd.

International Global System menghasilkan sistem komunikasi ketenteraan di bawah jenama Glocom.

Difahamkan, kedua-dua syarikat  itu tidak beroperasi sepenuhnya kerana tidak ada aktiviti perniagaan.

Mengenai siasatan, Ketua Polis Negara tidak menolak kemungkinan syarikat itu akan disiasat.

“Apa saja yang berkait dengan Korea Utara, sudah pasti kami akan siasat,” katanya kepada wartawan selepas menghadiri majlis penerimaan kereta Kia baharu di Bukit Aman semalam.

Khalid berkata demikian  menjawab soalan media berhubung MKP disiasat oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berikutan dakwaan ia terbabit dalam pembukaan Inter­national Consortium Bank (ICB) di Pyongyang, menerusi usaha sama.

Di bawah sekatan PBB, syarikat dilarang membuat kerjasama dengan Korea Utara.

Malah sebelum ini ada pertanyaan, apa peranan sebenar Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Ya'akub dalam syarikat yang ada kaitan dengan Glocom, iaitu sebuah syarikat yang ditubuhkan di negara ini sebagai agensi risikan Korea Utara?


Walaupun sudah ada penjelasan daripada Mustapha, siasatan kerajaan dikatakan perlu ada dan telus.

Siasatan dan penjelasan kerajaan penting kerana syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Glocom serta mana-mana kementerian yang perlu untuk mengenal pasti,  bagaimana Glocom dibenarkan beroperasi di Malaysia.

Apalagi ia membabitkan seorang pemimpin penting parti komponen pemerintah negara dan hubungannya dengan syarikat perisikan negara komunis.

Pertanyaaan ialah kenapa tiada reaksi kerajaan mahupun pihak berkuasa ke atas cadangan siasatan terhadap Mustapha dan syarikatnya?
  
Pada 28 Februari lalu, PDRM  mengesahkan kewujudan dua syarikat yang didakwa milik Korea Utara di negara ini yang dilaporkan mengendalikan perniagaan senjata.

Khalid dilaporkan sebagai berkata,  syarikat terbabit ialah International Global System Sdn Bhd dan International Golden Services Sdn Bhd.

International Global System Sdn Bhd didaftar pada tahun 2005 dan mengendalikan perniagaan multimedia, elektronik serta perdagangan.

International Golden Services Sdn Bhd, katanya, didaftar pada 2012 dan mengendalikan perniagaan teknologi maklumat serta produk teknologi telekomunikasi.

Bagaimanapun, berdasarkan laporan media antarabangsa sebelum ini, beliau menafikan syarikat itu kononnya dikawal ejen perisikan Korea Utara dengan nama Glocom.

Isu mengenai kerjasama syarukat tertentu di negara ini yang kemungkinan ada hubungan dengan pihak tertentu di Korea Utara didedahkan selepas krisis diplomatik antara Kuala Lumpur dan Pongyang terceus baru-baru ini.

Kematian Kim Jong Nam, abang sebapa kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dikatakan pencetus kepada krisis diplomatik berkenaan.

Korea Utara menuduh Malaysia berkomplot dengan musuh menentang mereka dalam melakukan siasatan.


Hubungan antara dua negara semakin teruk apabila kedua-dua negara mengusir duta dan menghalang rakyat keluar dari negara masing-masing.

No comments: