Selepas ini bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan
pula akan menjadi ‘mangsa belasahan’ oleh pemimpin UMNO dan kumpulan gerakan
yang menyokong Perdana Menteri.
Apa puncanya? Kerana Musa menyebut 'Bersih 5 tak akan jejas imej negara...'
Apa lagi apabila beliau menegaskan bahawa sesiapa pun boleh komen apa-apa di negara ini. Kerajaan perlu bersikap terbuka.
“Banyak isu yang dibangkitkan sekarang yang sudah pun
memberi kesan kepada imej negara, saya rasa satu lagi penganjuran himpunan
tidak akan jejaskan apa-apa yang berkaitan dengan imej negara,” tegas Musa.
Musa bependapat, penganjuran himpunan Bersih 5 di
jalanan tidak akan menjejaskan imej negara selagi ia tidak bercanggah dengan
peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.
Sudah pasti pandangannya ini tidak akan dapat diterima
oleh mereka yang bimbang akibat perhimpunan berkenaan. Bukan kerana kemungkinan
‘pertumpahan darah’.
Tetapi pemimpin UMNO dan penyokong Perdana Menteri sebenarnya bimbang ia akan mempengaruhi rakyat dan kempen
‘anti-Najib’ akan semakin berleluasa.
Pada 25 Julai, dilaporkan bahawa kumpulan itu tidak
dibenarkan mengadakan perhimpunan jika ia bertujuan menuntut Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.
Sudah pasti pendirian Musa ini diukuti dengan pnuh minat
oleh pemimpin UMNO, lebih-lebih lagi pemimpin Baju Merah, Datuk Jamal Yunos.
Ini kerana Jamal pada 23 Julai lalu mencabar pengkritik
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meneruskan himpunan anti Najib,
dengan gerakan Baju Merah akan turut mengadakan himpunan balas mereka.
Dua hari sebelum itu, bekas perdana menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad menggesa demonstrasi awam untuk menyingkirkan Najib selepas
jabatan kehakiman AS memfailkan tuntutan saman untuk menyita aset yang
dikatakan dibeli menggunakan duit daripada 1MDB.
Bekas pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan juga ada
menyebut mengenai rancangan untuk mengadakan perhimpunan aman atas alasan sama.
Jamal mahu menjadikan jalanan merah lagi dengan Himpunan Baju
Merah 2.0 jika Bersih 5 meneruskan himpunan anti Najib.
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu memberi amaran
demikian pada sidang media di Dataran Sogo selepas mengadakan perhimpunan kecil
pada hari berkenaan.
“Jika mereka hendak singkirkan perdana menteri, buat
menerusi PRU yang tidak lama lagi. Tidak faham bagaimana seseorang yang menjadi
perdana menteri selama lebih 20 tahun kini menjadi orang yang mengetuai
pemberontakan terhadap demokrasi perlembagaan kita.” katanya.
Jamal menegaskan, pendekatan yang diambil itu tidak menunjukkan
negara demokrasi. Ketika ditanya bila beliau akan mengadakan perhimpunan itu,
Jamal berkata mereka akan menganjurkannya pada waktu yang sama dengan bantahan
anti Najib, jika ia berlangsung.
“Kali ini kami akan buat lain sedikit dengan mengadakan
himpunan pada waktu yang sama dan saya jangkakan akan ada lebih 300,000 datang
bagi Perhimpunan Baju Merah 2.0, jika kami terpaksa mengadakannya,” katanya.
Rancangan mengadakan perhimpunan Bersih 5 muncul selepas
Jabatan Kehakiman AS menuntut untuk merampas aset bernilai AS$1 bilion
(RM4.06 bilion) yang didakwa ada kaitan dengan 1MDB.
Tan Sri Khalid Abu Bakar baru-baru ini berkata Bersih 2.0 akan diberi lampu hijau
untuk menganjurkan perhimpunan kelima mereka, asalkan kumpulan yang menuntut
reformasi pilihan raya itu mematuhi ketetapan di bawah Akta Perhimpunan Aman
2012.
"Apa yang mereka perlu lakukan adalah mematuhi peraturan Akta Perhimpunan Aman dan kami akan menyokong mereka dengan senang hati," katanya pada majlis rumah terbuka Hari Raya Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Rabu lalu.
"Apa yang mereka perlu lakukan adalah mematuhi peraturan Akta Perhimpunan Aman dan kami akan menyokong mereka dengan senang hati," katanya pada majlis rumah terbuka Hari Raya Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Rabu lalu.
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/08/03/polis-benar-bersih-5/
Ketua Polis Negara berkata, polis tidak mempunyai masalah untuk membantu kumpulan itu dalam hal-hal keselamatan.
Khalid dipetik: "Terdapat peruntukan-peruntukan tertentu untuk meminta perdana menteri meletak jawatan. Ikut prosedur."
Jika demikian, kepada pula Baju Merah mahu menyaingi
perhimpunan Bersih 5 pada hari berkenaan?
Musa berpendapat, rakyat perlu mengikut peraturan dan undang-undang Akta Perhimpunan Aman yang ditetapkan pihak berkuasa ketika menyertai himpunan tersebut.
Musa berpendapat, rakyat perlu mengikut peraturan dan undang-undang Akta Perhimpunan Aman yang ditetapkan pihak berkuasa ketika menyertai himpunan tersebut.
“Kita tahu tujuan (himpunan) Bersih diadakan hanya untuk
menyuarakan hak suara dan pendapat masing-masing. (Tetapi) kalau mereka
(peserta) tak ikut peraturan undang-undang, mereka boleh dikenakan tindakan
mahkamah,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.
Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012) yang diluluskan di
Parlimen pada November 2011 adalah kerangka undang-undang berhubung hak perlembagaan
warganegara untuk berhimpun.
Ia bertujuan bagi memastikan kebebasan individu untuk
berhimpun secara aman, selaras dengan hak yang termaktub dalam Perkara 10,
Perlembagaan Persekutuan, selain memastikan warganegara menganjurkan dan
menyertai himpunan aman tanpa senjata dengan sekatan tertentu demi kepentingan
dan keselamatan awam.
Musa berpendapat, kerajaan seharusnya membuktikan mereka terbuka
dengan membenarkan rakyat turun menyuarakan hak masing-masing di jalanan.
No comments:
Post a Comment